Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
289,567
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 12

KAU CINTA AKHIR KU (BAB 12)

Melihat Aleeya yang sedang sibuk memasak membuatkan hati Rayyan terharu. Siang sibuk di pejabat. Sebelah malam sibuk pula menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga pula. Hendak ajak makan di luar, siapa yang nak jagakan Adam dan Ain kat rumah. Rasanya perlukan pembantu rumah lah untuk menolong Aleeya.

“Dah solat mahgrib ke belum ni?” soal Rayyan. Dia ke masjid tadi. Isyak nanti mahu bersolat bersama Aleeya pula.

“Dah!” balas Aleeya. Nasi sudah di masak. Dia senang mengoreng ikan sekarang. Sup sayur dan masak merah ayam. Masak ringkas saja kerana bab makan ni Rayyan tidak cerewet.

“Kena ambil pembantu rumah lah untuk tolong Liya,” ujar Rayyan. Dia mengambil gelas dan pinggan lalu diletakkan di atas meja makan. Aleeya mengelengkan kepalanya. Buat apa lah pembantu rumah, liya tak perlulah semua itu.

“Liya boleh buat lah semua ni,” berapa kali Liya nak beritahu ni, Liya tak suka lah pembantu rumah.

“Tengok Liya sibuk sangat. Kasihan abang kat Liya.,” pujuk Rayyan. Aleeya mematikan api di dapur. Ikan yang masih panas di dalam pinggan di bawa ke atas meja. Rayyan menarik tangan Aleeya duduk di sebelahnya.

“Abang nak ke pembantu rumah masak untuk abang?” soal Aleeya. Tangan Rayyan lincah memasukkan nasi ke dalam pinggannya. Di ambilnya seketul ayam lalu diletakkan dalam pinggan Aleeya. Rayyan memandang wajah Aleeya, pertanyaan dari Aleeya dibiarkan sepi saja. Dia mengangkat tangan untuk membaca doa makan. Aleeya turut mengikut.

“Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Ya Allah, berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”

“Amin!” ucap Rayyan meraupkan ke dua belah tapak tangannya ke muka.

“Amin!” sambut Aleeya sambil melakukan perkara yang sama.

Dia terus menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sedap! Pandai sungguh isteri abang ni memasak. Aleeya tidak lagi bertanya soalan tadi. Hanya melihat suaminya menikmati hidangan makan malam dengan tenang dan selesa.

“Masa Liya untuk abang pun tak ada,” runggut Rayyan. Aik, bukan kah aku berkepit dengannya siang dan malam. Aleeya menjeling ke arah suaminya. Rasa tidak tertelan nasi di kerongkong. Kalau aku cakap, marah pula nanti. Dulu masa aku jaga mama pun, dia cakap macam ini juga. Hmm..,

“Bos kat tempat baru Liya tak benarkan Liya berhenti kerja, kalau tidak Liya duduk kat rumah saja,” balas Aleeya. Di ambilnya air bandung lalu dihirup perlahan. Matanya melihat reaksi suaminya di sebelah. Abang kan nak Liya kerja, jadi jangan mengeluh.

“Siapa nama bos Liya tu?”

“Rayyan Danish bin Tuan Mirzal!”

“Hahahaha...,”

“Susah jaga abang dari jaga anak-anak tahu tak?” ucap Aleeya. Abang yang suruh Liya kerja dengan syarikat abang kan? Jadi, bila Liya tak ada masa, jangan lah merungut pula.

“Bukan apa lah sayang, rindunya saat-saat kita berdua dulu. Kalau ada orang yang boleh tengokkan Adam dan Ain boleh juga bawa Liya makan angin di tengah malam. Tengok wayang ke, pergi berhibur kat kelab malam ke....,”

“Abang rindu kelab malam tu?” soal Aleeya kembali apabila Rayyan menyebut kelab malam. Dia kan kaki kelab malam. Tak boleh lupa lagi ke kelab malam tu? Menyampahnya dengar.Tak sukaaaa..., jerit Aleeya di dalam hati.

“Rindu...,”

“Ha.. rindu???” jangan lah buat perangai lama. Kita dah ada anak dua lah sekarang. Liya tak nak ‘Rayyan’ yang lama tu. Tetapi kalau abang bertekad memang Liya tak mampu nak halang abang. Sebab Liya tahu abang nie jenisnya macam mana.

“Mesti lah..,” Aleeya terus membasuh tangannya. Kenyang dengan jawapan yang suaminya berikan.

“Hmm..,” keluh Aleeya. Sedikit kesal dengan jawapan itu.

“Kenapa?” pancing Rayyan lagi. Liya kalau marah, tau simpan dalam hati saja kan?

“Tak ada apa-apa lah!”jawab Aleeya. Tengok kan abang dah kata dalam hati abang tadi.

