Home Novel Thriller/Aksi RINDU BERDARAH
RINDU BERDARAH
#mystrill
21/11/2019 21:16:22
19,850
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5

Kereta Produa Myvi putih milik Nisa’ meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan rumah sewa. Pemergian mereka di iringi oleh pandangan dari Ilya dan Kryl di muka pintu pagar rumah.

“Kenapa tiba-tiba kau kena balik kampung Nis?” Tanya Maya sewaktu mereka sudah jauh keluar dari kawasan perumahan ini.

“Entah. Along aku suruh balik, aku balik jelah.” Jawab Nisa’ acuh tak acuh. Pandangannya terhala pada jalan raya yang mula sesak dengan orang ramai yang menggunakannya menghala ke arah highway Pasir Gudang.

“Pelik je... tak pernah-pernah kau nak balik kalau tak ada hal pentingkan. Ni kenapa pula? Ke, Along kau dah nak kahwin?” Soalan Maya membuatkan Nisa’ hilang fokus pemanduan ketika ini. Nasib baik dia memandu perlahan kerana jalan raya mulai sesak.

“Aku tak rasa macam tu. Entahlah, aku sendiri tak pasti sebab apa kami semua di panggil balik. Entahlah. Kalau kau nak tahu sangat, tunggu je lah sampai rumah nanti. Kau tanyalah sendiri dengan Along aku tu.” Malas Nisa’ hendak bersoal jawab lagi.

Kalau Maya rasa nak tahu, tanyalah Alongnya sendiri. Kalau tak kena maki hamun dengan Along, jangan tanyalah kenapa Along tu baik sangat kaliini. Agaknya kalau Along cakap baik-baik tanpa mengherdik, menengking dan memaki kau depan umum, agaknya Along nak pergi haji. Tak pun seru kematian dah sampai. Sebab tu nak bertaubat...

Lagu Sufian Suhaimi, Terakhir memenuhi ruang legar dalam kereta. Kekosongan dan ketidak seronokan dalam hati kerana dipaksa balik ke kampung mulai hilang walaupun masih berbekam dalam hati macam mana dia dia maki dalam telefon sebab bagi alasan tak nak balik kekampung.

Selepas panggilan di matikan, Nisa’ terus keluar bersama beg laptopnya jauh dari kawan-kawannya. Kereta yang di pandu sedikit jauh dari tempat biasa dia pergi. Dan hakikatnya dia sendiri tidak tahu ke mana keretanya telah pergi petang itu.

Selepas Subuh keesokkannya barulah wajahnya nampak alam. Dia memasuki sebuah masjid sekitar kawasan Kota Putri, Megah Ria. Kemudian bersarapan di gerai yang berhampiran sebelum dia meneruskan kerja menulisnya di sebuah taman, entah apa nama tempatnya.

Pukul lima petang barulah Nisa’ sampai di rumah sewanya. Ketika itu kawan-kawan serumah sedang menonton sebuah filem tulisannya di TV. Cerita yang tiada penghujung, tamat dengan kematian yang tergantung jalan ceritanya.

Rasanya itu adalah kali ke lapan mereka bertiga menonton filem yang sama. Puas juga dia di gesa ketika itu terkantoi dengan yang lain bahawa itu adalah cerita yang skripnya di tulis oleh Nisa’! Sesuatu yang mengejutkan dan membanggakan!

Jenuh waktu itu dia menjelaskan kisah yang sedang bermain di kaca TV. Bila di cerita mereka faham, tapi bila ulang tayang nanti mereka akan tanya lagi walaupun jawapan yang di berikan adalah jawapan yang sama. Hurm...

“Ni nanti kita stop dulu ea. Makan dulu lepas tu singgah solat jap.” Nisa’ memberitahu Maya yang hanya duduk diam tanpa suara di sebelahnya.

Nisa’ menoleh ke arah Maya yang membisu tika di tanya, “Lah, patutlah sunyi sepi. Dah membuta rupanya budak ni. herm...” Nisa’ menggelengkan kepalanya beberapa kali dan menghalakan pandangannya ke depan memandu kereta membelah jalan ke kampung.

Selepas satu jam perjalanan, Nisa’ memberhentikan keretanya di sebuah kawasan perkampungan yang terletak di simpang jalan. Kereta Nisa’ memasuki persimpangan itu dia memarkir kereta di depan sebuah rumah bertanah lapang.

“Maya, bangun...Maya?” Bahu Maya di pegang sebelum di goncang beberapa kali.

‘Liatnya anak dara ni nak bangun.’

“Maya...Maya... bangun...” Sekali lagi Nisa’ menggoncang bahu Maya yang lena di sebelahnya.

“Hurm?” Maya hanya ‘hurm’ dengan mata yang masih di pejamkan lagi.

“Bangun...kita turun makan dulu. Bangunlah...” Nisa’ masih menggoncangkan Maya yang masih lagi memejam mata di sebelah duduk Nisa’.

“Ahh...” Maya menyahut.

“Ish, bangun Maya. Jom makan. Cepat....!” Ikhtiar terakhir Nisa’ dengan mencubit Maya. Menyeringai kesakitan Maya yang masih mamai. Terus celik biji matanya.

Nisa’ hanya menyengeh bila Maya mula mendengus sambil menggosok lengannya yang kena cubit. Bisa tu. Sakit...

Pintu kereta di kuak dari dalam. Nisa’ keluar dan menunggu Maya pula keluar sebelum mengunci kereta dan berlalu ke sebuah kedai makan dibahu jalan.

