Home Novel Cinta Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Nurul Izah
12/9/2013 13:29:22
62,058
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 1

Aku masih merenung sekeping kertas di tanganku. Macam tak percaya! Kenapa harus aku yang dihantar ke sana untuk projek tahun ini. Sedangkan selalunya Mr Richard yang pergi. Aku bergegas menuju ke Green Hotel. Bertemu dengan Mr Iskandar, salah seorang pengurus di Green Hotel. Hanya dia dan aku saja yang berbangsa melayu di sini. selebihnya semua orang sini, orang Australia.

Sampai saja di perkarangan Green Hotel, aku terus menyerahkan kunci kereta kepada pekerja yang bertugas. Senyuman yang dilemparkan oleh pekerja Green Hotel tidak aku hiraukan. Langkahku pantas menuju ke lif dan terus menekan butang menuju ke tingkat 16 yang menempatkan bahagian promosi.

“Sorry Mam, Mr Iskandar has discussion with Mr Lee”

Aku mengeluh kecil mendengar jawapan dari Maria lalu melabuhkan punggungku di sofa buatan Itali yang diletakkan di hadapan Maria. Hampir sepuluh minit berlalu. Rasa mahu saja aku berlari masuk menuju ke bilik Mr Iskandar.

Aku mula resah. Surat di tanganku aku pandang sekali lagi. Sudah seminggu aku tidak masuk ke pejabat. Baru pagi tadi aku sampai di sini selepas membuat lawatan rasmi ke London. Ada beberapa masalah yang melibatkan pemasaran di sana. Semenjak aku memegang jawatan Pengarah Pemasaran di hotel lima bintang ini, banyak tempat aku terpaksa kunjungi. Sebanyak sepuluh buah cawangan Green Hotel yang terletak di Paris, London dan Indonesia yang diletakkan di bawah tanggungjawab aku. Pagi ini aku terima surat ini yang dikirimkan kepada pemandu yang menjemput aku di lapangan terbang. Kalau ikut jadual yang Mr Iskandar rancang, aku harus berangkat esok. Bermakna tidak sampai satu hari aku di sini, sudah harus pergi lagi meninggalkan rumah yang menjadi syurgaku.

Sebaik saja pintu bilik Mr Iskandar terbuka, aku bangkit lalu menerpa Mr Iskandar yang berdiri di muka pintu. Mr Lee yang berdiri di hadapan ku tergamam. Dia tersenyum kecil.

“Hi, nice too meet you Amira.. see you soon”

Mr Lee berlalu sambil melambaikan tangannya. Dia pasti mengerti aku ada perkara mustahak yang ingin dibincangkan dengan Mr Iskandar.

Mr Lee sudah lama bekerja sama dengan Green Hotel. Dia sekarang sedang menguruskan cawangan yang baru siap di China. Aku terus masuk ke bilik Mr Iskandar.

“Mr Iskandar, Why me?”

Jelas kelihatan wajah Mr Iskandar yang berkerut tanda tidak mengerti. Kertas ditangan aku letakkan di atas meja. Beberapa saat selepas dia membaca isi yang tertulis di atas kertas tersebut dia tersenyum kecil.

“Duduklah dulu, you ni serbu I macam nak telan aje. Tak bagi salam pun. Apa cerita dari London? Ada apa yang tak boleh diselesaikan?”

Aku tersenyum kelat. Sedar di atas kekasaran aku terhadapnya.

“Sorry.” Aku diam sejenak lalu duduk di hadapannya.” Semuanya ok cuma surat ni yang buat saya tak puas hati. Kenapa pula saya yang dihantar ke sana. Saya baru balik dari London. Baru dapat tengok rumah, takkan Mr Iskandar nak suruh saya pergi lagi. Kalau sehari tak apalah. Ni enam bulan, saya tak pernah tinggalkan tempat ni lama sangat. Saya tak boleh Mr Iskandar, saya tak boleh pergi. Lagipun kerja saya hanya buat pemasaran. Bukan nak bina Green Hotel. Saya tak boleh ”

Mr Iskandar mengangkat bahu, seolah sengaja membuat aku semakin geram. Dia sengaja tersenyum sinis lalu menyuruh setiausahanya membawa draf perancangan yang sudah di luluskan oleh pihak atasan.

