Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,555
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

''Kenapa awak senyap? Awak juga yang cakap nak jumpa saya?''

''Saya nak cakaplah ni..pasal kahwin tu..''

''Kalau pasal kahwin tu, cakap jelah dekat parents awak suruh batalkan sahaja. Apa susah? Parents saya tu, pandailah saya settlekan..paling tak pun saya carilah perempuan jauh lagi cantik dari awak. Mesti diorang berkenan!''

Irfan terus menyedut air minumannya. Dia sudah mengagak pasti gadis itu akan mengajak dia berjumpa untuk membatalkan rancangan perkahwinan itu. Sofia mula panas hati mendengar kata kata Irfan. Ingat aku ni tak cantik ke? Rabun punya orang tua ni! Kau ingat kau handsome sangat ke? Sofia tidak menghiraukan kata-kata Irfan, lantas dia membalas.

''Bila masa saya nak kata saya nak batalkan? Saya nak jumpa awak ni Encik Luth Irfan, sebab saya nak beritahu awak saya dah terima pinangan mak ayah awak tu! Faham?''

Irfan tersedak tatkala mendengar kata kata Sofia.

''Eh! Cik Iris Sofia, awak gila ke? Awak tahu tak kita macam langit dan bumi tahu? Mana boleh kita kahwin!''

''Eh encik Luth Irfan, mestilah saya tahu, awak tua, saya muda, awak hodoh, saya pula cantik! Puas? Eh, awak ingat saya teringin sangat ke nak kahwin dengan awak? Ikutkan hati saya, saya lagi sanggup lari rumah daripada kahwin dengan awak tahu tak? Tak pun saya lagi sanggup kahwin dengan bangla tahu?''

''Hah! Kahwin jela dengan bangla tu, kenapa awak nak kahwin dengan saya pula?''

''Eeeeee... execuse me encik Irfan, pembetulan sikit.. Mak ayah kita yang nak kahwinkan saya dengan awak. Faham?''

Irfan mendiamkan diri, matanya tepat merenung Sofia. Apahal pula mamat ni? Muka aku comot ke?

“Betul awak setuju dengan perkahwinan ini? Benda ni bukan main-main tahu? Banyak tanggungjawab bila jadi seorang isteri ini tahu? Kahwin ini bukan macam assignment role play yang saya suruh buat dalam kelas tu! Ini hal serius tahu?''

Sofia mendiamkan dirinya. Tidak lama kemudian baru dia mengangguk, namun dihatinya dia terasa berat untuk bersetuju dengan perkahwinan tersebut. Dia masih muda, masih banyak lagi impian dan cita-cita belum tercapai. Namun permintaan ayahnya itu langsung tidak dapat ditolaknya.

''Ok, fine, kita tunaikan permintaan mereka semua..tapi saya bagi warning ye!''

Sofia mengerutkan keningnya. Ish orang tua ni..siap warning-warning lagi. Ingat aku ni apa.

''Warning apa?''

Irfan bangun dan merapatkan wajahnya dengan wajah Sofia. Sofia cepat-cepat menjauhkan wajahnya dari wajah Irfan. Melihat reaksi gadis itu, Irfan tersenyum dan dengan nada separuh membisik dia mengeluarkan kata-kata.

''Saya dari dulu teringin nak ada anak ramai-ramai, so get readylah ye!''

Irfan tersenyum sambil berlalu pergi ke kaunter pembayaran meninggalkan Sofia yang merah padam mukanya.

“Eeeee…awak ni memang pervertlah!”

Sofia mula tidak senang duduk.Dia langsung tidak terpikir mengenai soal anak apabila mengambil keputusan untuk berkahwin. Bagaimana jika ibu bapa mereka mempersoalkan tentang zuriat? Pasti dia tidak mampu menjawab persoalan itu. Melihat Irfan keluar dari cafe itu sambil melambai tangan kearahnya, Sofia mula ragu-ragu untuk berkahwin dengan Irfan yang sejak dari dulu lagi dibencinya

Seminggu kemudian Sofia dan Irfan telah pergi ke butik pengantin untuk berjumpa dengan wedding planner mereka. Itu pun setelah kedua ibu mereka memaksa mereka pergi bersama. Jika tidak pasti masing-masing tidak mahu mengambil tahu hal persediaan perkahwinan itu.

Irfan membuka album contoh perkahwinan yang disediakan oleh Butik Pengantin Kisha itu. Banyak pilihan pelamin yang disediakan. Sofia juga sedang khusyuk meneliti album itu. Tiba-tiba mereka disapa oleh wedding planner mereka iaitu tuan punya butik tersebut.

''Hai bakal pengantin! You guys ni memang bagai pinang dibelah dua tau I tengok. Mesti cantik bila naik pelamin nanti.So you guys dah decide ke tema untuk wedding you guys?''

“Yes!”

Sofia dan Irfan menjawab serentak sambil masing-masing menunjuk contoh gambar tema yang berlainan.

''Eh, yang mana satu ni? Susah saya nak buat kalau you guys tak betul-betul decide.''

''Tak apa Puan Kisha, you buat ikut tema yang I pilih, inikan wedding I, so I nak garden theme.''

Mendengar kata-kata Sofia, Irfan lantas mencelah.

''Eh, mana boleh! Ini pun wedding saya, Puan Kisha ikut je tema tradisional yang saya pilih ni.''

''Eeee....old fashion lah awak ni!, mana ada orang buat tema tradisional ni dah! lagipun saya dah discuss dengan butik ni through phone call malam tadi!''

''Eh, cik Sofia tunangku sayang, sebab orang tak buatlah kita kena buat. Saya bakal suami awak, so awak kena ikut cakap saya faham! Lagipun saya yang bayar''

Sofia menarik muka masam. Dia tahu kalau bertekak dengan Irfan pasti dia akan kalah. Lalu dia lantas bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi. Irfan tersenyum puas hati apabila melihat Sofia mengalah dengannya. Wedding planner mereka yang kelihatan keliru melihat pergaduhan mereka itu tiba -tiba mencelah.

''Are you sure encik Irfan? Cik Sofia memang dari malam tadi macam berminat dengan garden theme ini.''

Irfan hanya tersenyum lebar sekali lagi.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.