Home Novel Cinta PEON OH PEON
PEON OH PEON
hijratul
6/9/2016 11:52:58
16,163
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 20

Beberapa kali telefon berdering tapi aku buat tak tahu aja. Malas nak layan ketika hati tengah tak tenang nanti ada yang kena makan sumpahan. Nombor yang tidak bernama itu langsung tidak menarik minatku untuk menjawab. Tentu salah nombor. Surat khabar yang entah bila tarikhnya aku belek lagi. Aku bukan suka sangat membaca pun. 

“Hoit telefon siapa tu dari tadi asyik memekak kalau tak nak jawab tu tutup lah..orang nak buat kerja pun tak senang. Kalau ya pun gaduh ngan pakwe ke gaduh ngan makwe ke agak-agak lah. Ini sebatu dah boleh dengar ringin tone yang entah apa-apa tu..bising tau tak!” Suara abang Mail tiba-tiba memetir, terperanjat aku dibuatnya hilang melayang mood nak khatam surat khabar lama. Cepat-cepat aku capai telefon bimbit atas meja lalu segera butang off ditekan. Telefon bimbit yang sudah masuk kategori old scholl aku gengam. Aku angkat tangan apabila mata bertembung dengan Salmah dia pula angkat kening bertanya. Aku balas dengan jungkit bahu, malaslah nak buka mulut nanti ada aja bendanya yang nak dikorek. Salmah mencebik. Aku balas dengan kenyitan mata. Akhirnya kami sama-sama gelak.

“Ija call for you...” laung Sirawani dari tempat duduknya. Aku tegakkan badan. Ish siapa pulak yang cari aku, takkan lah kak Ayu. Aku cepat-cepat ke meja Sirawani dia sudah tersengih-sengih. Manis pulak dia hari ni dengan baju kurung terlekat di badan kalau nak dipadankan dengan aku rasanya Sirawani nampak lebih kemelayuan dari aku yang dah melayu tapi tak macam melayu. Dia hulurkan gangang ke arahku sambil tangan kirinya mengerak-gerakkan mouse. Sibuk benar, sibuk berfacebook lah tu.

“Siapa..” tanya ku perlahan.

“Entah...lelaki.” jawabnya juga perlahan sambil senyum dan tunjuk muka comelnya. Apasal pulak minah tu gedik je aku tengok. Kalau lelaki tentulah bos, mana pernah orang lelaki yang aku tak kenal telefon aku guna nombor pejabat. Oh baru aku teringat, mungkin dia lah kut. Aku tanggalkan topi sudu yang aku pakai jari atas kepala merayap sambil urai rambut separas bahu. Sirawani bagai terpaku aku senyum sampai ke telinga kelakar tengok wajahnya begitu. Aku luruskan jari sambil melibas rambut ke belakang seperti iklan rejoice, Sirawani mencebik sambil geleng kepala aku pula ketawa kecil sempat kenakan dia. Fokus kembali pada gangang telefon yang dipegang. Aku pejam mata sambil membayangkan wajah si Awang yang kemarahan sebab semalam dia hantar sms aku langsung tak balas. Dia nak apa pula kali ini, kan aku dah cakap jangan ganggu aku tak faham-faham betullah anak teruna makcik Zaini nak aku sekolahkan balik ke apa. Aku tarik nafas panjang. Angin lintang dah masuk dalam tubuh.

“Hah!..apa kau nak..” terjah aku garang tanpa memberi salam. Biar orang disebelah sana terkejut beruk jadi cacat pun takpe. Ada aku kisah. Sempat aku jeling ke arah Sirawani mati terus senyumannya. Terkejut gamaknya aku sembur orang di sana.

“Wow..woww..what up bro..apa ke hal ni, tetiba aja marah aku.” Balas suara didalam talian. Aku jauhkan gangang dari telinga. Apa kau peduli aku nak marah ke nak apa ke pandai pulak dia cakap bahasa rojak ya.

