Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
81,473
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

         TIDAK sampai  hati     Ayra rasakan kini , terpaksa jua dia mengangkat panggilan dari lelaki itu .Jam di meja tulis dikerlingnya hampir ke 3 pagi .Tidak tidur lagi ke Firhad ? 

         " Hello !," sapa Ayra ." Assalamualaikum Ayra ," sapa Firhad pula." Waalaikumussalam, awak di mana tu ?," soal Ayra dapat menangkap bunyi bising dari arah sana seakan berada di lebuh raya." Saya ada di luar , ada hal perlu di setelkan ," ujar Firhad terpaksa menipu gadis itu .Hakikatnya dia kini terpaksa menemani Reesya menikmati keindahan malam di pinggir bandar .

         Reesya tidak tahu perkara ini , kerana dia telefon di belakang ferrari merahnya andainya jika dia tahu siapa di sebalik panggilan itu ? 

          " Oh , patutlah .Kenapa call ?"

          " Why ? Tak boleh pula ke" 

          " Bukan tak boleh ....Saja je tanya ," ujar Ayra serba- salah ." Saya tahu awak patut marah saya tentang tadi ," Firhad bersuara semula pabila keduanya menyepi seketika.Ayra tidak nafikan itu .Memang dia agak berkecil hati dengan Firhad.Mana ketegasannya selama ini ? 

          Memang bukan hal yang besar , tetapi .....

           " Ayra, talk something please ," rayu suara dari sana.Ayra tersedar .Tidak sepatutnya dia bersikap begitu.Mementingkan diri sendiri. 

          " Ya, maafkan Ayra juga .Ayra tak salahkan awak ...Fir .Ayra juga tak salahkan Reesya.Lagipun Ayra pernah nampak ....," ujar Ayra tidak sempat menghabiskan ayatnya pabila dicelah oleh Firhad .Berapa kali sudah Firhad menidakkan hubungannya dengan Reesya.Sejarah tak mungkin berulang .Walaupun ya , mungkin ada dosa yang telah mereka lakukan sewaktu bersama dahulu.

        " Awak, dengar sini please....Antara saya dengan Ressya kami tiada apa- apa.Memang kami saling mengenali tetapi itu cerita lama....Tidak usahlah disingkapkan lagi ," ujar Firhad berterus - terang walaupun tidak sepenuhnya.Bukan semua rahsia kita mesti kita bongkarkan.Ada di antaranya yang patut kita rahsiakan untuk kebahagian bersama.

          " Awak, awak dengar tak ni ?"

          " Ya, saya dengar Fir...."

          " Maaf sekali lagi kerana malam ini tidak seperti yang kita berdua harapkan." 

           Terdetik rasa sayu dihati Ayra kini .Mungkin benar apa yang lelaki itu luahkan.Dia yang terlalu mengikut perasaan.Dan mungkin dia telah jatuh cinta ! 

           " Ayra, percayalah hanya kau yang bisa bertakhta dalam hati ini , aku menyintaimu Ayra ! ," ujar Firhad seakan berbisik." Apa dia awak ? Maaf  saya kurang jelas, bising," ujar Ayra.

          " Tak apa, saya tak kata apa- apa pun tadi ," dalih Firhad.Mungkin belum masanya lagi ." Sayangggg !!!," laung satu suara." Siapa tu awak ?," soal Ayra seakan menangkap satu suara." Tak ada apa- apa, tu ada satu couple ....," dalih Firhad cepat- cepat ." Awak, okaylah nanti kita berbual lagi ya ...Selamat malam sweet dreams," ujar Firhad lantas menekan punat off.Seraya dia menuju ke arah Reesya yang berpaling ke arahnya sambil berpeluk tubuh kerana kesejukan.

          " Sela...Aik! Dah letak ?," soal Ayra pelik ." Kenapa suaranya macam cemas je ? Ada apa- apa berlaku ke ?," soal Ayra cemas ." Ya Allah, Ya Tuhanku tolong lindungi dia .Kerana aku terlalu menyayanginya"


********


        CICIPANNYA terhenti tatkala matanya terpandang sepasang kaki putih melepak berkasut tumit tinggi sedang berdiri di hadapannya itu.Perlahan- lahan Ayra mendongak.

