Bab 21
Dato Heliza mula melangkah ke pentassetelah namanya sebagai Pemilik dan Pengarah Urusan Syarikat Heliza Heart and Beautydipanggil oleh pengacara majlis untuk memberi ucapan dan merasmikan produkterbarunya. Dato Heliza melangkah megah, tangga pentas didaki dan terusmelangkah ke arah mikrofon.
Ucapanmula diberi, perihal produk barunya mula diwarwarkan kepada hadirin yang ada didewan itu. Ucapan yang mengambil masa selama dua puluh minit itu diakhiridengan tepukan gemuruh olah para hadirin. Siapa yang tidak kenal syarikatnya,bahkan artis popular pun menggunakan produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya itu,namanya memang gah dalam bidang kecantikan.
DatoHeliza mula ke tengah pentas, kotakseakan ketulan ais besar mula ditolak ke tengah pentas. Tungkul ringan yangdihulurkan oleh petugas pentas diambil dengan senyuman, dengan megah diamengetuk kotak lutsinar itu, dan apabila ia mula pecah, cahaya biru laut mulakeluar dan produk barunya yang ada di dalam kotak itu mula naik keatas, lampudewan mula malap dan yang hanya kelihatan adalah produk barunya itu.
Tepukangemuruh kedengaran lagi, masing-masing makin teruja untuk mencubanya. Kini namaSally mula dipanggil selaku model produk terbaru itu, dia melangkah keluar daribelakang pentas, dengan ala-ala model, produk itu diambil lalu dia berjalan,mula-mula ke kanan dan kiri pentas, lalu dia turun, berjalan di atas karpetmerah yang disediakan.
Semuakamera mula terarah kepadanya, gambar diambil dengan pelbagai gaya yangditunjukkan bersama produk ditangan. Dia melangkah naik ke pentas semula,produk mula diletakkan di tempat asal. Dia tersenyum bangga, selepas ni mungkinorang ramai akan mengenalinya.
DatoHeliza turut tersenyum, bangga dengan pencapaian syarikatnya. Mereka turun danbersalam dengan semua hadirin, masing-masing mengucapkan tahniah kepadanya.Satu persatu meja dia pergi untuk bersalam, menunjukkan kemesraan kepada semuayang hadir, maklumlah, semua itu adalah strategi yang akan melariskanproduknya.
Semuahadirin kembali ke meja masing-masing, ada yang menyambung menjamah hidanganyang ada, ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pengasas Heliza Heart and Beauty iaitu Dato Heliza danstesen TV juga berebut-rebut untuk menemuramahnya.
Sallyjuga berjaya mencuri tumpuan, beberapa stesen TV turut menemuramahnya, bertanyakantentang bagaimana dia menjaga kecantikan dan perasaannya apabila dilantiksebagai duta untuk produk tersebut.
Setelahsiap bergambar dan ditemuramah, Sally kembali ke mejanya, dia duduk lalumemeluk erat lengan suaminya dengan senyuman bahagia, lensa kamera mulatertumpu kepadanya, gambar-gambar dia dan suaminya mula dirakam.
Khalilmula rimas, lengannya ditarik, lalu dia bangun. Blazernya dibutangkan, diaberlalu meninggalkan Sally dengan muka tidak bersalah, terus melangkah ke luardewan.
Sallymula mengacip gigi, geram dengan tindakan suaminya di depan para wartawan. Senyumanmasih dihulurkan tetapi dalam hatinya hanya dia saja yang tahu, betapa panasnyahatinya saat itu. Dia mencapai gelas yang berisi air masak, diminum perlahan, cubamenenangkan hatinya.
Kurangajar kau Khalil, kau tinggalkan aku di depan wartawan. Kau ingat aku teringinsangat ke nak bermesra dengan kau, dasar lelaki tak guna. Sally mendengusgeram. Empat tahun lebih usia perkahwinannya tetapi sikapKhalil kepadanya tidakberubah, selalu dingin, mungkin suaminya itu masih teringatkan isteripertamanya.
Siperempuan bodoh itu, hebat sangat ke dia sampai susah sangat kau nak lupakandia. Wajah Syahirah mula terbayang di ruang matanya. Setelah perempuan itupergi dari hidup Khalil, dia yang ada untuk lelaki itu, kononnya dia yang hadirdisaat Khalil ditinggalkan sang isteri. Dia rela ke rumah Khalil setiap hari,kononnya untuk memastikan lelaki itu sihat.Dan dia juga pernah menjawabpanggilan telefon dari Syahirah ketika dia pergi melawat Khalil, disaat itumama Khalil datang bersamanya. Dikatakan kepada Syahirah bahawa Khalil adadirumahnya dan dia sedang mandi. Satu penipuan yang sengaja dia lakukan. Diatersenyum bangga apabila Syahirah memutuskan panggilan telefon dengan serta-merta.