“Siapa ni..jangan main-main kalau tak nak kena sembur banyak lagi..” aku bagi amaran. Sirawani di hadapan sudah jeling-jeling sambil geleng kepala. Aku menyengih.

“Boyfriend sendiri pun dah tak kenal” Balas si pemanggil lagi hampir-hampir membuatkan telinga aku bernanah. Bergurau manja pulak dia ni kan. Aku garu kening bila masa pulak aku bercinta tetiba aja mamat ni mengaku pakwe aku sewel ke apa dia ni.

“Hei thambi..jangan main-main arr..kau tak kenal lagi aku siapa erk” tak perasan pulak Sirawani pandang aku semacam, aku tak kutuk dia tau aku kutuk orang yang didalam talian ni. Aku senyum manis ambil hati dia, tapi Sirawani balas jelingan tajam punya. Mamat ni pun satu tak reti-reti nak kenalkan nama,sebut lah nama kalau ya pun nak jadi pakwe aku. Aci main redah memang kena semburlah jawabnya.

“Hai datang bulan ke apa ni..”

Bergurau pulak si pemanggil yang tak mahu perkenalkan nama. Aku kibas color baju.

“Hei Awang kalau kau nak main-main tak payah lah guna telefon office. Apa hal kau cari aku ni..” aku kuis hujung rambut yang terjuntai ke dahi panas pula nak pakai topi dalam office ditambah hangat hati dengan si Awang dihujung talian.

“Awang..Awang mana pulak ni Ija.” Soal lelaki itu lagi. Aku jauhkan gangang telefon dari telingaku mata juling ke atas. Nak main-main pulak dia ni siap panggil nama aku lagi.

“Hei kau jangan nak bodohkan aku lah.. macam lah aku tak tahu taktik kotor kau tu. Dah la malas aku nak layan kau. Cau cincau..”

Tanpa sengaja aku hempaskan ganggang telefon dihadapan Sirawani, terjungkit sedikit bahunya akibat terkejut dengan perbuatanku. Matanya dibulatkan sambil mulutnya terkumat kamit menyumpah aku ler tu. Rasa bersalah pula. Aku tayang muka comel tanda minta maaf sambil menyusun sepuluh jari. Dia buat tak layan.  Aku angkat kepala bila terdengar pintu utama dibuka, wajah Awang tersembul bersama Encik Ahmad di muka pintu. Mata kami bertaut seketika membuatkan aku kaku sebentar di tempat Sirawani. Dia pandang aku..aku tenung dia...tiba-tiba pulak dia angkat kening aku apa lagi angkat kaki lah lari sorokkan diri. Aku segera ke meja otak mula berfikir takkanlah Awang yang beria-ia main-mainkan aku sedangkan dia ada bersama Encik Ahmad. Siapa pula yang cari aku erk..aku ketuk jemari di atas meja mula buat kawad cam siapa yang empunya suara lebih kurang macam katak melalak tu.

“Hei bestnya layan menung..takde kerja erk hari ni.” Salmah datang bertenggek. Lain macam aja gayanya wajah pun tiba-tiba aja nampak berseri-seri.

“Apa yang kau makan Sal nampak lain aja muka kau hari ni.” aku bertanya tanpa berlengah. Cantik pula dia hari ni nak juga tahu apa rahsianya kan.

“Apa..lain apa.. aku macam biasa ajalah.” jawabnya tersipu-sipu malu sambil tangannya meraba-raba ke wajah.

“Nampak berseri-seri siap bawakkan aku biskut lagi..” aku ambil sepiring biskut di tangannya tanpa sempat dia hulurkan. Dia jeling geram tapi sebentar kemudian wajahnya bertukar manis.

“Hmm..hmm..” dia berdehem. Aku pandang sekejap wajahnya selebihnya aku tumpukan perhatian pada sepiring biskut yang sangat-sangat aku suka. Tak payah kunyah letak aje dalam mulut terus cair.

“Sedap Sal kau buat ke ni..” aku bertanya sambil mulut penuh terisi walhal aku tahu Salmah pun lebih kurang dengan aku tidak suka masuk ke dapur.

