Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,560
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 13

13

Setelah dua hari berada di pulau itu akhirnya mereka berangkat pulang. Sebelum pulang terus ke kampung Irfan mereka sempat pulang sebentar ke rumah Sofia untuk mengambil luggagenya yang tertinggal itu. Tidak lama kemudian mereka pun sampai di hadapan sebuah rumah besar di tengah-tengah kawasan sawah padi.


“Tuan puteri sayang, nak saya dukung awak keluar ke?''


Sofia terjaga dari tidurnya tatkala mendengar suara suaminya itu. Entah bila dia tertidur, dia sendiri tidak perasan. Tangannya menggosok gosok matanya.


''Cepatnya sampai..bukan jauh lagi ke?''


''Haa..yela tu, Kuala Kangsar dengan Kuala Lumpur tu memang jauh, macam nak pergi Paris. Ini mesti waktu belajar Geografi dekat sekolah awak tidur ni!''


Irfan memerli Sofia sambil mengangkat beg baju mereka dari but keretanya itu.


''Ish..tahu je dia aku memang suka tidur waktu kelas Geografi dulu''


Sofia mengeluh sambil turun dari kereta itu. Ikutkan hati memang dia mahu menyambung tidurnya itu.

"Cantiknya rumah nenek ni"

Sofia tergamam pabila melihat rumah kayu tersergam indah di tengah-tengah sawah padi itu. Memang seperti yang selalu dilihat dalam drama-drama Melayu.

"Awak bebel apa tu puan Iris Sofia?"
"Saya cakap cantiknya rumah nenek awak ni.. Awak kata nenek tinggal seorang je, tapi kemasnya kawasan rumah ni?"
"Owh..rumah ni nenek memang tinggal seorang, tapi ayah dengan ummi la yang upah orang tolong nenek jaga rumah ni. Yela nenek pon bukannya sihat sangat pun nak buat seorang.. Eh awak tunggu apa lagi.. Tu ha nenek dah lambai-lambai dekat beranda tu. Tak sabar betul dia nak jumpa awak. Naiklah dulu.. Pergi salam.. Nanti saya setelkan beg-beg ni."

Sofia mengangguk, kakinya mula melangkah sambil tersenyum menghala ke beranda rumah itu.


''Sofia makan lah kuih tu, nanti sejuk pula.. ''


''Eh tak pelah nek, tunggu Irr...eh, aaa..bang makan sekali''


Sofia menahan malu, kekok pula dia menggelar Irfan dengan panggilan abang. Mujur hanya dia dan nenek Irfan sahaja berada di dapur, jika tidak pasti Irfan mengetawakannya. Neneknya tersenyum melihat Sofia yang malu-malu apabila menyebut Irfan dengan panggilan abang.


''Tak apa, nenek faham, lama lama nanti biasalah tu. Nenek dulu pun kahwin dengan arwah atuk sebab keluarga yang rancang.''


“Sebab keluarga juga?”


“Haa..nenek kahwin dulu lagi muda dari Sofia tau. Umur 15 tahun nenek dah kahwin dengan arwah atuk.”


Terbeliak mata Sofia tatkala mendengar kata-kata nenek Irfan.


“15 tahun? Mudanya nenek kahwin…nenek tak menyesal ke kahwin muda?”


Nenek Irfan tersenyum tatkala mendengar pertanyaan Sofia itu. Walaupun sudah hampir berumur 80an, wajahnya masih kelihatan cantik. Patutlah ummi pon cantik.


“Mula-mula nenek menyesal juga..masih muda lagi..banyak nenek boleh buat..lagi-lagi keluarga yang paksa nenek kahwin dengan lelaki nenek tak kenal. Mula-mula je susah..tapi Alhamdulillah..kalau dah jodoh kita..kalau Allah sendiri dah tentukan pasangan kita..semuanya akan berjalan lancar..Macam Sofia..mula-mula kekok..tapi tak lama lagi mesti dah tak kekok..yang penting Sofia kena percaya ketentuan tuhan..mesti ada sebab kenapa Sofia dikahwinkan dengan Irfan…”


Sofia mengangguk sambil tersenyum. Matanya memandang kearah luar tingkap. Tenang hatinya melihat pemandangan hijau dihadapannya itu.


''Irfan ni pun satulah, boleh pula ditinggalkan isteri macam tu je. Patutnya bawalah Sofia sekali''


''Dia pergi kemana nek?''


''Irfan ni, kalau balik kampung, ke parit belakang rumah tu lah dia pergi. Lagi-lagi tengah banyak ikan ni, seronok la dia nak menjala''


Sofia mengerut keningnya tanda tidak faham.


''Menjala tu apa nek? ''


''Sofia tak tahu menjala tu apa? Menjala tu sebenarnya...''


belum sempat neneknya menjawab, kedengaran suara Irfan memanggil neneknya.


''Nek! Oh nenek ku sayang!''


