Home Novel Cinta SEINDAH HADIRNYA CINTA
SEINDAH HADIRNYA CINTA
AYUMA UMAIRAH
13/2/2017 15:43:32
18,899
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

Bab 24

Khalil duduk berteleku di atassejadahnya, mulutnya terkumat-kamit dari tadi, berselawat ke atas junjunganbesar Nabi Muhammad S.A.W. Sudah setengah jam dia begitu, masih tiadatanda-tanda yang dia mahu bangun. Matanya ditutup rapat, bayangan yang sentiasaada diruang mindanya muncul lagi, tersenyum kearahnya seperti selalu.

            Syahirah,kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga ini bersamamu, hilang arah tetapidigagahi jua untuk meneruskan hidup. Demi mamanya, dia cuba menerima Sally tetapitidak mungkin dia bisa, setiap pelusuk hatinya sudah diisi dengan nama Syahirahdan sedikit pun tidak pernah berubah. Ya, tiada tempat untuk Sally.

            Jamdi dinding dipandang sekilas, sudah pukul tujuh pagi. Di pagi hari raya yangmulia itu tangannya diangkat ke paras dada, memohan agar Tuhan jagakan Syahirahuntuknya, walau di mana dia berada, bahagiakanlah dirinya, hanya itu doanya.

            Diabangun, sejadah disangkut di penyidai, songkoknya ditanggalkan lalu diletakkandi sisi katilnya. Dia duduk di situ, baju melayunya yang siap digosok oleh KakLela dipandang sepi. Hari raya korban bagaikan tiada apa-apa pengertian untukkeluarganya, mamanya sudah keluar negara bersama Sally semalam, Insyirah jugadibawa bersama, ada hal perniagaan katanya. Adik-adiknya yang lain juga tiada,Irdina dirumahnya, mungkin beraya di kampung suaminya. Ishraf pula entah kemana, dia tidak pernah ingin bertanya, entahlah, adiknya itu terlalu pendiamdan dia juga tidak pernah cuba untuk memulakan perbualan.

            Diamelangkah ke pintu, dibuka dan dia mula keluar. Anak tangga mula dituruni danterus ke dapur.

            “KakLela, tak balik kampung ke?” Khalil menegur ramah, dia turun untuk menyiapkansarapan pagi tetapi nampaknya semua sudah tersedia di atas meja.

            “Kejaplagi Kak Lela balik, selepas solat sunat hari raya, lagipun dekat je kampungKak Lela.” Lela menjawab ramah, dia sengaja mengambil keputusan untuk pulangsekejap lagi. Kalau dari semalam dia pergi, siapa yang akan menguruskan makanminum tuannya itu, kesian nanti.

            Khalilmengangguk, dia keluar semula, memanjat tangga untuk ke biliknya, bersiap untukke masjid nanti untuk menunaikan solat sunat hari raya. Lagipun dia belumlapar, lebih baik makan selepas solat sunat Aidil Adha.

            “Khalil,tak nak pergi masjid ke?” Dato Anuar menegur, dia sudah siap berbaju melayu danberkain pelikat, bersahaja sungguh pakaiannya.

            “Nak,nak pergi tukar baju kejap.”

            “Papatunggu dekat bawah.” Dato Anuar melangkah turun ke ruang tamu, duduk di sofasambil menunggu anaknya itu.

            Khalilterus ke bilik, baju melayu yang tersangkut mula dicapai. Baju melayu yangsudah tersarung di badannya dibetulkan sedikit. Songkoknya dicapai laludipakaikan di kepalanya. Beberapa minit kemudian dia keluar semula daribiliknya dan terus mendapatkan papanya.

            Tahunini hanya dia dan papanya sahaja menjalankan ibadah korban. Mereka akan pergike masjid semula pukul sebelas pagi nanti untuk melaksanakan ibadah itu. Merekasudah mengamanahkan pihak pengurusan masjid untuk mengagihkan daging korbannanti.

 

Khaliesya melangkah laju ke arah sofa,telekung yang dipakainya dibuka dan diletakkan di situ. Dia melangkah semula kepintu, kakinya laju menuruni anak tangga, ingin melihat lembu peliharaan MakEsah yang akan disembelih nanti.

            “Esya,tak nak makan dulu ke?” Sarah bersuara apabila Esya mula melepasinya yang masihberdiri di tangga, sedang berbual-bual dengan anak sulung Mak Esah.

