Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
202,605
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 7
15 tahun selepas itu

DADA Hannah berdebar hebat. Dia tidak tahu apa yang sedang Kamal lakukan. Di dalam kereta, Hannah hanya memerhatikan tindak tanduk Kamal bersama sekumpulan lelaki. Mereka berbicara sesama sendiri dan kadang-kala mata mereka memerhatikan Hannah dengan senyuman nakal. Hannah semakin takut.

Ada seorang lelaki berwajah ganas memberikan sejumlah wang kepada Kamal. Kamal pula mengambilnya lalu mencium wang tersebut. Kemudian Kamal membuka pintu kereta di sebelah Hannah membuatkan Hannah mengeletar hebat. Dia dapat menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku kepadanya.

Tanpa sempat Hannah bertindak, dua orang lelaki dalam kumpulan tersebut telah menarik tangan Hannah. Hannah tersentak hebat. Dia sudah berada di dalam kelompok lelaki ganas itu. Mereka ketawa suka hati apabila melihat wajah Hannah yang kelihatan takut.

“ Kenalkan ini Jimmy. Dia adalah bapa ayam di sini dan ini adalah konco-konconya. Buat pengetahuan kau, aku dah jual kau kepada mereka,” kata Kamal. Bicara Kamal itu disambut dengan tawa ria oleh konco-konco Jimmy.

Hannah tersentak hebat. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri tetapi pegangan dua lelaki yang memegangnya cukup kejap. Dia tidak menyangka yang bapanya sanggup memperlakukannya sebegini. Hannah semakin ketakutan. Dia tidak sanggup memperdagangkan maruahnya sebegini.

“ Papa…tolong papa, jangan buat Hannah begini. Hannah anak papa, tak kan papa sanggup buat Hannah begini,” tangis Hannah cuba meraih simpati kepada Kamal. Dia tidak tahu bagaimana mahu keluar dari kancah hina ini selain dari meminta tolong daripada Kamal.

Kamal hanya ketawa mendengarkan rayuan Hannah itu. Begitu juga dengan Jimmy dan konco-konconya.

“ Kau bukan anak aku. Kau anak haram! Duduklah kau di sini mewarisi pekerjaan mak kau. Baru puas hati aku!” Kata Kamal.

Segala dendam kesumat akhiratnya dapat di balas juga. Walaupun Hanita mati sebelum sempat dia membalas dendam, namun harta yang ditinggalkannya sudah menguntungkan Kamal. Zuriat Hanita juga telah dihantarnya ke neraka dunia. Dia cukup berbangga dengan pencapaian dirinya ini. Dan selepas ini dia akan pastikan Robert pula mendapat pembalasan sewajarnya atas segala kesengsaraan yang telah terjadi kepadanya.

Hannah menangis. Persoalan yang bermain di mindanya sejak dari dahulu lagi kini menjelma semula. Dia pandang kepada Kamal dengan wajah hiba. Dia semakin benci dengan lelaki itu. Seumur hidupnya tidak akan memaafkan lelaki jahat itu.

“ Jadi betullah saya ini anak haram?” Tanya Hannah sebak. Wajah Mak Cik Norsiah bermain-main di layar ingatannya. Hanya wanita itu sahaja yang ikhlas menyayanginya.

Jimmy dan konco-konconya ketawa mendengarkan pertanyaan Hannah itu. Sesekali terdengar ejekan anak haram itu dari mulut mereka. Ejekan mereka itu membuatkan Hannah semakin gerun.

“ Apa maksudnya kalau mak kau sendiri tidak dapat pastikan siapa bapa kau yang sebenar? Bukankah itu maknanya kau tu anak haram?”

Hannah menangis penuh sendu. Rupa-rupanya kekejaman yang dilakukan oleh Kamal selama ini akhirnya terjawab juga. Nyata dia bukannya berasal dari zuriat Kamal dan yang paling menyedihkan ibunya sendiri tidak dapat pastikan siapakah bapanya yang sebenar. Sungguh betapa dia merasakan dirinya begitu hina sekali.

