Home Novel Cinta PEON OH PEON
PEON OH PEON
hijratul
6/9/2016 11:52:58
16,161
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 19

Seminggu aku tak keluar malam sejak balik dari ’percutian 3hari 2malam’ tajaan makcik Zaini sekeluarga walaupun sudah banyak kali aku terima pesanan ringkas dari Ku Nor dan kawan-kawan untuk keluar lepak. Mood nak berseronok tiba-tiba aja padam macam aku ni dah nak mati aja rasanya. Mak masih ada disini berjaga-jaga dengan tingkahku, bimbang aku akan buat sesuatu yang tidak baik maklum sajalah aku kan suka bertindak mengikut perasaan. Hari minggu aku layan games sampai petang dengan cara ini sahajalah aku boleh tunjukkan protesku disebabkan tindakan mereka yang menyatukan aku dengan si Awang dalam ikatan pertunangan. 

“Eeeee..orang tak suka la mak..” kataku protes dengan wajah cemberut. Memang spoil betullah aku baru hendak berseronok layan games ada pula si pengacau.

“Suka ke tak suka ke Ija kena keluar juga tak kesiankan Is ke dah lama dia tunggu kat luar tu dah habis dua cawan air pun dia minum.” emak bersuara perlahan menahan kemarahannya. Mataku masih lagi tenang memandang skrin tv mencari-cari kereta mana yang sesuai untuk aku layan race ketika ini.

“Dia tu tak reti nak balik ke mak..tak paham-paham orang tak nak jumpa la...” aku buat muka cemberut. Sakit pula hati dari tadi aku meminta kak Ayu supaya menyuruh sahaja Awang pulang memandangkan aku terlalu sibuk.

“Ija...tak baik buat macam tu dia tu tunang Ija tak lama lagi dia akan jadi suami Ija ingat tu...dah! pergi tukar baju jangan nak buat perangai ada juga yang makan benda lain selain dari nasi karang.” aku telan liur. Kalau mak dah bersuara begitu apa lagi mampu aku buat terpaksalah menurut. Tapi takpe.. jaga kau Awang, jangan harap kau akan menang selamanya.

“Mak..orang...”aku peluk erat bantal pelukku cuba untuk bertolak ansur dengan mak. Ada bau tapi takpe bau aku sendiri.

“Pergi tukar baju mak cakap!.Siap kamu kalau tak keluar jugak..” Tegas arahan itu membuatkan aku terkesima ingatkan dapatlah bertolak ansur tapi rupanya mak dah naik hantu. Emak berlalu keluar dari bilikku hendak pergi melayan bakal menantu dia lah tu. Apa lagi aku nak buat kalau tak keluar nanti karang sekarung aku kena bebel kalau keluar nak cakap apa.

Heish Awang ni betul-betul menyusahkan aku la. Ini dah tentu kes makcik Zaini yang suruh dia jumpa aku. Diakan anak mak. Hendak tak hendak aku terpaksa juga salin pakaian ialah takkan lah hendak keluar jumpa tunang pakai seluar pendek paras lutut, baju singlet tanpa lengan tak ke pengsan dia nanti daripada aku cari bala baik aku buat pahala. Baju kurung Kedah yang tergantung elok dipenyangkut baju aku capai ini baju kak Ayu aku pinjam untuk pergi kenduri kahwin kakak Not tapi dah lama buat macam harta sendiri tak pulang-pulangkan lagi nasib baik kak Ayu tak bising kalau tak bernanah juga lah telinga ni nak dengar dia membebel. Setelah pakaian aku rapikan rambut yang mengerbang itu aku tocang dua sengaja nak pamerkan wajah protesku kepada si Awang. Biar dia nampak aku ni macam budak-budak sikit untung-untung nanti kalau dia balik rumah boleh dia ceritakan kepada makcik Zaini yang aku ni macam budak baru habis sekolah jadi dengan perangai aku yang macam tu tentu makcik Zaini tak hingin nak jadikan aku menantu ataupun Awang terus minta putus. Bijak tak idea aku ni. Aku sengih jahat.

“Bismilahahirahmannirahim...” aku keluar dari bilik. Sebelum keluar tadi sempat lagi aku berlatih senyum nak kata senyum tak juga sebenarnya aku ketawa aku dah dapat bayangkan dah tentu Awang naik juling matanya tengok aku macam budak sekolah tadika.

