Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
81,358
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

        ADIBA bagaikan tidak percaya dengan apa dia dengari sekarang .Adakah itu Firhad abangnya ? Benar lah telahannya selama ini bahawa abangnya itu sedang di lamun cinta ! Siapakah gadis yang telah berjaya meruntuhkan tembok ego dan beku abang itu ? Mana pergi gelaran mr perfectionist nya kini ? 

        Namun begitu , jauh di sudut hatinya Adiba benar- benar bersyukur jika abangnya itu ingin ke fasa seterusnya.Umurnya juga sudah mampu untuk perkara itu .

        " Dib, tak kisah abang ! Janji dia boleh jaga abang Dib ni dengan seikhlas hatinya itu sudah mencukupi.Adakah Ayra gadis itu ?," duga Adiba memeluk belakang abangnya itu .

         Pada mulanya agak sukar juga untuk Firhad mengakuinya sehinggalah dia di desak lagi .Ego seorang lelaki bernama Firhad masih lagi meninggi.Adiba sangat yakin Ayra lah gadis itu .

         " Adiba rasa okay tak ?," soal Firhad sambil menyeluk poket hadapan seluar jeansnya.Adiba direnung lagi kerana mahukan jawapan dari mulut gadis itu .Adiknya itu.Adiba tetap tersenyum.Indah rasa hatinya jika Ayra pilihan abangnya.

         " Dib, tak kisah abang .Itu hak abang .Abang yang akan menentukan segalanya.Abang yang akan berkahwin.Tetapi jika Dib diberi peluang untuk milih, Adiba ingin sekali Ayra jadi pilihan ," ujar Adiba merenung abangnya.

         " Amboi ! Dua beradik ni apa yang dibualkan tu ?," soal Puan Sri Aiza yang sedari tadi melihat mereka berdua dari pintu hadapan." Mama, Dib ada beri...," ujar Adiba tidak sempat mahu menghabiskan ayatnya tatkala mulutnya dipekup ." Tak ada apa- apa mama ....Hi...Hi..Hi...," dalih Firhad yang terpaksa melepaskan pekupan itu tatkala Adiba memijak kakinya.Dia yang kesakitan kini terduduk di sofa.Manakala Adiba pula berlari mendapatkan mamanya.

          " Kenapa ni ? Dib ? Macam ada sorokkan sesuatu je dari mama ?," tebak wanita bergelar itu mencubit lengan Adiba." Aouch ! Hihihi...Mama yang sebenarnya kan.....Tak lama lagi mama bakal dapat menantuuu !!," ujar Adiba terus berlari pabila Firhad ingin mengejarnya.

         " Ya Allah ! Benar ke apa yang mama dengar ni Firhad ? Kalau benar Alhamdulillah ...," ucap Puan Sri Aiza gembira wajahnya kini." Benar mamaaa!!Arghh !!!," sampuk Adiba terus berlari naik ke tingkat atas melalui tangga berpilin pabila Firhad sengaja mengacah mahu mengejarnya.

         " Firhad ! Adibaa !! Kamu berdua ni ! Main- main pula ! ," rungut Puan Sri Aiza geram pula dengan tingkah laku kanak- kanak dua beradik itu." Firhad , Kalau betul Firhad akan menamatkan zaman bujang Firhad .Mama bagaimana ?," soal Firhad serious .

       " Alhamdulillah ! Kenapa mesti mama tak bagi pulakan ? Sedangkan mama teringin nak timang cucu ! Siapa gadis bertuah itu ? Bila nak bawa jumpa kami ? Lagi cepat lagi baik ....Honeymoon ditanggung beress ," ujar Puan Sri Aiza bersungguh.

       " Amboi mama honeymoon terus ! Hihihu ...Inshaa Allah nanti Fir bawa..

Tapi dia bukanlah vvip seperti kita mama .Dia hanya gadis biasa.Dia juga sedang praktikal di syarikat kita mama ," ujar Firhad .Wajah Ayra Ervina terbayang kini.