“Belilah aku mana ada masa nak buat semua ni.” balasnya dua biji matanya tetap memandang ke arahku. Aku hulurkan sedikit saki baki yang masi ada kepadanya namun dia geleng kepala. Baik pulak dia hari ni kan, ada lah benda yang dia nak tu.

“Apa hal kau baik hati sangat hari ni Sal..” Dia sengih. Aku masih setia mahu mendengar walaupun sekejap-sekejap fikiranku  melayang pada si pemanggil misteri itu. Masih tak dapat cam lagi suaranya. Siapa agaknya, jarang lelaki cari aku guna telefon pejabat nak cakap penting takde cakap apa-apa pun lebih kenapa nak bersembang macam nak ganggu aku aja caranya. Siaplah kalau aku dapat tahu siapa dia berani sangat kacau aku sampai ke pejabat.

“Ija..aku kan.. aku..” aku renung wajah Salmah. Macam ada yang tak kena aja.

“Aku..aku..aku apa!..” Aku jerkah sekali bila nampak payah sangat dia hendak menyebutnya,  dia terperanjat nasib baik lah tak lingkup pinggan biskut sempat jugalah diselamatkan.

“Nak ajak Encik Iskandar keluar dating..” dia melatah. Aku tekup mulut tak terkata. Salmah juga begitu. Terasa masa seakan terhenti. Semuanya menjadi sunyi sepi macam orang mati. Aku tak berkelip memandang Salmah. Tak tahu nak cakap apa. Beraninya dia buat pengakuan. Senangnya Salmah jatuh hati baru beberapa kali Awang datang ke sini dia sudah berani ajak keluar dating. 

“Eh tak!..tak!..aku nak suruh kau hantarkan surat ni, nah! pergi cepat nanti marah pulak Encik Ahmad bila client lambat reply surat dia tu.” Dia sempat sambar surat atas mejanya lalu segera dihulurkan kepadaku. Lambat-lambat aku sambut suratnya macam tak percaya aja apa yang aku dengar tadi.

“Hohoho..ada orang sudah jatuh hati..” usik abang Mail disambut ketawa rakan-rakan yang lain. Aku tumpang senyum. Hai tunang nak kena sambar pun aku boleh buat derk aja, memang hati batu betullah aku ni kan.

“Jatuh kat mana tu Mail.” Sampuk kak Munah mengusik si Salmah, kawan aku dah gabra semacam aja. Cepat-cepat dia lari ke tempatnya.

“Tak jauh mana pun kak Munah kat sini-sini jugak..” balas abang Mail lagi.

“Akak ada bau lah..” sambung kak Munah makin rancak pula mengusik yang lain-lain dah senyum-senyum.

“Hah! bau apa kak..” aku tertoleh-toleh kiri dan kanan cuba menghidu bau yang dikatakan kak Munah tu, manalah tahu ada orang lepaskan gas beracun.

“Bau nasi minyak la..kau ni pun..slow la...” jawab kak Munah sambil ketawa diikuti yang lain-lain. Aku ingatkan bau apa lah tadi.

“Usik-usik jugak ada surat nak kena hantar tak hari ni kalau takde aku nak keluar.” Aku memberi arahan macam aku pulak yang jadi bosnya. Kasihan pula bila tengok Salmah diam seribu bahasa. Memang rabak lah dia kena usik.

“Sekejap Ija ada dua tiga dokumen nak kena hantar hari ni tunggu ya abang tengah setlekan.” suara abang Mail dari tempatnya.

“Aliza!..” terdengar suara Sirawani yang halus itu memanggil namaku. Sekali dengar macam menjerit tapi kalau dengar betul betul memang itu suaranya, nyaring.

“Apa..ada surat ke Wani..” soalku acuh tak acuh. Aku sarungkan kembali cap ke atas kepala.

“Takde..itu bos suruh masuk bilik dia.” jawabnya laju.