''Hah, itu mesti nak baldi isi ikan, Sofia pergilah hantarkan dekat Irfan tu. Nenek ada letak di tepi tangga bawah tu. Cuba Sofia tengok. Nenek nak ke rumah jiran kejap ye. Ada benda nenek nak uruskan, nanti Sofia nak apa-apa tanya je Irfan tau. Jangan malu jangan segan ye. ”


Sofia hanya mengangguk , dia turun ke pelantar bawah rumah dan terus mencapai baldi merah di tepi tangga lalu menuju kearah suaminya itu. Dari jauh dia sudah nampak Irfan sedang menebar jala. Oh..tangkap ikan rupanya menjala ni.


''Nah baldi, nenek suruh hantar.''


''Eh, baldi je? Cedok la air parit tu, macam mana nak letak ikan nanti.”


Sofia memerhatikan tebing parit itu.


''Awak nak saya turun ambil air tu?''


''Haah, yela, takkan air hujan pula? Eh lupa pula, budak pekan macam awak ni mana pernah turun parit dan bendang, nanti kotor pula baju mahal-mahal tu''


''Huh! Setakat turun ambil air je, bukannya hebat pun. Saya pun boleh buatlah!''


Sofia perlahan-lahan turun ditebing parit itu dan mencedok sedikit air parit. Tiba tiba dia tergelincir, mujur Irfan sempat memaut pinggangnya, kalau tidak pasti dia sudah terjatuh didalam parit itu. Sofia cepat cepat menolak tangan Irfan yang memaut pinggangnya itu.


''Itulah, cakap besar lagi, nasib baik tak jatuh''


Sindir Irfan pada isterinya. Sofia buat buat tak dengar sambil duduk di atas titi. Irfan sekali lagi tersengih melihat gelagat isterinya itu. Dia mula menebar jalanya tatkala melihat sekumpulan ikan di dalam air. Sofia hanya memerhatikan Irfan mula menjala ikan. Semakin lama semakin banyak ikan yang berjaya dinaikkan oleh Irfan. Sofia begitu teruja memerhatikan ikan-ikan yang berjaya ditangkap oleh suaminya itu.


''Ini ikan apa? Tak pernah tengok pun?''


Irfan sekali lagi tersenyum melihat gelagat sofia. Tak ubah seperti kanak kanak pertama kali melihat ikann.


''Itu namanya ikan sepat..''


“Oooo..yang ini pula?''


Sofia cuba menangkap seekor ikan yang lebih besar dari ikan sepat tadi dengan tangannya.


''Eh! Jangan pegang!''


Irfan lantas menarik tangan Sofia. Sofia terkejut apabila Irfan menjerit menghalangnya menyentuh ikan itu.


''Itu namanya Puyu, jangan cuba sentuh, silap haribulan luka tangan kena duri nanti.''


''Tahulah, saya kan dah besar! Hal kecik je ni''.


Tiba tiba dia terasa gatal di betisnya. Lantas dilipatnya kaki seluar yang dipakainya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sesuatu sedang melekat di betisnya.


''aaaaaaaaa!!!


''Tolong!!!!''


Irfan lantas berpusing, panik benar dia mendengar isterinya menjerit.


''Kenapa?''


''Ada ulat hitam makan darah saya!''


Irfan terus membelek betis sofia. Kelihatan dua ekor pacat besar sedang menghisap darah dibetisnya. Irfan tidak dapat mengawal ketawanya.


''Ini awak kata ulat? Belajar sains ke tak dulu?


“Ish…cepatlah buang!”


“Hai, awak kan dah besar, benda kecil macam ni pun nak jerit ke?''


''Eeee...cepatlah tolong buangkan! Habislah darah saya dia hisap nanti!!''


''Hahaha..ini bukan ulat hitam, ni namanya pacat. Awak tadi main dekat tebing parit tu, entah-entah banyak lagi dalam baju dengan seluar tu, nanti check habis-habisan ye.''


“Haa? Baju pun? eeee.....janganlah gelak je, cepatlah buang! geli lah!''


Sofia tidak dapat menahan perasaan gelinya lagi.ikutkan hati mahu sahaja dia berlari ke tandas untuk memastikan tidak ada lagi pacat di badannya. Namun melihat Irfan yang asyik mengetawakannya, lantas dibatalkan hasratnya itu. Kalau tidak pasti Irfan lebih kuat mengusiknya.


“Binatang kecil macam ini pun nak takut”


“Gelilah..kalau dia hisap darah saya sampai habis..matilah saya nanti!”


“Hahaha…Cik Sofia oi…tak kan matilah kalau setakat binatang kecil ni yang hisap! Ha..dah buang dah..cepat pergi basuh kaki tu…alang-alang pergi mandi..dah nak malam dah..nanti air perigi jadi makin sejuk pula.”


“Eh? Perigi? Tak ada shower room dalam rumah ke?”


“Sayang oi..rumah kampung mandi pakai perigi je.”


