Home Novel Thriller/Aksi CATUR
CATUR
#mystrill
21/11/2019 21:23:18
17,612
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 3
SYAFIQA mengeluh perlahan. Hari ini dia benar-benar keletihan. Letih kena bebel. Letih kena cuci pinggan mangkuk yang bertimbun di dalam sinki dapur. Nasib baiklah dia tak kena paksa tolong memasak tadi. Kalau tidak…

    “Iqa, sayang. Mengelamun jauh nampak. Dah siap cuci pinggan ke?” Nadia memeluk pinggang Syafiqa dari belakang. Anak bongsu memang begitu. Manjanya lain macam. Tapi, dia pun anak bongsu juga. Cuma, taklah gedik macam si Nadia ni.

    “Dah lama aku siap. Kau bukannya nak tolong aku.” Syafiqa menepis tangan Nadia tanda merajuk.

    Nadia tersengih-sengih.

    “Kau pun sama juga. Petang tadi bukannya nak tolong mak cik bawang memasak. Sibuk buat tahi mata dekat atas katil. Kasihan aku kena ‘serang’ sorang-sorang dengan dia orang. Nasib baik aku dah buat ‘benteng’ awal-awal. Taklah makan hati berulam jantung ayam,” balas Nadia separuh bergurau.

    Laju langkahnya dituju ke meja makan. Lalu, Syafiqa menongkat dagu di atas meja. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Pagi tadi, semasa jenazah arwah Tok Mah dimandikan. Dia seperti mendengar suara orang meminta tolong. Mungkin juga itu hanya mainan perasaannya.

    “Kau tak rasa pelik ke dengan kematian Tok Mah?”

    Nadia tersentak. Wajah serius Syafiqa ditenung lama. Ingatkan hanya dia seorang yang berfikir begitu. Rupa-rupanya gadis ini juga sama sepertinya.

    Kepalanya diangguk perlahan. Serta-merta bulu romanya meremang.

    “Pihak hospital telah mengesahkan yang Tok Mah meninggal dunia sebab serangan jantung. Tapi, sebenarnya tidak. Aku ada terdengar perbualan ayah dengan mama aku masa di ruang tamu petang tadi. Pihak hospital sendiri tak tahu punca sebenar kematian Tok Mah. Doktor buat andaian mungkin faktor usia. Aku yakin, Tok Mah meninggal bukan sebab sakit jantung ataupun sakit tua.”


    “Apa yang buatkan kau yakin sangat ni, ha? Sudahlah, Iqa. Walaupun aku terfikir benda yang sama. Tak bermaksud kita kena serabutkan otak dengan benda-benda misteri macam tu. Banyak lagi benda berfaedah yang boleh difikirkan.” Jari-jemari Syafiqa digenggam kuat. Mahu memberi gadis itu semangat.

    ‘Hati-hati!’ Syafiqa tersentak. Tangan Nadia digenggam kuat. Dari mana datangnya suara itu. Ketika ini, hanya dia dan Nadia sahaja yang berada di dapur. Rona wajah Syafiqa mula bertukar pucat.

    “Hei, kenapa dengan kau ni? Kau tak sihat ke?” soal Nadia sedikit panik. Dahi Syafiqa disentuh. lembut.

    “Tak. Aku okay. Kau pun sendiri tahukan. Dah lama aku tak balik kampung Tok Mah. Rumah dua tingkat ni pun dah lama ditinggal kosong. So, mungkin disebabkan tu aku jadi takut. Terlebih paranoid.”

    “Semua orang pun rasa macam tu, Iqa. Termasuklah aku. Okaylah, dah malam ni. Pergilah tidur. Aku nak buat air sekejap. Kau naiklah bilik dulu.”

    “Okay.” Syafiqa tersenyum kelat. Dia bingkas bangun dan menapak menuju ke tangga untuk ke biliknya yang terletak di tingkat dua.

    “Emmm… Aku nak buat air apa, ya? Air milo pun bagus juga. Ada air panas lagi ni.” Nadia tersenyum senang.

