Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
289,069
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 14

KAU CINTA AKHIR KU (BAB 14)

Itu kalau Rayyan marah, tetapi kalau bab pujuk memujuk memang serah kat Rayyan lah. Ketika jalan mahu keluar dari ofis tadi, Aleeya rasa pitam dan mahu muntah saja. Perut sudah masuk angin barangkali kerana tidak makan apa-apa sejak dari pagi tadi lagi. Mujur lah Rayyan sempat mencapai badan Aleeya yang mahu terjatuh itu. Di didukungnya Aleeya ke dalam kereta. Tak makan atau apa ni? Tak kan kerana aku tak bercakap hari ini, sampai jadi macam ni. Liya ni, abang tak marah sayang lah.

“Rina, tolong tengok anak-anak saya yer!” pesan Rayyan sebelum melangkah keluar dari Ofis. Kebetulan Rina mengekorinya dari arah belakang.

Menitis juga air mata lelakinya apabila melihat keadaan Aleeya yang lemah itu. Aku lah yang bersalah dalam hal ini. Hal Alvin dan Husna terbawa-bawa ke dalam rumah ku. Bimbangkan Alvin sampaikan aku babitkan Aleeya dalam hal adik beradik kami. Apa nak jadi nih? Aku sampai tak bertegur sapa dan seperti marah kepadanya, sedangkan dia adalah sumber kebahagiaanku selama ini.

“Astagfirullahazim!” lafaznya perlahan. Abang tak bermaksud untuk menyakiti hatimu lah, sayang.

“Abang!” panggil Aleeya sudah kembali sedar. Apabila Rayyan menyapu minyak angin di kedua belah dahinya. Apa hal ni? Bukan tadi dia mengamuk kat aku ke?

“Liya pengsan tadi. Maafkan abang kerana tak jaga Liya elok-elok selama ini,” ujarnya kesal. Kesal yang amat sangat. Aku suami, mana boleh buat macam tu kat Liya.

“Liya ok lah!” pengsan kerana tak tidur semalam, bukan kerana apa-apa pun. Sebaik saja sampai di rumah, Aleeya cuba bangun dan mahu keluar sendiri.

“Liya, jangan bergerak yer!” halang Rayyan sambil menolak pintu kereta di sebelahnya.

Sekali lagi dia mendukung Aleeya dan membawa Aleeya masuk ke dalam rumah. Lamanya abang tak dukung Liya macam ini. Rindu tau tak? Aleeya tidak pamerkan senyuman itu. Di simpannya di dalam hati. Dirapatkan kepalanya di atas dada Rayyan.

“Liya boleh jalan lah!” ucapnya. Pura-pura saja tu. Tak nak jalan lah, kalau boleh nak hari-hari macam ni. Nak hari-hari abang dukung Liya macam ni? Boleh tak, cek abang sayang?

“Biar abang jaga Liya hari nie..,”

“hari ini saja? Kalau gitu Liya nak sakit hari-hari lah!” balas Aleeya ketika Rayyan meletakkan dirinya di atas katil yang empuk. Mata kembali pusing. Muntah yang ditahan sudah berada di kerongkongnya. Sudah tidak mampu di tahan lagi.

‘Liya!” jerit Rayyan ketika Aleeya cuba bangun dan berlari ke arah bilik air. Mujur lah sempat sampai ke singki. Rayyan mengurut belakang badan Aleeya. Hanya air saja yang dimuntahkan.

“Liya pregnat ke?”

“Period lah!”

“Selalu tak macam ni?” bimbangnya di dalam hati. Tak kan lah nak tambah baby lagi ni? Kalau ada rezeki, apa salahnya kan?

“Perut Liya kosong sejak pagi tadi lagi,”

“Hmm..,” keluh Rayyan lagi. Semuanya kerana dia. Dipimpinnya tangan Aleeya. Aleeya membuka tudungnya membiarkan rambut terurai begitu saja. Rambut yang cantik dan menawan hati.

“Rehat lah!” pujuk Rayyan melihat Aleeya merebahkan dirinya perlahan-lahan.

“Abang, anak-anak tak ambil lagi kan?” tinggal dengan siapa dia orang tu? Dengan Rina? Tak mengamuk ke si Adam tu nanti? Risaunya.

“Jangan lah bimbang, abang dah suruh Rina dan Alvin tolong tengokkan!” terang Rayyan. Harap-harap tak ada lah masalah.

“Abang balik ofis ambil anak-anak dululah. Liya nak rehat ni!” ucap Aleeya masih bimbangkan si kembarnya. Ain tu tak ada masalah, Adam tu yang susah. Buatnya dia menangis nanti, habis kecoh satu ofis.

“ Tidur lah, jangan fikir banyak sangat. Semalam pun Liya tak tidur kan?” diambil minyak angin di dalam tas tangan Aleeya. Mahu disapukan di kepala Aleeya tetapi Aleeya menghalangnya.