“Hah!..kenapa pulak..” aku tenung wajahnya. Apa pasal pula Encik Ahmad ajak jumpa dalam bilik pula. Eh dah dia bos tentulah aku kena jumpa dia kat dalam bilik dia lain lah kalau aku bos dia yang datang jumpa aku kat sini. Aku sekeh kepala sendiri.

“Manalah saya tahu..dey..pot pet..pot pet.”. Dia mula membebel dakam bahasa ibundanya. Ialah aku tahu dia tak suka aku tanya banyak soalan yang dia tak tahu so itulah jawapannya. Aku kalihkan padanganku seketika kepala Salmah. Dia angkat kening.

Aku dan Salmah saling berpandangan seketika. Tangan garu dagu dia sengih pula.

“Aku nak pergi ngurat abang hensem kau tu dulu erk..” beritahuku kepadanya, sengaja mengusiknya.Dia bulatkan matanya, segan lah tu.

Aku ketuk perlahan pintu bilik Encik Ahmad. Sayup-sayup dengar suara Encik Ahmad menyuruh aku masuk. Perlahan-lahan aku melangkah menghampiri meja Encik Ahmad, tak nampak pulak wajah Awang dalam bilik bos dah balik agaknya. Lega rasa hati.

“Bos cari saya ke..” tanya ku santai.

“Hmm..duduk dulu Ija.” pintanya. Aku tarik kerusi sambil tayang senyum. Nampaknya mood Encik Ahmad baik hari ni.

“Keluar tak hari ni..”

“Saya tengah tunggu surat dari kak Munah dengan abang Mail nanti dah siap nak kena hantar lah bos, dan tentu saya kena keluar. Bos ada nak kirim apa-apa ke.” jawabku sambil senyum. Hensem pulak wajah Encik Ahmad hari ni.

“Takde.” sepatah dia jawab. Aku kerutkan kening. Jarang kalau takde kerja atau surat daripadanya dia panggil aku. Dah tentu ada benda lain selain dari hal kerja. Aku tak suka kalau Encik Ahmad panggil aku sekadar untuk bertanyakan hal aku dan Awang. Aku tak suka dia masuk campur dalam urusan peribadiku. Nasib juga Encik Ahmad tak melayan aku seperti dia melayan sebagai tunang adiknya. Walaupun aku dengan Encik Ahmad bukan lah siapa-siapa tapi antara kerja dengan hal peribadi memang aku tak mahu di campur adukkan malahan aku tak suka orang tahu aku telah bertunang dengan adik Encik Ahmad. Cewah macam benar jadinya rancangan mak nak kahwinkan aku dengan Awa ng kan.

“Tolong saya boleh..” pintanya.

“Boleh bos..takde hal lah..bos nak saya tolong apa.” Aku perlahankan suara sambil wajah aku depankan ke wajahnya. Manalah tahu kut-kut ada kerja sulit untukku. 

“Tolong saya dengan Is copykan salinan ni. Semuanya.” dia boleh angkat fail lalu suakan ke mukaku. Kepalaku terkebelakang sedikit mengelak ditunjal oleh Encik Ahmad. Boleh pulak Encik Ahmad bergurau macam tu.

“Is...” aku garu kening. Awang ke maksudnya.

“Dia ada kat sini ke bos..” Soalku pantas bila otakku berfungsi dengan baik. Ingatkan dia dah balik sebab aku nampak Encik Ahmad sorang-sorang je dalam biliknya.

“Dia tu siapa..Is, yang awak maksudkan..” aku angguk laju tak kan lah orang lain kan.

“Tunang awak dah berjam-jam duduk kat situ awak tak nampak. Pelik saya dengan awak ni.” sambil jari telunjuknya di angkat menghala ke arah belakang. Aku segera berpaling ke arah yang ditunjukkan Encik Ahmad. Dia sudah tersengih-sengih dengan fail hitam ditangannya. Sudah berapa lama dia memerhatikan aku kat sini. Ya Allah. Selalu aja aku terkantoi dengan dia. Macam halimunan alih-alih dah ada kat sebelah. Ilmu ghaib ke apa dia pakai. 