    Bunyi tapak kaki seseorang tiba-tiba kedengaran mendekati pintu dapur. Nadia merenung tajam ke muka pintu. Mana tahu ada penyangak yang nak pecah masuk ke rumah banglo Tok Mah malam-malam buta ni.

Dengan tangan yang menggeletar, pisau di tepi sinki dicapai. Kelam-kabut dia berlari ke sudut dapur lalu mengacukan pisau ke hadapan.

    “Oh, abang rupanya. Ingatkan siapa tadi.” Nadia tersenyum lega. Pisau yang dipegangnya diletak kembali ke tempat asal. Mungkin dia terlalu banyak berfikir sehingga membayangkan hal yang bukan-bukan. Syafiqa punya pasallah ni. Siapa suruh takut-takutkan dia tadi.

“Nad tengah buat air milo ni. Abang nak juga?” pelawa Nadia sekadar berbasi-basi.

Pemuda itu sekadar tersenyum. Tiada ada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.

Sekali lagi, dadanya mula berombak kencang. Face mask yang dipakai pemuda itu kelihatan agak mencurigakan. Dia sendiri kurang pasti siapa sebenarnya yang sedang berdiri di hadapannya. Mungkin juga dia saudara jauh arwah Tok Mah. Manalah tahu, kan.

Sekali dada Nadia terkedu. Dadanya kembali berombak kencang. Bagaimana pemuda di hadapannya ini masuk ke dalam rumah sedangkan pintu utama telah dikunci! Siapa yang tolong bukakan kalau semua orang tengah tidur di bilik atas!

    Perlahan-lahan Nadia berundur ke belakang. Dia perasan tangan pemuda itu bergerak-gerak seperti ingin mencapai pisau di tepi sinki yang dia baru letakkan tadi.

    “Ja… Jangan!”  jerita Nadia agak lantang. Dia terus berpaling ke tepi, ingin segera beredar dari situ. Belum sempat Nadia membuka langkah, rambutnya direntap kuat dari belakang.

    “Awak nak lari ke mana tu?” bisik pemuda itu sambil tertawa halus.

    “Sakit,” adu Nadia. Air matanya mula jatuh berlinangan di pipi. Sakit bercampur takut semakin menguasai diri.

    “Shhh! Jangan bising sangat. Nanti semua orang dengar.” Pisau di tangannya diletakkan di leher Nadia.

    Nadia meronta-ronta minta dilepaskan. Tubuh Nadia ditolak kasar ke dinding. Semakin kuat rontaannya, semakin kuat tubuhnya ditekan ke dinding.

    Zap! Darah mula tersembur keluar ke merata-rata tempat. Kepala Nadia jatuh bergolek ke bawah meja.

    Pemuda itu sempat menangkap tubuh Nadia yang sudah terkulai layu tidak bernyawa.

    “Bangunlah, wahai Nadia. Lupakanlah segala kesakitan yang kau pernah kau rasai. Saat ini, kau pasti sudah melupakan segalanya. Tapi, suatu hari nanti, kau pasti akan mengingati detik-detik kematian kau semula. Sebagai peringatan bahawa tidak mungkin ada bidak catur yang akan terlepas dari permainan ini!”

    Setelah pemuda itu selesai berkata-kata, tubuh Nadia kembali bergerak seperti biasa. Tangannya tergapai-gapai mencari kepala.

    “Bagus.” Sekali lagi pemuda itu tersenyum puas.

    Nadia yang masih kebingungan perlahan-lahan menapak ke ruang tamu. Dia menoleh sekilas pandang ke ruang dapur. Gelap tanpa ada kelibat sesiapa. Bila masa dirinya mematikan suis lampu, Nadia sendiri tak perasan.

    “Sudahlah. Lebih baik aku tidur dulu,” gumamnya seorang diri. Lehernya yang terasa gatal digaru perlahan. Semakin lama semakin kuat. Tanpa menyedari ada lingkaran berwarna hitam yang kelihatan di lehernya…

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill