Home Novel Cinta SEINDAH HADIRNYA CINTA
SEINDAH HADIRNYA CINTA
AYUMA UMAIRAH
13/2/2017 15:43:32
18,891
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

Bab 25

Farah berdiri dipintu rumahnya, azan Maghribsudah kedengaran tetapi batang hidung kakak dan anak saudaranya itu masih tidakkelihatan. Kemana dia orang merayap, kata tadi nak keluar sekejap sahaja. Farahduduk di muka pintu, suasana yang hampir gelap itu direnung gelisah, dah takingat nak balik ke?

            Diamula bangun apabila kereta milik ayahnya itu memasuki kawasan rumahnya danterus ke garaj. Dia melangkah turun, selipar jepunnya disarungkan ke kaki. Pintukereta yang sudah terbuka itu mula dihampiri.

            “KakSarah pergi mana, kenapa lambat balik? Risau tau.” Farah bersuara geram. Gayamacam dia pula menjadi kakak dan Sarah adiknya.

            “Jumpakawan, kan dah cakap tadi.” Sarah hanya bersahaja, pintu keretanya itu ditutuplalu dikunci.

            “Pelikla Kak Sarah ni, kalau dulu Farah balik pukul tujuh pun kakak dah membebel,sekarang kakak yang balik lambat.” Farah masih tidak puas hati.

            “Jomnaik, Esya terus mandi.” Sarah senyum, jika ayahnya ada pasti panjang lagi bebelanayahnya itu daripada Farah.

            “Okay.” Khaliesya angguk, tangga didakiperlahan, masuk dan terus ke arah biliknya. Dia keluar semula dengan tuala ditangan dan terus ke bilik air di sebelah biliknya itu.

            Sarahdan Farah turut naik, masing-masing ada haluan sendiri, Farah melangkah turunke ruang rehat, duduk di sofa dan terus mencapai remote TV, manakala Sarah terus ke bilik air, ingin pastikanKhaliesya mandi sehingga bersih.

            Beberapaminit kemudian Khaliesya keluar bertuala paras dada, melangkah terus ke bilikdan mula menyarung baju tidur. Sarah mula masuk ke bilik air semula, inginmengambil wuduk dan menunaikan solat Maghrib.

            Farahyang asyik menonton drama di TV3 turut bangun, kalau dilengahkan lagi adaterlepas Maghrib ni, lebih baik dia solat dahulu sebelum menyambung tontonannyaitu.

            Khaliesyayang sudah berbaju tidur mula melangkah keluar, kapal terbang replika yangdibeli oleh Sarah untuknya dibawa bersama, ingin ditunjukkan kepada Asyunya.Dia melangkah turun ke ruang rehat, duduk di tikar dan kapal terbang diletakkandidepannya.

            “Asyu,tengok ni.” Khaliesya memanggil riang apabila ternampak kelibat Farah yang barukeluar dari bilik ibunya, malas untuk bersolat dibiliknya sendiri.

            “Wow….Siapa beli?” Farah bertanya teruja, kapal terbang replika dicapai, dibelekdengan teruja.

            “Mamabelikan.” Khaliesya senyum.

            “Mamabelikan? Mahal ni, bila mama beli?” Farah mula bertanya.

            “Haritu masa nak balik sini, cantik kan Asyu?”

            “Takcantik, kenapa beli kapal terbang, beli la lori ke, bas ke, lagi cantik.” Farahmula mengusik, kapal terbang replika itu diletakkan semula di depan Khaliesya.

            “Taknak la, Esya suka kapal terbang, nanti besar Esya nak jadi pilot.” Khaliesya menjawab jujur.

            “Pilot? Esya tahu ke pilot tu apa?” Farah tayang muka suspens, mana tahu Esya main sebutsahaja tetapi tidak tahu pun apa maksud pilot.

            “CikguEsya cakap pilot tu yang bawa kapalterbang, macamuncle Ishraf.”Khaliesya menjawab dengan nada bersungguh-sungguh.

            “Uncle Ishraf?” Nada suara Farah tinggitiba-tiba, mungkin terkejut mendengar nama yang disebut oleh Khaliesya tadi.

            “Yalah,tadi Esya jumpa dia, tengok kapal terbang sama-sama.” Khaliesya menyambungceritanya lagi tanpa dipinta.

            “O…uncle Ishraf tu siapa?” Farahberbisik, ingin mengorek rahsia.

            “Asyuni, uncle Ishraf tu yang bawa kapalterbang la.” Khaliesya mengulangi ayatnya.