“Buat apa jadi patung cendana kat sana dalam banyak-banyak tempat kat situ pulak dia nak bertenggek.” Bebelku perlahan tanpa sengaja. Geram pula rasanya diperhatikan orang yang aku tak suka.

“Apa awak cakap..” celah Encik Ahmad tiba-tiba.

“Err takde apa-apa bos.” balasku selamba.

“Awak ni Ija saya tengok sejak bertunang dengan Is ni awak tak pernah nak tegur dia. Nampak dia tadi pun awak lari..kenapa. Awak tak suka dia ke. Hari bertunang dulu bukan main lagi awak gelojoh. Gaduh ke apa ni. Is....” Soal Encik Ahmad memandang adiknya di hujung sana. Aku jeling Encik Ahmad. Malas aku nak jawab soalan cepumas dia tu. Bukan aku gelojoh nak terima dia tapi aku gelojoh sebab nak mandi air terjun okey. Salah faham yang sehingga ke hari ini aku belum mampu betulkannya.

“Mana kerja yang bos nak saya tolong tu cepatlah nanti saya nak kena keluar pulak.” aku dah panas punggung takkan nak duduk dalam bilik Encik Ahmad lama-lama memandangkan si Awang pun ada sama.

“Awak tolong Is carikan dokumen syarikat-syarikat yang masih berhutang dengan kita tu. Mana yang dah expired date kita bagi notis saya nak ambil tindakan undang-undang.” Serius aja bunyinya. Berapa banyak syarikat kita dihutang. Tapi yang peliknya aku mana tahu kerja aku cuma hantar surat aja kan. Aku garu kepala apa aku nak jawab takkan lah aku nak cakap aku tak tahu nanti apa pulak kata Encik Ahmad sudah la dibelakang aku ada yang memerhati.

“Ada berapa banyak bos.”

“Tanya Wani dia tahu.”Aku garu kepala. Kalau Wani tahu kenapa tak disuruhnya aja Wani yang tolong. Habis yang si Awang duduk menghadap almari fail kat situ buat apa. Cari apa pulak.

“Nanti awak minta salinan syarikat tu dengan Wani lepas tu awak tolong Is copykan salinan  dokumen-dokumen yang dia nak.” arahnya membuatkan kepala aku berdenyut sejekap.

“Tapi bos Wani kan ada kenapa tak suruh dia aja..”

“Wani ada kerja lain nak dibuat apa salahnya awak tolong Is. Awak ni pun satu dengan tunang sendiri pun nak segan lagi.” bidas Encik Ahmad sambil mengemas dokumen di atas mejanya. Aku hanya memerhati sambil berfikir.

“Bos...” tak sempat nak merayu bila Encik Ahmad sudah bangun dari duduknya bersedia untuk melangkah.

“Is, abang keluar dulu nanti kalau nak apa-apa bagitahu pada Ija..harap-harap takde masalah lepas ni.” beritahu Encik Ahmad menanti jawapan Awang.

“Ija sorang cukup tak..” soal Encik Ahmad lalu mencapai brifcasenya sebelum matanya menyingah wajahku.

“Ija sorang dah cukup bang nak dapat yang ini pun payah..” Jawab Awang sengaja loyar buruk. Encik Ahmad berlalu meninggalkan kami berdua dengan sengihan. Aku juih bibir. Memang cukuplah. Cukup kalau aku nak bantai kau dengan fail-fail berat ni.

“Ija boleh tolong saya angkat yang tu bawa ke sana, saya nak check dulu apa yang boleh dicopy.” pintanya sambil mengangkat fail yang telah disemaknya tadi. Baru aja Encik Ahmad keluar bilik dia sudah berbunyi. Bibir ku juihkan tapi tetap ikut arahanya tanpa banyak songeh. Macam mana aku nak buat supaya aku terlepas dari menjadi penolong dia. Aku letakkan failnya di atas meja dengan kasar. Sengaja nak tunjuk protes bukan untuk cari perhatian tapi aku tak puas hati dia boleh minta orang lain tolong tadikan. Mataku tetap memandang dia dihujung sana. Awang panggung kepala. Aku tenung dirinya, hensem jugak mamat ni dengan gaya lengan kemejanya dilipat kemas hingga ke siku, patut lah si Salmah tu tergila-gilakan sangat pakcik ni. Boleh tahan la.

