Home Novel Seram/Misteri DARI KERANA MATA
DARI KERANA MATA
Pemburu Malam
16/11/2017 18:19:34
37,557
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5

      ABANG ADDY dan abang Remy diam tidak terkutik.Terutama sekali abang Addy pabila peti di mana aku sedang berbaring ditarik keluar .Kak Elly, meratapi pemergianku .Hanya dia yang aku benar- benar nampak kesedihannya ! Sedangkan yang lain tidak ! 

      Aku juga seram melihat rupaku  sendiri .Sungguh ngeri sekali .Wajahku tak serupa orang, dengan bola mataku terkeluar dari soketnya , kulitku kini tiada lagi, yang ada cuma isi yang kemerahan  , hancur    dan seperti terseret.Ada cebisan lagi yang tidak dapat mereka kutip kerana hancur.Perutku terburai, tali usus terpaksa pihak hospital sumbatkan balik.Kesan jahitan melintang dan sepanjang tubuh ku bermula dari dada sehingga ke bawah pusat.

        Walaupun suhu dalam kamar mayat ini sungguh dingin, namun darah masih lagi mengalir .Kak Elly jugalah yang sanggup melihat wajahku.Air apa ini? Soalku tatkala setitis demi setitis airmataku jatuh berderaian.Mengapa aku harus tangisi pemergianku ? Sedangkan ini yang abang- abang aku ingini.

       Setelah wajahku diselimuti semula, sebujur tubuh kakuku di sorong semula ke dalam peti mayat .Kerana ada beberapa prosedur yang perlu abang- abang aku selesaikan dengan pihak hospital sebelum membawa jenazah ku pulang.

       Aku nampak kau tersenyum, Addy !Kau semua ingat aku tenteram di sini ? Tidak....Aku takkan sesekali tenteram selagi aku tak balas balik segala perbuatan kau berdua! Ini tekad aku ! Dan iya , hanya dia yang bisa membantuku ! 

       " Abang, Elly betul- betul tak sangka secepat ini Arm pergi tinggalkan kita ...uuuuu...u....," lirih Elly teresak- esak di dada bidang suaminya, Addy .Memang tak dinafikan mereka sangat akrab.Kadang- kala, Addy timbul juga rasa cemburu.

        Manakala Remy dan isterinya mencebikkan wajah masing- masing." Alah, sudah - sudahlah tu Elly , kita ni yang masih hidup perlu teruskan hidup....," tukas Rania sinis." Kak, Elly sangat rapat dengan arwah kak...Elly tiada adik kak, arwah lah satu- satunya adik yang Elly ada..

," ujar Elly cukup terasa dengan kehilangan Arman.

        Semakin herot mulut Rania mencebik, meluat.Nampak sangat lakonan ! Maklumlah nak membodek ! Sungguh busuk hati perut perempuan bernama Rania.

        " Addy, apa yang telah berlaku sebenarnya?," soal Remy berbisik ke telinga Addy yang sedari tadi diam , tunduk menekur lantai kamar itu.

        Aku ingin mendapatkan kak Elly, tapi pada masa yang sama kakinya melekat kuat bagaikan telah di gam.Manakala makhluk itu pula, terjelir- jelir lidahnya menjilat pipi kak Elly." Kak ...Jauh kak...Jauh...! ," teriakkan ku tak didengari oleh wanita itu .

        " Pergi ! Jangan ganggu manusia itu ! Pergi ! ," herdikku semakin menyinga.Kini tiada lagi rasa gentar pada diriku ketika berhadapan dengan jelmaan- jelmaan itu.Mereka juga sama seperti ku .Yang terdiri daripada zarah- zarah kecil seperti udara.Walaupun ya, ada segelintir daripada mereka berwajah hodoh, cacat fisikal seperti ada yang tempang, kaki tangan kudung, terkeluar isi perut , terkoyak mulut , dan sebagainya.

        " Aku kata pergi ! Pergi ! Kenapa masih berdegil ! " 

        Tiba- tiba sahaja pintu kamar itu tertutup sebelah pintunya.Roh Arman terpekup mulutnya yang berdarah itu.Tangannya tak sengaja menghempas pintu tersebut . Arman nampak wajah masing- masing agak pucat .Apatah lagi lokasi yang sedang mereka berada itu pun sudah cukup menyeramkan.

         " Aduh ! Sakitnya bahu aku ! Hoi! Buta ke ? ," herdik Ameera Husna pada pasangan itu.Namun dirinya di hadiahkan sebuah jelingan tajam oleh si suami .Ameera Husna merenung tangan yang sedang terhulur itu lalu dia mendongak.Wanita berwajah lembut itu tersenyum seraya mengangguk .

          Berkerut- kerut dahinya menahan lengannya yang masih sakit dan terasa sengal.Tangan wanita itu di genggam erat." Terima kasih kak," ucap Ameera Husna tetap tersenyum walaupun lengannya sengal - sengal.

         " Adik tak apa- apa ? ," soalnya lembut .Ameera tergamam .Wajah itu seakan pernah dia nampak ! Tapi , di mana ya." Adik...! Adik ok ke ni ? ," soal Elly pelik.Elly pandang belakangnya namun kosong sahaja.

        " Hah! Tak...Tak apa- apa..Saya ok kak , terima kasih kerana sudi bantu saya ," ujar Ameera Husna.Ameera Husna cuba untuk tidak melawan renungan tajam lelaki di belakang wanita itu .