            “Taknak, Esya nak pergi tengok lembu.” Esya melangkah ke rumah Mak Esah.

            “BudakEsya ni, makan pun belum lagi tu.” Sarah membebel geram.

            “Takpela Kak Sarah, makan je dekat rumah Abang Long.” Shakir senyum, walaupun umurnyamuda daripada Sarah tetapi dia tetap membahasakan dirinya Abang Long, sudahterbiasa dari kecil lagi.

            “SusahkanMak Esah je nanti, nak melayan tetamu lagi.”

            “Taksusah la Kak Sarah, Khaliesya tu bukannya nakal pun.” Shakir mencelah laju.

            Sarahsenyum, sudah tiada kata-kata untuk membalas. Keluarga sepupunya itu memangbaik hati, menerima kehadiran Khaliesya seadanya.

            “AbangLong balik dulu la, nak pergi melayan Khaliesya.” Syakir senyum, dia mulamembuka langkah.

            “Taknak beraya rumah Kak Sarah dulu ke?”

            “Kejaplagi la, bukan jauh pun, sebelah rumah je.” Syakir pergi setelah meminta izin,pintu dapur rumahnya dihampiri.

            Sarahjuga turut melangkah, tangga rumahnya didaki sehingga tiba di beranda. Langkahkakinya kaku disitu seketika, dia berpaling apabila ada motor yang berhenti ditangga rumahnya. Senyuman yang diberi oleh pemilik motor itu dibalas dengansenyuman, tetamu yang datang perlu dirai.

            “AssalamualaikumSarah.” Syawal  yang lengkap berbajumelayu menyapa ceria.

            “Waalaikummussalam.”Sarah menjawab ramah.

            “Taknak jemput aku naik ke?” Syawal yang masih berdiri di tangga bertanya selamba.

            “Naikjelah, macam tak biasa datang sini.” Sarah tayang muka tidak bersalah.

            Syawalsenyum, dia mula melangkah naik.

            Mejamakan di ruang tamu yang sudah tersedia hidangan untuk tetamu dihampiri, diamula menjemput sepupunya itu makan.

            “La….AbangAwal ke, ingatkan siapa yang datang tadi.” Farah yang muncul dari ruang rehatmenegur ceria, dia mula mengambil tempat di sisi kakaknya, ingin menjamu selerabersama-sama.

            “AbangAwal datang seorang ke? Tak bawa girlfriend?”Farah bertanya dengan nada selamba, nasi impit mula diletakkan di dalampinggannya bersama rendang ayam.

            “Girlfriend?” Syawal tayang muka tidakfaham.

            “Yalah,tak kan takde girlfriend?” Farahmasih dengan soalannya.

            Syawalsenyum, sudu dibawa ke mulut lagi, membiarkan soalan Farah itu tergantung tanpajawapan.

            “O…rahsia ek, takpe.” Farah tayang muka suspens, nampaknya kakaknya dan Abang Awaltidak mahu memberitahunya, siapalah gadis itu kan.

            “KakJannah tak datang ke kak?” Farah bersuara lagi, bosan rasanya bila makan tanpa kedengaransuara.

            “Entahlah,kejap lagi kut.” Sarah menjawab lambat, selalunya Jannah akan menjadi tetamunyayang terawal sampai. Tetapi lain pula hari ini, kelibatnya masih tidakkelihatan walaupun jam sudah menunjukkan pukul sepuluh suku pagi.

            Sarahmencapai gelasnya, air oren yang dibancuhnya pagi tadi diteguk sopan. Masihmarahkah Jannah kepadanya kerana hal semalam. Dia memang sudah dapat mengagak,pasti Jannah sudah salah faham, perlakuan dengan Syawal semalam sudah disalahtafsirkan oleh kawan baiknya itu. Over sangatke aku semalam?

            “Sedapla rendang kau ni Sarah, pandai juga kau masak.” Syawal memuji, makanannyadipinggan mulai licin.

            “Memangla pandai, kau je yang tak tahu.” Sarah senyum, mula bangga dengan dirisendiri.

            “Sedapkan Abang Awal, bertuah siapa yang dapat kahwin dengan Kak Sarah.” Farahmencelah, memuji dan cuba menjual saham kakaknya itu.

            Sarahtergelak mendengar pujian adiknya, sempat lagi nak buat promosi.

