Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
81,456
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

MERCEDES HITAM berkilat kini dia parkirkan bersebelahan savvy merah.Setelah kunci ditarik, seat belt di buka Firhad membuka pintu kereta.Kini tiada lagi jambang , hanya sedikit kumis nipis .Dia yang kelihatan kacak berkacamata jenama Rayban menarik minat beberapa orang gadis pengunjung di situ .

Backpack di sandang lalu kakinya mulai menapak ke arah kaunter." Liza, aku nak ke toilet sekejap sakit perutlah ..," ujar Ayra menyerahkan kunci laci duit pada Aliza .

Kini kakinya telah pun selamat menjejak lantai Aliza Homestay.Kacamata ditanggalkan lantas menapak semula mendekati meja kaunter.

Aliza terkesima sebentar.' Aiseyman ! Hensemnya dia! Macam pelakon hindustan pun ada ' desis hatikecil Aliza tersenyum lebar pabila pemuda itu tersenyum ke arahnya.

" Ya, selamat datang ke Aliza Homestay .Kami mempunyai beberapa pakej menarik untuk saudara pilih ," ujar Aliza lantas sambil menghulurkan kad pakej pada pemuda kacak itu .

Ayra tersandar semula dibalik dinding tandas .Tangannya automatik memegang dadanya yang berdebar kuat.Ayra keliru pada apa yang telah dia lihat itu ! Benarkah itu dia ? Tapi mengapa berkumis ? 

Ayra mulai menapak ke arah kaunter setelah memastikan pemuda itu betul- betul telah tiada." Aliza, ok thank you ! ," ujar Ayra tanpa memandang Aliza yang masih lagi tersengih bak kerang busuk.

' Eheh ! Dia ni awatnya,' desis hatikecil Ayra lantas menepuk bahu itu ." Oi ! Hrithik Roshan datang sini oiii ," latahnya buat Ayra memekup mulutnya cuba menahan tawanya daripada meletus kuat.Kaki latah juga rakannya itu.

" Kus semangat ! Kau ni Ayra ! Terkejut eden..."

" Awatnya dok tersengih je ? Sampaikan aku datang pun kau tak sedar ?"

" Ayra! Ruginya kau tadi !"

" Awatnya ?" 

" Ada mamat hensem sewa homestay kenanga kita ! ," ujar Aliza mirip Joyah Kepoh .Ayra tahu siapa yang Aliza maksudkan itu.Bukannya dia tak nampak.

" Oh, iyeke....Macamana orangnya ? Berapa hari sewanya ? Apa namanya ?," soal Ayra sengaja menggedikkan dirinya." Ewah ! Details nampak ? Hehehe....Tinggi lampai ala- ala Hrithik Roshanlah senang cerita"

" Oh i see...," sahut Ayra lantas membuka buku pendaftaran pelanggan.' Ya Allah ! Kau Firhad ! ' desisnya resah." Eh , Ayra kau kenapa ? Tiba- tiba pula kau kelihatan risau ?," soal Aliza mengerling nama yang jari Ayra tunjukkan itu tanpa Ayra sedari.

" Ke kau kenal tuan empunya diri ? Ehem ! ," sindir Aliza pabila Ayra tak berkedip matanya merenung nama itu ." Hei ! ," sergah Aliza seraya membalas balik .Ayra terkejut hampir terpelanting pen di tangannya." Kau kenal dia kan ? ," soal Aliza sekali lagi sambil tersenyum- senyum penuh makna.

" Eh , bukan ke tadi kau kata nak kemas homestay Mawar yang baru dikosongkan itu ?;" soal Ayra cuba menukar topik .Dia tidak mahu terkantoi depan rakannya itu.Kerana Aliza tidak tahu kisahnya.Belum masanya lagi.Lagipun Ayra perlu siasat lagi .Kenapa Firhad datang berasingan dengan Adiba.


*********


" ABANG FIR ! ," laung Ayra seraya berlari mendapatkan abangnya.Dia yang jalan bersendirian tanpa di temani rakannya Hartina.Firhad yang jalan tertunduk merenung tanah kini terdongak tatkala namanya di laung kuat .Dan dia amat mengenali suara itu .

" Dib ? Buat apa kat sini ? Dengan siapa ?"

" Dib datang ke sini dengan Hartina"

" Kenapa ? Papa tak bising ? Mama ?"

" Abang, mama tahu.Papa mama pun dah bagitahu juga.Abang pula buat apa kat sini ? Kenapa tak balik rumah ?"

" Saja nak tenangkan fikiran "

" Abang, kalau Dib cakap ni abang percaya tak ? Dib ke sini pun dengan tujuan" Ujar Adiba pada abangnya, Firhad.

" Tujuan apa ke mari ?" Soal Firhad semakin ingin tahu.Adakah Reesya ada di situ ? Janganlahhh !! Dia mahu mencari ketenangan bukannya menyesakkan lagi ! 

" Dib, dan tina ke mari sebab Ayra !"

" What do you mean by that ? I dun get it "

" yeah , your loving one here....She works here "

" Ayra kerja di sini ? As a what"

" Aik, takkan abang tak tahu kot ? Ke abang buat- buat tak nampak ?"

