Home Novel Thriller/Aksi RINDU BERDARAH
RINDU BERDARAH
#mystrill
21/11/2019 21:16:22
19,852
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 3

Matanya ralit memandang sekeliling alam. Kepalanya terasa sakit dan bisa. Tubuhnya juga terasa sengal-sengal. Mungkin sebab terlalu lama terbaring dan tidur, tu yang terasa lain macam je.

    “Kat mana ni?” Dia bertanya sendirian.

    Huhuhu...huhuhu...huhuhu...

    Sayup-sayup telinga Nisa’ menangkap bunyi suara teriakan seorang budak perempuan. Entah dari mana datanganya suara itu, Nisa’ cuba bangkit dan mencari.

    Dia seperti masuk dan tersekat dalam bulatan kegelapan. Matanya yang hanya melihat kegelapan tanpa cahaya menyelubungi jalannya.

    Suara budak yang menangis tadi makin kuat kedengaran di telinganya. Mata di kecilkan sedikit. Di depannya ada satu cahaya berwarna merah yang menyala. Seperti ia adalah api yang sedang marak, tetapi tidak teras bahangnya.

    Nisa’ datang mendekat. Api yang berbentuk bulatan itu mengelilingi budak yang menangis tadi. Budak itu duduk memeluk lutut dan menangis teresak-esak. Nisa’ cuba mendekat tetapi api marak menghalangnya untuk maju ke depan.

    Dia semakin kaget melihat api itu mula menjalar dan mendekat dengan budak perempuan yang terperangkap di dalamnya. Nisa’ menjerit sekuat hati, meminta pertolongan pada sesiapa sahaja yang mendegar teriakannya!

    Semakin lama api itu makin marak dan menghampiri budak perempuan itu. Dan makin kuat dan jelas kedengaran jeritan kepedihan budak itu apabila di mamah api. Nisa’ menjerit dan menangis. Tidak sanggup dia melihat api itu memakan budak perempuan yang separuh hangus terbakar.

    “Tolong!! Tolong saya!!” Nisa’ mendengar budak perempuan itu menjerit meminta tolong.

    Hati Nisa’ di paut rasa simpati. Lama dia melihat api itu menjulang tinggi dan menenggelamkan budak itu. Kesiannya. Aku tak dapat berbuat apa. Di sini tiada sumber air untuk aku memadamkan api ini.

    Apa yang perlu aku buat sekarang? Mana aku nak dapatkan air padamkan api ni? Aduh, akal pantaslah kau berfikir di mana hendak aku dapatkan air?!

    Nisa’ berjalan meninggalkan tempat pembakaran budak tadi. dia berlari ke sana sini untuk mencari sumber air dan sesiapa sahaja yang boleh membantu dirinya untuk menyelamatkan budak itu.

    Hampir sepuluh minit kemudian, Nisa’ mendengar bunyi percikan air paip jatuh ke lantai. Membuatkan Nisa’ menjadi gembira dan terus mencari datangnya bunyi air itu.

    Dia melihat seorang lelaki yang berpakaian jubah putih dan berkopia putih sedang mengambil wuduk di situ. Cahaya yang menerangi lelaki itu memaksa Nisa’ untuk bertemu dan meminta tolong kepadanya untuk menyelamatkan budak itu dari terus terbakar dek api yang menjulap.

    “Pakcik! Tolong saya pakcik! Ada budak tu kena bakar!” Nisa’ memanggil separa jerit. Kakinya melangkah setapak lagi tetapi seperti ada sesuatu garisan penghalang yang menghubungi Nisa’ untuk mendekati lelaki itu.

    Lelaki berjubah puith itu membasuh kakinya pula, “Pakcik! Pakcik pekak ke saya panggil?! Saya perlukan pertolongan pakcik, tolong saya! Budak tu dah nak mati kena jilat dengan api. Pakcik!!” Hilang kesabaran Nisa’ kali ini.

Hilang juga kesopanan dia sebagai seorang perempuan bila jeritannya meminta tolong hanya buat tak dengar oleh pakcik itu.

    “Bodoh betullah! Pekak ke apa pakcik ni?” Kemarahan Nisa’ kali ini sudah memuncak. Habis pakcik itu di hemburnya dengan kata-kata kurang ajar.