“Ija penat.” Soalnya lembut, ulas bibirnya tetap senyum menatap renunganku.

“A’aa penat sangat.. penat tengok muka kau. Macam lah takde orang lain yang kau nak minta tolong kan. Saja aja nak dera aku.” tiba-tiba aku pulak naik angin bila dia menyoal dengan lembut. Aku telan liur bila terlajak kata. Senyum dibibirnya kelam. Wajahnya yang ceria tadi sedikit berubah mungkin tersentap dengan kata-kata kasar sebentar tadi tapi aku buat-buat tak nampak.

“Ija yang minta tolong dengan awak tadikan abang long, takpelah kalau Ija tak nak tolong pun saya boleh buat sendiri tak pun nanti saya minta tolong dengan orang lain.” balasnya sambil merenung lembut wajahku. Aku jeling tanda tidak berpuas hati. Kalau tadi dia cakap dengan Encik Ahmad kan senang ini Encik Ahmad dah buat keputusan baru dia nak berdalih. Tiba-tiba aku mendapat satu akal selama ini kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Nak juga lah tahu sisi buruk yang ada pada bakal menantu pilihan mak nikan. Manalah tahu dia ada sikap panas baran melampau masa sekarang ni memang lah dia tak tunjukkan lagi tapi kalau dah kahwin keluar semua sifat buruknya menyesal tak sudah aku nanti. Panas baran ke mamat ni masa aku cakap macam tu tadi. Macam biasa je. Dia memang tak rasa apa-apa ke bila aku buat macam tu. Hmm..uji lagi lah. Nak juga dengar suaranya bila naik darah kan. Orang tua-tua cakap lelaki yang pendiam sebenarnya bahaya, sekali marah boleh tercabut atap rumah. Hu.hu.hu. Tapi betul ke.

“Hah! apa lagi nak suruh aku buat ni.” aku menyoal sambil angkat kening. Dia senyum pula. Haish takde perasaan marah ke pakcik ni. Aku garu kening.

“Hmm..orang perempuan kalau bercakap lemah lembut sopan santun sedap aja telinga ni dengar. Lebih-lebih lagi kalau awak yang bercakap macam tu Ija.” tuturnya sambil tangan lincah mengeluarkan dokumen-dokumen dari dalam fail yang dipilihnya.

Ooo..dia nak aku cakap lemah lembut. Ok baik.!

“Abang sayang..abang nak Ija buat apa lagi ni bang..nak tolong copykan yang ni ke...ke yang ni...oh! yang ni” Aku serabaikan dokumen yang dia dah ceraikan dari fail. Aku sengih. Sukanya aku tengok wajah dia memerah. Dia ketap bibir. Wow nampak hensem sangat tapi perutku dah rasa lain macam. Sengih aku pun dah senget rasanya.

“Awak kalau tak nak tolong saya awak boleh keluar sekarang!.” Perlahan suaranya tapi keras dan tegas sambil kedua-dua bibirnya diketap kemas. Aku sudah cuak. 

“Awak boleh keluar sekarang!..” ulangnya lagi sambil matanya bulat dan wajahnya yang bertukar merah merenungku. Aku pandang dia tak berkelip, pertama kali tengok dia macam tu. Jantung dah berdebar, tubuh rasa berpeluh nak sangat menguji kan sekarang siapa yang susah. Aku dongak sedikit kepala, intai-intai takut bumbung pejabat Encik Ahmad takde, tapi kan atas tu konkrit mana nak tercabutnya. Dia sambung kerja menyusun kertas-kertas yang berselerak aku kerjakan. Aku masih berdiri memerhati tingkahnya. Takkan lah aku nak keluar macam tu aja nanti kalau Encik Ahmad masuk dia tengok aku tak tolong Awang tentu dia marahkan aku silap-silap kena buang kerja. Aku main jari atas meja tak tahu nak buat apa. Awang masih sibuk mengemas kertas-kertas yang aku dah serabaikan tadi nampak jugaklah tangannya garu dahi, pening agaknya nak padankan helaian mukasurat yang sudah berterabur aku kerjakan. Rasa bersalah pulak buat dia macam tu, dia datang nak kerja bukan nak kacau aku pun. 

