Home Novel Cinta SEINDAH HADIRNYA CINTA
SEINDAH HADIRNYA CINTA
AYUMA UMAIRAH
13/2/2017 15:43:32
18,891
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23

Bab 23

Kereta Proton Saga mula diparkingkan di bawah garaj, dia keluarlalu melangkah ke pintu belakang, plastik yang berisi barang-barang basah muladikeluarkan. Dia melangkah ke beranda dan terus masuk ke dapur dengan plastik penuhdi tangan. Farah yang sedang berehat di buaian hanya memerhati sahaja, tiadatanda-tanda hendak menolong.

            Sarahmuncul kembali setelah menyimpan semua barang basah itu di dalam peti ais, diaduduk di sebelah Farah. Matanya memerhati ke arah Khaliesya yang sedangmembelai Boboy di kaki lima.

            “TadiKak Jannah datang.” Farah mula bersuara.

            “Dahjumpa tadi dekat restoran.” Sarah menjawab lemah.

            “Farahnak bawa Esya jalan-jalan kejap.” Farah bangun, melangkah turun dari beranda.

            “Nakpergi mana?”

            “Round kampung je, naik motor.” Farahsengih, sudah lama dia tidak menjalankan kegiatan di waktu petangnya itu.

            “Pergikejap je, elok-elok bawa Esya tu, jangan laju sangat.” Sarah memberiperingatan. Tahu benar macam mana adiknya naik motor.

            “Okay, jom Esya, kita naik motor.” Farahmula melangkah ke arah motor yang sudah tersadai di tepi tangga, sudahdipanaskan enjinnya tadi.

            “Jom,bawa Boboy boleh?” Khaliesya bertanya lurus.

            “Takboleh, Boboy takut naik motor.” Motor Honda EX5 mula dihidupkan.

            Khaliesyamelangkah ke arah Farah lalu memanjat di bahagian belakang motor.

            “Dahsedia?” Farah bertanya girang.

            “Dah,jom.” Khaliesya senyum lebar, kalau dahulu pasti atuknya akan membawanyamenaiki motor pada waktu petang, pergi ke kedai untuk membeli gula-gula danaiskrim untuknya.

 

Takbir raya mula bergema di kaca TV,menandakan hari esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha.Sarah mula lincah di dapur, menyiapkan hidangan untuk mereka semua di pagiraya, rendang mula dimasak seperti yang diajar oleh ibunya, resepi juga sudahtertera di atas kertas. Semua hidangan perlu disiapkan malam itu juga, esoknyatinggal panaskan sahaja.

            Kalauibunya ada pasti dia hanya jadi pembantu, tolong kupas bawang dan memerhatisahaja sambil bercerita itu dan ini. Tetapi raya tahun ini hanya dia di dapur,adiknya ditugaskan untuk menggosok baju mereka untuk dipakai di pagi raya.Barulah adil, lagipun Farah bukannya boleh diharap sangat menolong di dapur.

            Setelahberpuas hati dengan rasa masakannya, api mula ditutup. Dia senyum sendiri,akhirnya menjadi juga rendang ayamnya. Bungkusan Nasi Impit Adabi dikeluarkan,kejap lagi dia akan merebus nasi impit pula, untuk dimakan bersama rendangnyaitu.

            Sarahmelangkah ke ruang rehat, nasi impit dibiarkan di atas dapur, kakinyamenghampiri Khaliesya yang asyik dengan buku warna barunya yang dibeli olehFarah di kedai runcit siang tadi semasa mereka berjalan-jalan sekelilingkampung.

            “Esyabuat apa tu?” Sarah duduk di sebelah Khaliesya.

            “Warnala mama.”

            “O….ni kenapa comot ni, warna la betul-betul.” Sarah menegur, jarinya mulamenunjukkan kearah buku warna yang sudah separuh siap diwarna.

            “Takcantik ke mama?” Khaliesya bertanya lurus.

            “Kalaunak cantik kena warna betul-betul, yang macam ni tak nak la, tak cantik.”

            “Okay mama.” Khaliesya menerima tegurandengan senyuman, kerjanya kini dibuat dengan lebih teliti, biar semakin cantik.

            “KakSarah, dah masak ke rendang?” Farah muncul dengan baju yang sudah rapi digosok.

            “Dah,nasi impit je belum, kejap lagi masak la tu.”

            “Yay…kejap lagi boleh makan.” Farah melangkah ke biliknya, baju kurung cottonnya disangkut di dinding lalu diamelangkah keluar semula. Ada dua lagi baju yang dia perlu gosok, iaitu bajukakaknya dan juga baju Khaliesya.

            Sarahbangun dari duduknya, melangkah ke dapur, ingin melihat nasi impitnya di atasdapur, sudah masak atau pun belum, tetapi kalau mengikut pengiraannya, nasi impititu sudah masak, sudah 15 minit direbusnya.

            Sarahmula melangkah ke kabinet, semua bekas-bekas kaca yang akan digunakan esokdikeluarkan lalu dibawa ke singki. Walaupun ibu dan ayahnya tiada, persiapanraya tetap dibuat seperti yang pernah dibuat oleh ibunya.

 

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AYUMA UMAIRAH