       " Kalau begitu , ok lah kakak pergi dahulu ya....Oh, ini kad akak , kalau ada apa- apa call aje...," ujarnya tersenyum manis.Pada mulanya, Ameera teragak- agak untuk menerimanya apatah lagi lelaki itu merenungnya tajam sekali.

       " Adik, kalau akak tanya jangan terasa ya ? Adik ni kenapa ya ? Akak tengok macam takut- takut aje..." 

       " Hah! Er....Tak ada apa- apa kak....Saya ok...Ya, saya ok...

Saya pergi dulu ya kak..." 

       Langkahnya dia hentikan seketika, lalu perlahan- lahan dia cuba menoleh kembali belakangnya.Detak jantung laju sekali bagaikan baru lepas lumba lari trek sahaja.

        " Allah ! " Teriaknya lalu terus berlari bagaikan ingin terbang.Elly pelik, jenuh dia pandang kanan, kiri , belakangnya namun apa yang ada ? 

       Kepala Arman masih lagi terpusing ke belakang , masih lagi merenung Ameera Husna yang semakin menjauh.Berdesup , kepalanya kini terpusing semula ke hadapan seperti biasa.Arman mengekori langkah kakak iparnya itu .Abang Addy dan yang lain entah ke mana .

       Pelbagai rupa dan bentuk, Ameera terpaksa menguatkan dirinya tika ini.Remang senja yang semakin melebarkan sayapnya membuatkan secara automatik semua jelmaan- jelmaan itu dan juga segala makhluk halus bergiat aktif.

       Sebab itulah kenapa kanak- kanak malahan orang dewasa sendiri dilarang keluar atau duduk diluar atau tempat- tempat asing di waktu sebegini.

        Earphone masih lagi tersumbat dalam telinganya , bukan lagu yang dia dengari tetapi ayat- ayat suci al.quran.Berkali juga dia merenung jam yang dia pakaikan di pergelangan tangannya itu.

         Tiba- tiba hadirnya seorang wanita berambut paras pinggang , berbaju blous putih dan skirt putih mengambil tempat duduk selang beberapa buah kerusi berhadapannya.Dia hanya tertunduk sahaja.Ameera Husna cuba berbuat tidak tahu sahaja.

          " Abang, kat mana ? Lamanya ? Tunggu tak sampai- sampai pun?," omel Ameera Husna bercakap menggunakan earphone.Agak kuat jugaklah suaranya.Ada yang memandangnya.Dan ada juga yang melihat dirinya dengan mimik muka semacam.Apa yang peliknya pada diri aku ni ? 

         " Husna, pergi makan dululah yerk lapar ni...." 

         " Kedai mamak aritu ...Abang sampai miscall" 

          " Takpe, jangan drive laju- laju Husna tunggu ....Bang, hihihi share top up sikit...." 

         " Jap...Husna pergilah makan dulu...." 

          Ameera Husna hentikan langkahnya, wanita pelik itu juga berhenti.Dan apabila, Ameera menyambung kembali perjalanannya dia juga bergerak.Jika dipandang secara tepat, kakinya tak jejak lantai laluan bertar itu.Bau dia juga sangat harum! Tentu pakai perfume Gucci tak pun Hugo Boss.Ya ker ? 

        Ameera Husna berselisih pula dengan seorang lelaki ini.Jalannya tegak sahaja.Langkah keduanya semakin hampir.Ameera Husna yang tunduk jalannya itu menutup hidungnya , busuk seperti bau bangkai ! Ada bangkai tikus or apa- apa ke ? 

         Entah kenapa, laju pula Ameera Husna mendongak ketika dia dan lelaki itu jalan dekat ." Allah ! Siapa dia ni ? ," soalnya berbisik.Ameera terus tunduk semula.Tak berani nak pandang lagi .Dia makin percepatkan langkah kakinya.

         " Aduh ! " 

         " Hah ! Maaf....Maaf " 

         " Lain kali jalan tu jangan tunduk je , pandanglah atas kanan kiri. Ni tak , laju je macam ada orang ikut ...." 

         " Me...Memang ada pun Encik...."

         " Erk....Ya ker ? Saya tengok kamu je seorang ..." Terjengok- jengok kepalanya.Ternyata belakang gadis kelam - kabut itu kosong ! 

       " Betul Encik ada...Lelaki dan perempuan! " 

       " Kalau betul mana dia ? Cuba kamu pusing belakang .Takkan lah saya ni nak menipu kamu pula ! Takde pekdah nya...

      " Ad...!" Ternganga mulutnya.Betul apa kata lelaki itu .Belakangnya tiada sesiapa.Tepat telahannya .Mereka tentu bukan manusia! Abang....Husna nak balikkk!! 

       " Maafkan saya." 

       " Tak apalah  .Beginilah kalau boleh time time begini jangan lalu area ni ok..." 

       " Tapi kenapa ya ?" 

       " Tu ...." ujarnya memuncungkan mulutnya ke arah sebuah bangunan kecil bertulis BILIK MAYAT.Ameera Husna apalagi , makin membulat matanya .

       " Terima....???Aik...??? Mana pergi lelaki tadi ? Cepatnya jalan ? ," soal Ameera Husna pelik bin musykil .Makin meremang pula bulu romanya.Dia harus cepat beredar dari sini.Ameera Husna berjalan laju , selaju mulutnya berzikir.

       Perlahan-lahan lelaki botak itu meresapi pintu bangunan bertanda BILIK MAYAT itu .Semakin lama , semakin menghilang ..


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.