Home Novel Keluarga Dania Aryanna
Dania Aryanna
AryyanPendragon
8/2/2021 23:28:56
28,052
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 3

Anna memandang Hikayat ketua ayahnya, Sarah danTaufiq yang sedang sibuk menelek dokumen yang berada di tangan mereka. Merekaduduk di lobi pejabat besar mereka. Anna yang baru memasuki pintu utama pejabattersebut berasa pelik melihat anak-beranak itu.

“Anda semua tak ada office ke sampai kenabuat kerja dekat lobi?”

Sindir Anna selamba. Dengan keluarga bosayahnya memang dia sudah biasa bergurau senda dan kutuk mengutuk sesama mereka.Masing-masing jenis masuk air dan senang ajak berguarau termasuklah Hikayatyang merupakan pemilik syarikat tersebut. Tidak kisah akan pangkat dankedudukan mereka, mereka sekeluarga amat baik dan mesra dengan orang sekeliling.

“Eh! Anna dah sampai? Ayah kau suruh kita orangjemput kau dekat lobi. Katanya kau nak datang melawat.”

Kata abang Taufiq Anna mengerutkan dahi.

‘Ayah suruh dia orang jemput? Sekejap, siapayang bos ni?’

“Siapa yang bos ni? Pak cik? Siapa yang bos ni,pak cik ke ayah yang bos sampai kene jemput Anna dekat lobi?”

Tanya Anna pelik. Mereka anak-beranak ketawa.

“Gurau jelah, Ayah kamu tengah solat dia adabagitahu yang kamu nak datang office, jadi pak cik ajak lah anak-anak pak ciksambut kamu dekat bawah. Jom kita naik atas.”

Kata Hikayat. Anna menggelengkan kepala lalumengikut Langkah Hikayat ke arah lif. Setelah lif sampai Sarah menekan butangke tingkat 10. Sekejap sahaja lif bergerak dan mereka sudah tiba di tingkat 10.

Mereka keluar dari lif dan tiba-tiba Sarahmemecahkan kesunyian.

“Dengar cerita ada orang lari dari majlis nikahdia haritu.”

Sarah berkata selamba lalu mereka sekeluarga tergelakkecil apabila sedar yang kata-kata Sarah mengenai Anna. Anna menjeling geram.

“Aku belasah kau juga nanti kak..”

Kata Anna geram.

Taufiq membuka pintu pejabat ayahnya untuk merekabertiga. Anna kemudian terus duduk di atas sofa yang berada di dalam pejabat Hikayat.Tidak sampai berapa saat kemudian datang seorang gadis muda membawa 4 cawan tehuntuk mereka semua.

Setelah teh dihidangkan, gadis tersebut berlalukeluar dari pejabat meninggalkan ruang untuk mereka berempat menyambung perbualan.

“Okay, memandangkan ayah masih tak ada, Annanak minta pertolongan pak cik. Ini berkenaan Fatimah, dia tipu ayah kata makdia sakit sedangkan dia dari kecil memang tinggal dekat rumah anak yatim. Annadah siasat setiap hari dia akan keluar dari jam 12 petang ke 7 petang denganmenggunakan alasan melawat mak dia dekat hospital, sedangkan dia sebenarnyapergi ke membeli-belah dan kemudian pergi ke sebuah rumah sebelum pulang kerumah ayah pukul 7 petang. Anna nak minta pertolongan untuk siasat Fatimah apatujuan dia minta duit dengan ayah dan rumah siapa yang dia datang setiap hari.”

Kata Anna perlahan. Anna lihat Sarah dan Taufiqmemandang satu sama lain sebelum memandang ayah mereka , Hikayat pula sedang menaipsesuatu di telefonnya sebelum memandang Anna.

“Pak cik dah lengahkan Farid, ayah kamu. Memandangkankamu pun sedang siasat tentang Fatimah, pak cik nak ajak kamu siasat pengkhianatdalam syarikat ni juga.”

Anna tercengang mendengar kata-kata Hikayat.

“Tap…”

Belum sempat Anna menghabiskan percakapan diaHikayat mencelah.

“Fatimah yang bayar pengkhianat tersebut untukcuri maklumat sulit syarikat pak cik.”

Anna tercengang.

‘Siapa Fatimah untuk buat macam ni?’

“Okay Anna setuju. Anna datang sini nak mintatolong pak cik, tapi tak sangka pak cik minta tolong Anna pula. Hahaha..”

Kata Anna geli hati.

“Mulanya akak ingat nak cari penyiasat luar je.Tapi Anna dah tahu banyak tentang Fatimah. Apa salahnya kami minta Anna je teruskansiasatan Anna?”

Kata Sarah sambil tersengih-sengih. Annamenggelengkan kepala.

‘Hal menyiasat tiada masalah dengan aku, keranatelah diajar oleh ayah dari kecil lagi. Selain menjadi personal assistant untukpak cik Hikayat, ayah juga menjadi penyiasat untuk syarikat. Syarikat initerdapat banyak musuh jadi ayah memang dilatih untuk menjadi penyiasat syarikatdan aku pula dilatih oleh ayah jika kerja-kerja menyiasat memerlukan aku untukmembantu dia.’

“Anna okay je, tapi jangan bagitahu ayah yangAnna siasat Fatimah. Ayah tu baik sangat. Perempuan tu tipu diahidup-hidup pundia percaya je. Lepas tu pasal ibu pula..”

Anna terdiam. Sarah, Taufiq dan Hikayat memandangdia pelik.

