Home Novel Cinta Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Nurul Izah
12/9/2013 13:29:22
62,260
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 2

Sepanjang berada di dalam kapal terbang aku tidak tenang. Sesekali aku menjenguk keluar dari tingkap kapal terbang, hanya kepulan awan yang kelihatan. Aku cuba untuk memejamkan mata. Bermacam-macam gambaran datang menjenguk minda. Perjalanan ini terlalu lama kurasakan.

Tidak lama kemudian, ketua juruteruterbang mengumumkan bahawa kapal terbang akan mendarat. Aku kembali memandang kearah tingkap, jalur-jalur jalan raya dan deretan kereta mula kelihatan bagaikan semut. Deretan rumah kelihatan tersusun rapi. Jantungku berdegup laju. Akhirnya aku pulang ke tanah air.

Kapal terbang sudah mendarat di Kuala Lumpur International Airport atau nama singkatannya KLIA. Ketika menjejakkan kaki di KLIA, perasaanku berbaur resah. Pelbagai tanggapan yang mula bermain difikiranku ketika ini. Selepas mengira beg di dalam troli aku bergegas keluar menunggu pemandu seperti yang dijanjikan.

Hampir setengah jam berlalu, aku semakin gelisah. Mahu saja aku pulang semula ke Australia. Aku menolak troli ke sudut bangunan. Dalam kegelisahan, aku terpegun dengan keunikan KLIA. Tidak seperti dulu, kini Malaysia sudah semakin maju. Semasa aku meninggalkan Malaysia dulu, KLIA baru dalam perancangan. Sepuluh tahun berlalu, terasa bagaikan mimpi.

“Sorry, mam…Are you Mrs Amira binti Ismail”

Aku terkejut, memandang seorang lelaki yang hampir separuh abad itu tersenyum kepada ku

“Panggil je Amira” Aku tersenyum kecil. “Pakcik ke yang jemput saya” Lelaki itu mengangguk

“Saya minta maaf sebab terlambat. Tayar kereta pancit tadi, sudah lama ke Cik Amira menunggu?”

“Tak adalah sangat” Aku tersenyum kecil, cuba berkias agar dia tidak berkecil hati walhal tadinya aku juga sudah bersungut, menyumpah seranah.

Aku mengikut langkahnya menuju ke arah kereta Honda City berwarna hitam. Selepas memasukkan semua begku kedalam bonet kereta, lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Musa terus membukakan pintu dan mempelawa aku untuk duduk. Aku rasa serba salah. Tidak pernah dilayan mewah begini.

Pak cik Musa tersenyum kecil lalu menutup pintu kereta. Kereta meluncur laju merentasi lebuh raya. Asing rasanya. Tidak puas tengok kanan aku menoleh pula ke kiri. Rasa macam pelancong pula, lupa negara sendiri. Irama lagu yang berkumandang lembut di corong radio sungguh mengasyikkan. Baru hari ini aku mendengar lagu-lagu melayu. Selalunya aku hanya akan mendengar lagu melayu apabila tiba Hari Raya. Itupun kalau aku berkunjung ke Kedutaan Malaysia. Di rumah Mr Iskandar pun lebih kepada lagu-lagu barat. Maklumlah, anak-anaknya semua lahir di sana. Tidak pernah sekalipun dengar mereka bertutur dalam bahasa Malaysia.

Sudah hampir setengah jam aku duduk di dalam kereta. Aku biarkan saja Pak cik Musa memandu kereta, mahu bertanya terasa malu pula. Aku memerhati saja jalan yang asing bagiku. Kiri dan kanan kelihatan deretan bangunan besar yang pelbagai reka bentuk. Melihat bangunan yang tersergam indah, hampir terlupa aku di Malaysia. Begitu mengagumkan. Tidak hairan kalau Malaysia sentiasa menjadi bualan di Australia.

“Ini semua Pejabat Kerajaan. Green Hotel tak jauh dari sini”

Aku tersenyum. Mungkin Pak cik Musa melihat wajahku yang hairan dan sedikit bingung. Pejabat kerajaan pun cantik seperti hotel! Kereta itu membelok ke kiri kemudian berhenti dihadapan sebuah bangunan yang berbetuk seperti istana.

