Home Novel Seram/Misteri DARI KERANA MATA
DARI KERANA MATA
Pemburu Malam
16/11/2017 18:19:34
37,555
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 19

AMEERA HUSNA hanya mampu berserah dalam kubikel yang sama .Pelbagai gangguannya kini.Dengan bauan kemenyan dan bangkai lagi .

Ameerul Husny pula makin tak keruan pemanduannya.Hampir sahaja mahu terbabas langgar pegawai peronda di sekatan jalanraya .Badannya sahaja dalam kereta itu tetapi jasadnya ke lain.

Elly perlahan- lahan menutup pintu, abang Remy entah ke mana kini.' Aku perlu ke bilik Rania ! ' monolognya tanpa berlengah lagi terus membuka langkah ke arah bilik belakang .Doanya agar Remy tiada di situ .kalau tak nyawanya dalam bahaya.

" Kak, Inshaa Allah tiada apa- apa....Kak , akak perlu musnahkan ' barang ' itu..." bisik Arman sebelum menghilang .Ameera Husna dalam bahaya kini ! Dia dah cuba yang termampu , tetapi makhluk itu degil.

" Aku yakin kak Rania ada di situ...." ujarnya lagi.Sebenarnya, sudah lama Arman mengintip pergerakan Rania.Arman tahu apa yang berlaku kini , ada kaitan dengan Rania.Rania begitu berani bermain dengan bomoh ! 

Rania lah dalang dalam segala pengkhianatan ! Dia yang mencucuk Remy supaya berkomplot dengan arwah Addy ! Rania umpama musuh dalam selimut ! Kebaikannya bermakna! 

Sehingga tergamak bomoh suami sendiri ! Adakah dapat dirinya cium syurga ? Begitu juga dengan Ameera kini.Dia cuba berunding dengan ' mereka' milik bomoh itu, tapi sia- sia.

" Bagaimana tok?" 

" Hahaha ....Tak lama lagi....Tak lama lagi ....Hangpa tungga ja ....." 

" Gadis tu tok ?"

" Yang ada pendamping tu ? Hahaha ....Aku tahu bagaimana nak buat ....Hangpa tunggu jaa..." 

Berkumat- kamit mulutnya sambil mengambil patung berbentuk badan perempuan dan lelaki lalu di perasapkan atas bara kemenyan.Manteranya pekat berbahasa siam.Ilmu siam salah- satu ilmu syaitan terkuat ! Selain asli ( sakai).

" Sakit...! Sakittnya....! Ya Allah....! ," desis Ameera Husna." Takkan nak membuang lagi ?" Perut semakin memulas teruk.Ada masanya rasa nak period ! 

" Arghhh....! " pekik Remy segala barang di dapur habis berkecai dan berserekan atas lantai.Sementara Elly pula kini berada di dalam biliknya.Pintu di kunci ketat.Remy bertukar- tukar sikap dan personalitinya kini.Sesekali dia menangis.

" Mana aku nak cari ni ? Barang apa ? " Soal Elly pusing keliling sambil melihat kalau ada sesuatu barang yang mencurigakan.Katil ? Mungkin bawahnya ? 

Elly meniarap seperti askar sambil mengintai bawah katil setelah cadar di selak .Kosong ! Gelap ! Cuma ada sesuatu berwarna putih berbentuk seperti bantal peluk ! 

" Makkkk! " pekiknya cadar diturunkan semula.Pocong dengab mata yang merah ! Benarkah itu pocong ? Atau pandangannya sahaja ? 

"Mungkin illusi aku je tu..." monolognya lalu menapak lagi dalam kamar yang kelihatan mewah itu.Tiba- tiba matanya tertancap pada bonggol atas tilam.

*************

" ALLAH ! ALLAH ! ALLAH ! " Ucapnya yang sedang cuba mengawal pemanduannya kini.Stereng , gear dan brek langsung tak berfungsi." Ameerul....! " 

Ameerul mendongak seraya merenung cermin atas.Kelihatan seekor pocong yang juga merenung tajam padanya.Matanya cukup merah ! 

" Allah !!!" Akibat terlalu terkejut ! Stereng terlepas lalu kereta itu menggelongsor laju lalu merempuh tiang papan iklan besar tepi jalan tersebut .

Akibat goncangan yang begitu kuat kepalanya terhantuk sekali ke cermin kereta, lalu dahinya pula dua kali terhantuk pada stereng .Hon berbunyi nyaring .

Pinnnnn.....

Darah pekat laju saja alirannya turun dari atas kepala dan dahi.Cermin hadapan juga pecah , serpihannya ada yang tertusuk ke mukanya .

" Wei ! Kemalangan ! Kemalangan ! " riuh sekali suasana .Ada yang pakat cuba membantu , ada yang menghubungi ambulance dan polis ! 

" Abang kena kuat.....Ameera masih perlu kan abang ...." 

" Siapa kau ? " 

" Aku insan yang Ameera kenali " 

" Nanti dulu ....! ," pekik Ameerul tatkala Arman kian menjauh.Tubuhnya menggeletar seketika menyebabkan paramedik cuba mengawalnya sebaik mungkin.

**********

KLIK....! Selak kunci pintu kubikel di mana Ameera Husna berada terbuka dengan sendirinya.Pandangannya berbalam- balam kini.Baju kurungnya di basahi darah merah yang keluar melalui ' bawahnya' .

