Home Novel Keluarga Dania Aryanna
Dania Aryanna
AryyanPendragon
8/2/2021 23:28:56
28,073
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 5

Anna berjalan masuk ke ruang pejabat di tingkat1. Kakinya laju sahaja melangkah ke pejabat HR. Wajahnya kelihatan tenang namunmatanya meliar mencari seseorang.

“Kau! Apa urusan kau datang sini?”

Soal seorang perempuan yang kelihatan umurnya sepertiawal 30-an. Anna terkejut melihat bahasa yang kasar dari perempuan tersebut.Anna memandangnya lama dan dia sedar itu adalah orang yang dicari.

“Hoi! Jawablah! Kau tengok tengok apa?”

Kata perempuan itu lagi. Anna tersenyum tenang.

“Nama awak Juliana bukan? Nama cantik tapi sayang,bahasa yang dituturkan tidak mencerminkan nama yang indah.”

Sindir Anna perlahan. Mata Juliana terbeliak. Tangannyamenghentak meja membuatkan staff yang berada di sekitar pejabat itu memandangdia.

“Pantang aku orang datang pejabat aku tapi kurangajar! Kau ingat kau siapa?”

Anna tersenyum.

“Aku bukan siapa siapa, tetapi aku datang atasarahan Taufiq. Dia panggil kau ke pejabat. Sila hadir ke pejabat Taufiq tepatjam 3 petang.”

Wajah Juliana berubah. Seperti tersipu-sipumalu. Anna tersenyum sinis.

“Taufiq? Jaga bahasa kau sikit! Panggil dia EncikTaufiq bukan Taufiq! Kau ingat kau siapa?”

Kata Juliana lagi. Mungkin nak menunjukkankuasanya sebagai ketua mungkin. Anna masih tersenyum sinis.

“Jangan lupa, jam 3 petang mesti dah ada dipejabat. Kalau lambat aku tak tahu apa Taufiq akan buat. Sila bayangkan ya.”

Kata Anna sinis lalu berlalu keluar.

“Encik Taufiqlah!”

Jerit Juliana seperti orang gila, namun Annasudah keluar dari Kawasan pejabat itu.

Tindakan Juliana membuatkan pekerja yang beradadi pejabat itu memandangnya pelik. Dia sedar akan pandangan pelik pekerja yanglain. Juliana membaling kertas kosong yang berada di atas mejanya,

“Kau orang tengok apa! Sambung kerja!”

Semua pekerja di situ menyambung kerja mereka. Annakemudian Kembali duduk dan berkhayal seperti Taufiq yang kacak memanggilnyauntuk mengajak dia keluar makan malam. Juliana segera mengeluarkan beg makeup nya untuk melihat jika make up di wajahnya perlu di betulkan semula.

 

XXXXXXXXXX

 

“Perempuan tu sumpah, Anna cakap dia gila. Bahasadia pun boleh tahan kurang ajar. Macam tu ke  perangai Executive HR?”

Kata Anna selamba. Taufiq menggelengkan kepalamendengar cerita dari mulut Anna.

Tidak lama kemudian pintu pejabat Taufiq diketuk.

“Masuk.”

Kata Taufiq, kemudian pintu terbuka dan Julianamuncul dengan wajahnya tebal dengan make up.

“Encik Taufiq, saya Juliana dari HR.”

Anna melihat Juliana dengan senyuman sinis.

“I go first. Just make sure you did as i toldyou before.”

Kata Anna lalu berjalan keluar dari pejabatTaufiq.

Setelah pintu ditutup Taufiq tersenyum lembutpada Juliana.

“Silakan duduk.”

Pelawa Taufiq. Juliana menganggukkan kepalanyalalu duduk di kerusi berhadapan meja Taufiq.

“Juliana, berapa tahun awak bekerja di sini?”

Soal Taufiq lembut. Di bibirnya tidak lekangsenyumannya yang manis. Juliana pula tersipu-sipu malu.

“Saya dah kerja di sini 2 tahun encik.”

Taufiq menganggukkan kepalanya perlahan apabilamendengar jawapan Juliana.

“Apa jawatan awak bekerja di sini?”

“Saya HR executive dah setahun 6 bulan encik.”

Senyuman Taufiq mula hilang. Dia merapatkankedudukkannya dengan meja.

“Awak kerja dah 2 tahun di syarikat ini, tetapidalam masa 4 bulan awak dah jadi Executive. Betul tak?”

Soal Taufiq semula. Juliana yang berasa peliktetap menganggukkan kepalanya perlahan.

“Kenapa ya encik? Ada apa-apa masalahkah?”