“Maaf..” ucapku perlahan. Dia buat tak tahu. Aku berdiri didepannya tanpa membuat apa-apa nak keluar takut pula kantoi dengan bos. Dia masih dengan kerjanya meneliti dokumen yang hendak dicopynya dengan tekun tanpa menghiraukan aku. Aku ni pun dah macam budak sekolah kena denda dengan guru aja gayanya. Tetap setia berdiri menunggu arahan.

“Encik Is nak saya tolong apa.” Aku cuba berbual dengannya setelah lama dia mendiamkan diri. Tekun benar dia meneliti kertas-kertasnya langsung tidak membalas soalanku. Seratus peratus aku tukar ganti nama, nak ambil hatinya. Aku buntu nak tolong apa kalau dia dah senyap sunyi macam tu tolong tengok ajalah. Satu jam aku hanya menjadi patung didalam bilik Encik Ahamd tanpa berbuat apa-apa. Dia langsung tak bercakap denganku nampak marah benar dengan cara percakapanku yang kasar tadi tapi dah nak buat macam mana mulut ni tak reti nak duduk diam, akal pun panjang aja mencari masalah hati pulak selalu aja nak marah kan dia. Aku sakit apa sebenarnya ni.

Dia masih sibuk dengan dokumen-dokumen yang telah dikumpulnya. Sesekali dia keluar untuk bertanyakan dengan Wani diluar. Sempat juga aku mencuri pandang pada Awang, boleh tahan kalau dia berkerja. Tekun sahaja lakunya. Dia bersikap profesional aku pulak yang beremosi baru tadi puji diri sendiri tak nak hal kerja dikaitkan dengan hal peribadi tapi sekarang aku sendiri yang cari pasal.

Aku tak tahu bagaimana caranya untuk memulihkan keadaan melihat dia langsung tak menghiraukan aku perlahan-lahan aku keluar dari bilik Encik Ahmad. Hati jatuh kasihan tak semena-mena rasa bersalah bagai sedang merobek-robek jantungku. Aku melangkah ke pantry kak Munah tegur pun aku buat tak endah. Entah lah rasa tak sedap hati pulak aku dengan tingkah si Awang. Tahulah dia marah tapi jangan lah buat kerja sorang-sorang aku pun nak kerja juga. Tadi Encik Ahamd pesan suruh aku tolong dia tapi dia macam tak nak aku tolong aja kan. Dia yang tak nak aku tolong ke atau aku yang tak nak menolong. Ah apa-apa ajalah, aku sudah serabut kepala.

“Hmm...baik aku sediakan air untuk dia manalah tahu kan sejuk pulak hati dia tengok aku bawakan air untuk dia..” senyumku dengan bicara sendiri. Siap aku bancuh kan air aku bawakan ke bilik Encik Ahmad semula. Dua tiga orang yang terserempak denganku ketika cawan masih ditangan memandang hairan ialah mana aku pernah bancuh air untuk orang untuk diri sendiri pun kadangkala aku minta ihsan si Salmah buatkan tak pun aku tapaukan dari kedai kak Manisah. Aku cepat-cepat masuk ke bilik Encik Ahmad tahu lah nanti akan jadi buah mulut orang tapi apa aku peduli. Waktu aku masuk dia masih tekun dengan kerja-kerjanya. Langkah kaki yang sengaja aku kuatkan itu tidak langsung membuatkan kepalanya terangat untuk memandang. Aku letakkan secawan milo panas di atas meja.