“Kita sudahpun sampai Cik Amira. Inilah Green Hotel.”

Aku tersenyum kecil, boleh tahan! Sebaik saja membuka pintu kereta, seorang lelaki datang menyambut kehadiran aku dengan senyuman.

Welcome Cik Amira. I am Johan. Saya minta maaf sebab biarkan Cik Amira menunggu lama. Tadi Pak cik Musa call kata tayar pancit. Really sorry

“Tak apa, benda nak jadi”. Huluran tangannya aku sambut dengan perasaan berat. Bukannya apa, di Australia mereka sudah tahu aku seorang muslim dengan melihat caraku berpakaian. Setiap pelanggan yang datang selalunya tidak akan menghulurkan tangannya. Kalau aku tidak sambut huluran tangan Johan, apa pula kata staf lain yang sudah pun berdiri di pintu lobi. Semasa memasuki lobi hotel aku sudah menjangkakan mereka sudah bersedia untuk menyambut kedatanganku.

Johan membawa aku kesekitar Green Hotel, walaupun sedikit penat aku turuti langkah Johan. Green Hotel dimajukan sendiri oleh Mr Iskandar sepuluh tahun dulu. Masa itu katanya dia pertaruhkan kariernya sendiri untuk membina Green Hotel di sini. Maklum sajalah ingin mengambil perhatian orang luar bukannya mudah apatah lagi seperti kami, dari Malaysia. Kini Green Hotel tidak asing lagi di seluruh dunia. Namanya cukup gah. Lagipun Mr Green peneraju utama Green Company adalah seorang yang cukup disegani dalam dunia perniagaan. Bukan hotel saja yang menjadi kebanggaan, tetapi beberapa perniagaan lain seperti pengangkutan dan perladangan.

Kepetahan Johan dalam berbahasa Inggeris sudah cukup untuk menunjukkan dia kelahiran luar negara. Pelatnya dalam berbahasa inggeris terlalu lancar, lebih baik dari aku. Ada kalanya aku akan jawab saja dalam bahasa Melayu, aku rasa lebih selesa. Setelah puas berjalan, dia mempelawa untuk makan tengah hari.

Johan membawa aku ke tingkat enam. Rose Cafe di tingkat enam ini dibina khas untuk pengunjung yang sukakan suasana tenang dan romantik. Dari tingkat tersebut kita boleh melihat pemandangan seluruh tasik Putrajaya. Begitu menakjubkan. Berkilauan seperti berlian disinar mentari. Baru saja kami melabuhkan punggung, seorang lelaki datang menyertai kami berdua..

“Cik Amira, ini Mr Wong. Mr Wong yang menguruskan segalanya di sini”

Seperti tadi, huluran tangan Mr Wong aku sambut dengan berat. Mungkin mereka merasakan aku sudah biasa dengan budaya itu di Australia.

Tengah hari itu kami bertiga menjamu selera sambil bertukar pendapat mengenai pasaran hotel di Malaysia. Johan juga ada menerangkan pendekatan yang diambil oleh mereka untuk membuat promosi di luar. Di Malaysia, pelanggan utama adalah orang luar yang datang berurusan dengan kerajaan. Baru-baru ini menteri luar dari negara Arab Saudi datang mengunjungi Perdana Menteri. Mereka dan para pembesar yang lain menyewa hampir separuh dari bilik yang ada. Adakalanya jabatan kerajaan juga menyewa disini untuk membuat persidangan. Selebihnya bergantung kepada sambutan yang selalu diadakan di Malaysia. Ramai pelancong yang datang menginap di sini kerana Putrajaya adalah salah satu destinasi perlancongan. Tambahan pula pelbagai acara menarik kerap kali diadakan di sini untuk menarik pelancong datang. Johan kata, baru-baru ini ada pesta bunga dan juga hias taman. Masa itu, Green Hotel menjadi pilihan utama orang yang datang dari jauh untuk menyaksikannya. Tidak sia-sia usaha Mr Iskandar membangunkan Green Hotel di sini.

I sudah aturkan temujanji Cik Amira dengan Akira Holding. Mereka salah satu syarikat hartanah terbesar di Malaysia. Sudah banyak projek di bawah Green Hotel yang memakai khidmatnya. Mereka profesional dan teliti dalam menjalankan sesuatu projek.” Mr Wong memberi penerangan. “ Kalau you tak kisah, I nak Johan temankan you selama you di sini. Sambil tu, I sebenarnya nak buat renovation di beberapa tempat. I nak minta pendapat you. Satu lagi, esok malam kebetulan kita nak mengadakan Dinner dengan beberapa orang ternama yang terlibat dengan Green Hotel. Sebenarnya, itu juga salah satu makan malam amal yang Mr Iskandar anjurkan untuk mengutip derma bagi tabung kemanusiaan. Kami mengadakan majlis itu dua tahun sekali. Sepenuhnya dianjurkan oleh Green Hotel yang dibiayai oleh Mr Iskandar sendiri.”

Aku terkejut. Tidak pernah lelaki itu bercerita mengenai majlis amal yang sudah banyak kali diadakan di sini.

“Kalau Cik Amira ada masa, nanti kita sama-sama bincangkan pasal renovation tu” Mr Wong menyambung lagi.Aku mengangkat kening. Tiada apa cacat celanya, semuanya diatur dengan baik dan begitu sempurna. Tidak lama kemudian datang seorang pelayan menghidangkan pencuci mulut. Sebaik saja pelayan itu beredar, Mr Wong menyambung kata-katanya.

“You are someone, Green Hotel is yours…… I want to know anything else…or you want to change”

“Ish…Mr Wong ni. Saya datang pun kerja juga. Jawatan saya lagi rendah dari Mr Wong. I ni Cuma ‘kerani’ aje. Macam Johan juga”

“Kalau macam saya, takkanlah Green Hotel sanggup hantar Cik Amira ke sini..... Negara kita seharusnya bangga kerana ada seorang rakyatnya sedang mencipta nama di luar sana. Saya kagum dengan kebolehan Cik Amira”

“Hmmm... itu semua tak seberapa Encik Johan, Mr Wong... banyak lagi yang saya tak tahu dan perlu belajar dari kalian berdua. Share yang mereka bagi bukanlah besar sangat kalau nak dibanding dengan Share yang ada pada Mr Iskandar.”

Mr Wong tergelak kecil.”Tak banyak pun…tapi lebih dari gaji I sekarang.”

Aku turut ketawa dengan gurauan Mr Wong. Memang tidak dinafikan. Saham yang ada dikira dalam US dollar. Pastilah banyak kalau dibandingkan dengan mata wang Ringgit. Aku boleh menerima puluhan ribu ringgit bahkan pernah hampir mencecah ratusan ribu apabila Green Hotel mencatat keuntungan yang besar. Aku tidak pernah ambil tahu semua itu. Aku hanya tahu untuk bekerja dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

I respect dengan you Cik Amira. Lama di sana, tapi masih fasih bahasa Malaysia. Masa mula-mula I tahu you yang nak datang, I terkejut besar. Tak sangka pula ada orang Melayu di sana selain Mr Iskandar. I pun kurang mendegar cerita pasal you dari Mr Iskandar. Tapi kenapa baru ni you datang, bukankah you sudah lama dengan Green Hotel?” Johan menyambung perbualan.

“Saya biasanya buat di London atau di Paris. Tapi saya jarang nak keluar sangat, saya lebih selesa berada di pejabat. Saya ni tetap orang Melayu. duduk lama di sana pun tak boleh berubah juga kulit ni. dah namanya keturunan Melayu.” Aku tersenyum diikuti ketawa Johan dan Mr Wong.