“Sally,kenapa?” Dato Heliza menegur menantunya yang duduk membeku di meja seorangdiri.
Sallymula kembali ke alam nyata, wajah Syahirah kini berganti dengan wajah DatoHeliza. Dia senyum, mula mencari alasan.
“Sallypenat sikit, itu yang duduk sekejap.” Sally membetulkan duduknya.
“Khalilmana?” Dato Heliza bertanya apabila anaknya tidak kelihatan.
“Diapergi toilet.”
DatoHeliza angguk, dia memerhati sekeliling dewan, anaknya Irdina sedang sibukberbicara dengan tetamu yang hadir, bersama produk ditangan, mengambilkesempatan untuk mempromosikan produk tersebut. Insyirah juga ada di sebelahkakaknya itu.
Jamditangan direnung, dari awal majlis lagi dia menunggu, nampaknya anaknya yangseorang lagi memang degil. Sudah beberapa kali diingatkan, baju juga sudah siapditempah, tetapi batang hidung Ishraf pun dia tidak nampak. Dia mula geram tetapicuba dikawal.
DatoHeliza melangkah ke sudut dewan, disitu ada seseorang yang duduk bersama denganhadirin yang lain, senyuman diukir mesra.
“Lisa,macam mana dengan produk baru auntie,Lisa suka?” Dato Heliza duduk di sisi gadis itu.
“Okay, Lisa suka sangat, tak sabar Lisanak cuba, nanti kulit Lisa mesti gebu macam auntie.”Nellisa menjawab dengan gaya manjanya.
“Lisamesti cuba, produk ni adalah the bestproduk yang auntie hasilkan, rugikalau tak cuba.” Dato Heliza senyum, jam tangan dipandang lagi.
“Auntie, mana anak auntie ni, tak sampai lagi ke?” Nellisa bertanya manja, sudahbeberapa kali Dato Heliza menceritakan perihal anak lelakinya yang dikatakanmasih solo, ingin diperkenalkan kepada Nellisa malam ini.
“Kejaplagi sampai la tu, Lisa jangan risau. Mummy Lisa mana?” Dato Heliza mengubahtopik, hatinya kuat mengatakan anaknya itu tidak akan muncul.
“Tudekat sana, berbual dengan kawan-kawan dia.” Nellisa menjawab sambil tangannyadiarahkan kepada sekumpulan Datin dan Puan Sri yang sedang bersembang.
“Lisaduduk la dulu, auntie pergi jumpamummy Lisa kejap.” Dato Heliza bangun, dia melangkah ke arah yang ditunjukkantadi.
Nellisasenyum manja, rambutnya yang cantik beralun diusap manja. Dia sebenarnya mulabosan menunggu. Susah betul nak bertemu dengan anak lelaki Dato Heliza, sudahbeberapa kali dia menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Dato Heliza, tetapisekali pun dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu. Itu yang membuatkan diasemakin tidak sabar ingin bertemu.
Sallybangun dari duduknya, lebih baik dia pergi berbual-bual dengan tetamu yang ada,lagi bagus daripada dia duduk seorang diri di situ. Suaminya juga sudah tidakmuncul-muncul, ke mana dia pergi. Ah, macam aku kisah sangat, suka hati dia la nakpergi mana.
Sarah baring di sofa panjang, tangannyamemegang handphone, sedang melayarilaman sosial Instagram melihat gambar-gambar yang dimuat naik oleh kenalan yangsudah tidak lama berjumpa. Sarah senyum, kebanyakan kawan-kawannya sudahberumah tangga dan ada sesetengahnya sudah mempunyai cahaya mata yang comel.
Diabila lagi? Entah? Tidak pernah difikirkan. Lelaki yang cuba berkenalandengannya dilayan sebagai kawan sahaja, malas untuk memberi harapan, belumberjumpa dengan yang dapat menawan hati kut.
“Asyunak makan apa?” Suara Khaliesya membuatkan dia menoleh ke arah si comel itu.
“Asyunak makan Nasi Goreng Cina.” Farah menjawab gaya ala-ala berfikir.
“Okay, kejap lagi Esya hantar.”
Khaliesyamula beraksi, mainan masak-masak yang lengkap dengan dapur gas tersusun di atastikar. Dia mula memasak, siap dengan bunyi lagi. Aksinya ala-ala tukang masak,pinggan dicapai, nasi yang sudah digoreng dihidangkan kepada Asyunya.
“Dahsiap, makan la.”
“Mananyanasi, takde pun.” Farah mengusik, pinggan plastik mainan bersama sududiperhatikan dengan muka tidak puas hati.
