Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,880
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

HANDSOMENYA dia. Tidak berkelip mata Helena meretap wajah Weir. Segak Weir dengan pakaian santainya malam itu. Cukup ringkas dengan jeans, t-shirt dan jaket kulitnya. Lain sekali dengan gaya formalnya di pejabat. Helena pula yang rasa agak malu dengan pakaiannya yang agak eksklusif.

“Apa khabar Tan Sri?”

“Alhamdulillah… unclesihat. Agak lama uncle tidak bertemu dengan Weir.”

“Kita sama-sama busy uncle.”

“Ya-ya.”

Tan Sri Tajudin tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.Dia menjemput Weir duduk. Helena telah menempah meja khas unuk makan malam merkea. Dia mahukan tempat yang lebih privasi.

Makanan ala westerndihidangkan oleh pelayan yang juga dikhaskan untuk melayan mereka. Jus oren dituangkan ke dalam gelas yang telah tersedia. Begitu juga dengan air kosong. Hidangan yang lazat tetapi belum cukup menyelerakan tekak Weir.

Selepas membaca doa makan, Weir memengang garfu dan pisau. Sebenarnya dia lebih suka makan menggunakan tangan. Makan dengan tangan lebih terasa nikmatnya.

Uncle dengar kamu buat kontrak dengan Mentari Construction. Syarikat yang hampir muflis itu. Kamu yakin dengan mereka?”

“Saya sudah siasat latar belakang Mentari Construction. Hasil kerja mereka memuaskan cuma saya syak kejatuhan Mentari Construction berpunca dari orang dalam.”

“Itu juga yang uncle fikirkan hingga Mentari Construction hilang kepercayaan dari pemaju.

Helena sudah mengerling papanya. Dia tidak suka soal urusan bisnes dibicarakan ketika ini. Kalau dia tahu, dia tidak mengajak papa sekali. Hilang suasana romantik yang dirasai.

“Papa…”

Tan Sri Tajudin ketawa. Faham sangat dengan anak gadis tunggalnya itu. Helena sudah lama menaruh perasaan terhadap lelaki kacak di hadapannya itu. Dia juga suka jika Weir dan Helena ada jodoh. Mereka tampak sepadan.

“Weir… kamu sudah berusia 30-an. Kamu masih tidak fikirkan tentang masa depan kamu. Maksud uncle hidup berumahtanggga.”

Weir mencapai gelas berisi air kosong itu. Bibirnya mengulum senyuman. Dia faham dengan maksud Tan Sri Tajudin itu.

“Saya ada fikirkan juga.” Balas bersahaja. Dia mengalihkan pandangan ke arah Helena. Helena tersipu-sipu. Segan dia mahu bertentangan mata dengan Weir.

“Eloklah kamu sudah fikirkan untuk hidup berteman. Ada juga yang menjaga sakit pening kamu.”

Terbayang wajah manis Eleanor di ruang mata Weir. Eleanor adalah calon yang dia cari dan disebalik itu dia ada motif yang tersembunyi.

“Sampai bila mahu membujang.” Tan Sri Tajudin tawa penuh makna.

“Papa ni…” Helena menggeleng perlahan.

“Kalau ada jodoh tidak ke mana. Saya ucapkan terima kasih pada uncleyang mengambil berat tentang saya dan juga Helena yang sudi menjadi seorang sahabat pada saya.”

Helena tergamam seketika. Sahabat? Weir hanya menganggapnya seorang sahabat. Ah, mungkin Weir malu untuk menyatakan secara terus-terang di depan papa. Helena cuba menyedapkan hati sendiri.

Uncle berkawan dengan arwah ibu kamu dari kecil. Arwah ibu kamu telah banyak membantu uncle. Kamu tidak mahu menjenguk datuk kamu?”

Suapan Weir terhenti apabila Tan Sri Tajudin menyebut tentang datuknya. Bertahun juga dia tidak bertemu dengan lelaki itu.

Uncle ada meziarahi dia di sana?”

“Datuk kamu tu keras kepala. Tapi uncle tahu dia sayangkan dan rindukan kamu.” Jarak antara Thailand dan Malaysia bukannya jauh.

“Tengoklah nanti.” Weir seakan tidak berminat mendengar cerita tentang datuknya itu. Dia juga ada egonya sendiri.

Rajuknya masih ada. Bukannya dia tidak mengingati datuknya itu, Marahnya masih bersisa dengan sikap datuknya dulu. Datuknya pernah menuduh ibu dia merampas anak lelakinya. Datuk hanya datang untuk menyakiti hati ibu setelah ayahnya tiada. Datuk membiarkan sahaja ketika masalah melanda syarikat ayahnya.

“Weir… buang keruh, ambil yang jernih.