    Lama Nisa’ memerhatikan pergerakan pakcik tadi. selepas mengambil wuduk, pakcik itu hanya memandang Nisa’ dengan pandangan yang tajam. Kecut perut Nisa’ melihat pandnagan pakcik itu.

    Seketika kemudian, pakcik itu berlalu meninggalkan Nisa’ yang terkontang kanting mencari sumber air untuk memadam api yang makin marak di belakangnya. Telinga Nisa’ menangkap tangisan dan jeritan budak perempuan itu meminta tolong dan segera memadamkan api ini kerana tidak tahan terbakar.

    Nisa’ kembali ke belakang. Dia nekad untuk menyelamatkan budak perempuan itu walau dia terpaksa terkorban dalam kebakaran kali ini. Dia rela, hanya itu yang mampu dia lakukan ketika ini.

    Baru selangkah Nisa’ hendak masuk meredah api yang marak, bahunya di pegang oleh seseorang. Terus langkahnya mati hendak membantu budak itu. Dia menoleh ke belakang. Tiada sesiapa.

    Sekali lagi dia cuba melangkah masuk ke dalam api yang makin marak membakar budak perempuan itu yang sedang menangis meminta pertolongan, bahunya di pegang oleh seseorang. Dan apabila Nisa’ menoleh tiada sesiapa pun di sini melainkan dirinya seorang dan budak perempuan yang sedang di bakar oleh api.

    “Nisa’!” namanya di seru. Suara garau yang memanggilnya bila kakinya hendak melangkah masuk ke dalam semarak api yang menggila.

    “Khairunnisa’!” Namanya di panggil. Kali ini nama penuhnya di seru apabila kakinya hendak melangkah buat kali ke dua.

    “Argh!” buat kali ke tiga kaki Nisa’ hendak melangkah masuk ke dalam gelungan api itu, dia terdengar namanya di panggil sekali lagi...

    “Khairunnisa binti Kamaludin!” Suara garau itu memanggilnya.

    Nisa’ sudah mula berang. Kenapa harus memanggil namanya tetapi tidak menunjukkan wajah?

    “Kau nak apa?!” Tanya Nisa’ kepada suara itu. Hatinya mula terbakar.

    “Hahahah!” Suara itu ketawa besar. Nisa’ makin berang.

    Ilya masuk ke dalam bilik bila mereka semua sudah habis menonton di ruang tamu di bawah. Bila dia melangkah masuk ke bilik dia melihat Nisa’ tergapai-gapai tangan seperti orang yang tengah kelemasan dia lautan luas.

    “Nisa’! Bangun! Nisa’! Wei!” Ilya menggoncangkan bahu Nisa’ beberapa kali.

    “Nisa! Astaghfirullahaz’azim.... Nisa’.... bangun...” Kali ini pipi Nisa’ pula di tampar perlahan-lahan.

    Nisa’ membuka matanya yang masih pedih. Dia dapat menangkap suara yang memanggil namanya. Mata di buka luas dan dia memandang Ilya yang sedang membongkok mengejutkannya bangun.

    “Hurm... dah pukul berapa ni?” tanya Nisa’. Dia masih mamai untuk bangun dari pembaringan.

    “Dah nak maghrib ni. Bangunlah, kita solat jemaah.” Ilya berkata seraya meninggalkan Nisa’ yang masih duduk dia katil.

    “Dah maghrib?” Nisa’ terus memandang jam tangannya yang masih lekat dekat pergelangan tangan kiri. Dah pukul 07:13 malam? Patutlah mimpi yang bukan-bukan.

    “Ni jadi ke nak keluar makan?” Ilya yang sudah berada di dalam bilik air menjerit bertanya Nisa’.

    “Jadilah!” Jawab Nisa’ yang masih bermalasan di atas katil.

    “Okey!” Balas si Ilya pula.

    Bunyi pancuran air pancut dari arah bilik air kedengaran. Tidak lama kemudian buyi azan magrib pula dari masjid yang berhampiran kawasan perumahan tempat mereka sewa rumah.

    Nisa’ memalingkan wajahnya memandang meja tulisnya yang sepi. Sejak akhir ni, dia lebih gemar menulis di luar dari dalam bilik. Kalau dulu, masa mula-mula dia baru nak berjinak dengan dunia penulisan, meja itu sering menjadi teman setianya saban malam hinggalah ayam berkokok ke esokan  paginya.

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.