Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
289,834
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 20

Ayah dan Mak turut datang bersama Papa dan Alvin pagi tadi. Ayah memang bercadang hendak tinggal seminggu sebelum abang long mengambil ayah dan mak ke rumahnya, selepas itu ayah dan mak akan ke rumah angah pula. Setiap tahun ayah dan mak memang buat macam ini pun, melawat anak-anak kerana tahu anak dan menantunya sibuk bekerja. Cucu-cucu pula sibuk bersekolah. Kalau berkumpul pun time raya dan ada majlis kenduri saja. Kenduri kahwin dan selesai, sebab semua anak-anak ayah dan berkahwin. Last kahwin tentu lah Aleeya, anak bongsu dan perempuan tunggal pula tu.

Oleh kerana ayah dan mak ada di sini, papa pun hendak tinggal di sini juga lah buat sementara waktu. Papa kan rapat dengan ayah, Cuma Avlin saja lah masalahnya sekarang, Aleeya memang keberatan untuk membiarkan Alvin tinggal di rumahnya. Lain lah kalau Husna ada bersama. Itu memang dialu-alukan.

“Tak balik jengguk Husna ke?” soal Aleeya ketika melihat Alvin sibuk dengan lap topnya. Rayyan menjungkitkan anak keningnya mendengar pertanyaan itu.

“Husna pun tak pernah tanya khabar saya lah kak!” jawab Alvin, tidak berkecil hati pun dengan pertanyaan dari Aleeya. Hish, macam mana lah yer, kau orang hidup sebagai suami dan isteri, aku kalau sejam tidak mendengar suara suami, boleh gila bayang tau tak?

“Tak rindu ke?” soal Rayyan pula. Sepanjang Alvin tinggal bersama mereka, tak nampak pun Alvin menelefon Husna. Begitu juga dengan Husna.

“Rindu apanya, kalau telefon ada saja yg tak kena. Bertengkar tu adalah!” jawab Alvin. Bertengkar pun ok apa, abang dengan akak kau hari-hari bertengkar, tapi tak luak pun kasih sayang kami. Rayyan memandang wajah Aleeya. Rasa rindu tak pernah hilang walaupun sesaat. Dia sentiasa rindukan Aleeya, walaupun sentiasa bersama.

“Kak Liya kau menangis kalau abang tak ada di sebelah dia!” gurau Rayyan. Aleeya menampar bahu suaminya dengan manja. Ke situ lah pulak. Alvin tersenyum mendengar. Tahu! Tengok hubungan mereka berdua pun kita dah tahu. Sentiasa bersama seperti pengantin baru saja.

“Patut lah abang tak pernah pergi outstation sekarang yer. Sejak kahwin dan ada anak ni asyik terperuk dalam rumah saja! “sindir Alvin. Semua kerja luar dia yang uruskan sekarang sebang abang longnya ini menolak untuk kerja-kerja luar.

“Tak ada org nak jagakan Adam dan Ain lah!” jawab Rayyan. Sekadar alasan atau apa yer? Entah lah, sukarnya untuk meninggalkan anak-anak dan Liya sekarang. Hendak dibawa bersama pun masalah, sebab Adam dan Ain masih kecil lagi.

“Cakaplah tak nak berpisah dengan isteri, macam lah saya tak faham!” ujar Alvin membuatkan Rayyan dan Aleeya saling tersenyum.

“Tak baik lah Alvin buat macam tu kat Husna, sebagai suami, Alvin perlu bertanggungjawab kat isteri, kena ambil berat, perlu beri perhatian dan kasih sayang. Jangan biarkan Husna kesepian tanpa belaian manja seorang suami. Berdosa tu,” tegur Rayyan. Sebagai seorang abang, dia perlu menasihati adik kandungnya yang baru masuk islam itu. Apa saja kesalahan Husna, masih perlu diperbaiki dan masih boleh diperbetulkan. Semua manusia boleh buat salah. Boleh melakukan kesilapan tetapi perlu diingat, kita hanya manusia biasa saja.