“Asyuni, tipu-tipu jelah, bukan masak betul-betul.” Khaliesya menjawab laju.
“Tipu-tipuek, okayAsyu makan.” Sudu muladisuakan ke bibirnya.
“Hmmm….sedapnya Esya masak.” Farah memuji.
“Naklagi tak?” Khaliesya bertanya girang.
“Nak.”Farah bersuara separuh ketawa, geli hati bila dah tua tetapi kena melayan anakbuah main masak-masak.
Sarahturut senyum, kalau tiada Farah pasti dirinya yang menjadi mangsa. KalauKhaliesya nak main masak-masak, dia kena jadi tukang makan, kalau Khaliesya nakjadi doktor, dia kena jadi pesakit.
Matanyaberalih ke arah telefon S4nya semula, laman sosial Instagram dilayari lagi.Gambar Khaliesya yang ditangkap semasa di KLIA2 tadi yang berlatar belakangkankapal terbang Air Asia mula dimuat naik.
Dato Heliza melangkah masuk denganbebelan di bibir. Masuk je ke dalam kereta, kemarahannya mula dihamburkan. DatoAnuar yang duduk di sebelah hanya diam membisu, malas untuk bersuara.
“Lela,Ishraf mana?” Dato Heliza masih dengan amarahnya.
“Ishrafada dekat bilik Dato.” Lela mula kecut perut, dia baru sahaja ingin masuk kebilik tidur, alih-alih namanya dipanggil oleh majikannya itu.
DatoHeliza melangkah naik, menuju ke bilik anaknya. Sally dan Khalil yang barusahaja sampai turut terkejut dengan perubahan mendadak mamanya itu.
“Sudahla tu, Ishraf dah tidur.” Dato Anuar menarik tangan isterinya.
DatoHeliza tidak jadi naik ke atas, dia duduk di kerusi berdekatan tangga, cubauntuk bertenang.
Sallysenyum, malas nak melayan drama anak-beranak yang tidak habis-habis, diamelangkah naik dengan muka tidak bersalah. Lebih baik dia tidur, lagi bagus.
Khalilduduk di sofa, dia tidak naik bersama isterinya, lagipun dia masih tidakmengantuk.
“Gerambetul hati I, dia kan dah janji nakpergi, you tengok la anak you tu.” Dato Heliza bersuara lagi, kaliini lebih tenang.
“Diatak pernah berjanji pun nak pergi, youyang beria-ria, lagipun dia kan kerja tadi, mungkin dia penat.” Dato Anuar pulabersuara.
Insyirahyang baru sampai dihantar oleh kakaknya mula pelik, kenapa pula dengan mamanyaitu, tadi elok je.
“Sudahla tu, pergi tukar baju, ambil wuduk, lepas tu pergi solat, biar tenang sikithati you tu, kalau you marah-marah pun Ishraf tak akan ikutcakap awak, biarlah dia hidup dengan pilihan dia, asalkan dia bahagia.” DatoAnuar mula berceramah panjang.
DatoHeliza bangun, betul kata suaminya itu, kalau dia marah-marah pun tidak mengubahapa-apa. Anak lelakinya itu akan tetap dengan kedegilannya. Kakinya mulamelangkah, menuju ke bilik tidurnya.
DatoAnuar duduk di sisi Khalil, melepaskan keluhan berat. Insyirah juga duduk disitu, kalau mamanya marah-marah pasti berkaitan dengan Abang Ish, ni mestisebab Abang Ish tidak datang ke majlis itu tadi.
Merekabertiga diam tanpa kata, duduk seolah-olah di dalam dunia masing-masing. DatoAnuar diam berfikir, sampai bila isterinya perlu melayan Ishraf begitu, sampaibila Ishraf akan bertahan, dia risau kalau anaknya itu mengambil keputusanuntuk keluar dari rumah itu, dia tidak mahu anaknya pergi lagi.
Khalilmenyandar di sofa, kadang kala dia merasa adiknya yang satu itu terlaluberkeras. Apa salahnya dia datang ke majlis tadi, apa salahnya dia menurutkata-kata mama untuk kali ini, susah sangat ke nak datang majlis macam itu.
Insyirahmencapai kusyen lalu dipeluk erat. Nampaknya hari indah mamanya berakhir denganamarah kerana Abang Ish. Dia garu kepala, rambutnya yang paras dada yang mulakusut dibetulkan sedikit. Bila rumahnya itu akan aman, kalau diikutkan hatiingin sahaja dia tinggal di kolej, tidak perlu dia mendengar segala bebelanmamanya, tetapi mustahil mamanya akan benarkan. Lagipun dia hanya belajar diShah Alam, bukannya jauh sangat pun.