“ Sudahlah, bawa dia pergi. Biar dia melayan pelanggan kau puas-puas,” kata Kamal kepada Jimmy.

” Cepat masuk! Bawa dia kepada bos!” Arah Jimmy kepada salah seorang konconya.

Hannah kaku. Dunianya tiba-tiba jadi hitam pekat. Pandangan pula tidak beralih kepada Jimmy dan konco-konconya.Ketakutan sudah menjalar diseluruh urat sendi anak gadis itu.

” Masuk sekarang!” Kata salah seorang konco Jimmy sambil mengheret Hannah. Dia cuba melawan tetapi dengan sekali tolakan sahaja tubuhnya sudah berada di dalam kereta tersebut.

Hannah terus memandang kepada Kamal yang sedang mengira sejumlah wang yang diberikan oleh Jimmy sebentar tadi.

” Papa, tolong Hannah papa.. kasihanilah Hannah papa...tolong jangan buat Hannah begini, tolonglah papa,” Jerit Hannah. Keempat-empat orang lelaki yang bertubuh sasa terus masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Manakala Jimmy dan saki baki konco-konconya menaiki kereta lain.

Kamal hanya ketawa mendengarkan rayuan itu. Dia sempat melihat Kamal melambai tangan dan tersenyum mengejek sebaik sahaja kereta yang Hannah naiki meluncur laju menuju ke destanasi yang tidak diketahuinya.

Hannah terus memeluk tubuh. Apakah nasib dirinya pula kali ini. Takdir apakah yang bertandang bertimpa-timpa ini? Atau ada rahmat yang tersembunyi dan terselindung di sebalik takdir ini? Ya Allah..Kau kuatkanlah semangatku!

” Aku tak akan menangis dan aku tak perlu takut. Allah pasti akan selamatkan aku,” Hannah cuba meredakan keresahan hatinya. Namun ternyata ianya gagal. Selama lima belas tahun dia tidak pernah bertemu dengan Kamal. Tiba-tiba hari ini lelaki kejam itu membawanya pergi dan menjualnya kepada sindekit pelacuran. Adakah penderitaannya akan bermula semula di sini? Badannya rasa lemah tidak berdaya. Kepalanya sungguh berat sekali. Berdenyut-denyut serta terasa tegang di leher.

” Hannah kena kuatkan semangat. Jangan lemah sama sekali. Jangan mengaku kalah dengan apa yang telah tersurat untuk Hannah,” tergiang-giang kata-kata semangat dari Mak Cik Norsiah kepadanya suatu masa dahulu.

Hannah cuba menyelaminya dengan hati yang waja. Biar terpancar sedikit semangat juang Hannah untuk melawan segala dugaan yang mendatang.

Deringan telefon membuatkan Hannah terus memasang telinga. Ingin mendengar bicara mereka. Mana tahu dia mendapat petunjuk tentang arah tuju mereka dengan panggilan telefon itu.

” Hello..” kata seorang lelaki yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Kepalanya botak dan tubuhnya sasa. Dia memakai rantai besi di leher dan tangannya.

” Ha...kami dah on the way....setakat ini tak de masalah. Dia tak melawan. Perempuan tu..”

Lelaki itu terus berpaling ke belakang menghadap wajah Hannah sebaik sahaja perkataan perempuan itu meniti di bibirnya. Kemudian lelaki itu tersenyum membuatkan Hannah tersentak hebat.

” Cantik...cantik sangat. Tak rugi kau membelinya. Pastinya business kau akan bertambah untung lagi!”

Dada Hannah semakin berdebar hebat. Dia terasa ingin menangis. Adakah dia sedang bermimpi saat ini? Ya Allah tolonglah selamatkan hambaMu yang sungguh tidak berdaya ini. Dia berasa ngeri untuk membayangkan kehidupan yang bakal dihadapinya kelak. Adakah dia akan terus terjebak ke dalam lembah hina? Allah, aku tidak sanggup!

” Tolong lepaskan aku..tolonglah...” bergegar hebat tubuh Hannah saat menuturkan kata-katanya. Airmata sudah melurut keluar. Sungguh dia berasa begitu takut sekali.