Taufiq mengeluh perlahan. Dia menyelak failyang berada di hadapannya. Di dalam fail tersebut ada maklumat Juliana dan resumeJuliana Ketika dia memohon kerja di syarikat itu.

“Masalahnya macam ni. Juliana, umur awak baru22 tahun, awak belajar SPM sahaja dan awak tidak ada pengalaman bekerja di tempatlain sebelum awak bekerja di sini. Yang saya pelik, macam mana awak boleh pegangjawatan tinggi dalam masa 4 bulan bekerja di syarikat ini?”

Juliana terdiam. Wajahnya berubah resah. Manik-manikpeluh mula timbul di dahinya. Duduknya sudah tidak senang.

“Kenapa Juliana? Macam tak selesa je?”

Soal Taufiq sengaja.

“Boleh saya tahu, macam mana awak boleh naik jawatandalam masa yang singkat?”

Juliana hanya diam. Dia bermain dengan jari-jemarinyayang halus. Matanya memandang fail yang terletak di atas meja. Setelah beberapaminit Juliana diam Taufiq menghela nafas kasar.

“Hafiz adalah bekas exec HR di syarikat ini,tetapi dia telah diberhentikan atas alasan salah laku sepanjang dia bekerja,sehari selepas itu, kamu di istiharkan naik pangkat oleh Encik Naufal managerkamu. Setelah itu, seramai 20 orang pekerja yang kamu ambil untuk bekerjadengan gaji yang terlampau tinggi untuk pekerja biasa. Apa tujuan kamu buatmacam tu, dan atas sebab apa kamu tambah pekerja sedangkan pada ketika ini syarikattidak memerlukan pekerja tambahan.”

Taufiq memandang Juliana dingin. Juliana masihkekal mendiamkan diri, sepertinya dia ingin menyembunyikan sesuatu.

“Apa tujuan awak buat macam tu Juliana…”

 

XXXXXXXXXX

 

3 jam Taufiq menyoal siasat Juliana tetapigagal. Juliana masih kekal mendiamkan diri. Kerana hari sudah lewat,Taufiqmenyuruh Juliana pulang ke rumah. Anna yang dari tadi menunggu akhirnya masukke pejabat Taufiq.

“Anna dah kata, dia tak akan mengaku. Dialindung Naufal dan Naufal juga lindung seseorang. Kita dah jumpa dia orangberdua tetapi mereka masih diam betul tak?”

Kata Anna selamba. Taufiq mengeluh perlahan.

“Bila abang jumpa dan tanya mereka seorang demiseorang mesti ada yang mengadu dengan Fatimah. Nanti Fatimah akan hantar orangbaru pula untuk buat kerja kotor dia. Baik abang ikut cakap Anna je. Kita buangyang terlibat seorang demi seorang. Amacam?”

Taufiq memejamkan matanya.

“Masalahnya kita akan buang pekerja yangberpangkat, yang dah setia dengan syarikat ni bertahun lamanya.”

Taufiq berkata perlahan. Wajahnya menunjukkandia runsing.

“Abang jangan risau. Untuk pekerja yang berpangkatni Anna tak akan suruh buang sesuka hati Anna. Mereka ni lah petunjuk kitakepada tujuan Fatimah. Anna yakin, rumah yang Fatimah pergi setiap hari tu, adakaitan dengan semua pengkhianat dalam syarikat ni. Sekarang ni Anna minta abanguntuk percayakan Anna, Anna akan beri update setiap hari tentang kes nidekat abang.”

Pujuk Anna. Taufiq kelihatan risau, setelah diamelihat siasatan yang Anna lakukan. Semenjak 5 tahun lepas terdapat banyak rahsiasyarikat di jual, berlaku penyelewengan wang dan seramai 10 pekerja yang dibayar oleh Fatimah untuk memberi maklumat sulit syarikat ini kepada Fatimah dankesemuanya adalah pekerja lama yang mempunyai jawatan yang tinggi di syarikatini.

“Anna tahu ke siapa?”

Tanya Taufiq. Anna tersenyum.

“Untuk cari 10 orang staff tu susah abang. TapiAnna dah ada senarai staff bawahan yang berkomplot dengan mereka. Anna jumpa dirumah Naufal. Mereka yang menjalankan kerja kotor mereka dan pelindung identitimereka.”

“Anna pecah masuk rumah Naufal?”

Anna tersengih melihat wajah pucat Taufiq.

“Itu rahsia Anna, abang Cuma kena percayakan Annasahaja.”

Tutur Anna lembut sebelum dia berjalan keluardari pejabat Taufiq. Sebelum dia menutup pintu pejabat, kedengaran suara Taufiqmeminta Anna berhati-hati.

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AryyanPendragon