Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
81,416
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

        REESYA terpunduk tepi katil .Bingkai itu masih setia dalam dakapannya." Kau malukan aku , Firhad ! Sampai hati kau ! ," ujarnya membelai potret Firhad yang dia gunting dari majalah Pesona Lelaki .

       Reesya meronta- ronta pabila dua orang pengawal keselamatan syarikat itu cuba memegangnya.Firhad masih seperti biasa.Wajahnya tetap dingin sedingin ais.Dia tidak suka Reesya datang ke pejabat dan cuba berbuat onar.

       Sudah cukuplah perempuan- perempuan itu berbuat onar.Entah kenapa semakin dingin sikapnya terhadap mereka  ! Semakin dia di burui.Hanya satu nama yang kini mulai mencambahkan rasa senang di hatinya.Walaupun adakala rasa sangsi masih lagi kuat dihati bekunya itu.

       Firhad semakin panas hatinya tatkala pasangan itu semakin berani dengan aksi tidak senonoh mereka.Tidak dia sangka begitu mudah sekali perempuan itu permainkan cinta sucinya.Setelah puas melayan nafu mereka, pasangan itu melangkah berdakapan mesra ke arah kereta yang terparkir tepi pokok rendang itu.

       Enjin dihidupkan lantas kereta bergerak mengekori kereta tanpa bumbung itu.Malam semakin larut .

        " Sayanggg!!!," teriak si wanita tatkala kereta mereka semakin laju menuruni ke arah gaung .Brek tidak bekerja waktu itu .

         Dia merenung asap hitam dan tebal itu dari jauh dalam sebuah senyuman.

          Setelah Reesya terpaksa keluar , Firhad membetul- betulkan kot hitamnya sebelum menyambung kembali kerjanya yang tertangguh itu.

          " Kau memang nak mati Firhad ! Kau memang nak matiiiii !!," laung Reesya lantas mencampak bingkai sedang dia dakapi itu ke lantai.Tidak mudah untuk dia lepaskan lelaki bernama Firhad ! Apatah lagi lelaki itu telah memusnahkan keperawanannya .Cinta sucinya diijak sewenang- wenangnya.

          Potret majalah itu habis dia peronyok .Lantas di baling." Aku takkan lepaskan kau Firhad ! Takkan ! Aku benci pabila kau melayan perempuan- perempuan sial itu ! Aku sepatutnya yang kau layan begitu ! Bukan mereka ! 

         " Reesya ! Reesya !," laung satu suara dari arah luar .Reesya yang terpunduk kini menyeka airmatanya.Dia tak sakit.Dia tak perlukan apa- apa ubat .

           Setelah rambut siap di sikat wajah di solek nipis dia melangkah ke arah pintu.Kunci dibuka kan.


**********


      " ADIBA ! ," teriak Hartina seraya melambaikan tangannya.Ayra di sebelah juga tersenyum.Adiba juga tersenyum langsung menapak ke arah meja mereka." Dib, apa kau buat kat sini ? Dib, kenalkan ni  Ayra kawan kolej aku ," ujar Hartina memperkenalkan mereka.

      " Hai, saya Ayra !," ujar Ayra Ervina berjabat tangan dengan gadis comel dan berwajah pan asia itu." DIb, Adiba," ujarnya juga tersenyum manis." Kauorang dari mana nak ke mana ? Babe bila nak tidur rumah aku ," soal Adiba sebelum melabuhkan punggung atas kerusi .

      " Ayra, abang Dib hensem tau hihi "

      " Eh, eh ....Tetiba je sebut nama abang i ni kenapa ?" 

     " Hi...Hi...Hi." Sahut Hartina tersenyum merenung Ayra ." Kenapa,"soal Ayra pula malu ." Korang praktikal di syarikat mana ?," soal Adiba sementara menanti ketibaan air minuman yang dia baru pesan tadi.

     " Aku sure kau pernah dengar babe ," sahut Hartina pula.Dia juga tidak sangka sahabatnya itu dapat memasuki syarikat top ten di KL itu." Oiya ? Syarikat apa babe ? ," soal Adiba ingin tahu .Dia sempat memuji keayuan Ayra ." Kalaulah abang tengok awek ni sure jatuh cinta," desisnya merenung wajah itu lagi .

      " TSY HOLDINGS ?," soal Hartina provokasi .Ayra Ervina tersenyum seraya mengangguk kerana dia tidak mengetahui bahawa gadis di hadapannya itu salah seorang pemegang syer terbesar syarikat berkenaan.

      " Wah, congrats! ," ujar Adiba malas mahu memberitahu perkara sebenar." Ayra, abang Dib Ceo syarikat itu sebe...," ujar Hartina terkejut tatkala kakinya di sepak Adiba.Hartina menjongket keningnya bertanyakan kenapa.Ayra kehairanan melihat ulah keduanya.Adiba pula tersenyum kambing.

      " Korang ni kenapa ? Ada something yang Ayra tak tahu ke ?," soal Ayra Ervina pandang Hartina selepas itu berpaling pada Adiba pula.

" Ayra, actually i adik Firhad," ujar Adiba akhirnya." Oh , iyeke...Tak sangka ya ...," sahut Ayra pula.Lalu akhirnya mereka bertiga tertawa.

       " Alamak, kejap ya korang .Nak ke lady sekejap ," ujar Ayra bingkas bangun tanpa menyedari ada seorang gadis sedang melangkah di belakangnya." Hey ! What are you doing ? Stupid !," bentak gadis itu .Gelas air nya tertumpah dan mengenai bajunya .

       " Maaf...Maafkan saya ...Saya tak sengaja...I really didnt mean it ," ujar Ayra kelam- kabut menarik berkeping tisu dari dalam bekas tisu lalu mengelap dada wanita itu." Don' t you dare to touch me !," herdiknya seraya merampas tisu itu dari tangan Ayra.

       " Kak Reesya ?," soal Adiba seakan mengenali suara itu.Reesya kini berpaling .Mata mereka saling bertemu.Reesya mencampak kembali tisu itu ke muka Ayra lantas bergegas dari meja itu.

      " Dib, siapa dia ? Kau kenal ke ? Berlagak betul ?," soal Hartina jelak.Ayra masih lagi terkejut .Kali pertama di herdik begitu .Bukan dia sengaja.

      " Ayra! Kau ok tak ni ?," soal Adiba melihat gadis itu tergamam." Eh, okay ...Okay im okay ...," ujar Ayra lantas duduk." Kau kenal ke dia ? Reesya ? ," soal Hartina sekali lagi.Selagi sahabatnya itu tidak berterus- terang selagi itulah dia tidak akan berpuas hati.

       " Panjang ceritanya nanti aku cerita.Tapi memang aku kenal dia ! Dah lama sebenarnya tak menemuinya tadi baru bersua balik ," ujar Adiba." Eh, korang lupa pula next week birthday abang aku.Jemputlah nanti ...," pelawa Adiba." Ayra, jemputlah nanti ya..

Sure semua staf akan di jemput ," ujar Adiba pula.

        Adiba dalam diam mulai menyenangi Ayra Ervina.Dalam diam juga , dia ingin menyatukan abangnya Firhad dengan gadis itu .


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.