      " Fir, mama and papa kami tak kisah siapa menantu kami , asalkan dapat jaga anak - anak mama dengan baik sudah cukup .Bawalah nanti , boleh mama and papa berkenalan ," ujar wanita itu lagi .Dah lama dia teringin melihat Firhad bersanding dipelaminan.

        " Inshaa Allah ma, nanti Fir bawa...."


********


        SEMENJAK peristiwa diparkir tempoh hari hubungan antara Ayra Ervina dan Firhad makin hari semakin intim.Perkara ini diakui oleh setiap pekerja syarikat itu.Ada juga suara- suara sumbang yang berbaur cemburu tak kurang juga yang memuji kesepadanan mereka berdua.

        Lini adalah insan yang paling gembira kerana sikap egois Tuan Firhad semakin berkurangan semenjak dia mengenali Ayra Ervina.

        " Ayra , Saya ada satu permintaan ! Itu pun jika awak sudi ?," soal Firhad sebelum mencicip minumannya.Ayra yang ralit menyuap makanan kini terhenti seketika." Apa dia ? Mana tahu kalau- kalau saya boleh tolong ," ujar Ayra.

         Dia berpusing semula ke arah restoran mewah itu.Melalui cermin jendela , dia bagaikan mengenali pasangan itu.Kacamata hitamnya ditanggalkan.Bibir digigit pabila dia keresahan ." Siapa perempuan itu ? Firhad kau milikku ....," ujar Reesya yang berteka- teki kerana gadis itu duduk membelakanginya.

        Reesya benar- benar rasa terancam kini.Dia terus menapak ke arah pintu masuk ." Allah ! ," laung pemuda itu tatkala mereka bertembung tatkala pintu kaca itu dibuka." Hei ! Are you blind ! ," herdik Reesya yang tersandar ke dinding.Pertolongan dari tangan lelaki itu tidak dia hiraukan.Hatinya yang panas semakin membara kini.

        " Berlagak ! Kau yang langgar aku ! ," desis lelaki itu jelak .Walaupun hatinya terpaut pada kejelitaan wajah itu .Namun, mulutnya macam bangkai ! " Maafkan saya, saya tak sengaja .Saya betul- betul tak tahu saudari ada di luar ," ujarnya menghulurkan tangan memohon maaf .

         Dengan wajah yang slumber Reesya menolak tangan itu lantas menapak kembali ke arah luar restoran.Lelaki itu menyimpan semula tangannya ke poket sambil me ggelengkan kepalanya.

         " Aku tahu lah kau hot ! Janganlah berlagak sangat ...! ," sindirnya juga mulai menapak .

         " Bukan saya tak sudi , tapi yela segan juga . Dahlah orang yang saya nak jumpa Tan Sri , Puan Sri ," ujar Ayra berat hatinya mahu menyetujui cadangan itu ." Segan atau tak sudi ?," soal Firhad agak tegas .

          Ayra sedar Firhad mulai marah padanya.Dia memejamkan matanya seketika untuk mencari kekuatan.Dia bukanlah seorang gadis yang sombong.Dia sedar siapa dia.Dan dia juga tahu ada yang berasa tidak berpuas hati pabila kini terlalu intim dengan Tuan CEO.

          " Malam esok saya ambil awak jam 8 ," ujar Firhad sekali lagi .Kini dia seakan memaksa ." Ayra, baiklah .Saya akan tunggu awak ....," ujar Ayra.


******


       AYRA kini berdiri di hadapan almari bajunya.Jam tidak menunggunya.Dia tahu dia tidak ada baju yang menarik apatah lagi yang mahal .Ingin meminta bantuan rakan dia segan nanti mesti banyak soalan .

       Hartina mesti akan bantunya tetapi dia segan.Cukuplah selama ini dah banyak pertolongan dia berikan.

