Home Novel Keluarga Dania Aryanna
Dania Aryanna
AryyanPendragon
8/2/2021 23:28:56
28,150
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 9

Taufiq sudah 3 jam memandu, langit juga sudahsemakin gelap. Anna yang penat membaca laporan audit sudah tertidursambil tangannya memegang fail berwarna hitam yang memang di bawa dari pejabat.

Setengah jam Taufiq berpusing di kawasan yangsama untuk mencari hotel yang selesa untuk Anna berehat akhirnya dia berhenti ditepi jalan kerana penat memandu. Anna terbangun dari lenanya.

“Dah sampai ke?”

Soal Anna yang masih mamai.

“Belum, abang tak biasa dengan tempat ni, takjumpa hotel yang sesuai.”

Kata Taufiq lemah, dia sudah berasa penat.

Anna mengeliat dan mula membetulkan tempatduduknya

“Mari Anna pula drive. Abang nak hotelberapa bintang?”

“Kalau boleh 5 bintang.”

Anna memandang Taufiq dingin.

“kalau itu yang abang nak. Okay.”

Kata Anna kemudian membuka pintu kereta untuk menukartempat duduk dengan Taufiq.

20 minit memandu sahaja Anna sudah jumpa hotelyang Taufiq mahukan. Taufiq tersengih lebar manakala Anna memandangnya bengang.

“Anna jangan risau, abang akan belanja sambilmengeluarkan kad kredit dia. Anna mengelengkan kepalanya.

“Anna akan bayar, kita tak boleh biar pak ciktahu tentang ni.”

Kata Anna bengang.

“lambat laun dia akan tahu jugakan?”

“Memanglah, tapi bukan sekarang!”

Kata Anna bengang. Taufiq ketawa. Seronok melihatriak wajah Anna yang sedang bengang.

“Okay, okay, jom.”

Kata Taufiq lalu membuka pintu kereta. Sebaik sahajaAnna keluar dari kereta terdapat seorang pekerja hotel yang menyambutnya danmmenghulurkan tangan untuk menerima kunci kereta dari Anna. Anna tanpa berfikirpanjang dan terus memberi kunci kereta kepada staff hotel itu. Anna memusingkantubuhnya dan lihat seorang lagi staff sedang mengangkat beg pakaianmereka dan Taufiq pula sedang membuka dompetnya untuk memberi tip kepada staffhotel yang menyambut mereka. Anna terus naik ke lobi hotel untuk mendaftarkemasukkan mereka.

 

XXXXXXXXXX

 

Anna mengetuk pintu bilik Taufiq dengan kuat. Sudah30 minit dia cuba mengejutkan Taufiq tetapi gagal.

“Orang tua ni tak solat subuh ke?”

Bebel Anna bengang. Disebabkan dia sudah penat,akhirnya Anna kembali masuk ke dalam bilik hotelnya dan mencapai baju yang akandi pakai ke cawangan syarikat Hikayat yang berada di Melaka ini.

Anna tidak kisah akan pakaian ketika bekerjakerana syarikat dia bekerja sekarang ini tidak kisah akan etika pemakaiankecuali ada mesyuarat penting dan perlu berjumpa dengan orang luar. Jika hanyapekerja biasa yang duduk di pejabat pakai kain batik pun boleh juga.

Setelah Anna memilih pakaian apa yang mahu di pakai,dia mengambil kesempatan untuk baring semula di atas tilam yang empuk. Tanpa diasedari, dia akhirnya tertidur kerana kebosanan.

3 jam Anna tertidur sebelum telefonnyaberbunyi. Anna mengabaikan malas untuk mengangkat kerana dirinya yang masihmamai.

Tidak lama kemudian dia terdengar pintu biliknyadi ketuk.

“Anna! Bangun kata nak gerak selepas subuh, nidah dekat pukul 10 ni.”

Jerit Taufiq. Anna ketawa kecil. Dia kemudian bangundan membuka pintu biliknya. Taufiq masuk dan membiarkan pintu bilik terbuka.

