3,529
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

“Amik kau! Amik kau!!” jerit Khairul. Rasakan!

“Kurang hajar kau kucing! Makan bersepah! Berak merata-rata!! Dah berapa kali aku cakap jangan berani jejak lagi ke rumah aku ini! Sekarang padan dengan muka kau kucing sial!!” jerit Khairul sambil memegang pisau pemotong daging di tangannya.

Seri telah ditetak dengan rakus dibadannya serta keempat-empat kakinya. Mengelitik Seri dengan tikaman yang tidak pernah diduganya itu. Kelihatan berkaca mata Seri sambil cuba menyelamatkan diri. Kakinya dah longlai, badannya pedih.

“Baru kau tahu betapa sakitnya hati aku, sekarang kau pulak rasa sakitnya bagaimana” laung Khairul lagi sambil mengelap pisau ditangan dikawasan rumput dihadapan rumahnya. Puas hati Khairul melihatkan sekujur badan kucing yang selama ini telah membuatkan didih hatinya tidak dapat dikawal. Senyum sinis melihat wajah Seri.

Seri terbaring ditengah jalan dengan keadaan yang penuh luka akibat torehan Khairul sebentar tadi gara-gara membuang najis di hadapan rumahnya.

“Aku tidak sengaja, aku tidak mampu menahan sakit perutku dan kenapa aku dibuat sebegini sekali?” rintih hati Seri. Dilihatnya Khairul yang masih lagi marah-marah sambil menghayun-hayun pisau yang telah menjamah tubuhnya itu.

“Apa kau buat ni Khairul!” jerit Irah setelah diberitahu oleh adik lelakinya yang kebetulan baru pulang dari bermain di taman permainan diseberang jalan.

Aku tak dapat merasa kaki-kakiku dan badanku terasa seperti dibelah-belah, pedih! Dapat kurasakan udara melalui kawasan yang ternganga akibat luka. Aku rebah di tengah-tengah jalan. Sunyi sepi seketika. Aku tidak tahu apa yang berlaku. Dalam sama-samar itu, aku dapat melihat Irah menerpa ke arahku. Hampir sahaja Irah dilanggar motosikal yang kebetulan melintas laju. Aku cuba meraung namun tidak berdaya untukku. Ku lihat Irah semakin mendekat dan menjerit-jerit namaku.

“Seri!!!! Seri!!!!. Laung Irah sambil merapati tubuhku yang tidak lagi dapat bergerak. Di angkat badanku yang lembek dengan keadaan kaki-kakiku yang longlai lemah sambil ku melihat air matanya berjuraian. Aku tidak faham apa-apa. Aku seperti berada di awang-awangan. Aku hanya dapat mendengar sayup-sayup suara Irah memanggilku dengan teresak-esak. Aku cuba bersuara tetapi kerongkongku tersekat. Aku tak berdaya menyahut panggilannya. Aku terbatuk dan tersembur darah daripada mulutku dan diikuti lelehan merah di hidungku. Aku merasa panas akibat darah-darah yang mengalir dimuka dan hidungku. Irah yang mendukung tubuhku tidak menghiraukan semburan dan titisan-titisan darah itu. Dia tetap memeluk erat dan aku dapat merasa hangatnya tubuh Irah tika aku di dakapannya. “Seri!!! Bertahan sayang!!...” suara yang ku kenal cuba menenangkan aku.

Aku buka mataku perlahan-lahan dan aku cuba bangkit, akan tetapi tidak mampu olehku melakukannya. Aku dibungkus dan dililit dengan sehelai kain. Aku mendongakkan kepala memerhati raut wajah Irah. “Irah, Seri minta maaf.. Seri terlalu degil dan tidak dengar kata.” Suara hati Seri berkata-kata. Sunyi tanpa balasan. Hanya kedengaran bunyi penyaman udara kereta sahaja didengari. Aku langsung tidak boleh bergerak dan memerhati keadaan sekeliling dengan jelas. Yang aku tahu dan pasti, aku tidak dapat merasa tubuhku seperti biasa. Goyangan ekorku di lengan Irah bergerak perlahan, nafas dadaku kencang. Dan mataku terus tertutup rapat. Tiada lagi kedengaran apa-apa. Sunyi dan pandangan mataku gelap gelita.

“Sabar Seri, Irah akan bawa Seri ke klinik untuk mendapatkan rawatan yang terbaik” bisik Irah kepada Seri seakan-akan mengerti akan goyangan ekornya. Aku terus merebahkan kepala di dada Irah. Degup jantung Irah kedengaran kencang. Adakah Irah khuatir akan diriku ini? Maafkan Seri Irah. Aku merapatkan mataku.

Dengan perlahan aku membuka kembali mataku dan memerhati sekeliling dan mengerdip perlahan-lahan.

“Dimana aku ni?” Kenapa aku tak boleh merasa kaki-kakiku?” “Irah, kenapa dengan Seri?” suara hatiku cuba berkata-kata. Aku tidak dapat merasakan apa-apa di tubuh badanku. Adakah aku telah dipotong hidup-hidup? Apakah salahku sehingga aku dibuat begini? Tidak sayang lagikan Irah pada diriku? Segala persoalan bermain-main diminda dan mataku melilau keliling mencari Irah namun bayangnya tiada disekitar ku.

Aku cuba untuk bangkit daripada tempat pembaringan. Namun aku tak mampu untuk bangun hanya kerdipan mata saja mampuku lakukan. Aku cuba ingat kembali bagaimana aku boleh berada di dalam sangkar besi. Kabur.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.