            “Asyutahu, tapi macam mana boleh kenal uncleIshraf?” Farah menyusun ayatnya, biar si comel itu faham maksudnya.

            “Uncle kawan dengan mama.”

            “Kawan?”Farah sengih, o….kawan la sangat kan, kalau dah berjumpa sampai ke petang haribaru nak balik, pergi dating la tu.

            “Handsome tak?” Farah bertanya lagi, diamula sengih.

            “Handsome.” Khaliesya menjawab lurus,tangannya mencapai kembali kapal terbangnya lalu diangkat ke atas, seolah-olahsedang terbang.

            Farahmasih dengan sengihannya, dah ada pakwe rupanya kakaknya itu, lepas ni berabangipar la jawabnya.

            “Mama,tengok ni, dah terbang, nak balik KL.” Sarah yang baru sahaja turun ke ruangrehat ditegur ceria.

            Sarahsenyum, dia melangkah ke sofa lalu duduk di situ.

            “Dahterbang ke, siapa yang jadi pilottu?” Farah sengih, soalan yang penuh makna.

            “Uncle Ishraf la.” Khaliesya menjawablaju dengan nada selamba.

            “O…Uncle Ishraf, bestnya, Asyu nak ikut boleh?”

            “Boleh,nanti kita naik kapal terbang sama-sama.” Khaliesya turut senyum.

            Sarahbuat-buat selamba, nama Ishraf yang baru disebut oleh Khaliesya membuatkan hatinyaberdebar-debar.

            “Ishraf.”Farah menyebut lagi, sengaja ingin menarik perhatian kakaknya. Dia mula bangun,tersengih-sengih lalu duduk di sebelah Sarah yang masih berlagak selamba.

            “Dahkenapa dengan Farah?” Sarah tayang muka menyampah, gelagat Farah yangtergedik-gedik di sebelahnya dijeling geram, nak korek rahsia la tu.

            “Siapakahgerangan Ishraf yang disebut-sebut dari tadi, hati ini ingin tahu, adakah diaputera kayangan yang baru mendarat di bumi.” Farah tahan gelak, gaya percakapannyadah macam puteri raja dalam cerita zaman-zaman dahulu.

            Sarahturut tergelak dengan gelagat adiknya itu tetapi tetap tidak bersuara.

            “Cakapla Kak Sarah, boyfriend ke?” Farahmula tidak sabar menunggu, perahsia betul kakaknya itu.

            “Farahni kan, suka fikir yang bukan-bukan, kalau lelaki je mesti boyfriend ek?” Sarah tayang muka serius, malas nak layan pertanyaanadiknya itu.

            “KakSarah ni kan, belajar dah tinggi tapi tak berapa pandai, kalau kawan lelakikita panggil boyfriend, kalau kawanperempuan kita sebut girlfriend,betul kan?” Farah sengih, sempat lagi nak kenakan kakaknya semula.

            Sarahmenjeling, memanglah, aku pun tahu, tetapi maksud boyfriend pada kefahaman adiknya itu berbeza. Boyfriendyang dimaksudkan mesti kekasih hati kan, macam kakak taktahu.

            “Memanglah,tapi yang Farah maksudkan boyfriendtu dalam pengikat kata, macam kakak tak tahu kan.” Sarah membalas geram.

            “Alah, so, betul la ek, boyfriend dalam pengikat kata.” Farah sengih, maksudnya memangkekasih hati la ek.

            “Jangannak merapu, kawan Kak Sarah je.”

            “Takpela,kawan dulu, lepastu kahwin.” Giginya ditayangkan, tersengih memandang kakaknyayang sudah gelisah di sisinya.

            Kahwindengan Ishraf, mengarut betul la adik aku ni.

            “Ibudengan ayah balik dari Mekah terus dapat menantu.” Farah masih denganusikannya.

            Sarahbuat muka selamba, makin dilayan makin menjadi. Ini baru Farah yang tahu akujumpa Ishraf. Kalau Ariana yang tahu, makin kecoh la, kalau dua orang tubergabung, boleh pengsan aku kena perli.

            “Dah,jangan nak mengarut, pergi kemas beg sana, esok pagi dah nak gerak balik Terengganukan.”Sarah tukar topik, memberi arahan mengalahkan Leftenan Muda dalam kem askar.

            Farahmencebik bibir, baru usik sikit dah nak marah, nanti cepat tua baru tahu. Diamasih tidak berganjak, sesekali dia menjeling kakaknya yang kononnya asyikmenonton TV, macam tidak terkesan langsung dengan usikan adiknya itu.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AYUMA UMAIRAH