“Oh mak kau meletup..” aku terperanjat bila dengar mak melatah tak sangka pulak mak betul-betul berdiri depan muka pintu bilik. Kus semangat. 

“Apa ni mak buat terperanjat orang ajalah. Kalau ya pun nak jemput Ija keluar sabarlah kan dah melatah tu..” Aku tenangkan mak yang sedikit semput akibat terperanjat.

“Banyak lah kau aku nak menjemput-jemput bagai ni ha kenapa ikat rambut macam tu, nak ke mana..” Emak merenung tajam wajahku. Aku hanya tanyang gigi malas nak bersoal jawab dengan emak pasal rambut serupa teletubis.

Tapi naik hairan pulak aku dengan mak boleh dia tanya aku nak ke mana bukan ke tadi dia yang suruh aku tukar baju kata tunang nak jumpa, aku dah lembut hati nak keluar pergi jumpa kalau tak keluar jumpa dia nak jumpa siapa lagi kan.

“Tadi mak suruh orang keluar pergi jumpa Awang, ni nak pergi jumpa dia lah..”

“Dah tak payah..pergilah kau mengeram dalam bilik tu sampai ke pagi besok. Budak tu dah balik..dah..tak payah nak jenguk-jenguk.. dia dah balik. Tadi jual mahal sangat. Kesian si Is tu dari tadi menunggu mak pun dah naik malu apa nak jadi lah kamu berdua tak boleh bertemu macam anjing dengan kucing.” Bebel emak tak semena-mena apa lagi tadah ajalah telinga sebab aku yang buat salah tapi syok juga takde lah aku jumpa Awang. Buat apa aku tercegat lagi masuk bilik lah salin pakaiaan dan teruskan dengan aktiviti aku yang tertangguh tadi layan ps 2 sampai pagi. 

“Yihaaaaa..hai senangnya dalam hati kalau si Awang pergi, dunia seperti ana yang empunya! Hoi!..” laungku dengan ketawa yang dibuat-buat.

Sedang asyik melayan PS2 aku dikejutkan dengan nada sms, alahai menyibuk aja. Handphone aku padang sepi biar lah mesti Ku Nor and the geng nak tanya aku keluar ke tak malam karang. Nanti-nanti lah aku balas.

“Ija..Ija...” aduh ada lagi gangguannya. Apa ni tak boleh tengok orang senang sikit ini yang malas aku nak melepak kat rumah ada saja yang menganggu.

“Ija..” semakin kuat ketukan dipintu.

“Ishhh...gerammnya time-time macam ni lah nak kacau kan dah kena langgar kereta aku tu baru je nak menang...” aku membebel sendirian sambil bangun membuka pintu bilik

“Apa dia....” soalku geram apabila melihat wajah kak Ayu tersembul didepan mata.

“Apalah yang kau duk terperuk dalam bilik tu buat apa..membuta” tuduh kak Ayu sambil kepalanya terjengul ke dalam. Aku semakin mengecilkan bukaan pintu bilik sengaja mahu menyakatnya biar dia tertanya-tanya. 

“Ni nak apa gangu orang ni kak..”

“Mak ajak keluar..”

“Nak pergi mana..orang tak nak keluar la.”

“Tak nak..apa yang kau buat dalam bilik tu sampai kitaorang nak ajak keluar makan pun payah..” kak Ayu menolak kuat pintu bilik hingga ternganga. Aku memberi laluan kepadanya apabila dia sudah melangkah masuk ke bilik. Dia nak buat sport check apa, bukannya aku tengok CD blue ke apa. 

“Ini yang kau layan dari tadi sampai tunang datang kau buat tak tahu dik..” bebelnya. Aku garu kepala buat tak tahu. Tunang ke bakal suami ke ada aku kisah. Kak Ayu pun satu tak habis-habis nak menangkan si Awang dah takde kerja lain ke. Semua orang sukakan Awang, ilmu apa yang budak tu pakai sampai semua orang sukakan dia. Aku mendengus. Geramnya suka sangat kacau aku yang tak suka dikacau ni. Hidup aku makin bercelari sejak kenal Awang.