“Seriously??? awak biar betul? Tipulah! Tak ada shower room dengan water heater?”


“Suka hati awaklah nak percaya ke tak..cepatlah pergi mandi..lepas ni saya pula nak mandi”


Sofia memerhatikan bilik air itu. Bumbungnya hanya menutup sebahagian ruang atas bilik air itu.


''Tak kan nak mandi kat sini? Kalau orang nampak, malulah.''


Sofia mengomel sendirian. Tangannya memperbetulkan kain basahan mandinya. Mujur ada kain basahan yang diletakkan oleh nenek Irfan di luar bilik tidur mereka.

Tangannya mengikat ketat-ketat kain itu. Takut-takut terlondeh pula. Dijenguknya pula perigi didalam bilik air tersebut. Ini kali pertama dia mandi menggunakan air perigi, jadi dia tidak begitu pasti bagaimana mahu mencedok air dari perigi itu.


“Tak susah rasanya.. Cedok macam air parit tadi jela kan? Ish..dalam pula perigi ni!”


Sofia mengomel sendirian. Perlahan-lahan dia mencedok air dari dalam perigi dengan cara mencampak bekas air yang diikat dengan tali dan menariknya keatas. Air yang berjaya dicedoknya disiram ke badannya. Sejuk dan nyaman air perigi itu. Barulah dia faham kenapa nenek lebih suka menggunakan air perigi untuk mandi daripada menggunakan air paip.


Dilontarkan bekas air itu sekali lagi, namun entah dimana silapnya, bekas air itu terjatuh kedalam perigi bersama-sama talinya. Sofia kaget, lantas dia menjenguk keluar bilik air tersebut, dilihatnya suaminya sedang sibuk membersihkan jala yang digunakannya tadi.


'' Awak! Awak!''


Sofia melambai kearah irfan namun Irfan tidak menyedarinya.


“Eeee..pekak ke dia ni?''


Sekali lagi dia memanggil Irfan namun responnya masih tetap sama. Diambilnya seketul sabun buku di tepi dinding, lalu lantas dibalingnya kearah suaminya. Niatnya cuma mahu membaling keatas kaki suaminya.Namun nasib Irfan tidak begitu baik apabila buku sabun yang dibaling oleh Sofia itu jatuh tepat mengenai kepalanya.


'' Aduh! Siapa baling sabun ni!''


Irfan mengerang kesakitan sambil memandang ke sekeliling. Seketul sabun buku jatuh yang terkena dahinya jatuh ke dalam silaan kakinya. Dilihatnya isterinya sedang melambai kearahnya.


''Oppss…Sorry awak!”


“Aduh…sakitlah! awak nak apa? Tak boleh ke panggil saya elok-elok!”


“Hehehe..saya sebenarnya nak minta tolong ambilkan bekas air dalam perigi..terjatuh tadi, banyak kali saya panggil…awak tak dengar saya panggil, saya balinglah sabun tu..sorry ye?''


''Ish budak ni..saya suami awak tau,kalau saya mati, menjanda awak tahu tak?''


Irfan melangkah menuju kebilik air. Semakin hampir dengan Sofia, barulah dia perasan isterinya itu sedang berkemban. Bentuk tubuh sofia yang langsing begitu terserlah dan menarik perhatian naluri lelakinya. Irfan lantas mengalihkan pandangannya dan berpura-pura sibuk mengambil bekas air yang terjatuh itu.


''Nah, jatuh lagi ambil sendiri ye!''


Irfan menghulurkan bekas itu kepada isterinya dan cepat-cepat melangkah keluar dari situ. Dia sedaya upaya mengelak dari memandang kearah tubuh isterinya itu. Sofia tersenyum puas, namun tatkala Irfan melangkah keluar, barulah dia sedar yang dirinya hanya memakai kain basahan sahaja. Lantas ditutupnya pintu rapat-rapat. Takut ada yang terlihatnya dalam keadaan begitu.


''Ya Allah, malunya, kenapa aku terlupa langsung tengah berkemban!''


Sofia kemudiannya mencapai bekas air itu. Baru sahaja dia mahu menyiram badannya, tiba-tiba seekor katak melompat keluar dari bekas air itu.


''Opocot mak kau! Eeeeeee.......awak! Tolong saya! Ada katak besar!''


Irfan ketawa pabila terdengar jeritan Sofia dari dalam bilik air itu.


''Eh, awak kan dah besar, takkan katak pun awak takut. halau sendirilah! Saya nak naik atas. Mandi dekat bilik air dalam rumah. Siap ada pemanas air lagi tau!''


Mendengar kata-kata suaminya itu, Sofia lantas menjerit.


''Awak memang nak kenakan saya ke? Tadi cakap rumah nenek mandi dekat perigi je!”


Sofia kemudiannya mendengar bunyi Irfan ketawa terbahak bahak. Pasti dia suka benar dapat mengenakan Sofia.


''Kurang ajar punya suami..siaplah kau nanti!''


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.