“Kenapa dengan Damia? Dia dah balik ke?”

Soal Hikayat bertanyakan tentang ibu Anna.

“Ibu tak pergi mana pun. Anna sembunyikan ibusebab risaukan keselamatan ibu.”

Wajah mereka bertiga berubah terkejut mendengarkenyataan Anna.

“Ibu kata Fatimah serang dia dan ugut nak cederakanAnna kalau ibu tak minta cerai dengan ayah dan setelah mereka bercerai, Fatimahugut ibu untuk bunuh ibu kalau ibu dan ayah masih berhubung. Fatimah selaluserang ibu dekat rumah dia tanpa sebab yang munasabah sehingga ibu takut nakkeluar dari rumah. Anna suruh ibu ke luar negara untuk 3 bulan dan Anna jual rumahibu dan beli rumah lain guna duit tu.”

Sambung Anna lagi. Wajah Hikayat berubah. Dia mengeluhkuat.

“Kenapa Anna tak bagitahu kami semua ni sebelumni?”

Wajah dia menunjukkan kekesalan. Sudah bertahundia kenal Farid dan Damia. Mereka bukan sahaja pekerja tetapi kawan baik dankeluarga. Mustahil dia nak biarkan apa-apa jadi dekat mereka.

“Anna nak bagitahu, tapi ibu tak bagi sebab diarisau pak cik bagitahu ayah and ayah marah Fatimah. Dia risaukan keselamatanAnna dan ayah. Ibu cakap Fatimah orang yang berbahaya, tapi bila Anna tanya. Ibutak nak bagitahu atas alasan apa dia kata Fatimah macam tu. Anna rasa Fatimahada muslihat lain. Mungkin sebenarnya dia nak maklumat tentang syarikat ni. TapiAnna kena siasat dulu.”

“Berapa lama masa Anna nak untuk siasat kes ni?”

Tanya Taufiq.

“Seminggu paling lama untuk Anna kenal pastisiapa pengkhianat dalam syarikat ni. Tapi mungkin boleh jadi lebih lama kalau adalebih dari seorang pengkhianat..”

Kata Anna sambil tersengih seperti kerang busuk.

“Kenapa Anna rasa ada lebih dari seorang?”

Anna tersenyum mendengar pertanyaan Hikayat.

“Ayah berkahwin dengan Fatimah 5 tahun danmereka baru kenal selama 1 bulan sebelum mereka kahwin. Kenapa Fatimah tergesa-gesanak kahwin dengan ayah? Ayah tak kaya. Kalau betul tujuan Fatimah dekat denganayah atas sebab nak rahsia sulit syarikat, macam mana dia tahu ayah adalahorang kanan pak cik? Ayah bukan jenis bercakap dengan orang lain tentang kerjadi pejabat. Sedangkan ibu pun tak tahu apa kerja ayah. Macam mana Fatimah bolehtahu selain ada orang yang bocorkan rahsia syarikat ni dekat dia?”

Anna memandang mereka bertiga dengan pandangansinis. Wajah mereka semua bertukar runsing.

“Pekerja biasa syarikat ni tak tahu apa statusayah bekerja di sini. Cuma pekerja atasan yang tahu. Ini bermakna pengkhianatsyarikat adalah seorang yang memegang jawatan tinggi dan bilangan mereka sudahbertambah. Boleh jadi mereka tambah bilangan sebab mereka nak sembunyikan dirimereka yang sebenarnya.”

Kata-kata Anna membuatkan mereka bertiga terdiam.Wajah mereka menunjukkan mereka runsing.

“Tapi tu andaian sahaja. Boleh jadi seorang jepengkhianat dalam syarikat ni. Hahahaha..”

Selamba sahaja Anna gelakkan mereka. Hikayatbuat muka.

“Tapi apa yang Anna cakap boleh jadi juga, sebabsejak pak cik Farid kahwin, syarikat kami selalu ada masalah. Rasa macam adabenda tak kena, Cuma kami abaikan sebab tak terasa. Cuma tahun ni punya audit ketarasangat yang syarikat bermasalah. Dari kewangan sehinggalah staff.”

Kata Taufiq. Anna tersenyum.

“Untuk siasat ni, Anna akan masuk officeunder abang Taufiq bermula esok. Anna jadi PA tipu-tipu abang ye.”

Kata Taufiq. Anna ketawa mendengar perkataantipu-tipu yang keluar dari mulut Taufiq.

“Selain nak minta tolong tentang kes Fatimah,Anna juga nak minta kerja dekat sini. Disebabkan Anna tolong kau orang siasatpengkhianat dekat syarikat ni, kiranya Anna dah diterima bekerja di sinilahkan?”

Hikayat tersenyum.

“Kami memang menunggu Anna mohon kerja di sini.Kami sentiasa ada tempat untuk Anna di syarikat ni. Nampaknya Anna memang bolehganti Farid bila Farid dah bersara nanti.”

Kata Hikayat. Serentak itu pintu pejabat Hikayatdi buka dan ayah Anna muncul di sebalik pintu, wajahnya kelihatan teruja.

“Anna nak kerja dekat sini? Boleh! Hikayat, kaubaik sikit aku nak bersara lama lagi. Umur aku baru 46 tahun. Masih handsomedan macho.”

Kata ayah Anna dengan teruja. Semua yang beradadi pejabat menggelengkan kepala mendengar kata-kata riak ayah Anna.

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AryyanPendragon