            “TapiKak Sarah ni belum ada boyfriend la,Abang Awal tolong la carikan.” Farah menambah lagi.

            “Yake takde?” Syawal senyum.

            “Yalah,Farah tahu la, kalau orang yang sedang bercinta lain gayanya, asyik dengantelefon je, malam-malam mesti nak berborak manja dekat telefon, tapi Kak Sarahtakde pun macam tu, mesti belum adaboyfriend la kan.” Farah membuat kesimpulan.

            “Amboi,pandai je kan.” Sarah mula mengangkat tangan kirinya, lengan kanan adiknya mulamenjadi mangsa cubitan geramnya.

            “Aduh,sakit la.” Farah merengek kesakitan, mulutnya mula riuh membebel, tidak puashati dengan tindakan kakaknya itu.

            Syawalketawa, geli hati dengan perangai dua beradik itu.

            “Padanmuka, lain kali cakap la lagi.” Sarah sengih, muka masam adiknya dipandangsekilas, makanan di pinggan cuba dihabiskan.

            Syawalmelangkah turun ke dapur bersama pinggannya, walaupun sudah dihalang oleh Sarahsupaya tinggalkan sahaja pinggannya dimeja tetapi dia tetap berkeras, pinggantetap dibawa ke singki untuk dibasuh.

            “Akubalik dulu la, kejap lagi nak tolong abah aku pula.” Tisu dicapai, tangannyayang basah mulai dilap.

            “Bertuahla girlfriend Abang Awal, pingganbasuh sendiri, pandai masak pula tu.” Farah bersuara lagi, kali ini dia memujiSyawal pula.

            “Memangla bertuah.” Syawal senyum, jawapan yang agak berlagak membuatkan Farah danSarah ketawa serentak.

            Syawalturut ketawa, dia mula melangkah ke pintu. Sarah turut bangun, ingin menghantartetamunya itu sampai ke beranda. Apabila kelibat motosikal Syawal sudah jauh,dia mula masuk kembali, duduk semula di kerusinya tadi.

 

Sarah melipat telekungnya laludiletakkan di atas sejadah yang sudah terlipat rapi di atas katil. Rambutnyayang lepas dirapikan, dia melangkah ke ruang tamu, mencari kelibat Khaliesya.Seharian si comel itu tidak kelihatan, asyik hilang sahaja. Dari pagi bermaindi rumah Nek Esahnya, maklumlah ramai tetamu yang datang.

            Tengahhari tadi dia juga telah ke sana bersama Farah, beraya dengan Mak Esah dantetamu yang datang. Khusyuk benar Khaliesya memerhati upacara menyembelihlembu, diajak pulang pun tidak diendahkan.

            Jamdi dinding direnung gelisah, sudah pukul lima empat puluh minit petang. Bilakelibat Khaliesya tiada di ruang tamu, dia melangkah turun ke ruang rehat danterus ke beranda. Sarah senyum, di sini rupanya Khaliesya.

            Khaliesyayang duduk di buaian diperhati, sudah lupakah Khaliesya tentang hal semalam.Kalau dia lupa patutkah aku mengingatkannya. Sarah diam, gelisah untuk membukamulut, takut nanti Ishraf menunggu mereka.

            “Kenapamama?” Khaliesya bersuara, patung Barbie yangberada di dalam dakapannya didodoilembut, ala-ala ibu mendodoi anaknya tidur.

            “Hmm….Asyu mana?” Sarah melangkah ke arah buaian dan duduk di situ.

            “Tu…dekat sana.” Khaliesya menjuihkan bibirnya, menunjukkan di mana Farah berada.

            Sarahmenoleh ke arah yang ditunjukkan, kelihatan Farah sedang berbual-bual dengansepupu-sepupunya di depan rumah Mak Esah.

            Sarahsenyum, rambut Khaliesya yang diikat satu itu dibelai.

            “Esya,Esya ingat tak uncle semalam?” Sarahmembuka bicara, cuba memanggil ingatan Khaliesya.

            “Uncle mana?” Khaliesya bertanya lurus,mukanya menoleh memandang Sarah, menunggu jawapan.

            “Uncle yang Esya tengok kapal terbangsama-sama semalam.” Sarah mula berterus-terang,moga-moga Khaliesyamengingatinya.


Previous: Bab 23
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AYUMA UMAIRAH