" Hahaha ! Rasakan ! Rasakan ! " Patung berbentuk perempuan itu di tonggengkan lalu besi tajam di tusuk secara masuk , keluar di celah kelangkangnya .Rania cuak juga tapi dia cuba berbuat tenang .Perempuan berselendang berjambul itu pula tersenyum sinis bibir merah menyalanya seraya mengerling Rania .' Bodohnya kau Rania huhuhu...' monolognya.

Tak lama lagi , Remy bakal jadi miliknya.Dan segala harta itu....Dia dan bomoh perempuan berpakaian siam itu saling berpandangan penuh makna .

**********

" ASTAGFIRULLAH....! KAK RANIA ! Apa ni semua kak ? Sanggup akak bersengkokol dengan syaitan ??! " 

Dalam peti kayu kecil itu dipenuhi tulang - temulang manusia , beruk dan kambing hitam, khinzir juga haiwan lain.

Bundut kain kuning pula setelah dibuka terburai pasir kubur ! Beberapa batang colok cina .Paku - paku berkarat , kaca , zink kecil yang berkarat , jarum berkarat , damar kemenyan, benang hitam, kertas- kertas bertulisan rumi tetapi berbahasa siam.

Anak - anak patung ada lelaki dan perempuan, pisau belit , besi , tahi besi , serbuk seakan kaca dalam bentuk hablur , katak kering dan bungkusan plastik berisi ....Allah ..Najis manusia yang kering .

Elly kemudian menarik sesuatu .Beberapa keping gambar ! Dia , Remy , Arwah Addy dan Arman juga arwah mertua.

Dummm ! Dummm ! Dummm ! Pintu diketuk dengan kuat .Elly terduduk , tergamam ! Suara abang Remy ! 

" Buka pintu ni bodoh ! Bukak! Aku tahu kau di dalam! Bukak ! Kalau tak aku bunuh kau! Hahahah.....! " 

" Ya Allah ! Aku mesti musnahkan semua benda khurafat ini ! Tapi ? Bagaimana ? " Sedang Elly berkira- kira tiba- tiba mindanya terfikir sesuatu .

Bingkas bangun lalu mengambil semula lighter dan rokok milik Rania , sehelai baju Rania di ambil lalu di bentangkan segala bahan tadi ,kotak juga rokok di himpunkan setelah itu diikat ketat .

Membawa bungkusan tersebut ke arah balkoni.Lighter di nyalakan lalu di halakan pada bungkusan tersebut pabila ia terbakar , Elly terus mengulangi ayatul Qursi sambil mencampak bungkusan itu jauh ke dalam semak belakang bilik Rania itu .Asapnya sungguh busuk sekali ! 

Tidak jadi melangkah lalu dia berpaling semula , kedengaran sayup- sayup jeritan perempuan.Meremang bulu roma lalu dia cepat - cepat masuk ke dalam semula lalu di tutup rapat jendela sliding.

Tiada lagi ketukan! Atau pekikan ! Hanya desahan seseorang seperti sedang menahan kesakitan ." Abang Remy ? " monolognya perlahan- lahan membuka pintu.

" Abang Remy ! " 

" Elly ....Abang sakit....." 

**********

SEGALA perbuatan buruk akan berbalik semula pada tuannya dan itulah terjadi dalam pondok di pinggir bandar itu.

" Kau pengkhianat !, " jerkah perempuan berbibir merah itu menyinga." Aku , aku tak tahu apa- apa Tasya ! Percayalah ! Aku dah buat semuanya ! Tak seharusnya kau marah aku begini? " 

" Rania ! Hang tahukan apa yang akan terjadi kalau kau khianati kami ?" 

" Tok! Percayalah tok! Saya dah buat segalanya ! Saya pun tak tahu kenapa ia berbalik " 

Bomoh perempuan berpakaiam siam itu masih lagi terbatuk- batuk cuma darah sudah kurang keluar , tak seperti tadi tersembur di hadapan keduanya .

Sesuatu yang tajam lagi berkilat , dia keluarkan dari dalam tas tangannya lalu menapak perlahan ke belakang Rania .

" Hang memang bodoh ! Hang memang nak cari nahas ! " 

" Tok...! Tolong tok...! Percayakan saya tok.....Jangan tok...!" Rayuan Rania tidak perempuan tua itu dengari.Mulutnya mulai berkumat - kamit dengan mantera siamnya.

Rania menekup telinganya! Hidungnya dilelehi darah.Ketar seluruh ototnya ." Allah ! Kau ! Kau ! ," teriaknya pabila pisau terhunus ke perutnya.

" Hergh ....Tasya ! Kenapa kau bu...Buat aku....Begini..." Pandangan makin gelap." Kerana kau bodoh ! Kerana Remy , Rania ! Kerana Remy ! " ujarnya lalu meludahi muka Rania yang terbaring itu .Darah membuak keluar .

Telefon pintar dikeluarkan lalu mendail." Hello , Polis tolong datang ke alamat ini....Ada berlakunya satu pembunuhan.." 

Perlahan- lahan perempuan bernama Tasya dan bomoh siam berkenaan berubah ke bentuk asal mereka.Terbang dengan hilaian yang mengerikan.Pondok itu pula berubah ke bentuk asal , usang dan hampir roboh .

Pembunuhan misteri , pisau tiada bercap jari.Selama ini Rania juga tertipu kerana ketamakannya dan sikap curangnya .Sahabat yang dia bertemu di sebuah disko bukanlah manusia biasa.

Manusia bersikap hantu sepertinya tentu hantu yang suka berdampingan dengannya.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham