Home Novel Keluarga Dania Aryanna
Dania Aryanna
AryyanPendragon
8/2/2021 23:28:56
28,058
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 4

Anna disambut pulang ke rumah oleh ibunya yangsedang terduduk di depan pintu. Wajah ibunya basah dengan air mata dan riakwajahnya kelihatan ketakutan. Anna segera melutut di hadapan ibunya, tangannyamemegang bahu ibunya lembut.

“Ibu! Kenapa ni? Bangun jangan duduk depanpintu!”

Kata Anna sambil cuba mengangkat tubuh ibunya. IbuAnna memegang tangan Anna.

“Anna… Ibu minta maaf, Fatimah nampak ibu tadi..”

Kata ibu Anna dengan suara serak. Terkedu Anna,dia terduduk di samping ibunya. Melihat reaksi anaknya yang terkejut Damiasegera menyambung percakapannya.

“Ibu tengah beli baju tadi dekat pusatbeli-belah dan ibu tak pakai mask macam yang Anna nasihatkan ibu selamani sebab sebelum ni elok je ibu tak terserempak dengan Fatimah. Tetapi kali niFatimah berada di tempat yang sama dan dia telah nampak ibu dengan jelas. Fatimahjuga kejar ibu tadi. Ibu lari dan naik teksi! Apa lagi yang dia nak dari ibu Anna?”

Kata ibu Anna dengan suara yang bergetar. WajahAnna bertukar suram. Dia memicit dahi merancang rancangan untuk menyelamatkanibu.

“Ibu kemas pakaian ibu. Anna nak call abangTaufiq untuk jemput ibu.”

Langsung itu Anna bangun dan membantu ibu diauntuk berdiri semula. Wajah ibu Anna kelihatan terkejut mendengar tutur kataanaknya.

“Mereka tahu tentang ibu ke Anna?”

Soal ibu. Anna tersenyum lemah.

“Anna beritahu mereka tadi masa Anna datangpejabat mereka. Ibu jangan risau. Ayah tak tahu tentang ibu. Kami rahsiakandari ayah. Sekarang ibu kemas baju dulu ya.”

Kata Anna lalu dia mengeluarkan telefonnya danmencari nama abang Taufiq di telefonnya. Setelah jumpa dia menekan nama Taufiq.Tidak menunggu lama Taufiq mengangkat panggilan Anna.

“Ya Anna, baru jumpa tadi dah rindu ke?”

Tanya Taufiq berseloroh.

“Abang! Fatimah dah tahu tentang ibu! Annamemang tak boleh nak keluar dengan ibu sekarang ni sebab Anna yakin Fatimahmesti hantar orang untuk ikut Anna. Abang ambil ibu dan sembunyikan ibu bolehtak bang?”

Rayu Anna resah. Taufiq terkejut mendengar kata-kataAnna.

“Abang hantar orang untuk ambil ibu Anna. Biar abanguruskan tempat persembunyian mak cik. Anna fokus dengan siasatan Anna. Nantikalau pemandu dah sampai abang call Anna.”

Kata Taufiq. Nada suaranya yang tadi kedengaranriang bertukar jadi tegas. Anna mematikan telefonnya dan berlari memasuki bilikutama yang merupakan bilik ibunya. Anna lihat ibunya sedang menangis ketakutansambil melipat baju. Anna mengambil bag sandang bewarna hitam yang tersimpan dialmari ibunya.

“Ibu jangan guna beg roda, guna beg sandang untukmengelakkan orang pandang ibu.”

Kata Anna lalu mengambil pakaian ibunya yangsudah dilipat kemas didalam beg roda.

“Tak perlu bawa baju banyak. Nanti selepas ibusampai dekat tempat yang selamat ibu boleh beli baju lagi. Anna bagi kad Annauntuk ibu guna.”

Ibu Anna terduduk di atas tilam.

“Apa salah ibu Anna?”

Tanya ibu. Anna tersenyum.

“Ibu tak bersalah. Yang salahnya dia. Sekarangni Anna nak ibu bagitahu Anna, kenapa ibu kata Fatimah berbahaya?”

Kata Anna sambil memandang ibunya serius. Tapi ibunyamemilih jalan untuk diam.

“Ibu, you need to trust me.”

Kata Anna lembut. Ibu Anna mengambil masa lamauntuk membuka mulutnya.

“Ingat tak Ayah bawa Anna pergi kursus dekat luarnegeri? Waktu tu Fatimah serang ibu dan gugurkan kandungan ibu. Ibu baru tahu  yang ibu mengandung hari sebelumnya dan silapibu sebab ibu bagitahu Fatimah. Ibu sangkakan dia bukan orang yang macam tusampai sanggup serang ibu. Ibu sangkakan dia madu yang baik, tetapi tidak. Lepasibu gugur, Fatimah ugut ibu untuk minta cerai dengan ayah.”

Anna mengeluh mendengar cerita ibunya.

“Ibu tak nak cerai dengan ayah. Di sebabkan ibudegil Fatimah hantar orang untuk ikut setiap pergerakkan ibu. Malah Ketika ibutidur ada orang pecah masuk rumah dan cuba lemaskan ibu. Bila ibu nak beritahuayah dia akan ugut ibu nak cederakan Anna. Ayah pernah masuk hospital sebab ditikamoleh orang yang rompak rumah. Tapi tu bukan rompakan sebenarnya. Orang pecahrumah kita waktu tu sebab nak bunuh ibu, bukan rompak rumah.”

“Mana ibu tahu sebenarnya bukan rompakan?”

“Dia tak ambil barang berharga pun, dia pecahpintu masuk rumah dan terus menuju ke bilik ibu dan cuba menikam ibu. Ayah waktutu berada di tandas, sebaik sahaja dia keluar dari tandas dia lihat ada lelakinak tikam ibu. Disebabkan ayah cuba lindung ibu, ayah di tikam. Ayah pengsandan lelaki yang tikam ayah panik dan melarikan diri. Sewaktu dekat hospitalFatimah beritahu ibu. Itu tanda amaran untuk ibu. Selagi ibu tak minta cerai,dia akan ganggu ibu. Jadi ibu minta cerai dengan ayah.”

Kata ibu lemah. Anna memandang ibunya sayu. Laludia memeluk ibunya.

“Ibu, Anna akan pastikan yang Fatimah tak akanapa-apakan ibu.”

Kata Anna lembut sebelum telefonnya berbunyi. Annaangkat tanpa melihat gerangan yang menghubungi dia.

“Anna, kereta dah sampai.”

Kata Taufiq. Anna mematikan talian dan menutupzip bag sandang. Ibu Anna memakai penutup muka dan cermin mata hitam. Lalu Annadan Damia keluar dari rumah menuju ke lif. Sebaik sahaja mereka tiba di tingkatbawah, Damia meninggalkan anaknya di dalam lif dan berjalan keluar menuju kekereta yang telah Taufiq sediakan. Anna hanya memandang ibunya sayu sebelum pintulif tertutup.

Tibanya Anna dirumahnya dia segera meghubungiTaufiq.

“Ibu dah masuk kereta. Mana abang bawa ibu?”

Soal Anna resah.

“Abang dah bincang dengan ayah abang. Lokasiibu Anna kami akan rahsiakan dari Anna untuk mengelakkan Fatimah tahu. Macam yangAnna cakap Fatimah mesti ikut Anna untuk tahu lokasi ibu Anna, jadi biar kamije tahu lokasi tu. Anna pun hati-hati. Abang akan hantar kak Sarah untuk jagaAnna dekat rumah.”

“Rumah Anna tak boleh masuk tanpa kad akses.Orang Fatimah tak boleh masuk.”

Kata Anna, Taufiq mengeluh lembut.

“kita berjaga-jaga buat masa sekarang. Sebababang percaya Fatimah bukan orang biasa. Dia pasti ada jalan untuk naik ke rumahAnna walaupun kena ada akses kad.”

Anna terdiam.

“Okay bang, terima kasih. Nanti kalau kak Sarahdah sampai bagitahu Anna.”

Anna dan Taufiq kemudian mematikan talian.

Anna terduduk di sofa. Persembunyian merekaselama 4 tahun ini sudah terbongkar. Dia terbayang apa akan jadi dengan hidupnyatanpa keluarga.

 

XXXXXXXXXX

 

“Abang, bagi semua laporan audit syarikat dari5 tahun yang lepas. Berikan juga senarai panjang maklumat semua staff yangbekerja di syarikat ini.”

Kata Anna sebaik sahaja Taufiq membuka pintupejabat miliknya. Taufiq terkejut kerana Anna sudah tiba di pejabat seawal jam7 pagi.

“Anna! Apa Anna buat dekat dalam pejabat abang?Pukul 7 pula tu. Office hour start on 8 am! Kata Taufiq yang dadanya masihberdebar melihat Anna di dalam pejabatnya.

“Awal? Then what are you doing here 7 o’clockat the morning? Office hour starts on 8 abang.”

Sindir Anna semula. Taufiq tersengih lebar.

“Abang bos… Biasalah datang awal sikit baliktetap lambat…”

Kata Taufiq. Anna mencebik.

So do you copied what I’m asking you justnow?

Tanya Anna. Taufiq tersenyum lembut.

“Mestilah, Abang dah tahu Anna mesti nak semuatu. Abang dah sediakan dari semalam lagi.”

Kata Taufiq sambil dia meletakkan beg laptopnyadia atas meja. Anna yang duduk di sofa bangun mengekori Langkah Taufiq.

Taufiq kemudian duduk di kerusi kerjanya danmembuka kunci laci meja. Anna pula duduk di kerusi berhadapan meja kerjaTaufiq.

“Here the document as your request.”

Taufik meletakkan 3 fail tebal dihadapan Anna. Annatercengang.

“Ni je?”

Taufiq menggelengkan kepala.

“Ini list staff sahaja Anna. Nanti untuk audit5 tahun yang lepas, abang akan hantar sendiri ke meja Anna.”

Anna tersengih.

“Abang, Meja Anna dekat situ je bang. Annaboleh angkat sendiri.”

Kata Anna pada Taufiq sambil menunjukkan bilikberkaca di tepi pintu utama pejabat Taufiq. Mereka memang telah sediakan bilikkerja untuk Anna bekerja. Personal assistant dan secretary walaupunkerja tidak jauh beza, tetapi di syarikat ini Personal assistant lebihtinggi jawatannya kerana mereka kerap membuat kerja dalaman seperti menyiasat,menggantikan ketua ketika di mesyuarat dan lain-lain kerja berat yang biasanya dilakukanoleh ketua syarikat. Kerana itulah pejabat mereka berada di dalam pejabat ketuamereka. Hanya Farid, ayah Anna sahaja sebelum ini yang memegang jawatan itu.Kini Anna juga sudah memegang jawatan yang sama. Kerja yang susah danmemerlukan kesabaran yang tinggi hanya boleh dilakukan oleh pekerja yangberkelayakkan. Sebelum ini mereka ada juga melantik pekerja untuk memegang jawatanini tetapi semuanya mengalah setelah bekerja selama seminggu.

“Tak apalah. Anna ambil je fail ni dulu, Kejaplagi abang jantar fail yang lain.”

Kata Taufiq. Anna tersenyum dan ambil failtersebut untuk di teliti. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AryyanPendragon