“Ooo..kau main games kereta kononya boleh menang la tu, bawak kereta ni ajalah yang kau reti di, kereta sebenar ada beran..” Cabar kak Ayu dengan sengihannya. Aik bunyi macam mencabar sangat lah tu. Takpe kak Ayu, aku akan buktikan suatu hari nanti aku lah juara diatas jalan, tengok lah nanti. Masa itu akan tiba juga, jangan menangis sudah.

“Dah..dah..tutup benda alah tu kau pergi mandi sekarang lepas tu siap-siap kita keluar makan dah macam duduk dalam wad orang sakit jiwa rupanya..” Sungutnya. Aku tukar kereta yang dah kena langgar tadi. Nak mulakan semula perlumbaan yang tergendala sebentar tadi. 

“Ala kau tapau dah la..”

“Takde-takde..jangan nak mengada-ngada macam taik kuda, abang ipar kau nak belanja malam ni. Kalau tak pergi menyesal..” ugut kak Ayu. Macam mana ni aku baru belajar nak protes tapi ayat kak Ayu macam menarik je. Kalau dah abang ipar yang datang ke tentu dapat makan kat tempat special punya. Apa lagi tunggu takkan nak lepaskan peluang makan sedap-sedap. 

“Nah! ambik benda ni tolong kemaskan.” Aku hulurkan alat kawalan kepadanya lalu bergegas ke bilik air. Cd-cd yang bersepah aku suruh dia kemaskan sekali membebel dia satu karung.

Aku teruja saat masuk ke restoran exclusive yang jarang-jarang aku jejak kan kaki, rasanya kami belum pernah lagi menjejak kaki ke tempat mewah seperti ini. Kak Ayu kontrol ayu ialah takkan lah dia nak tunjukkan ke jakunannya depan tunangnya sendiri, aku korang jangan tanyalah memang aku buat perangai aku sendirilah buat apa nak berlakon bagai. Dengan pantas aku berjalan menghampiri meja yang menghadap air terjun buatan yang sememangnya nampak meriah dengan lampu bercahaya cantik. Aku ni memang jenis suka air terjun. Gamaknya mak lahirkan aku dekat tempat perkelahan kut. Aku tersedar tatkala susuk tubuh mereka tidak kelihatan. Ke mana. Ah sudah. Aku mencari-cari kelibat mereka. Takkanlah mereka tinggalkan aku kat sini sorang-sorang. Biar betul apa aku nak order kat sini dan yang paling aku takut siapa nak bayarkan. Aku bukan bawa duit banyak nak makan tempat-tempat mewah macam ni. Aku mengagau poket seluar mencari handfoneku. Nasib baik aku bawa kalau tak memang nahas aku. Belum pun sempat aku mendail nombor kak Ayu aku dikejutkan dengan satu tepukan dari belakang.

“Mak kau meletup!.” ha ambik kau..sempat juga aku melatah, nasib bailah tak tercampak telefon kesayanganku. Ini menurun dari mak lah ni. Kak Ayu cuba tekup mulutku dengan tangannya. Mak jegilkan biji matanya sambil menoleh kiri kanan bimbang ada yang nampak perlakuan aku tadi. Mesti dalam kepala mak cakap aku memang tak boleh dibawa ke majlis.

“Kau buat apa kat sini kitaorang macam kucing hilang anak cari kat sini rupanya kau dik.” Kak Ayu datang menyergah. Bakal abang ipar sudah tersengih memandang. Mak pula hanya menggeleng kepala tahu sangatlah aku kalau macam tu gayanya mak tentu dia berapi nak marahkan aku.

“Kak Ayu pergi mana ingatkan tadi ikut aku kat belakang..”

“Yang kau tak menyempat tu kenapa..dah lapar sangat erk, kalau ia pun jangan lah jakun sangat..cuba kawal sikit.” aduh pedihnya kata-kata kak Ayu tapi nak buat macam mana memang salah aku.

“Dah tu apa lagi duk tercegat kat situ duduk la...mak..” Aku mempersilakan mereka duduk.

“Eee...buat malu je bawak kau ni lah dik abang dah tempat meja kat dalam bukan kat sini, apa kelas kat luar. Kau ni pun pantang nampak air terjun mesti nak terjun kan. Kenapalah adik sampai teruk macam ni jadinya mak.” bebel kak Ayu nampak sangat tak puas hati. Abang ipar ketawa mendengar bebelan panjang kak Ayu agak-agak dia boleh tahan tak hidup dengan kak Ayu nanti. Mak tayang muka masamnya. Perlahan-lahan aku bangun dari kerusi lalu membuntuti langkah kak Ayu yang mula meninggalkan aku. Nak buat macam mana dah terlepas laku nasib baik tak ramai orang kalau tak dah tentu dapat malu free dengan bakal abang ipar aku pun dah terasa bahangnya ini belum lagi kalau ada si Awang. Fuhhh nasib baik dia takde.