“Hehehe.. cakap lah marah ke, nak halang ke, boleh juga. Ini diam macam tu saja?” main Rayyan lagi.

“Siapa lah Liya dalam hati abang kan?” soal Aleeya sudah jauh hati. Kat kelab malam tu kan ada perempuan-perempuan cantik, yang manja dan pandai mengoda. Itu kah pilihan abang?

“Tahu pun!” usik Rayyan lagi. Terusiknya di hati tak mampu di tahan lagi. Sedihnya malam ini. Kenapa dia masih macam itu? Masih mengingati kenangan lama. Air mata sudah mengalir di penjuru mata. Tidak mampu dibendung lagi.

“Liya!” panggil Rayyan. Ler, dah pun menangis. Abang bergurau saja lah, sayang!

Aleeya bangun dari kerusi. Dikemasnya meja membiarkan Rayyan melihat dirinya.

“Abang tak nak pujuk, jemu!” ujar Rayyan sambil bangun dari tempatnya. Dia turut mengemas meja makan. Malah dia yang mambasuh pinggan dan cawan kepunyaan mereka berdua. Sebak di dada, sudah makin terasa. Sensitifnya Aleeya malam ini. Aleeya hanya berdiri di tepi singki membiarkan Rayyan selesai membuat kerjanya.

“Teringin juga nak lihat Liya mengamuk, tengking abang ke, marah abang ke? Ini menangis saja yang Liya tahu!” ujar Rayyan setelah selesai membasuh. Aleeya mengesatkan air matanya yang mengalir perlahan. Mendengar ungkapan itu, Aleeya ingin saja beredar dari situ tetapi pantas Rayyan menarik tangan Aleeya. Dipeluknya Aleeya dengan erat walaupun Aleeya meronta mohon dilepaskan, tetapi rangkulan Rayyan masih kemas.

Lamanya dia memeluk Aleeya tanpa suara. Sepi dan damai. Setiap kali aku ada masalah, aku ingin memeluk isteri ku untuk mencari ketenangan jiwa, hati dan perasaan, kerana dengan memeluknya, aku rasa bahagia yang teramat sangat. Hilang semua masalah. Dikucupnya dahi Aleeya dengan sepenuh kasih sayang.

“Hati Liya letak kat mana pun abang tak tau,” Aku dah buang semua itu sejak aku kenal islam melalui Aleeya. Jadi buat apa lah untuk ke kelab malam lagi. Liya ni lah..

“Abang nak cari perempuan lain ke di kelab malam tu?” soal Aleeya. Ooo.. cemburu rupanya. Sayang kat abang sampai boleh fikir begitu sekali.

“Tengok tu, tak faham ayat abang ke tadi? Atau Liya tak boleh nak menilai siapa diri abang dalam hati Liya?” ha, sudah. Rayyan yang naik angin sekarang.

“Yang abang marahkan Liya ni kenapa pulak?”

“Kasih sayang yang abang beri kat Liya, Liya letak kat mana sampai Liya boleh meragui abang? Itu baru abang sebut kelab malam, Liya dah fikir yang bukan-bukan,”

“Pekak telinga Liya lah,” ujar Aleeya yang sudah berhenti menangis tetapi pelukan erat Rayyan dan suara Rayyan berada dekat di telinganya. Apa tah lagi apabila Rayyan bercakap dengan nada yang tinggi.

Subhanallah, kenapa lah Liya jadi macam ini malam nih. Sedangkan suami Liya sudah meninggalkan semua itu setelah berkahwin dengan Liya. Bukan LIya tak nampak dan bukan LIya tak tahu semua itu. Nak period kut, sebab tu cepat naik angin dan sentisif sangat.

“Liya minta maaf, Liya yang salah!” mohon Aleeya setelah menyedari kesilapan dan kesalahannya. Aku tidak sepatutnya meragui suami ku sendiri. Mana kepercayaan antara kami selama ini?

“Memang Liya salah pun!” balas Rayyan.

“Maaf!”

“Tak cukup dengan perkataan maaf tu!”

“Habis tu?”

“Abang sayangkan Liya lah, untuk Liya abang sanggup lakukan apa saja. Itu pun Liya tak nak lagi....,” bisik Rayyan perlahan di cuping telinganya. Pipi kanan Aleeya dikucup pula. Aleeya membiarkan saja.

Padan muka sebab kena marah. Tak ada kerja cari kerja. Tak ada penyakit cari penyakit. Pada hal dia sudah melakukan sgala-galanya untuk aku.

Liya, awak tak pandai bersyukur ke? Awak memang kena mintak ampun lah kat suami awak, sebab awak sudah melukakan sekeping hatinya yang tulus dan ikhlas terhadap awak.

Bisik Aleeya di dalam hatinya sendiri.

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.