Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 2 B ; kena bambu dengan emak

“Hahahahahahahahahaha... along.. dah minat ke 90 dah. Sat lagi..... mesti pengadil botak ni tiup wisel” kata ayah mengejutkan lamuananku. Mata aku kembali tertancap ke skrin Televisyen ( pengadil botak yang dimaksudkan oleh ayah adalah Pierlugi Collina.. seorang pengadil terkenal dari Itali ).

“Yelah... ayah menanglah kali ni” kataku berputus asa. Nampaknya tidak ada harapan untuk United menang.. bila-bila masa sahaja pengadil akan membunyikan wisel.

“Hehehehehehehe.. selamat kena belanja along mi mamak pekan nanti.. lepas ni along jangan lupa cuci but abah selama seminggu tau” ayah mengingatkan aku.

“Yelah yah...” memang aku ada berjanji dengan ayah.....jika aku pasukan aku kalah... aku akan mengilat but tenteranya sampai berkilat selama seminggu. Tapi jika pasukan aku menang.... ayah akan membelanjakan aku mee mamak pekan. Aku memandang Televisyen semula... nampaknya Manchester mendapat sepakan penjuru.

“Takdak pa lah sepakan percuma..... Kleanman boleh tepis punya... macam sepakan Andy Cole tadi.” Ayah begitu yakin.... aduh.. tolonglah Soksjer... gollah sebiji. Sepakan diambil David Beckham di penjuru kiri..... dia menyepak bola tinggi di tengah kotak penalti dan dikeluarkan oleh pertahanan Bayern...... kemudian bola jatuh di kaki Giggs dan dia terus menyepak bola ke arah Teddy dan....

“Gol!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” aku melonjak kegembiraan dan terus menjerit gol ( tengah-tengah pagi buta ). Aku melihat ayahku mengeleng-gelengkan kepala tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Dah seri ayah” kataku gembira.

“Ala.. seri.. belum kalah lagi. Ada masa tambahan lagikan... relak-relak” aku kembali duduk di hadapan televisyen.... tidak sampai seminit.. satu lagi sepakan penjuru diberikan oleh pengadil kepada Manchester di posisi yang sama seperti tadi. David Beckham cepat mengambilnya..

“Gol.. gol.. gol.... gol” kataku.. ayahku memandangku dengan kerutan di wajahnya. Mungkin terganggu dengan perbuatan aku. Sepakan diambil... bola tinggi dan diambil oleh Teddy yang menanduk ke arah pintu gol dan terus

“Gol!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” aku melompat keriangan melihat gol yang dijaringkan oleh Ole Gunner Soksjer ( malah siap pusing sekitar rumah ). Jeritan aku menyebabkan adik bongsu aku yang baru berusia 3 bulan menangis di dalam bilik kelamin.... emak keluar bilik serta-merta ;

“Dah long.. pergi tidur dalam bilik sekarang.. sudah pukul berapa ni? Besok hendak bangun pagi-pagi ke sekolah” marah emakku.

“Ala mak..... along nak tengok bola ni sampai habis.”

“Mak kata pergi masuk bilik.. pergi ye” kata emakkku tegas.. ternyata emak bengang apabila tidur adikku terganggu oleh jeritan aku. Aku bergerak lemah masuk kedalam bilik... aku memandang ayahku.. ayahku hanya membuat isyarat tangan bagus ke arahku.... adoi..............

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.