Home Novel Seram/Misteri DARI KERANA MATA
DARI KERANA MATA
Pemburu Malam
16/11/2017 18:19:34
37,564
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 17

     " LIF ni kenapa la pulak ? ," omel Ameera Husna tatkala lif seolah mempermainkannya.Tiap kali dia menekan ke huruf G,  ia tetap menaik ke angka 4 .Sedangkan dia di aras ketiga.Siapa pula yang menekannya berulang- kali? 

       Ameera Husna berdebar- debar , hatinya berasa was- was sama ada mahu berpaling atau pun tidak .Dari ekor matanya kelihatan kain putih berjela sedang berdiri di belakangnya.

       Aircond yang sedari tadi , tidaklah berapa sejuk kini tiba- tiba sedingin salju ."Ya Allah , kau kuatkanlah iman hamba mu ini...," doanya dalam hati .Suasana yang sepi menambahkan lagi suasana seram itu .

       Ameera Husna berasa sedikit lega, hadirnya seorang perempuan berambut panjang , mungkin antara staff yang pulang lewat sepertinya.Namun, di sebalik kain kurung berwarna pucat itu kakinya tidak menjejak lantai pejabat seolah terapung .

        Kosong ! Ameera Husna berasa sedikit berani berpaling ke tepinya kini.Wajah yang tertunduk kini terdongak memandang ke arah lif .Perlahan- lahan dia meresap ke pintu lif tersebut lalu ghaib.

       " Nak turun ke cik ?" Soal wajah bermata sebelah yang tersembul di pintu lif .Hanya wajahnya sahaja ." Aha...Makkkkk....!," pekik Ameera Husna terus dia menutupi wajahnya dan briefcase pula terlepas dari tangan.Sudah berwajah ngeri dan ia boleh tersembul secara transparent di pintu lif ! 

        Adrenalin semakin laju sama hebat dengan detak jantung Ameera .Tanpa pamitan, briefcase di capai dan dia membuka langkah seribu.Tak mungkin dia mahu menunggu lagi .

       Kasut tumit tinggi di jinjing bersama - sama dengan briefcase sambil laju langkahnya berlari menuruni anak - anak tangga .Sekali pun dia tak mahu menoleh ke belakang ! Apatah lagi dengan deria istimewanya itu .

       " Oh , da balik ? "

       " Aha , bang " 

       " Takpelah dik , terima kasih " 

     " Call tak berangkat ? Dah balik ? Tapi mana dia ? " omel Ameerul Husny menapak semula ke arah lif .Dan gadis manis itu pula ghaib begitu sahaja di sebuah loker lama yang terletak di hujung lorong nak ke pejabat Ameera Husna.

       Syarikat itu banyak menyimpan kisah silamnya.Dia antara jelmaan yang selalu Ameera Husna nampak .Dia tak menganggu .

      Hentakan tapak kaki bergema kuat kerana suasana yang sunyi sepi  .Pocong itu berdiri tegak menanti ketibaan mangsanya.

       " Awak tunggu dulu ! " tegur satu suara.Ameera Husna tak mahu menghentikan langkahnya atau membalas teguran itu .Kerana dia tahu tiada sesiapa pun di laluan tangga ini , hanya dia seorang.Dia terus berlari dan berlari .

        Arman menggelengkan kepalanya.Dia hanya mahu berpesan pada gadis itu supaya jangan turun lagi .Ada yang sedang ' menunggu' kehadirannya.

        Dahaga dan termengah dua ini bergandingan kini dalam tubuh yang masih berlari menuruni tangga itu .

         Erm.....mmmmm.....Uwaaaa.....Ermmmmm......

         Teresak- esak dan terenjut - enjut bahunya menangis tersedu- sedan duduk terpunduk seorang diri di anak tangga seterusnya.Langkahnya terbejat dek terkejut dengan kehadiran gadis yang memeluk lutut itu .

         " Cik ? Kenapa cik ? Ada apa- apa yang saya boleh bantu ? " 

         Gadis itu tetap menangis.Ameera Husna mengambil keputusan dengan duduk di sebelahnya." Cik sakit ke ? Kalau cik sakit , biar saya bantu " Ameera Husna menghulurkan pertolongannya.

         Ermmm.....mmmm....herm........

        Dia tetap menangis .Ameera Husna hilang daya memujuknya kini.Dia mulai bangun.Rasa merinding kembali menerjah hati , Ameera Husna harus cepat turun tentu abangnya ternanti- nanti .Memandangkan telefon pintar miliknya tertinggal di ofis .Dan seandainya abangnya belum sampai dia harus mencari public phone .