Keempat-empat lelaki itu hanya ketawa mendengarkan rayuan Hannah itu.

” Jangan takut. Lama-lama nanti kau akan seronok dengan pekerjaan baru kau ini,” kata lelaki yang menjawab panggilan telefon sebentar tadi. Kemudiannya mereka ketawa lagi membuatkan Hannah semakin ketakutan.

Mata Hannah meliar memandang ke sekeliling. Mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri. Dua orang lelaki duduk di hadapan manakala dia diapit oleh dua orang lelaki berbadan tegap. Terselit sepucuk pistol di pinggang salah seorang lelaki yang berada bersebelahannya. Lelaki itu sengaja menunjukkan pistolnya itu kepadanya untuk menakut-nakutkan Hannah.

” Tolonglah Encik. Bebaskanlah saya. Tolonglah...” Rayu Hannah lagi setelah dia sendiri buntu untuk mencari jalan keluar. Dia tidak malu untuk menagih simpati walaupun dia tahu simpati tidak akan wujud di dalam diri mereka yang berhati binatang. Malah mereka hanya ketawa mendengarkan rayuannya itu.

Entah berapa lama dia berada di dalam kereta itu sehinggalah pemandu memberhentikan kereta di sebuah deretan rumah kedai yang sangat sunyi. Tiada kelibat manusia yang lalu lalang di situ. Kemudian Hannah dipaksa keluar dengan kasar sekali. Ada seorang lelaki berbangsa cina sedang menunggu mereka di situ.

” Oh..cantik gadis ini,”kata lelaki berbangsa cina sambil membelai-belai muka Hannah. Hannah dapat mengagak inilah bos yang dikatakan Jimmy sebentar tadi. Rupa-rupanya lelaki inilah bapa ayam yang akan menguruskan urusan pelacuran di sini.

Hannah yang marah terus meludah ke muka lelaki tersebut. Biar dia tahu Hannah bukannya jenis perempuan yang mudah disentuh.

Serentak dengan itu juga Hannah dihadiahi penampar yang cukup kuat membuatkan dia terus tersungkur ke tanah. Celah bibirnya berdarah. Ah...apalah sangat kesakitan ini. Dia sudah merasai kesakitan yang lebih daripada itu.

” Bawa perempuan ini naik ke atas!” Arah lelaki yang menampar Hannah.

Pantas salah seorang lelaki itu menarik tangan Hannah kepadanya. Hannah cuba melawan. Namun gagal. Lelaki itu lebih kuat darinya.

Hannah menjerit apabila lelaki itu memusing lengannya ke belakang. Kesakitan menjalar ke seluruh lengannya. Kemudian lelaki itu membawa Hannah ke sebuah bilik dan menolak Hannah ke dalam bilik tersebut dan terus menguncinya di situ.

Dia terperangkap. Hannah rasa mahu menjerit kuat. Dia mula rasa tegang. Ketakutan sudah mula sebati dalam dirinya. Ketakutan yang paling dasyat yang tidak pernah dirasainya seumur hidup.

Hannah perlu mencari jalan keluar. Hannah memandang ke setiap sudut bilik yang dihuninya ini. Dia memandang tingkap yang tertutup itu. Segera Hannah berlari ke arah tinggap tersebut. Hatinya sudah mula memutik sebuah pengharapan kepada tingkap usang itu. Namun dia hampa lagi apabila melihatkan jeriji yang telah dipasang di tingkap tersebut. Malah tingkap itu tidak boleh dibuka walaupun sedaya upaya dia menolaknya.

” Ya Allah...tolonglah aku,” doanya dalam tangisan yang pilu. Hannah sedar tiada lagi jalan untuknya melarikan diri. Apa yang mampu dilakukannya disaat ini hanyalah menangis, menangis dan menangis.

Hannah tersandar lemah. Dunianya sudah terbalik. Dia tidak sanggup lagi menghadapi dugaan demi dugaan yang cukup memeritkan. Kenapa hanya dia sahaja yang sentiasa ditindas?