         Rea tanpa dipelawa menarik kerusi dihadapannya itu .Kacamata diletakkan di sebelah tepi .Wajah ayu dipandang jelik.Gadis bercitarasa kampung ini yang kau kejar , Firhad ? Urgh ! 

        " Apa hubungan kau dengan Firhad ?," soalnya tanpa salam .Wajahnya tegas kini.Dia tiada masa untuk sesi berkenalan. Ayra yang terkejut dengan kehadiran gadis itu makin pelik campur resah.Gadis itulah yang dampingi Firhad selain Reesya ! Dua orang wanita , satu lelaki ! Nampak sangat Firhad itu player ! Tetapi dua gadis itu yang selalu buru Firhad ! Bukannya Firhad .

          " Kau bisu ke ? Aku tanya kau ni ! Apa hubungan kau dengan Firhad ?" Soal Rea semakin tegas.Suaranya naik satu oktaf.Ayra kau tidak sepatutnya takut ! Kau tak bersalah ! 

          " Saya praktikal dan Tuan Firhad  majikan saya ," ujar Ayra juga tegas.Memang benar antaranya dengan Firhad tiada apa- apa selagi tiada ucapan atau lafaz cinta lelaki itu luahkan padanya .

         " Huh ! Benarkah begitu ? Apa yang aku nampak lain ? Kau orang kelihatan begitu intim sekali ! Betul ke tiada apa- apa ? Atau kau sekadar menutupi tembelang kau ! ," sinis sekali pernyataan yang keluar dari mulut Rea .

        " Saya tidak berbohong .Apa yang telah saya nyatakan itu.Itulah kenyataannya ."

          Ayra semakin dihimpit perasaan rungsing .Dia kerap di ganggu semenjak mengenali Firhad dengan lebih dekat .Wajarkah rasa cintanya itu ? Memang Ayra akui dalam hatinya kini benih cinta Firhad kian bercambah .

          Rea nampak bayangan tidak ikhlas pada wajah Ayra.Rea tahu ada sesuatu yang perempuan itu cuba sembunyikan.Bagi Rea , Firhad ditakdirkan untuknya seorang ! Hanya dia yang berhak untuk Firhad ! Hanya dia ! Walaupun dirinya semakin didekati beberapa orang kenamaan.

         Sakit hatinya kini tidak terkata kini.Air minumannya tidak dapat dia habiskan.Sakit dan pedih telinganya mendengar perbualan dua orang gadis belakangnya itu .Not Rm 50 diselitkan bawah pasu kecil yang setia menghiasi meja makan bulat itu.

         Setelah kacamata aviator dikenakan.Reesya bingkas bangun.Dia kenal Ayra ! Namun dia kurang mengenali gadis itu walaupun mereka pernah berada dalam majlis sambutan hari jadi Firhad tempoh hari .Mungkin Reesya mulai mempercayai Ayra .Reesya mulai yakin antara Ayra dan Firhad mereka tiada sebarang hubungan.Tetapi perempuan itu ! Reesya baru ingat kini , perempuan itu bernama Rea seorang supermodel terkenal di ibukota juga antarabangsa .Dia juga mengenali Rea melalui majalah.

          Tak dia menyangka Firhad juga mencipta hubungan dengan model seksi itu .Dan Ayra , benarkah dia tiada apa- apa perhubungan dengan Firhad ? 

         Firhad ! Kau tipu aku ! Kau tipu aku ! Kau ingat Firhad ! Aku takkan lepaskan kau ! 


*********


        FIRHAD seakan mengenali gadis itu .Tapi siapa pula pakcik dan makcik itu ? Adakah mereka ibubapa Reesya ? Apa yang Reesya buat dekat klinik sahabatnya itu ? Adakah Reesya sakit ? Firhad bersembunyi dibalik papan kenyataan tatkala Reesya memandang ke arahnya.

