Home Novel Cinta Pandang Hanya Aku, Okay?
Pandang Hanya Aku, Okay?
F.Ain.K
23/7/2019 03:28:10
26,762
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
8.2



Hangat petang membakar kulit, membuatkan wajahnya agak kemerah-merahan. Peluh yang membanjiri rambut dan badannya dibiarkan kering sendiri dengan angin petang. Riuh suara rakan-rakan menyokong latihan hoki yang sedang berlangsung dipandang sekilas lalu Nurul Ain. Nafasnya yang turun naik kepenatan ternyata melelahkan. Baru sebentar tadi dia keluar dari padang dan digantikan oleh rakan yang lain. Seperti inilah sesi latihan hoki yang selalu dihadiri Nurul Ain seminggu sekali.


Biarpun Nurul Ain bukan lagi pemain hoki UKM, dia tetap datang untuk latihan bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Keputusannya untuk menarik diri dari bermain hoki sejak semester lepas dipersetujui oleh jurulatih. Nurul Ain tidak mampu untuk membahagikan masa antara aktiviti sukan, pelajaran, juga jawatan lain yang dipegangnya. Latihan hoki yang wajib dihadiri setiap hari nyata lebih membebankan. Akhirnya keputusan menarik diri dilakukan. 


Botol air dibuka dan disuakan ke mulut. Hilang dahaganya. Kelibat seorang lelaki yang berdiri di tepi padang dan memandang ke arahnya disedari Nurul Ain. Nurul Ain tak tahu kenapa lelaki itu memilih untuk hanya memerhati dirinya sejak dari minggu lepas, sedangkan selalunya lelaki tersebut sudah menegurnya walau berbatu jauh. 


Nurul Ain bingkas bangun dan membawa begnya ke tepi padang, menuju ke arah lelaki itu. 


“Abang Amar buat apa sorang-sorang kat sini? Tak join training ke?” Nurul Ain melemparkan soalan sekadar untuk melihat reaksi lelaki berkenaan.


Jelas terlihat wajah gelisah lelaki itu apabila Nurul Ain mendekati dirinya. Nurul Ain berkira-berkira dalam hati, ada kesalahan ke yang dilakukan dirinya pada lelaki ini.


Nurul Ain lekas melabuhkan duduk di atas rumput bersebelahan lelaki itu. 


“Abang Amar kenapa berdiri je? Tak penat ke? Ke dah tak sudi duduk sebelah Ain?” soal Nurul Ain saja menguji.


Selang beberapa ketika kemudian lelaki bergelar Amar itu pun mula melabuhkan duduk di sebelah Nurul Ain. Senyap mengisi ruang. Terlampau sunyi antara mereka. Yang kedengaran hanyalah sayup-sayup riuhan suara di tengah padang. 


“Abang Amar ada apa-apa ke nak cakap dengan Ain? Jarang tengok Abang Amar senyap macam ni,” tepat ke mata Nurul Ain memandang Amar lalu menghulurkan soalan tersebut. Senyuman kecil Nurul Ain nyata menambahkan hangat keadaan. 


Amar yang mungkin tidak menyangka Nurul Ain akan berkelakuan seperti itu tidak mampu menyorokkan wajah gelisah dan kulit wajahnya yang mula kemerah-merahan akibat malu. Amar tahu sebenarnya perempuan di sebelahnya ini tahu apa yang bergelodak dalam hatinya. Amar tahu Nurul Ain tahu tetapi berpura-pura tidak tahu. 


“Minggu lepas. Ain cakap… betul ke lelaki tu tunang Ain?” akhirnya soalan yang ingin ditanya Amar dari minggu lepas berjaya dilepaskan.


Nurul Ain yang senyap dan masih memandang Amar tepat di mata membuatkan Amar menjadi bertambah gelisah. Tiada senyuman mahupun ekspresi di wajah Nurul Ain. Amar mula takut jika soalannya tadi menimbulkan perasaan tidak senang pada Nurul Ain. 


“Kalau betul, kenapa? Kalau tak betul, kenapa pulak?” 


Amar terpana dengan persoalan yang dibelit Nurul Ain. Amar hilang kata. Dia tak pasti apa yang perlu dikatakan, atau sebetulnya tepat untuk dikatakan dalam situasi ini. Perlukah tiba-tiba dia menyatakan rasa hatinya pada Nurul Ain dalam keadaan dia tidak pasti Nurul Ain milik orang lain atau tidak.


Ketawa kecil yang keluar dari mulut Nurul Ain secara tiba-tiba membuatkan Amar bertambah hairan. Apa yang lucunya dengan topik yang sedang dibincangkan? Sungguh dia tak faham personaliti perempuan di sebelahnya ini, tapi kerana tak faham lah dia menjadi tertarik kepada Nurul Ain. Kerana sifat ingin tahunya yang kuat tentang siapa Nurul Ain. Atau tentang bagaimana sebenarnya perempuan ini berfikir. 


“You don’t love me. You don’t. Ain tahu. Jadi jangan kelirukan diri dengan perkara yang tak berkaitan. Kita berdua tak perlukan kontroversi murahan. Keep your curiosity to yourself,” perlahan Nurul Ain berkata sambil menyentuh hujung rambut Amar yang jatuh ke dahi. Senyuman seakan mencabar Nurul Ain lemparkan pada Amar yang nyata membisu. 


Tangan Nurul Ain yang memegang hujung rambutnya lantas digenggam Amar. Kuat. Amar tak pasti jika Nurul Ain menyedari tangan Amar yang menggigil, atau nada suaranya yang garau tersekat di kerongkong.


“Ain tak boleh tentukan apa yang Amar rasa. Amar tahu apa yang Amar rasa. Dan Amar tahu Amar sayang Ain.”


“Tapi Ain tak perlukan Abang Amar untuk sayangkan Ain. I don’t need love. And you don’t love me,” tangannya ditarik semula Nurul Ain lalu bangun meninggalkan Amar yang keseorangan merenung. 


Previous: 8.1
Next: REHAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.