Mereka mengambil tempat kosong dan menunggu pelayan datang mengambil pesanan mereka berdua. Setelah beberapa minit menunggu barulah giliran mereka berdua memesan makanan apabila di datangi oleh seorang gadis bersama sebuah nota kecil dan juga pen di tangan.

“Nis, kenapa macam pelik je jalan kau lalu ni. Kita kat mana ni?” Tanya Maya. Dia mengerling ke sekeliling jalan. Memang bukan jalan yang biasa Nisa lalu kalau balik kampung ni.

“A’ah. Memang bukan nak balik kampung pun.” Jawab Nisa’.

“Dah tu? Kita nak kemana pula?” Berkerut kening Maya bila mendengar jawapan dari mulut Nisa’. Kalau bukan nak balik kampung, ke mana lagi si Nisa’ ni nak menyinggah?

“Ni,aku nak singgah rumah makcik aku jap kat Parit Raja. Kenapa...?”Soal Nisa’ sambil matanya memandang iPhone nya. E-mail perlu dicheck. Ada sesuatu yang sedang dia tunggu-tunggukan dari e-mail seseorang.

“Oh, patutlah jalan lain je aku tengok.” Maya bersuara tanpa lenggokgaya.

Kemudian,masing-masing sibuk dengan telefon masing-masing. Mereka hanyut seketika dengan cerita-cerita yang terpapar di skrin telefon sehinggalah makanan yang di pesan sampai. Kemudian barulah telefon disimpan semula ke dalam kocek dan beg mini.

“Maya,hujung bulan depan korang free tak?” Soal Nisa’ tiba-tiba.

Kuah mee hoon bakso di hirup perlahan. sementara menunggu Maya berfikir tentang jadual kerjayanya, bebola daging di dalam mangkuk di cucuk menggunakan garfu dan di gigit sedikit kerana panas dan pedas sama naik di dalam mulut.

“Erm, kalau tiga puluh hari bulan dan dua minggu lepas tu aku freelah. Yang lain aku tak sure. Apasal?” Setelah agak lama berfikir barulah Maya memberikan jawapan sekadar yang dia ingat tadi masa meneliti jadualnya di telefon bimbit.

“Takde lah. Aku rasa macam nak ajak korang bercuti. Aku dapat tiket free sebagai hadiah. Tu yang aku tanya tu...” mee hoon di garfu masuk ke mulut Nisa’ walaupun asap menebal menyukarkan pandangannya.

“What?! Hadiah apa seyh?” Hampir luruh mee rebusnya di sudu bila dengar perkataan ‘hadiah’.

“Alah...bukan hadiah apa pun. Aku masuk peraduan teka silang kata. Tempat yang jadi hadiah tu tempat peranginan. So, oleh kerana kita berempat jarang spend time masa berempat, aku fikir nak ajak korang je. Tak payahlah aku susah-susah fikir nak ajak sapa.” Jelas Nisa’ ceria.

Beberapa minggu yang lepas di dada akhbar dia ternampak satu peraduan teka silang kata. Soalannya agak mencabar juga, sebab tu mungkinlah hadiahnya agak lumayan walaupun bukan hadiah wang ringgit yang beribu-riban. Empat tiket ke Pulau Merindu. Okey apa. Sapa nak bagikan? Dah dapat free ni, sapu jelah...

“Oh...kira pergi bercutilah ni. herm, nanti aku try tanyakan dia orang. Kalau dia orang on, kita gi ea....” Itu janji Maya. Disambut dengan senyuman dan anggukan dari Nisa’.

“Apa nama tempat peranginan tu?” Soal Maya lagi. Kuah mee rebus di hirup beberapa kali. Terangkat! Sedap, pedas, memang power...

“Pulau Merindu...” Maya tersedak.

Segera Nisa’ menghulurkan gelas Maya yang berisi air Nescafe ais. Rasa bersalah pula dia kerana dah buat Maya tersedak sampai menangis.

“Apa kau cakap? Pulau Merindu? Kau pasti ke nak ke sana?” tanya Maya.

Dia menjadi ragu-ragu hendak menerima pelawaan Nisa’ walaupun tadi dia seperti beria-ia nak ikut Nisa’ ke kawasan peranginan itu.

“Tak salah kan kalau kita pergi dulu. Khabar angin ni bukanya kita boleh dengar sangat. Ea?” Kali ini Nisa’ yakin, Maya pasti menolak ajakannya. Dia pasti.

“Nis, kalau setakat khabar angin yang diviralkan tanpa usul periksamungkin aku masih boleh terima. Tapi masalahnya sekarang, pernah berlaku kehilangan student universiti kut masa buat ekspidisi kat situ, sampai hari ni pun polis tak dapat cari dia orang. Ni, kau jangan nak cari punca masalah pulak.” Cantas Maya.

Dah agak dah. Mesti Maya akan kaitkan dengan kehilangan pelajar universiti empat tahun lalu. Dah lama kut kes tu. Entah-entah dia orang dah jumpa tapi tak di sebarkan berita tu. Atau kita yang terlepas pandang. Siapa tahu?

“Alah, Maya... Jomlah. Aku teringin gila nak kesana. Bukan sebab nak bercuti aja, tapi untuk manuskrip aku yang seterusnya.” Nisa’ cuba memujuk lagi.

Maya diam tidak terus menjawab ajakan Nisa’. Sebetulnya dia takut, kalau kejadian yang menimpa student tu berlaku pada mereka pula. Janganlah, dia belum berkahwin lagi ni. Pakwe pun belum ada. Jangan cari pasal Cik Nisa’ oi...

Previous: BAB 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.