Home Novel Seram/Misteri DARI KERANA MATA
DARI KERANA MATA
Pemburu Malam
16/11/2017 18:19:34
37,569
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 12

       SEMENJAK dari hari itu, Remy kelihatan agak berlainan .Dirinya tak seperti selalu , mungkin ya dia masih lagi terkejut .Rania, isterinya juga perasan akan perubahan sikap suaminya itu.

       Pada hari ini , mereka semua berkumpul untuk mendengar dan menerima wasiat arwah kedua orang tua Remy dan arwah Addy juga arwah Arman.Elly masih lagi bersedih akan pemergian arwah suaminya itu.

        " Assalamualaikum.!" 

        " Waalaikumussalam..." Jawab mereka serentak.Kelihatan seorang  wanita lengkap berpakaian korporat dan berkot hitam kelihatan  di tangan wanita itu , sebuah briefcase yang kemungkinan mengandungi apa yang mereka semua inginkan.

         Rania dah tersenyum- senyum tidak sabar.Remy juga , dia yakin majoriti harta keluarga ini akan jatuh ke tangannya.Apatah lagi dirinya dan arwah Addy berkomplot dengan menipu beberapa maklumat .Dan seandainya perkara itu terbongkar? 

         Arman juga ada bersama dengan mereka.Ya, dia tahu tentang komplot itu .Tapi, apa kan dayanya....

         " Assalamualaikum...," sapa seorang gadis bertudung bawal.Kesemua mata kini tertumpu padanya .Elly pula seakan mengenali gadis itu .Rania dan Remy pula hanya membuat muka biasa.

         " Ini saya perkenalkan pegawai penyiasat saya.."

         " Nanti sekejap! Pegawai penyiasat ? Sejak bila pula Puan Zara mengupahnya ? Dan kenapa tak di beritahu ? " Remy mula bersuara.Rania juga terkejut.

        " Bawa bertenang En.Remy, sila duduk dahulu..." 

        " Kenapa saya mengupah cik Ameera ? Kerana ada beberapa sebab yang boleh dikatakan agak mencurigakan" 

        " Apa maksud Puan? Apa ? Masih tak cukup lagi segala dokumen yang saya bentangkan tempoh hari ? Sepatutnya Puan kena berbincang dengan kami dahulu "   

        " En.Remy , kenapa pula ? Sebagai seorang peguam saya berhak mencipta atau menunda mana-mana saja syarat .Dan ini , termasuklah dengan mengupah seorang pegawai penyiasatan ! " 

        " Oh, maknanya Puan Zara suka- suka ya buat tindakan sendiri...? Suka- suka tukar  segalanya...," sampuk Rania pula juga makin menyinga.Meluat pula Ameera Husna melihatnya.Sambil- sambil itu dia mengerling pada Arman .

        Tentu ada tertanya- tanya bagaimana dia boleh  berada di situ ? Semua ini berlaku kerana Arman.Tak pasal- pasal , dia kerap kali menyamar sewaktu mahu memasuki pejabat Arman untuk mengambil beberapa fotokopi dokumen penting.

        Arman sebenarnya dah lama mengetahui tentang salah- laku kedua abangnya itu .Hanya dia yang selama ini berlakon.Arman sebelum ini memang berkerja dengan syarikat abang- abangnya itu.Kalau tak kerana bantuan darinya dah lama syarikat mereka terlungkup.

         Remy dan Addy berapa kali pecah amanah , songlap dan sebagainya.Oleh kerana tidak tahan Arman mengambil keputusan keluar dari syarikat.Bukan dia tak mahu ambil inisiatif untuk selamatkan syarikat ! Dah berkali sebenarnya.

         Dan lagi satu , Arman tidak mahu kedua dapat tahu tentang apa yang telah dia ketahui.Jadi tak salahlah jika dirinya juga menjadi ancaman mereka.Remy dan Addy keduanya itu tidak jujur antara satu sama lain.Masing-masing mahu membolot kesemua harta yang ada.

         " Arghh!! Tak boleh ke kamu semua diam!! Sudahlah kita semua baru sahaja kehilangan orang tua kita .Dan kini , kamu semua mahu bergaduh kerana harta !! ," tengking Elly sudah tidak tertahan lagi .

        " Tak boleh ke terima sahaja ..." 

         PANG ! Entah kenapa , angin tiada ribut tiada pintu di hempas kuat .Bukan itu sahaja, pasu bunga yang berdiri megah sebagai hiasan kabinet juga ditolak ke bawah ! 

         Ameera Husna cuba menenangkan lelaki itu .Ameera tidak mahu mereka semua tersalah tafsir.Elly berubah seketika raut wajahnya kini.Begitu juga dengan Remy .

         " Baiklah , jika anda semua sudah tenang saya akan mulakan.Jadi saya perlukan kerjasama anda semua.Tak perlu berbalah kerana hal yang kecil ini " ujar Puan Zara seraya membuka dokumen berisi wasiat .

         " Sebelum itu , saya juga minta anda semua terima segalanya dengan tenang ya...Kerana wasiat ini telah arwah rombak dua kali ...." 