Selepas makan mereka menunjukkan ruang pejabat dan juga bilik tempat aku memulakan tugas nanti. Kemudian mereka menghantar aku menuju ke bilik hotel. Sudah menjadi kebiasaannya kami yang bertugas di luar akan tinggal di hotel. Hanya bezanya kami akan diberikan hotel tak ubah seperti apartment. Jadi rasa seperti tinggal di dalam rumah.

Esok aku harus bersedia dengan draft perancangan yang akan dibentangkan dalam mesyuarat bersama Akira Holding. Mengingat akan hal tersebut, tiba-tiba hatiku berdetik. Aku lupa bertanyakan wakil yang akan menemui kami esok. Sekurang-kurangnya aku harus tahu latar belakang syarikat tersebut sebelum duduk semeja esok. Petang ini rasanya aku harus mencari dalam internet serba sedikit berkenaan Akira Holding. Hmmm... cantik nama tu, Akira... Amira... Akira.... Amira... aku ketawa kecil.

Jam sudah menunjukkan pukul enam petang, aku masih menatap skrin komputer. Akira Holding salah satu syarikat yang menguasai bursa saham. Penglibatannya dalam perniagaan hartanah cukup memberi impak kepada negara. Kebanyakannya hampir 60% hartanah di Malaysia di bawah kelolaannya. Aku cuba mencari organisasi di syarikat tersebut. Hmmm... Dato' Mahmud, peneraju utama Akira Holding. Menetap di London dan syarikat ini adalah syarikat keluarga yang pemegang sahamnya terdiri daripada adik beradiknya sendiri. Di Malaysia, anaknya yang menguruskan syarikat tersebut untung jadi anak orang kaya ni, dilahirkan dengan limpahan harta. Habis belajar sudah ada kerja yang menanti. Tidak seperti aku yang harus bermula dari bawah, pernah menjadi pelarian sebelum mendapat taraf penduduk tetap di sana.

Komputer riba di tanganku ku tutup. Terasa letih seluruh badan. Aku merenung beg di sudut bilik, malas rasanya mahu mengemas. Aku merebahkan badanku di atas tilam, Ya Allah penatnya. Jam di pergelangan tangan aku renung sejenak. Nasib baik mereka melepaskan aku akhirnya, sekurang-kurangnya aku boleh berehat seketika sebelum malam semakin hampir. Baru saja menutup rapat kelopak mataku telefon bimbit disisku berbunyi. Aku mengeluh kecil.

“Hei! Apasal balik tak cakap dengan akak. Akak rasa macam mimpi masa dapat mesej dari Mira tadi. Akak ingat bergurau. Lepas akak cornfirmkan dengan Green Hotel, baru akak percaya Mira sudah balik sini.”

Hilang rasa mengantuk yang tadinya meluap-luap. Suara Kak Ju jelas di talian. Aku dapat melihat riak wajahnya ketika ini walaupun dia tidak berada di depan mata. Aku tersenyum kecil. Rindu datang menerpa. Sudah hampir tiga tahun aku tidak bertemu dengannya. Kesibukannya dengan butik yang baru berkembang menyebabkan dia jarang menjenguk aku di Australia.

“Kak, bagilah salam dulu. Mira baru nak call akak.” Aku cuba menipu dia, sedangkan aku sebenarnya sudah lupa untuk menghubunginya semula. Semasa sampai saja di KLIA, aku cuba menghubungi dia, tapi tiada jawapan. Lantas aku terus saja menghantar pesanan ringkas sambil menunggu Pakcik Musa datang.

Aku memberi alasan, entah kenapa kali ini aku terlupa untuk menghubunginya dulu sedangkan aku pernah berjanji dialah insan pertama yang akan aku hubungi seandainya hatiku tergerak untuk pulang.

“Mira tak sangka pula ke sini. baru semalam Mira dapat surat. Kelam kabut sikit, lupa pula nak call akak”

“Mira di mana ni, ada tempat tinggal ke?”

Mira, di hotel” Aku mula mendengar leterannya. Sah…… Kak Ju dah marah. Tidak berapa lama aku dengar Kak Ju menyatakan hasratnya untuk datang menjemput aku. Aku kehilangan kata, aku dengar telefon sudah dimatikan.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.