Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
202,595
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 8

Entah berapa lama Hannah terkurung di dalam bilik apabila pintu biliknya dibuka. Hannah pantas merapatkan dirinya ke dinding sambil menekup mukanya. Dia tidak tahu apakah yang akan terjadi kepadanya kelak.

” Allah..Allah..Allah..” ucap Hannah di dalam hatinya.

Dia begitu takut sekali. Takut tentang masa hadapannya yang dirasakan akan gelap. Nasib yang dipertaruhkan di tangan lelaki-lelaki jahat itu. Debaran di dada semakin kuat apabila bunyi tapak kaki masuk ke dalam biliknya.

Hannah memejamkan matanya rapat-rapat. Sedikit pun dia tidak berani membuka mukanya untuk melihat wajah tetamu dihadapannya. Dia tidak tahu apakah tujuan lelaki tersebut datang kepadanya. Adakah ingin mencederakannya atau ingin mendapat layanan daripadanya. Dia tidak peduli dan dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi. Semuanya diserahkan kepada Allah.

” Hei! Pakai baju ini! Sekejap lagi kau akan dibawa ke hotel. Ada Mat Salleh yang nak langgan kau.” Kata lelaki itu.

Jatung Hannah yang cergas bergerak rasa terhenti tiba-tiba. Dia jadi kaku. Apakah suratan takdir yang telah terlukis dalam hidupnya ini adalah benar-benar nyata atau ingauan mimpinya semata-mata.

Hannah langsung tidak menjawab. Malah dia tidak peduli kepada sehelai baju yang telah dilemparkan ke mukanya sebentar tadi. Dia berasa jijik untuk memakainya. Malah dia berasa jijik dengan penghidupan barunya ini. Dia terasa mahu meraung. Meraung agar segala-galanya ini akan berubah menjadi lebih baik lagi.

” Allah..Allah...Allah..” Lidah Hannah basah dengan kalimah agung itu. Hanya Dia sebaik-baik sandaran yang perlu dihamparkan.

” Hei kau dengar tak?” Tanya lelaki itu yang menolak tubuh Hannah dengan kakinya.

Hannah tetap membisu. Badannya sudah mengeletar hebat. Sedikit pun dia tidak berani memandang kepada lelaki tersebut. Dia takut separuh mati.

Tanpa diduga lelaki itu terus merentap tubuh Hannah. Disuakan pistol ke kepala Hannah menyebabkan jantung Hannah terus mati. Hannah yang ketakutan terus menangis. Badannya menggigil ketakutan. Sedikit pun dia tidak membuka matanya.

” Kau pakai baju itu sekarang. Kalau tidak kepala kau akan berderai disini juga,” ugut lelaki itu.

Hannah terus mencapai baju tersebut. Matanya masih tidak lepas memandang kepada pistol yang disuakan kepadanya. Hatinya sudah dirasuk histeria.

Dalam keterpaksaan dia menurut jua.

Allah....Allah...Allah...kalimah agung itu masih setia meniti di bibirnya.

” Kalau kau buat hal di sana, aku akan mengamuk macam orang gila dan aku akan buat kau sampai gila!” Ugut lelaki itu lagi.

Previous: bab 7
Next: bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.