I dah cakap dengan mereka, tapi mereka kata Mr Richard sudah ke Bali. Dua minggu lagi baru pulang ke sini. Wife Mr Vincent baru bersalin. Dia ambil cuti panjang. You jelah yang tinggal. Hei you ni…… tak payah fikir lagilah. You dah lama tak ke sana. Tak seronok ke dapat balik kampung, setahu I sudah lapan tahun you kerja di sini tak pernah pun you pulang ke sana. You tak teringin nak pulang ke? Ini peluang baik, kebetulan ada kerja nak buat di sana. I tahu you bawa diri ke sini. Walaupun you tak cakap apa masalah you, tapi I tahu ada sesuatu yang membuatkan you tak nak pulang.” Mr Iskandar menarik nafas panjang. “Tak ramai perempuan di luar sana yang berjaya macam you. Iselalu jadikan you idola kepada anak-anak I. I nak anak-anak I cekal macam you. Kuat semangat. Jangan tolak peluang ni. Bukan senang mereka nak beri kepercayaan kepada orang melayu macam kita di sini. Projek ni besar. Tak pernah lagi perempuan handle benda macam ni. Kalau semua ini berjaya, you juga yang senang”

Apa lagi alasan yang mahu aku berikan. Ini bukan tawaran pertama untuk membuat promosi di sana, sudah banyak kali aku tolak. Tapi kali ini bukan saja promosi yang biasa aku lakukan di luar. Ini melibatkan pelaburan berjuta ringgit. Membabitkan nama Green Hotel. Mereka merancang untuk mendirikan satu lagi Green Hotel di Malaysia.

“Kalau dapat banyak untung, kayalah you Mira”

“Itu saya tahulah Mr Iskandar, tapi……bukan itu yang saya cari. Saya tak ready lagi nak pulang.” Aku diam. Tidak jadi untuk meneruskan kata-kata.

“Mira, you ada saham di sini. itu sebabnya mereka memilih you. Dengan kata lain, hotel ni seolah milik you. you kenalah ketepikan masalah lain supaya keuntungan yang kita dapat berbaloi. Dalam soal bisnes, tak boleh ada masalah peribadi. You sendiri tahu prinsip itu.”

“Tapi lama sangat, enam bulan!”

You juga yang mencadangkan untuk membuka satu lagi cawangan kita di sana. Jadi you bertanggungjawab mencari lokasi sesuai”

Aku kehilangan kata. Selepas keluar dari Green Hotel, aku terus pulang ke rumah. Jam menunjukkan pukul enam petang. Aku menghempaskan tubuhku ke atas tilam. Sedapnya tidur di kamar sendiri. Walaupun aku selalunya akan bermalam di hotel yang bertaraf antarabangsa tapi bagiku bilik kecil ini lebih dari segalanya. Lebih indah dari bilik-bilik hotel yang pernah aku kunjungi.

Aku termangu sendiri lalu mengeluh kecil, kalau dikira-kira sudah sepuluh tahun aku meninggalkan Malaysia. Macam-macam pekerjaan aku buat di sini sambil meneruskan usahaku untuk menggenggam ijazah. Selepas habis saja belajar, aku ditawarkan bekerja di sini. Dua tahun kemudian aku mendapat PHD, Beberapa tahun selepas itu mereka menjual sedikit saham Green Hotel. Dengan bantuan Mr Iskandar aku berjaya memiliki saham tersebut dan kini Alhamdulillah, berkat segala usaha dan kesabaran aku selama ini segala impian hampir menjadi kenyataan. Walaupun pada hakikatnya, aku tidak pernah mengimpikan untuk menjadi salah seorang pemilik Hotel yang cukup terkemuka di Australia.

Aku masih ingat ketika pertama kali aku dan Kak Ju menjejakkan kaki di sini. Masa itu, kami berdua masih lagi mentah dalam dunia yang begitu asing. Kami memulakan kerjaya sebagai tukang pembersih hotel. Macam-macam hotel yang pernah kami jejaki. Hampir seluruh pelusuk Australia kami merantau. Semuanya untuk menimba pengalaman dan mencari pendapatan sebelum aku diambil oleh Green Company. Masa itu, aku bertuah kerana aku ada Kak Ju. Dia yang banyak menolong aku disaat aku kesempitan wang. Maklumlah aku juga meneruskan pengajianku di sini dalam bidang hospitaliti. Sehinggalah Green Company menanggung semua yuran pengajianku. Bebanan yang kami berdua tanggung agak berkurangan. Pada masa itu barulah kami dapat rasa hasil titik peluh kami.

Argh..... sudah lama berlalu. Sekarang cerita yang lain aku harus hadapi. Aku mengetapkan bibir geram. Perlahan aku bangkit dari dudukku. Beg pakaian yang masih belum dibuka aku pandang sepi. Tak payah keluarkan apa-apa. Cuma beberapa helai baju lagi harus di tambah. Enam bulan cukup lama.

Ya Allah, kenapa ini yang engkau berikan…… aku mengeluh kecil berbagai rasa yang bermukim dalam hatiku. Kenapa Malaysia, bukankah banyak lagi tempat lain. Ada air jernih bergenang dikelopak mataku. Mungkin sudah sampai masanya, tiada jalan lagi yang tinggal. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.……..

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.