        "Kak.......!," tegur suara gadis sungguh mendayu sekali.Ameera Husna yang mahu menuruni anak tangga seterusnya kini berpaling .

         " Iya...Dik, boleh akak bantu ? " soalnya seraya tersenyum." Kak...Tolong lekatkan kembali kepala saya kak ? Dua tahun sudah saya dikapak oleh seseorang di sini , di tangga ini...." ujarnya seraya memegang kepalanya yang sedang berkata- kata itu.

         Ketar! Lemah sekali kepala lutut Ameera Husna kini.Perlahan- lahan dia memusingkan tubuhnya kembali.Tanpa berlengah lagi , Ameera Husna terus berlari tanpa henti .Tangga juga dia rasakan sangat banyak , kerana dah lama dia menuruninya namun masih tak sampai lagi .Aras tiga sahaja pun! 

       " Ya Allah ! Mana Husna ni ? Hari dah nak senja ! Batang hidung pun tak nampak- nampak lagi ? Nak masuk semula pun? Nak cari dia kat mana ? ," omel Ameerul Husny kian di asak rasa resah .

        " Ada apa - apa yang berlaku ke ? Ya Allah , risaunya abang , Ameera ! Mana kau Ameera ! " 

        Briefcase makin kejap dia genggam ditangannya.Mahu sahaja dia tutupi hijabnya itu , lepas satu , satu makhluk buruk yang menjelma mengacaunya .

         Mata saling bertatapan.Masuk yang ini dah berkali dia terpaksa berdepan dengan makhluk berbunjut seperti sup bunjut ini ! Bau hanyir darah menerawang dan kian kuat .

        " Ya Allah ! Macamana aku nak turun ni ....? " 

         " Ameera! Jangan takut ! Aku Arman ! Kau masih ingat lagi tak ? " bisik suara itu di telinga Ameera Husna yang berpeluh- peluh itu.

        " Kalau kau nak pulang cepat , kau jangan gentar pada pocong itu ? Kau kena kuat ! Aku yakin kau dapat menghalaunya pergi ...." 

         " Bismillah.....Allahulahilahailahaillah ...." Berkali- kali ayatul.qursi di bacanya kini .

         Rasa yang gementar kini beransur kurang .Perlahan- lahan pocong itu berubah menjadi asap hitam lalu meresap di dinding." Alhamdulillah , terima kasih Arman " 

         " Arman ! Arman ! Kau dengar tak ? Tak boleh jadi ni aku kena cepat turun ni....Tentu abang resah ...." 

          Langkahnya kian ringan, dari jauh telah kelihatan aspal jalan .Kini kakinya telah selamat mendarat di lantai luar .Ameera Husna terus mengorak langkah untuk ke hadapan pejabat .

          Dari jauh kelihatan kereta abangnya telah terparkir di bawah satu pohon rendang." Alhamdulilllah ...," ucapnya di dalam hati .

           " Husna ! Ke mana saja kamu pergi ni ? Risau tahu tak ? Sudahlah call pun tak berangkat ! Nasib ada kawan Husna yang beritahu abang , Husna dah pulang ..." 

          " Kawan? Abang ....Semua staf dah lama balik bang ..?" 

          " Tentu masih ada yang belum pulang lagi kan ? " Soal Ameerul Husny cuba menyedapkan hatinya yang kian cuak dek statement adiknya itu .

         " Hah ! Tu la budaknya..." teriak Ameerul Husny seraya menunjuk ke arah seorang gadis yang sedang berjalan di seberang mereka .

         Ameera Husna terus berpaling ke arah yang dinyatakan abangnya.Laju memang laju sekali gadis berkurung lusuh itu berjalan.

        " Abang ! Cepat masuk kereta! " 

        " Kenapa ? "  

         " Tak...Tak ada apa- apa ....Senja kan...." 

          Setelah enjin kian panas, Ameerul terus menarik gear dan memandu sterengnya menuju ke arah jalan besar.

           Gadis berkurung lusuh itu kini terawang - awang di tepi jendela Ameera Husna sambil tersenyum .Dan senyumannya itu amat menyeramkan.Mata Ameera Husna memandang ke arahnya yang semakin tinggi terbangnya itu begitu juga dia .Darah secara tiba- tiba mengalir dan menitis tepi bibirnya yang terkoyak luas itu .

        Tak sanggup rasanya untuk melihat ia lagi .Ameera Husna cepat - cepat memandang ke arah depan  .Kereta mereka juga semakin laju membelah pekat malam.

         ' Hahahahah....' Pontianak itu terus terbang tinggi dengan hilaian menyeramkan.


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.