“Liya sakit perut lah!” beritahu Aleeya. Di bawa tangan Rayyan ke perutnya. Rayyan menyapu minyak angin di perut Aleeya, lalu diusap perlahan sehingga Aleeya terlena barulah dilepaskan.

Tidurnya nyenyak dan tenang sekali. Malah sampai termimpi-mimpi pula. Mimpi indah yang membahagiakan. Dia terjaga bila terdengar azan mahgrib berkumandang. Mata Aleeya dibuka perlahan. Terlihat olehnya suaminya yang setia menantinya. Rayyan tersenyum senang hati melihat wajah Aleeya sudah tidak pucat lagi.

“Dah ambil anak-anak?” soal Aleeya. Sebab tidak mendengar suara tangisan si kembarnya.

“Ada dengan papa dan Alvin kat bawah!” beritahu Rayyan.

“Bila papa datang?”

“Ketika Liya pengsan tadi lah..,” sepatutnya dia kena sambut papa kat airport tetapi Aleeya pula jatuh sakit. Jadi, dia suruhkan drebar syarikatnya yang menjemput papa saja. Alvin pula ada hal katanya.

“Abang, Liya lapar lah!” beritahu Aleeya. Baru selera makan datang semula.

“Nak suruh abang masak ke?” soal Rayyan. Aleeya mengangguk saja.

“Memang nak pun!” ucap Aleeya. Rayyan tersenyum. Dah agak dah.

“Baik lah tuan puteri!”

“Okey, Liya nak mandi lah dulu, nanti lepas mandi, Liya turun kat bawah!” beritahu Aleeya dan cuba bangun.

“Liya tunggu kat atas ni. Abang bawa masuk makanan kat sini!”

“Apa pula kata papa nanti?”

“Papa tak kisah lah, sayang!” balas Rayyan sebelum meninggalkan Aleeya.

Boleh menyanyi di bilik air lagi hari ini. Hehehe...

Dia hanya menonton tv dan mengambil novel di atas meja. Novel Cinta Sambal Belacan menjadi pilihannya. Ketika dia menyelak novel, sekeping kertas berwarna biru jatuh darinya.

“Wahai isteri ku

Aku tidak pernah membencimu walau sesaat pun

Kerana aku amat menyayangimu

Setulus hati ku...,

Wahai isteri Ku

Maaf kan aku kerana sering melukakan hati mu

Yang tulus dan suci itu

Tetapi marahku

Bukan kerana aku tidak lagi menyintaimu

Tetapi kerana aku terlalu menyintaimu..,

Wahai isteri ku, setiap kali

Kerlipan mata mu adalah nadi diri ku

Setiap kali senyuman mu

Adalah jiwaku...

Dan setiap kali aku melihat titisan air mata mu

Itu adalah nyawa ku..,

Air mata Aleeya menitis perlahan. Sebak di dada, terasa bergelora tiba-tiba. Puisi indah yang ditulis oleh suaminya. Bila pula cek abang aku yang panas baran ini, belajar menulis puisi nih? Hairan juga yer, tetapi bait-bait bicara ini membuatkan dia terlalu terharu.

Aleeya mengambil pen di atas meja, lalu dia menarik laci mejanya. Kalau tak salah di dalam lacinya ada kertas warna ungu. Dia mahu menulis seperti suaminya juga.

Wahai suamiku

Aku tidak pernah rasa terluka

Setiap kali kau melukai hatiku

Kerana aku tahu di dalam jiwamu

Hanya ada aku di dalam hatimu...

Wahai suamiku

Selagi nadiku masih bergerak

Selagi itu lah aku ada lah hak mu

Sejujur hatiku, aku bahagia kerana kau

Menjadi suamiku...,

Waw, tak pandainya nak karang puisi. Rasa kekok lah pula, tetapi dia memasukkan surat itu ke dalam beg lap top suaminya. Harap-harap jumpa dan si suaminya itu sudilah membacanya.

Dia kembali merehatkan badaannya di atas katil apabila terdengar derapan kaki berjalan menaiki tangga. Hatinya berdebar menanti kedatangan suami tercinta. Bila wajah Rayyan muncul, Aleeya tersenyum penuh bermakna. Rayyan meletakkan hidangan yang di bawanya. Baunya amat menyelerakan.

Tak percayalah kalau abang yang masak? Ajaib sangat!. Sudah lah tadi bagi puisi kat Liya, nie masak yang special pula. Dua kali Liya tak percaya nih. Abang jangan buat benda-benda yang pelik boleh tak?

“Makan lah tau nak abang suap kan?” tanya Rayyan apabila melihat Aleeya asyik melihat menu masakan yang di bawanya. Nak suapkan? Mengada-ngada sangat tu.

“Liya suap sendiri,”

“Hehehe, kut lah nak abang yang suapkan!”

“Liya boleh buat sendiri lah!”

Di tariknya hidung Aleeya dengan manja.

Previous: BAB 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.