Home Novel Cinta Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Nurul Izah
12/9/2013 13:29:22
62,313
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 4

Aku terus menuju ke bilik mesyuarat apabila Lina, yang dilantik untuk membantu aku disini mengatakan mereka sedang menunggu aku. Aku mengetuk pintu, apabila aku masuk mereka semua berdiri memberi tanda hormat kepadaku. Malu pula rasanya. Aku terlambatkah hari ini? Aku bertanya sendiri apabila melihat mereka seolah sudah lama menunggu aku dan aku rasa mesyuarat pun sudah bermula.

“Saya lambat ke Encik Johan?” Suaraku separuh berbisik kepada Johan.

“Minta maaf Cik Amira, saya lupa nak inform semalam. Di sini waktu pejabat pukul lapan. Saya sengaja tak mahu mengganggu Cik Amira, saya rasa Cik Amira pasti penat lagi.”

Wajahku merah menahan malu. Kemudian aku tersenyum kecil.

“Saya minta maaf banyak-banyak, saya ingatkan masuk pukul sembilan”

Johan terus memperkenalkan aku kepada seorang lelaki yang aku rasa berumur awal lima puluhan namun masih segak dan bergaya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dato' Zaidi, wakil dari Akira Holding Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dato' Zaidi, wakil dari Akira Holding. Baru aku teringat akan latar belakang organisasi Akira Holding. Pastinya lelaki ini bukan anak kepada Dato' Mahmud yang aku rasa lebih muda dari lelaki dihadapanku. Bukankah Akira Holding diterajui oleh anak Dato' Mahmud seperti yang aku baca semalam? Hmmmm.... untuk apalah aku pertikaikan.....

Perbincangan diteruskan seperti draft yang telah aku berikan kepada Mr Wong semalam. Satu persatu Dato' Zaidi dan salah seorang pembantunya terangkan kepada aku. Ini adalah hotel pertama yang akan dibina dibawah penjagaan aku sepenuhnya. Aku harus berhati-hati kerana dalam bisnes sebesar ini, segala kemungkinan yang berlaku akan menjejaskan reputasi Green Hotel. Kalau menurut kata-kata Mr Wong semalam selepas ini aku sendiri yang akan memilih tapak yang sesuai berdasarkan beberapa cadangan yang bakal diberikan nanti. Mungkin aku dan Johan akan melihat sendiri beberapa tapak yang sesuai.

Selesai mesyuarat, kami terus makan tengah hari bersama-sama di Green View yang berhadapan dengan kolam renang.

“Cik Amira sudah lama di Australia?”

Aku tersenyum memandang wajah Dato’ Zaidi. Kelihatan sungguh tenang wajahnya. Senyumannya mengingatkan aku akan seseorang. Tapi aku tidak pasti siapa. Namun aku rasa aku pernah ingat senyuman itu.

“Sepuluh tahun Dato’ kalau di kira-kira bulan depan genaplah sepuluh tahun tiga bulan”

Dato’ Zaidi mengangguk kecil lalu menghabiskan sisa nasi di pinggannya dengan tertib. Aku yang telah pun selesai mengisi perut cuma menghirup Jus. Johan pun juga begitu, katanya dia kurang menggemari makanan di Hotel. Terlalu protokol rasanya, katanya lagi masakan isterinya sedap. Kalau sehari tak makan rasa tak kenyang. Bertuah betul dia mendapat isteri begitu, dia juga menjemput aku untuk makan malam di rumahnya kalau ada masa terluang nanti.

Hampir pukul satu barulah Dato’ Zaidi beredar, pihaknya memberi aku tempoh seminggu untuk memilih beberapa tempat dan kemudian melihat sendiri keadaan tempat tersebut. Sempat juga aku bertanya kenapa bukan pekerja dari pihaknya saja yang datang untuk mesyuarat tadi. Tapi dia ketawa kecil.

“Sayalah staff Akira Holding, kenapa? Hairan?”Dato' Zaidi ketawa kecil.”kebetulan ada hal disini. Ingin bertemu kawan lama. Tambahan pula staf yang terlibat sedang membuat projek lain. Bertuah saya dapat bertemu dengan Amira. I'm proud of you. Anyway, thankssebab mahu bekerjasama dengan Akira Holding.”

Aku sekadar tersenyum menerima pujian itu. Aku juga rasa seronok dapat berkenalan dengan Dato' Zaidi.

Selesai meneliti laporan yang diberikan oleh Lina tadi, aku terus menyambung mesyuarat untuk membuat promosi sempena tahun melawat Malaysia. Mr Wong sudah pulang sebaik saja mesyuarat selesai tadi kerana masalah keluarga. Mungkin dia akan bercuti sehari dua lagi. Pada mulanya sedikit sukar mesyuarat diadakan ketika ketiadaan Mr Wong. Sukar untuk membuat keputusan. Mujur Johan dapat menghubungi lelaki itu, lelaki itu memberi kebenaran untuk aku membuat keputusan bagi pihaknya. Katanya dia percaya kepada aku.

Selesai mesyuarat, aku pulang ke apartment semula. Kalau dibandingkan dengan keadaan di Australia, apartment begini yang banyak mendapat permintaan. Tapi di sini apartment hotel hanya ada lima buah saja. Menurut Johan kurang sambutan. Kalau adapun apabila ada keluarga yang datang dari jauh untuk majlis kahwin sanak saudara. Hanya jenis single suit yang lebih mendapat pemintaan, apatah lagi kalau di Putrajaya ada majlis besar. Seperti yang akan diadakan bulan depan, sambutan bunga api terbesar di Asia. Ada lima buah negara yang akan bertanding nanti, menurut Johan lagi pada tahun lepas semua bilik penuh ditempah oleh mat saleh. Rata-rata pelancong dan wartawan.

Malam ini, aku akan menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam anjuran Green hotel. Majlis ini akan dihadiri sebahagian staf dan beberapa ahli koprat terkemuka. Kata Johan kebetulan Majlis ini diadakan ketika aku ada di sini. Sudah lama mereka merancang untuk mengadakan pertemuan dengan client Green Hotel. Baru malam ini ada kelapangan. Aku membersihkan diri dan terus bersiap. Tidak mahu terlambat lagi seperti pagi tadi, malu aku!

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.