        " Reesya, mama dan papa faham Reesya memang tak sakit .Tapi tak salahkan kalau jumpa doktor banyak kali .Mama pun selalu buat regular check up kat hospital ," pujuk Puan Rohana .En.Rafwan pula fokus pada pemanduannya.

          Reesya yang masih merenung luar hanya berbuat tidak tahu sahaja.Dia yakin dia tidak sakit .Siapa kata dia sakit ? Siapa ? Hati ? Ya, memang dia sakit hati ! Kerana apa ! Kerana cintanya pada lelaki bernama Firhad Tan Sri Yusuf  .

          Salinan laporan perubatan Nourul Areesya Rafwan kini telah dia simpankan dalam laci mejanya.Jadi benarlah telahannya.Tetapi , dia juga sedar mungkin atas kesilapannya juga.Tetapi penyakit yang Reesya hadapi sebenarnya sudah lama.Tapi iyalah kerana sejarah silam dan dosa mereka penyakitnya kembali dan makin teruk.

        Ayra ! Entah kenapa tiba- tiba hatinya teringatkan gadis itu.Aku perlu pastikan keselamatan Ayra ! Aku harus berterus- terang padanya.Aku redha apa jua jawapan darinya .Dan jika Ayra juga cintakannya siapa tahu kan ? 

        Telefon pintar di keluarkan dari dalam lacinya.Nombor seseorang di dail dan menunggu panggilannya itu dijawab.Debaran di dada hanya Allah sahaja yang tahu bertapa hebatnya.

        " Engaged ! Engaged ! Ish....Ni mesti tengah bergayut dengan betina itu ! ," bentak Rea menghempas badannya atas tilam.Pintu bilik air kamar hotel itu terbuka kini.Kelihatan seorang lelaki inggeris berbadan sasa hanya bertuala sahaja.

        " Darling...," sapanya pada Rea yang sedari tadi dalam keresahan.Rea yang baru habis dari pertunjukan fesyen kini berehat seketika di kamar hotel mewah sekitar bandar Kuala Lumpur itu .

        " Kau call siapa sayang? Kenapa kau tak nak angkat ?!!," soal Reesya merenung tajam gunting di atas meja.Kelihatan bantal bergelimpangan bawah katil.

        " Hello, assalamualaikum Ayra!"

        " Waalaikumussalam Firhad "

        " Saya mahu jumpa awak esok tengahari di Boat Noodle .Ada sesuatu yang ingin saya bincangkan"

       " Kenapa ni awak ? Seriuos je saya dengar ?"

       " Yup, memang serious" 

       " Ba...Baik ...," jawab Ayra berdebar- debar." Selamat malam, assalamualaikum," ucap Firhad sebelum panggilan itu dia tamatkan.

       " Waalaikumussalam," jawab Ayra sebelum meletakkan telefon." Kenapa ? Ada apa ni ? Risau pula aku ?," soal Ayra risau merajai diri kini.Apakah ini ada kaitan mereka ? Atau ada kaitan Rea ? Manalah tahu , mungkin Rea ada berjumpa dengan Firhad di belakangnya ! Atau ada kaitan dengan Reesya ke ? 

        Jam di ambil dari atas meja kecil tepi katilnya dan direnung." 12 .Aku harus tidur dahulu ," ujarnya seraya menepuk - nepuk bantal tidurnya sebelum kepalanya dilabuhkan.

        Loceng jam berdering nyaring dari atas meja.Ayra bingkas bangun dan terus menapak ke arah bilik air.Jam yang berdering menandakan jam 3 pagi.

        Setelah selesai berwuduk dengan sempurna telekung dikenakan pada tubuh langsingnya.Sejadah di tarik dari kayu ampaian tepi dinding kamar sebelum di hamparkan.

        Reesya terbaring bertemankan bingkai gambar kosong dan keratan akhbar yang mempunyai berita tentang CEO bernama Firhad .Manakala Rea pula lena dalam dakapan lelaki inggeris yang juga model sepertinya.

        Setelah selesai solatnya, Firhad menadah tangannya.Begitu juga dengan Ayra di sana...


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.