Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 4B ; Sazali

“Andy... apa macam? Kena sebat ker?” tanya Muthu.

“Sebat? Takdelah... kena leter ngan buat karangan jer” kemudian kami bersama-sama mengucapkan terima kasih sebelum pulang kepada Cikgu Ismil.. guru seni kami. Kemudian apabila aku hendak keluar dari kelas.... aku terpandang Nadiya yang sedang berseorang menuju ke arah pintu pagar.. aku pantas menuju ke arahnya dan menahannya secara mendadak;

“Opssssss... nanti-nanti. Saya ada hal nak cakap dengan Cik Nadiya.”

“Apa dia Andy Cole? Aku hendak balik cepat ke rumah.. hendak pergi sekolah agama lagi.”

“Kenapa Nadiya tulis nama Andy Cole dalam laporan pelajar yang lambat datang ke sekolah... nak pekenakan saya yer?” tanyaku.

“Hello.... macamlah semua orang dalam sekolah ini tak tahu siapa Andy Cole tu okay... kulit pun serupa.”

“Excuse me.... itu gelaran sahaja Nadiya.. nama itu bukan untuk tujuan rasmi.”

“Ada Nadiya kisah? Tepilah... Nadiya dah lambat nak pi sekolah agama ni” Nadiya menolak bahuku... aku hampir terjatuh..... aku hanya memandang Nadiya dengan pandangan yang geram... eee... geramnya aku.

“Oi... kena tolak dengan Nadiya ker.. apalah.. dengan perempuan pun takut” aku memandang suara lelaki yang memperliku... Sazali... gangster sekolah.

“Kau apa sibuk.. kena sebat dengan cikgu dah menangis” kataku selamba.

“Wah.. melampau betul kau ni” Sazali menuju ke arahku.. aku bersedia menghadapi dengan segala kemungkinan.

“Ha... Sazali.. apa kamu hendak buat tu?” aku menoleh ke arah suara garau tersebut, Cikgu Salim memberhentikan motornya berhampiran kami. Sazali tidak jadi menuju ke arahku.

“Eih cikgu... takde apa-apa... sahaja je nak berbincang dengan Zaidi Cikgu.. maklumlah periksa tak lama lagi. Sayapun bukannya pandai sangat... itulah ingat nak belajar dengan Zaidi.”

“Ingatkan nak gaduh tadi............. sudah.. balik cepat. Nanti hendak pergi ke sekolah petang..tak sempat pulak... kamu Sazali... jangan nak membelasah orang sahaja kerjanya... kamu ada peluang sekali lagi. Kalau tak..... kamu kena buang sekolah... kamu tu hendak periksa. Tak kesian ke dengan mak kamu?”

“Ya cikgu... saya paham... ingat tau Zaidi... petang ni... tolong ajar aku Matematik” kata Sazali menghulurkan salamnya... aku menyambut salamnya... entah bila pula aku berjanji hendak mengajarkan Sazali matematij.. entah-entah Sazali ni sifirpun tak hafal. Kemudian kami bersurai.. aku pergi mengambil basikal.. manakala Sazali berjalan kaki ke rumahnya yang terletak berhampiran sekolah. Aku bercadang hendak balik sahaja terus rumah.. rasanya tidak larat lagi untuk menghadiri sekolah agama... balik rumah tidur.. lagipun mak selalu balik lambat.. kadang-kadang kalau ada kes.. pukul 8 malam baru mak aku balik. Lagipun zaman itu mana mampu hendak beli telefon bimbit untuk anak-anak. Aku terus mengayuh basikal menuju ke rumah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.