Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,827
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

ELEANOR sudah bertunang dan bakal menikah dalam masa tiga minggu ini? Dato’ Bakri tidak senang hati. Tidak senang duduk dibuatnya. Dia mula keresahan. Jika Eleanor dan lelaki berkahwin, maka dia terlepas peluang.

“Sudahlah. Tak perlu you bermimpi di siang hari lagi.” Senang hati Datin Ruhaya kerana suaminya itu bakal terlepas peluang. Tak cukup dua nak tambah yang ketiga. Yang dua ni pun sudah tidak berlaku adil.

“You tak perlu menyibuk.”

Datin Ruhaya tertawa halus.

“Pertama kali I tengok muka you frust, Bakri.”

“I nak balik rumah Sally.”

Dato’ Bakri mencapai kunci keretanya. Dia melangkah keluar melolos masuk ke dalam keretanya.

“Kenapa dengan daddytu, mummy?” Soal Rafael. Moody semacam dilihatnya.

“Biasalah Raf. Bakal mummy tiri yang ketiga Raf kahwin lain.”

“Hah, mummy ni biar betul.” Tidak berkerdip mata Rafael.

Seriously. Daddy Raf tu bertepuk sebelah tangan.”

“Kesian daddy. Perempuan tu kerja dengan daddy ke?”

“Dulu tapi dah resign sebab tak tahan dengan kegatalan daddy kamu tu.”

Rafael menarik kerusi di meja makan. Dia mencapai kuih lapis yang dibuat oleh ibunya itu.

“Raf ingatkan Yuhana tu. Yuhana tu pun cun-melecun mummy. Tangok rapat semacam dengan daddy.”

“Bukan Raf tak kenal dengan daddy Raf tu. Girlfriends keliling pinggang. Mummydah puas menasihati.”

Aunty Sallytak bising ke mummy?”

“Raf pun tahu Aunty Sally Raf macam mana? Lagilah kecoh. Tapi, siapa yang dapat halang daddy tu.”

Mummy sayangkan daddy?”

“Sebab sayang mummy masih dapat bertahan sehingga sekarang.”

Pada Rafael ibunya memang sayangkan ayahnya dalam dan pada yang sama ada rasa kecewa di hati ibunya itu.

“Raf kena carikan menantu buat mummy agar mummytak sunyi nanti.” Rafael tidak mahu jadi seperti ayahnya. Bermata keranjang. Pantang nampak perempuan cantik sikit.

“Cari perempuan yang baik-baik. Dapat yang baik terus ajak kahwin. Tak perlu bercinta-cinta.”

Datin Ruhaya menepuk-nepuk bahu anak lelakinya itu.

“Insya-Allah mummy. Doakan Raf jumpa perempuan yang baik.” Tersenyum-senyum Rafael. Dia teringatkan pada gadis manis yang ditemui beberapa hari yang lalu. Gadis itu agak sombong baginya tetapi cantik.

Bukan dia sengaja mahu berebut buku dengan gadis itu? Buku tersebut memang ingin dimilikinya. Hanya tinggal sebuah. mencuka gadis manis itu kerana buku tersebut menjadi miliknya. Dia memang mencari novel Malice sebuah karya dari Keigo Higashino. Gadis itu kemudiannya memilih novel lain untuk dibei. Dia menyedari gadis itu tertinggal rantai kunci di kaunter pembayaran kedai buku terbabit. Puas dia mencari untuk memulangkan rantai kunci gadis tersebut tetapi tidak ke temu sampai sudah. Ada nama berukiran kayu pada rantai kunci itu. Nama gadis terbabit.

“Eleanor…”

“Apa dia Raf? mummy dengar Raf sebut nama seseorang tadi.”

Rafael tersedar dari lamunan.

“Eh, takderlah mummy. Raf tak sebut nama sesiapa pun.”

“Raf…” Datin Ruhaya mengerling anaknya.

“Betullah mummy. Raf nak gerak sekarang. Takut terlambat pula jumpa kawan-kawan Raf.”

Rafael bangun dengan kunci motorsikal di tangan. Kedua-dua pipi ibunya itu dikucup.

Datin Ruhaya hanya menggeleng. Dia tidak pekak. Dia dengar Rafael menyebut nama seseorang. Nama seorang perempuan.


ELEANOR masih tidak mahu bercakap dengan abangnya. Dia masih mengunci mulut walau berada di dalam bilik mesyuarat bersama Elman. Rajuknya masih panjang. Elman sudah nampak kelainan. Bicaranya sentiasa tegas. Mana yang silap akan ditegur secara terang-terangan. Pejabat seakan rumah nombor satu pada Elman. Baliknya lewat malam.

“Cik El nak keluar.”

“Ya, Azali. Saya nak melawat tapak projek.”

“Kalau begitu, saya ikut Cik El sekali.”

“Maaf Azali. Saya tak dapat bawa awak sekali sebab saya hanya melawat sebentar dan kemudian saya ada appointment dengan klien.”

“Kalau begitu, tidak mengapa.”

Mereka berbalas senyuman. Azali senang bekerja di bawah Eleanor berbanding Elena Maria. Eleanor tidak cerewet seperti adiknya. Ramah dan mudah dibawa berbicara.

“Nak kemana?”

Eleanor tersentak sebaik keluar dari lif. Dia berpaling.

“Oh, Encik Weir…”

Busy nampak?”

“Ya, saya memang busy.”

Mata Weir memaku pada cincin di jari manis Eleanor. Dia tersenyum. Gadis angkuh itu sudah menjadi tunangan dan tidak lama lagi mereka akan diijabkabulkan.

“Awak tak nampak teruja dengan majlis pernikahan yang baka berlangsung seperti majlis pertunangan kita kelmarin.”

So, awak nampak bukan saya tak sukakan awak. Saya benci awak!” Eleanor mendengus. Dia sentiasa menyibukkan diri kerana dia tidak mahu memikirkan majis pernikahan yang akan tiba.

“Benci boleh bertukar menjadi sayang, El.”

“Jangan bazirkan masa saya di sini. Abang Elman ada di kamar pejabatnya. Awak nak jumpa dia kan?” Kaki Eleanor meneruskan langkah.

Weir terus mempercepatkan langkah dari belakang. Pantas dia menghalang lalau di hadapan Eleanor.

Eleanor mengertap bibir.

“Saya ada banyak masa. Saya temankan awak.”

Semakin Eleanor kelihatan senyuman yang terukir di bibir Weir.

“Tak payah!” Suaranya keras.

“El… saya terus terpacak di depan awak selagi awak berdegil.” Weir menyilangkan tangan. Dia turut berwajah serius. Wajah merah yang sedang merah menggeletek hatinya. Dia suka membakar hati gadis itu.

“Suka hati awaklah!” Eleanor mengalah.

Tidak kuasa dia mahu bertegang urat lebih panjang dengan Weir. Dia tidak akan menang.

“Kan bagus dengar cakap begini.”

“Hm!”

Eleanor memaling kepala dari terus memandang wajah Weir. Dia menyampah. Dia meluat dengan lelaki itu. Semua rasa prejudis itu ada.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.