Lagipun belum masanya lagi untuk sahabatnya itu mengetahui tentang hal ini.Hubungan antaranya dengan Firhad masih baru lagi .Belum lagi melangkah ke fasa cinta.Walaupun iya dia akui dia mulai menyayangi lelaki itu .

       Tetapi, Ayra perlu kenal dengan lebih details lagi siapa itu Firhad .Kerana lelaki yang dia keluar itu adalah lelaki yang seringkali di gelar mr perfectionist ! Sedangkan dirinya tidak sempurna mana.Kereta pun kereta pinjam .Harta pun banyak manalah sangat yang keluarganya ada.

      Pintu diketuk dari luar.Ayra yang masih lagi memilih pakaian berkerut dahi memikirkan siapa pula itu .Sekarang hampir 6 petang .Dia tidak mempunyai banyak masa lagi .

      " Surprise !!!!," teriak Hartina .Matanya terjegil pabila melihat longgokan baju atas katil sahabatnya itu ." Yunk , awat ni ? Hang nak pi mana ?," soal Hartina yang kadang kala terkeluar loghat utaranya.

       Ayra serba- salah kini.Ingin memberitahu perkara sebenar dia segan tapi jika tidak diberitahu dia takut Hartina akan terasa dengannya.Sudahlah itu lah sahabat dari dahulu.

      " Kalau aku beritahu kau jangan terkejut pula "

      " Hah, apa dia ? Bagitahulah cepat ! " 

      " Tuan CEO ajak aku makan malam di rumahnya " 

      " Oh my god ! What a surprise ! Dan ini bermakna Firhad ? ," soal Hartina ternaik keningnya .Dia cuba mengusik jiwa kawannya itu.Bukannya dia tidak tahu, Adiba baru sahaja call dia .Oleh kerana itulah dia datang ini .Didalam begnya tersedia alatan mekap .

       " Makan biasa- biasa aja Tina...Mama and papa dia nak jumpa katanya.Gementar juga aku ....Dengan nak mencari baju lagi ini ," ujar Ayra tidak sekalipun dia terlepas pandang jam didinding kamarnya.

        Hartina yang tersenyum mendapatkannya.Bahu itu di rangkulnya." Babe, dont worry ok ...I'm here okay....," ujar Hartina lantas mendudukkan sahabatnya itu .

         Kini bermulalah misi grooming miss Ayra Ervina....

          Pelbagai jenis berus dia keluarkan dari dalam beg mekapnya itu .Ada yang kecil bulat , ada yang tirus mungkin untuk shading , ada yang besar untuk bedak mungkin.

         Setelah wajah mulus itu di bersihkan.Sejenis spray untuk penahan mekap di semburkan sedikit sebelum mukanya di sapu foundation dari jenis cecair kerana wajahnya tiada sebarang cela.Hanya sapuan nipis .Itu semua berlaku selepas siap mekap matanya bermula dari melukis kening nipisnya, sapuan eyeshadow coklat gelap untuk efek smokey , eyeliner dan akhirnya mascara.

          Setelah foundation rata, bedak kompek dari jenama Revlon di sapu ke muka Ayra dengan menggunakan berus besar tadi .Setelah itu shading untuk memancungkan lagi hidung dan meniruskan lagi wajahnya .

          Kemudian blusher yang senada dengan kulit putih kuningnya di sapu atas apple cheek pabila shading supaya tulang pipi tinggi telah selesai.Kemudian lipstik dari jenama mac dengan warna pink lembut disapukan ke bibir mungil itu .

          " Tadaaa !! Natural make up from me ," ujar Hartina .Ayra terpegun melihat kelainan wajahnya kini.Dia menggemari mekap sebegini.Mekap yang menggunakan warna tanah .

          Hartina kini telah dapat menyesuai padankan baju - baju yang ada dalam almari Ayra ." Ok ! Come tukar baju ini .Shawl nanti aku belitkan! Nak jumpa bakal mertua mesti kena cun habis!," usik Hartina.Ayra tersimpul malu .Malu juga dia dengan usikan sahabatnya itu .


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.