         " Selain itu juga , saya juga telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan sebarang siasatan jika ada kesulitan....Kerana arwah tidak mahu ada yang teraniayai.." 

         Remy dan Rania terasa pedasnya kini.Apatah lagi dengan ketiadaan arwah Addy juga Arman .Elly pula hanya mampu tertunduk.Baginya tiada harta yang lebih ternilai selain arwah juga anak- anak mereka.Bagaimana nasibnya nanti...

         " Remy Affandi abang sulung kepada Rohaidi dan Arman Sufian, saya di amanahkan dengan hukum faraid anda mendapat 50 peratus dan ini termasuklah saham syarikat juga rumah ini " 

         " Manakala segala harta yang telah di wariskan pada arwah Rohaidi dan juga Arman separuh daripadanya akan didermakan pada anak - anak yatim dan golongan asnaf ini termasuklah tanah kebun untuk di usahakan dengan pantauan Puan Elly .Ini semua telah saya dan arwah bapa anda..." 

        " Maaf , saya bantah ! ," ujar Remy bingkas bangun dengan tegas." Kebun itu milik kami , sepatutnya saya usahakan memandangkan kedua adik saya telah tiada ! Saya tak percaya arwah ayah begitu !" 

       " Bertenang saudara , duduk dan lihat segala apa yang telah tercatat..." 

       " Jika berlaku salah- laku ? Apa yang telah saya lakukan ? Tu..Syarikat itu , sayalah yang banyak menaikkannya..." ujar Remy memprovokasi .Hakikatnya Arman sebenarnya .

         Kesabaran Amran semakin menipis kini.Sakit betul hatinya mendengar cereka abang sulungnys itu ." Saudara Remy tentu tahu apa yang telah saudara lakukan selama ini...," gumam Puan Zara hampir - hampir tertipu .Nasiblah dia dan Ameera Husna semak kembali.Ameera memang bekerja di syarikat hartanah .

       Pada mulanya Puan Zara agak curiga dan pelik kenapa gadis itu bersungguh mahu perkara ini di semak semula .Setelah menerima beberapa bukti kesalahan mereka , barulah dia mulai bertindak.

       Ameera Husna juga menyatakan bahawa dirinya dan arwah Arman saling - mengenali.Dan ada beberapa perkara, Arman selalu merujuk padanya.Ini antara plan mereka dalam usaha menegakkan kebenaran.

         Buat masa ini , Puan Zara melakukan sebegini dahulu.Dan ternyata telahan dia benar tentu ada yang tidak berpuas hati.Puan Zara berhak untuk mengambil sebarang tindakan undang - undang terhadap Remy dan arwah Addy tetapi dia cuba buat cara lain.

         Kerana dia berpendapat mungkin dengan cara ini boleh membuatkan Remy mengaku akan kesalahannya ! 

          Tetapi , tak semudah yang disangkakan.

           " Saya tak percaya...Puan Zara saya arahkan Puan supaya semak semula ...Kemungkinan ada berlakunya kesilapan " 

           " Maafkan saya , En Remy tanggungjawab saya sudah selesai  ...Jika ada perkara berbangkit sila bincang di mahkamah ! " 

           Remy terus terdiam kini.Dalam masa yang sama , dia merenung tajam ke arah Ameera Husna .Dia dapat rasakan bagai ada sesuatu pada gadis itu .Remy yakin dia dalangnya .

           Remy juga yakin jika tak kerana hasutan dia tentu kini segala harta miliknya! Mustahil perkara sebenar telah di ketahui .Memang kemalangan arwah Arman hasik komplotnya dengan Addy .Tetapi , dia tak bodoh sengaja dia arahkan Addy yang melakukannya seandainya di ketahui oleh pihak berkuasa sudah tentulah dia terselamat ! Addy akan meringkuk dalam penjara! 

        Niat jahatnya adalah untuk membolot segala harta keluarga ! Dia tak mahu berkongsi ! Kerana itulah sengaja dia kenakan adik- adiknya .Memang sepatutnya kini dia boleh bernafas kelegaan dengan kematian Addy dan Arman ! Namun begitu , sebaliknya pula yang berlaku ! 

        Ada sahaja halangan pada niat jahatnya itu .

         " Terima kasih Ameera kerana sudi tolong saya...," ucap Arman .Mereka terpaksa berjumpa secara bersembunyi.Ameera pula pandai berlakon selama mereka melakukan siasatan.   

        " Maaf jika selama ini saya banyak menganggu awak...Mungkin ini pertemuan terakhir kita "  

        " Awak dah tak sudi berkawan dengan saya ke ?" 

       " Bukan begitu " 

        " So ?" 

        " Awak tak kisah ke ? Saya ni hantu ..." 

       " Saya rasa tak menjadi satu kesalahan pun kan ? Kalau kita tetap teruskan perhubungan ini..." 

       " Kenapa bercakap seorang ? Siapa sebenarnya dia ni ? Adakah orang gila ? Puan Zara lebih percayakan orang gila ini ??"     

        Rania tersenyum sinis...Remy perlu tahu ..Rakaman di simpan lalu dia bergerak meninggalkan pasangan itu.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.