“Encik Is..minum lah saya buatkan air untuk Encik Is..” Aku cuba berbasa basi dengannya. Dia panggung kepala, wajahnya seperti biasa. Dia angguk kepala sekali. Wei hari ni dalam sejarah aku buatkan air untuk dia dengan ikhlas tau, selama ni dia datang rumah semuanya kak Ayu yang uruskan boleh pulak dia buat derk aja. Hati dah rasa separuh menjunam.

“Letakkan kat situ...” ujarnya. Aku senyum segaris lega rasa hati hendak juga dia bercakap denganku. Aku letakkan airnya ke tempat seperti yang diarahkan. Wajahnya masih menghadap fail-fail yang berselerak diatas meja Encik Ahmad. Dah macam office dia pulak jadinya. Banyaknya kerja peguam ya, kalau akulah hari-hari menghadap kertas-kertas macam ni mau aku pitam tak bangun-bangun.

“Hmm..mana dokumen yang Encik Is hendak copy tu. Dah satu jam saya tak buat apa-apa nanti Encik Ahmad marahkan saya pulak sebab tak tolong Encik Is buat kerja.” dia dongak kepala, mata kami bersatu seketika. Dap dup dap dup jantung dah berlagu dia nak makan aku ke.

“Jadi awak nak buat kerja disebabkan takut kena marah dengan Encik Ahmad lah kan bukan sebab ikhlas nak tolong saya.” Aku telan liur. Jangan harap disebabkan dia aku nak duduk sini memang aku ikut arahan Encik Ahmad dia takde kena mengena ya. Aku angguk. Malas nak bohong nak kena jaga hati dia. Dia sendiri pun dengar tadikan masa Encik Ahmad cakap apa dengan aku.

“Dah agak dah. Ok..saya nak awak copykan semua ni. Buatkan dua salinan.” Dia hulurkan dokumen yang telah diperiksanya. Mak oii memang banyak giler. Sempat ke aku nak siapkan nanti nak kena hantar surat lagi. Aku tak mintak kerja sebagai pembantu am pejabat lah aku minta kerja peon aja kan. Apa semua ni Encik Ahmad oii. Aku kerut kening.

“Semua ni ke.” aku menyoal macam tak percaya ajakan. Manalah tahu dia nak kenakan aku pula.

“Awak tak dengar ke saya cakap apa tadi. Nak saya ulang lagi.” Aku cepat-cepat geleng kepala bunyi macam dia nak sound aku lebih-lebih. Tiba-tiba pulak suara dia jadi lain macam. Hangin satu badan. Aku ambil dokumen-dokumen yang hendak di copy dari tangannya dan buka langkah seribu namun belum pun sempat aku sampai ke muka pintu dia memanggil namaku perlahan. 

“Ija..”

Langkah ku terhenti lalu berpaling ke arahnya menanti apa yang ingin dikatakannya. Dalam hati berdoa banyak-banyak jangan lah dia kasi aku satu bandel lagi kertas untuk dibuat salinan lagi banyak lah masa aku nak kena berdua-duaan dengan dia. Tak mo lah buang masa kat sini nanti nak kena hantar surat lagi.

Aku berdiri tegak di muka pintu, mata kami bertaut seketika. Jantungku tiba-tiba berdegup berkali-kali, mak aii aku nak kena serangan jantung ke apa ni. Aku tenung wajahnya lagi apa kena pulak kali ni dia dengan wajah tenang dan sekuntum senyum mekar dibibirnya. 

“Terima kasih sebab ikhlas buatkan air untuk saya, tapi saya tak minum milo nanti awak tolong habiskan ya..” tuturnya tenang masih lagi senyuman terbit dari celah ulas bibirnya. Aku angguk. Hmm itu aja ke dia nak cakap. Aku ingatkan apalah tadi beria-ia sangat dia panggil aku.

“Saya pergi copy dulu lah Encik Is.” Tak sempat aku nak tengok dia angguk bila aku rasa muka dah berbahang. Boleh dia cakap elok-elok tapi itulah tak minum milo pulak. Ruginya mamat tukan.









Previous: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.