Tidak semena-mena airmatanya mengalir laju dari kolam matanya. Hannah rasa ingin menjerit, meraung sekuat hati dengan dugaan perit yang di hadapinya saat ini. Sungguh dia berasa begitu ngeri sekali. Ngeri untuk memikirkan corak kehidupannya di lembah hina ini.

“ Ya Allah, aku tak sanggup Ya Allah. Aku tak sanggup menjadi pelacur! Tolonglah Ya Allah, selamatkan aku!” Jerit Hannah dalam tangisan yang menggila.

Kemudian Hannah bangun ke pintu. Menarik daun pintu yang berkunci. Dia menarik lagi dan lagi dan lagi. Sehinggalah dia penat melakukannya.

“ Woiii..bukalah pintu ini! Aku nak keluar. Lepaskan aku!” Jerit Hannah sendirian.

Namun jeritannya itu tidak pernah dipedulikan oleh sesiapa. Malah Hannah semakin tertekan dengan keadaan dirinya tatkala ini. Hannah menangis lagi. Menjerit dan menangis sehingga dia keletihan. Namun semuanya tetap sama. Dia tetap terkurung di sini.

“ Aku tak nak jadi pelacur. Aku tak nak jadi pelacur. Tolong lepaskan aku!” Kata Hannah dalam tangisan yang mengila. Hanya perkataan itu yang meniti di bibirnya sejak sejam yang lalu.

“ Hannah, kenapa menangis begitu?”

Tiba-tiba satu suara memanggilnya membuatkan Hannah terkejut. Dia segera bangun mencari suara tersebut. Suara yang amat dikenalinya.

“ Mak,” kata Hannah dalam linangan airmata.

Wajah Mak Cik Norsiah kelihatan begitu berseri-seri sekali. Dia memakai telekung sembahyang sambil tersenyum lebar kepada Hannah.

“ Kenapa anak mak asyik menangis sahaja saat masalah menimpa? Menangis dan meratap sahaja tidak akan menyelesaikan masalah,” nasihat Mak Cik Norsiah.

“ Habis tu Hannah nak buat apa lagi mak? Hannah dah buntu. Mak boleh tolong selamatkan Hannah dari neraka ini tak? Tolonglah Hannah mak. Hannah tak nak jadi pelacur,” tangis Hannah.

Mak Cik Norsiah menggeleng dalam senyuman.

“ Bukan mak yang Hannah patut mohon pertolongan tetapi kepada Allah. Hanya Dia yang dapat menyelamatkan kita dari apa jua rintangan yang mendatang,” kata Mak Cik Norsiah.

“ Tetapi Hannah tak berdaya. Hannah tak kuat nak melawan penjahat itu,” kata Hannah.

“ Yakinlah kepada Allah sayang. Pasti ada jalan untukmu, sayang. Jangan lupa sebut nama Allah pada setiap kesulitan yang akan Hannah tempuhi.”

Hannah tertunduk lemah. Dia menyebut kalimah angung itu dan bibirnya tidak pernah berhenti untuk melafazkan kalimah agung itu. Semakin di sebut hatinya semakin tenang dan dia yakin Allah akan membantunya keluar dari kemelut ini.

Hannah memanggungkan kepalanya. Ingin terus berbicara dengan ibunya yang tersayang. Namun hampa apabila wajah penuh seri itu sudah hilang dari pandangan matanya membuatkan Hannah tercari-cari sendirian.

“ Mak,” panggil Hannah dalam sebak.

Namun wajah yang cukup dirinduinya itu tidak juga muncul membuatkan Hannah sedar akan hakikat sebenar yang ibunya itu sudah meninggal dunia. Hannah beristigfar panjang dan segera menyedekahkan surah al-fatihah kepada arwah ibunya. Hannah sendiri tidak faham apa yang sebenarnya berlaku kepada dirinya sebentar tadi tetapi dia yakin Allah sedang bersamanya.

Kemudian Hannah bersembahyang hajat meminta pertolongan daripada yang Maha Esa supaya diselamatkan daripada kemelut yang cukup mengerikan ini. Inilah sahaja pengharapan terakhir yang boleh disandarkannya dalam keadaan yang cukup genting ini.

Previous: bab 6
Next: bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.