“Saya tahu hak saya lah, along. Tetapi Husna yang tak nak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri....,”

“Nak jalankan tanggungjawabnya macam mana kalau Alvin dan Husna saling berjauhan macam ni? Kasih sayang dan cinta perlu di pupuk lah. Tak sayang ke, cinta dekat setahun, bila berkahwin jadi macam ni?” pintas Rayyan. Aleeya yang mahu menegur tadi hanya diam mendengar kata-kata suaminya. Tetapi apa yang suaminya ucapkan adalah benar belaka. Cinta dan kasih sayang perlu di pupuk, baru lah boleh mekar.

“Along dan Kak Liya dulu bercinta juga ke?” soal Alvin. Dia memang tidak tahu hubungan antara Rayyan dan Aleeya sebelum mereka berkahwin, yang dia tahu Alongnya ini memang ramai perempuan. Keliling pinggang, tetapi Alongnya tidak pernah mengheret perempuan masuk ke bilik. Setakat belanja makan, teman ke kelab malam dan berhibur saja.

‘Tanya kak liya?” alih Rayyan. Tidak memberi jawapan. Perkahwinan kami kan pelik sedikit. Kahwin tergesa-gesa. Sebab itu orang fikir yang macam-macam tentang kami.

“Mama kata abang kahwin sebab kak liya dah mengandung sebelum ada ikatan..,” anak kacukan memang suka cakap terus terang yer, tak selindung langsung.

“Yer lah tu...,” jawab Rayyan. Semua orang cakap macam tu dulu, alih-alih dekat lapan bulan berkahwin baru ada Adam dan Ain. Mungkin ini hikmahnya mengapa kami lambat dapat anak, sebab nak sangkalkan cakap orang selama ini.

“Abang ni..,” marah Aleeya. Nanti Alvin fikir betul pula aku mengandung sebelum kahwin.

“Betul kan sayang, awak mengandung sebelum kita kahwin?” usik Rayyan. Aleeya sudah menarik mukanya. Nampak comel sangat. Aleeya meninggalkan suami dan adik iparnya. Malas nak layan.

“Liya!” jerit Rayyan melihat Aleeya berjalan keluar.

“Sambung lah merepek abang tu. Alvin kau dengar lah abang kau merapu yer!” balas Aleeya.

“Hahaha..,” ketawa Rayyan. Mentang-mentang lah aku kaki perempuan, bila berkahwin tergesa-gesa saja, semua orang cakap aku dengan aleeya terlanjur. Sampai sekarang pun masih terdengar lagi perkara ini dibualkan orang. Ingat aku jahat sangat ke?

“Padan muka, kak liya dah marah tu!” luah Alvin.

“Kami kahwin tanpa cinta pun. Abang berkenan kat kak liya, masuk minang dalam masa dua minggu terus kita orang kahwin. Tapi walaupun tanpa cinta, kak liya kau tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Abang dapat cinta selepas berkahwin..,” terang Rayyan apa yang berlaku antara dia dan Aleeya. Dia tahu, waktu itu hati Aleeya masih terluka dengan perbuatan Azlan, bekas tunangnya itu. Dan perempuan memang susah itu melupakan cinta pertamanya. Tetapi sebagai isteri, Aleeya tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan sepenuh jiwa dan seikhlas hati.

“Kak Liya tu memang lain dari yang lain. Mungkin kerana didikan ayah dan mak kut!” sambung Alvin. Dia tahu kakak iparnya masih suci sewaktu berkahwin dengan abang sulongnya. Bukan seperti cakap-cakap orang yang tidak betul tu.

Malam itu, selepas waktu makan, sekali lagi Alvin kena tegur dengan ayah dan papa. Semua orang menyuruh Alvin pulang ke sisi Husna, terpaksa lah Alvin mengalah. Itu pun selepas lawan bertengkar dengan papa. Papa cakap papa tak nak Alvin mengulangi kesilapan seperti papa lagi. Cukuplah apa yang berlaku ke atas diri papa dan Mama Sarah dulu.

“Yang!” kejut Rayyan. Aleeya sudah lama tidur. Sudah pukul dua pagi. Tadi dia di bilik sebelah. Menyelesaikan kerja-kerja yang tidak siap di pejabat. Lama tak masuk ke ofis, buka saja emel, macam-macam emel yang ada yang dihantar oleh Rina dan Akma mengenai hal syarikatnya.