" Dib maksudkan penjaga kaunter tu ? Dia bukan Ayra ! Mustahil abang tak cam dia "

" Yeker ? But seriously abang ....Time kitaorang memula sampai di sini dulu kitaorang pun terkejut jugak ! Yala tak expect pun nak jumpa Ayra kat sini ! Dia yang register kan kami here! "

" Dib, tolong abang Dib ! Please ....Abang betul- betul mahu ketemu Ayra ! Abang teramat merindukannya ! Abang nak melamarnya "

Adiba merasa sungguh sebak tatkala mendengar luahan hati abangnya itu.Ya, memang Adiba tahu abangnya itu menyintai Ayra dalam diam selama ini.Rasa cinta itu tak terluah kerana dinding ego masih lagi menebal.Sehinggalah hari malang itu .....

" Abang , Dib faham.And reason why im here pun because of that lah ! But yang menjadi prob sekarang ialah Ayra !"

" Kenapa pula ? Kenapa dengan Ayra" 

" Dib, tolong jangan kelirukan abang lagi ..." 

" Okay , Okay Dib cuba..Dib cuba..

Abang jangan risau k..By the way , since when berkumis ni ? But you look more adoreable "

Firhad hanya mampu tersenyum kerana hatinya kini dilambung rasa gundah .


**********


" DIA ke mana ya," soal gadis itu pada pembantu rumah agam itu." Saya tak pasti , semenjak rumah ini ditimpa masalah Firhad lama tak balik sini "

" Masalah apa ? Manalah tahu kot- kot makcik ada terdengar perbualan mereka sekeluarga," provok gadis itu lagi.Dari jauh dia datang kini mendengar berita ini pula." Ke manakah kau , Firhad ?," soalnya berbisik.

" Apa dia ?," soal bibik itu lagi ." Maaf cik , mak cik memang tak tahu apa - apa ," ujarnya lagi ." Tak apalah makcik saya pulang dulu ...Terima kasih ," ujar gadis itu mulai melangkah pergi .

Bibik itu menutup kembali pintu pagar kedua itu sebelum menapak semula ke dalam rumah agam tersebut.Hoodie dinaikkan semula pabila rumah itu makin jauh dia tinggalkan.

Kelihatan beberapa pemuda bermotor memandang pelik ke arahnya.Reesya menundukkan kepalanya lalu mempercepatkan langkahnya.Dia gusar dirinya di cam oleh mereka.Jalannya juga kadang- kala terhenti sambil liar matanya mengintari sekeliling takut di ekori.

Adat hidup sebagai pelarian polis ! Tiada sesaat pun ketenangan hadir dalam hidupnya .Yang ada hanyalah perasaan risau ! Takut ! Gusar ! 

Memang Reesya tidak gentar bila di ancam kerana padanya ada senjata! tetapi itu jika bukan polis ! Bukan Dr Afwan ! Bukan mama ! Bukan papa ! 


*******


FIRHAD pandang kiri , pandang kanan tetapi bayang gadis itu lesap entah ke mana ." Laju larian dia," ujar Firhad termengah - mengah lalu membongkok seketika.Kenapa gadis itu takut padanya ? Bukannya dia kanibal ! Tapi ? Bentuk tubuh itu seakan dia kenali .Sayangnya tidak sempat untuknya melihat wajah gadis itu .

Ayra juga termengah - mengah di balik pokok." Ha..Ha....Kan...! Ehh!!! ," teriaknya tatkala tubuhnya itu di langgar seseorang.Cawan plastik berisi air oren itu melocak tinggi tika dia terpicit buntut cawan itu lalu terkena pada baju.Hartina tergamam ! 

" Hey ! What the hell !! Ayraa !!"

"Maaf, maaf ! Maafkan saya ! "

" Ayra ! Kenapa ni ? Macam kena kejar je," soal Hartina kehairanan .Jelas sekali raut wajah itu dalam kepenatan dan ketakutan.

Adiba yang tidak jadi marah itu kini merenung wajah itu untuk mencari kepastian." Ayra , kau kenapa ? Jika ada masalah sharelah ..Kami pun kawan Ayra juga ! Kenapa menyepikan diri tanpa berita ? Kami ada buat salah ke ? Jika ada maafkanlah kami ....kami sayangkan kamu , Ayra" Ujar Adiba tulus dari hatinya.

Ayra kini dalam persimpangan.Perlukah dia berterus - terang ? Perlukah dia berlakon lagi ? Tapi sampai bilakah dia hidup dalam lakonan ? 

" Dib, Tina....Maafkan Ayra..Apa yang Ayra lakukan ini kerana terpaksa....Ayra tidak mahu menjadi penghalangg..."

" Ayra !," tegur satu suara lelaki dari arah belakangnya.Hartina nampak Firhad semakin menghampiri mereka.Adiba juga nampak.Firhad semakin menghampiri belakang Ayra.

" Dib ! Tina ! Maafkan Ayra ya ! Nanti kita jumpa lagiii !," laungnya terus berlari tanpa memandang belakang.Dia cukup mengenali suara itu .

" Ayra!," laung Firhad cuba mengejar gadis itu namun sempat dipegang tangannya oleh Adiba." Ayra , Dib ! Ayra ! ," laung Firhad ingin melepaskan pegangan adiknya itu.

" Abang ! Jika sayangkan Ayra please give her a time ! Please abang ! "


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.