“Abang dah tempah la dik..kat sana tu..kat dalam..” ujar abang Johan masih senyum. Hanya dia saja yang cool tak marah-marah macam dia orang.

“Ooo tapi bang lain kali kalau nak ajak Ija kita makan kat tepi jalan ajalah. Ija tak biasa tempat-tempat macam ni lainlah kak Ayu dengan mak diaorang dah biasa..” aku hanya tayang muka selamba sambil mengekori langkah mereka. Aku takut makan kat tempat sebegini menambahkan lagi rasa malu mak dan kak Ayu. Abang Johan sengih. 

“Takde hal lah benda kecik aja pun.” balas abang Johan langsung tak kisah dengan perangai aku.  

Rupanya tempat yang ditempah oleh abang ipar lebih cantik dari tempat air terjun tadi. Kasihan diorang dengan kejakunanku, gara-gara aku nasib baik mood kak Ayu tak spoil walaupun tadi nampak sikit lah ke ketidakpuashatiannya itu. Saat hidangan sudah tersedia aku terkesima apabila memandang seraut wajah yang amat aku ingin jauhi dari bertemu muka dengannya. Kak Ayu dan mak tersengih macam kerang busuk memandangku. Rupanya diaorang ada rancangan lain juga selain makan-makan ya. Ini tentu plan mak, nampak sangat mak terlebih gembira dari yang lain. Patut la siang tadi mak tak marah aku kaw-kaw, kalau tidak dah pekak rasanya aku menahan bebelan mak.

“Duduk sini Is dekat dengan Ija ni..” mak berkalih duduk memberi ruang kepada Awang untuk duduk disebelahku. Mak pula duduk disebelah kak Ayu. 

“Terima kasih makcik...” sopannya dia membalas bukannya dia hendak menepis duduk la jauh-jauh. Kami saling berpandangan dia hadiahkan senyuman manis. Aku tarik muka empat belas. Terus selera aku mati nak makan pun dah terbantut tapi fikir punya fikir rugi pula kan, bukan senang nak dapat peluang makan tempat-tempat macam ni so aku anggap ajalah si Awang ni patung cendana. Setiap soalannya aku jawab acuh tak acuh aja. Mak dah pandang semacam tapi aku buat tak tahu menu kat depan mata lagi menarik. Awang pandang-pandang bila aku buat dek aja dekat dia lantak lah siapa suruh dia ikut. Nak buat apa jumpa aku kat sini kat opis pun dia selalu jugak nampak muka aku kan. Sambil makan sambil aku mencari idea macam mana nak jauhkan Awang dari hidupku. Apa kata kalau-kalau aku buat plan singkirkan terus si Awang ni.

“Ooii..makan pun nak melamun ke?” kak Ayu menepuk tangannya membuatkan aku terperanjat besar. 

“Hulk!..hulk!..” aku terbatuk, nasi dalam mulut hampir tercekik. 

“Air...air..”

 Cepat-cepat Awang suakan air putih. Tak tunggu lama aku habiskan kat situ juga. Mak geleng kepala berkali-kali manakala abang Johan dah tekan perut ketawakan aku. Kak Ayu apa lagi yang mampu dia buat tayang muka selenganya.

“Tak senonoh.” Mak ketap gigi tanda geramnya sampai ke tahap didih. Aku sapu baki air yang sedikit tertumpah di lengan. Sempat aku jeling Awang disebelah dia tayang muka tenang macam takde apa-apa yang berlaku. Baik sangat lah tu. Kalau nak ketawa, ketawa ajalah aku tak marah. Ini tayang muka baik itu yang buat aku hangin. Tapi elok juga sekurang-kurangnya aku tak payahlah nak susah payah berlakon bagai ini pun dah kira ok tau sebab aku dah tonjolkan perangai tak senonoh aku depan dia cuma yang tak tahannya mak asyik-asyik tak puas hati.




Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.