“Kenapa?”

“Bancuh kan abang nescafe, boleh tak sayang?”

“Abang tak nak tidur lagi ke?”

“Ada kerja lagi lah. Esok abang nak ikut Alvin ke Singapura. Kebetulan mak dan ayah ada kat rumah ni,” boleh lah tinggalkan Aleeya sehari dua ini. Mak dan Ayah akan temankan Aleeya dan anak-anak.

Aleeya patuh. Dia terus bangun menuju ke bilik air. Berus gigi dan basuh muka. Diikatnya rambutnya separas bahu itu. Baru saja mahu melangkah keluar, terdengar suara Rayyan memanggilnya.

“Roti sandwich sama yer, abang lapar lah!”

“Kejap, dua minit!”

Aleeya turut menyediakan minuman dan roti kepadanya. Berbual, makan sambil menemani Rayyan melakukan kerja-kerjanya. Dia setia di sisi suaminya.

“Ada isteri kalau marah kat suaminya, suruh suami tidur kat luar, Liya tak nak buat macam tu ke?” pancing Rayyan. Dia tahu Aleeya marah kepada kata-katanya tadi. Tapi marah sekejap saja. Aleeya mengelengkan kepalanya. Untuk apa lah bergaduh sampai macam itu sekali yer, rugi lah.

“Kalau kita bergaduh macam mana sekali pun, kita tetap tidur sekali. Bahang kemarahan itu akan hilang apabila hubungan kita terjalin. Jangan biarkan nafsu amarah itu menyebabkan rumah tangga kita hilang kemanisannya, “ sambung Rayyan semula. Aleeya mengangguk. Dia tahu akan itu. Jangan biarkan iblis mengambil kesempatan atas hubungan suami isteri antara kita.

“Kenapa abang cakap macam tu kat Alvin tadi? Nanti dia ingat sungguh pula kita terlanjur?”

“Alvin tu bukan bodoh lah, sayang!”

“Liya tak suka..,”

“Tak suka kat abang? Tak suka pun dah nak masuk anak tiga..,”

“Bukan tak suka kat abang lah!”

“Yer lah, Liya kan suka kat Azlan..,”

“Liya rasa abang yang suka kat Azlan kut, sebab suka sangat sebut nama Azlan. Liya tak lah!”

Azlan??? Balik kampung hari tu, terdengar macam-macam tentang Azlan. Dengarnya Azlan nak kahwin dengan perempuan lain pula. Betul ke? Entah lah. Apa pun semuga Azlan bahagia di sisi orang yang dia cintai.

“Kenapa sayang?” soal Rayyan apabila tidak dengar suara Aleeya.

“Mak ngah cakap Azlan nak pasang lagi satu walaupun isterinya tengah sarat mengandung sekarang. Kasihan isteri dia, sedangkan ketika mengandung lah, isteri perlukan suami di sisi,” cerita Aleeya. Rayyan terdengar juga cerita itu di kampung tempoh hari.

“Nasib seseorang tak sama lah sayang!”

“Liya tak pernah ingatkan Azlan selepas berkahwin dengan abang, bukan kerana hati Liya terluka tetapi kerana cinta Liya kepada abang. Abang tahu, Liya akan berdosa kalau mengingati lelaki lain selain dari suami Liya sendiri..,” jelas Aleeya. Rayyan tersenyum.

“Tak tahu lah kut di dalam hati abang ada perempuan lain ke?” balas Aleeya balik. Rayyan menjeling tajam. Marah yang amat sangat dengan kata-kata Aleeya. Lagilah dia tak suka.

Ooo.. dia sebut nama Azlan, tak mengapa. Kalau aku sebut tak boleh. Aleeya tersenyum sendiri dan terus bangun dari situ.

“Liya, I love you!” jerit Rayyan di tengah kepekatan malam.

“Apa, tak dengar lah!

“I Love you, sayang!” bergegar rumah. Terlupa kata ada ayah, mak dan papa malam ini.

“Ryan, kamu mimpi ke?” tegur papa di bilik sebelah.

Rayyan dan Aleeya menguntum senyuman.

Previous: BAB 19
Next: BAB 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.