Jika yang keruh mudah dijernihkan. Tidak semua cerita lama itu mudah dilupakan. Begitu juga dengan kisah cintanya dengan Susana dulu. Susana meninggalkan dia saat dia sedang menghadapi kesulitan. Dan Susana juga akan berbuat sedemikian terhadap lelaki yang dikejarnya dulu. Hatinya cukup sakit waktu itu. Lebih sakit apabila melihat persandingan Susana di atas pelamin bersama Elman.


ELEANOR menendang tayar keretanya yang pancit. Waktu beginilah dia diduga. Keretanya tersadai di tepi jalan. Eleanor menapak mencari stesen teksi waktu tengahari yang panas terik. Dia mahu ke pejabat dan mengambil segala barang-barangnya dan memberikan cek kepada Dato’ Bakri. Elman sudah berjnaji akan membayar sebulan gajinya kepada Dato’ Bakri. Puas dia menolak bantuan dari abangnya itu. Elman tetap berkeras dan mahu dia tidak bekerja lagi dengan Dato Bakri.

Kulitnya yang putih itu sudah kemerah-merahan terkena pancaran matahari. Eleanor menarik nafas lega setelah melihat stesen teksi di seberang jalan. Dia dudk mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangannya. Eleanor menjerit di dalam hati. Telefon bimbitnya tertinggal di rumah. Kenapa hari ini dia begitu cuai?

Eleanor bingkas bangun memandang ke arah jalan raya. Tangannya di letakkan pada dahi. Dia tidak nampak sebuah teksi yang lalu ketika ini. Masa orang nak teksi tidak ada. Masa orang tak nak, banyak pulak dia lalu. Eleanor merungu-rungut dalam hati.

Matanya terpaku pada seorang lelaki yang turut menapak ke arah stesen terbabit. Air mukanya berubah sama sekali. Kenapa dia sering dipertemukan dengan lelaki yang seorang ini? Tiada muka lain ke selain muka Weir Zafril.

Weir Zafril sudah berdiri di sebelah Eleanor. Eleanor berlagak biasa seakan tidak kisah dengan kehadiran lelaki itu. Entah apa yang lelaki itu buat di sini? Barangkali keretanya juga ada masalah seperti dia.

“Tunggu teksi?”

“Tak! Saya tunggu kapal terbang.” Balas Eleanor.

Weir ketawa. Dia suka dengan jawapan tersebut. Dalam nada Eleanor yang keras itu ada kelakarnya.

“Tak tahu pula saya yang kapal terbang boleh mendarat di sini.” Weir sengaja mendongakkan kepala ke atas langit.

Ikutkan hati Eleanor, dia hempuk kepala lelaki itu dengan tas tangannya. Lelaki itu sedang menyindirnya.

“Itulah saya pun baru tahu kapal terbang boleh mendarat di sini.”

“Awak ni, boleh tahan juga buat kelakar.”

“Kelakarlah sangat!”

“Apa kata awak kahwin dengan saya?”

Eleanor ternganga. Tidak berkelip matanya memandang wajah Weir yang mula serius.

“Kahwin dengan awak?” Weir melamar dia ke? Eleanor pandang kiri dan kanan. Ada masalah otak agaknya lelaki seorang ini melamar dia di stesen taksi. Mujurlah tiada orang lain di sini.

“Ya, kahwin dengan saya. Atau awak nak saya melamar awak dengan penuh grand. Panggil wartawan atau di pentas stesen televisyen.”

“Tak perlulah jika awak nak melamar sampai nak panggil wartawan bagai itu semua. Ingat saya ni gila glamour sampai nak belakangkan adat melayu. Dalam Islam pun tak galakkan perkara-perkara yang meniru budaya barat.”

“Pandai pun awak.

Eleanor menjongket kening.

So, kalau saya melamar awak, awak setuju tak?”

“Tak setuju!”

Reason…

“Saya tak sukakan awak.”

Reason…

“Sebab awak tu jahat.”

Bagus. Eleanor seorang gadis yang cuku berterus terang.

“Kenapa awak kata saya jahat?”

“Apa motif awak bantu Mentari Construction? Awak tahu syarikat itu dikendalikan oleh abang saya, bukan? Apa motif awak menggoda kakak ipar saya yang mata duitan tu? Dan apa motif awak mendekati saya?”

Weir bersandar pada tiang sambil menyeluk tangan ke kocek seluarnya.

“Awak ni stalker.”

“Saya bukan stalker.”

Weir senyum meleret dsiap dengan jelingan manja.

“Satu saja saya ingin beritahu pada awak. Awak akan jadi milik saya.” Ujarnya sambil mengenyitkan sebelah mata.

Sebuah teksi behenti di hadapan mereka. Weir terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam perut teksi.

“Awak jangan bermimpilah Weir Zafril!” Getus Eleanor. Eleanor segera melambaikan tangannya pada sebuah lagi teksi yang masih agak jauh di belakang.
Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.