Anna kembali baring di atas tilam

“Anna dah kejut abang tadi. Tapi abang takdengar. Jadi Anna tidurlah.”

Bebel Anna perlahan. Taufiq tersengih.

“Iya lah. Sorry. Abang tidur lewatsemalam. So bila kita nak gerak ni?”

Tanya Taufiq. Anna memandang keluar tingkaptermenung buat seketika.

“Kita gerak dalam 15 minit. Abang keluar dulu, Annanak bersiap kejap.”

“Okay, abang tunggu Anna dekat lobi.”

Kata Taufiq kemudian berlalu keluar dari bilikAnna. Anna kemudian mengambil tuala dan melangkah ke tandas untuk menyegarkandiri.

Tepat 15 minit kemudian Anna sudah tiba dilobi, dia menghampiri Taufiq yang sedang duduk di sofa.

“Ya papa. Taufiq ambil cuti 2-3 hari. MemandangkanAnna pun cuti jadi Taufiq pun ambil peluang untuk cuti juga.”

Kata Taufiq pada Hikayat. Dia menghubungianaknya setelah perasan yang anaknya tidak pulang ke rumah malam itu.

“Ya, apa-apa Taufiq call papa lah. Janganrisau. Okay bye!”

Kemudian Taufiq segera mematikan talian apabilamelihat Anna sudah tiba di lobi.

Ready?”

Soal Anna tegas sambil di tangannya memegangfail berwarna hitam.

“Anna masih tak cerita lagi dekat abang kenapa Annanak melawat cawangan dekat Melaka ni.”

Tanya Taufiq. Anna tersenyum kecil, merekakemudian masuk ke dalam kereta. Taufiq yang akan memandu hingga ke syarikattersebut.

“Sebab abang nak hotel 5 bintang, perjalananyang dari 20 minit dah jadi 1 jam, so silakan memandu ya, sambil tu Anna akanbercerita.”

Kata Anna menyindir. Taufiq ketawa kecil. Tanpabercakap banyak dia memulakan pemanduan mereka.

 

XXXXXXXXXX

 

“Dah berapa lama abang tak melawat pejabat dekatsini?”

Soal Anna.

“Dah lama sangat abang tak datang, papa denganSarah pun dah lama tak datang. Sebab kita dah tugaskan orang untuk jaga danakan lapor setiap perkembangan semasa cawangan Melaka ni.”

“Okay, jadi sekarang ni abang dan yang lain checktak audit tahunan cawangan ni?”

Soal Anna perlahan seperti ingin mengujiTaufiq.

“Periksa, ada sedikit kemerosotan dari segi salestapi PIC yang jaga dah jelaskan kenapa sales menurun.”

Anna tersenyum sinis.

“Kalau Anna cakap penurunan sales tubanyak dan bukan sedikit macam mana?”

Taufiq mengerutkan dahi.

“Selain daripada penurunan sales, staffjuga semakin berkurang. Daripada 500 orang staff kini hanya tinggal 132 staff.Abang sedar tak tentang tu?”

Taufiq terdiam. Wajahnya bertukar pucat.

“Syarikat besar mana boleh ada pekerja banyak tuje..”

Bebel Taufiq perlahan.

“Dan, menurut siasatan Anna.. Syarikat yang nakbekerjasama dengan cawangan di sini, kerap dan hampir 90 peratus merekabatalkan kerjasama mereka dengan kita. Abang tak rasa ada sesuatu yang pelikke?”

“Apa alasan mereka batalkan kerjasama mereka?”

Soal Taufiq. Dia mula berasa gelisah. Kes Fatimahyang disangkakan kecil rupanya teruk tanpa mereka sedari.

“Anna tak berani nak cakap. Sebab tu Anna mintaabang ikut Anna.”

Kata Anna dengan nada serius.

Taufiq menekan pedal minyak dengan kuat, tidaksabar untuk tiba ke destinasi yang ditujunya.

 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AryyanPendragon