Home Novel Cinta SEINDAH HADIRNYA CINTA
SEINDAH HADIRNYA CINTA
AYUMA UMAIRAH
13/2/2017 15:43:32
18,893
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

Bab 27

Sarah duduk tegak, baju t-shirt paraspaha yang dipadankan dengan seluar jeans biru tua dan kasut flat berwarna hitamdibetulkan. Seharian dia memilih baju untuk dipakainya, semua baju-bajunya yangada di dalam almari diselak satu persatu, semuanya baju-baju lama sahaja,baju-baju barunya ditinggalkan di Putrajaya.

            Bajuyang dipakainya itulah yang terbaik, dibawa bersama semasa pulang tempoh hari. Kiniselendangnya pula dibetulkan, tidak mahu penampilannya itu cacat walausedikitpun. Khaliesya yang diam di sisi diperhati.

            “Esyaokay?” Sarah bertanya apabila sicomel itu hanya diam dari tadi.

            “Esyamengantuk.” Khaliesya menjawab lemah.

            “Dahnak sampai dah, kejap lagi kita balik rumah.” Sarah memujuk lembut.

            Khaliesyamengangguk faham.

            Jamdirenung sekilas, lagi dua puluh minit dia akan sampai. Hatinya berdebar-debarkembali. Dah kenapa dengan hati aku ni, asyik berdebar-debar je, itu semuakerana kata-kata Ishraf semalam, tidak tenteram hatinya. Ah, entah-entah Ishraftak tunggu pun aku, aku je yang kalut terlebih. Dia cuba menenangkan diri sendiri.

            Apabilaroda kapal terbang mula mencecah bumi, hatinya semakin tidak keruan. Ya Allah,tenangkanlah hatiku, kenapa dah macam nak masuk interview pegawai kerajaan pula rasanya, menggigil sahaja duduknya.

            Diamula bangun apabila para penumpang yang lain sudah berganjak turun, begnyadigalas kemas, begitu juga Khaliesya. Suara ketua pramugara yang merakamkanucapan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Air Asia sudah tidak dapatmenembusi telinganya walaupun menggunakan mikrofon. Deria pendengarannya sudahdikuasai oleh hatinya yang makin tidak keruan.

            Diamelangkah ke arah laluan yang ditetapkan, tangan Khaliesya sentiasa di dalampegangannya. Direction balai ketibaanmenjadi penunjuk arah, dia berjalan bersahaja seperti biasa.

            “Uncle.” Khaliesya melambai mesra ke arahkirinya, membuatkan Sarah turut menoleh.

            Hatiyang sudah cuba ditenangkan tadi kini bergetar kembali, dia berjalan ke arahlelaki itu yang masih beruniform, beg tariknya ada di sisi bersama topinya yangdiletakkan di atas beg itu.

            TanganSarah dilepaskan, kini Khaliesya berlari menghampiri lelaki itu. Ishraf yangberdiri di tepi dinding turut melambai ke arah si comel yang ditunggunya daritadi. Larian Khaliesya ke arahnya disambung dengan dukungan erat, Khaliesyamula ketawa, sudah lama tidak diangkat begitu. Khaliesya diturunkan semulasetelah ciuman dihadiahkan di pipi, membuatkan Khaliesya tersenyum malu.

            “Hai.”Ishraf menegur Sarah yang sudah berdiri di sebelah Khaliesya.

            “Hai.”Sarah senyum. Aksi mesra antara Khaliesya dan Ishraf membuatkan dia berdebar,mesranya walaupun hanya beberapa kali berjumpa, mungkin kerana mereka adapertalian darah, ya, mungkin, sebab itu mereka cepat mesra.

            “Baruhabis kerja ke?” Sarah bersuara apabila masing-masing diam, berdiri di situmacam tidak mahu balik.

            “Yap,baru je sampai tadi.” Ishraf menjawab pendek, dia mula kelu.

            “Uncle, ni topi uncle ek?” Khaliesya melangkah ke arah kanan Ishraf, topi itudicapai lalu dipakaikan di kepalanya.

            “Cantiktak kalau Esya pakai?”

            “Cantik.”Ishraf menjawab mesra, topi yang senget dibetulkan.

            Khaliesyatersenyum malu, topi masih berada di atas kepalanya.

            “Sayagerak dulu la, takut lambat sampai pula nanti, lagipun Khaliesya dah mengantuk.”Sarah mencari peluang untuk meminta diri, lagipun sampai bila nak tercegatdekat situ, dah menjadi tumpuan orang pula.

            “Balikdengan apa?” Ishraf mula membuka langkah, tangan Khaliesya dicapai, kini Ishrafsudah mengambil alih tempat Sarah, tangan kirinya memimpin Khaliesya dan tangankanannya pula menarik beg pakaian yang kecil itu.

            “Teksi.”Sarah berjalan di sebelah Khaliesya. Dah macam keluarga bahagia la pula, orangyang berselisih jalan dengannya pasti menganggap mereka pasangan bahagia.

            Laluanteksi mula dijejaki, langkah kakinya diatur senada dengan rentak kaki Khaliesyayang dari tadi petah bercerita, segala perasaannya ketika menaiki kapal terbangtadi diceritakan kepada Ishraf. Reaksi Ishraf juga diperhati, pandai juga diamelayan karenah Khaliesya.

            Ishrafmenoleh ke sisi kirinya, bibirnya mengukir senyuman apabila matanya terpautpada mata Sarah yang merenungnya. Sarah mula gugup, sepantas mungkinpandangannya dialih, dia telan liur.

            “Kitaminum dulu nak?”

            Sarahmenoleh apabila suara Ishraf menerjah pendengarannya.

            “Bolehkan?”Ishraf bertanya lagi, kini kakinya sudah berhenti di depan kedai yangmenjualmakanan ringan.

            KakiSarah turut berhenti melangkah, tetapi mulutnya seolah-olah berat untukbersuara. Kata persetujuan diberi dengan anggukkan sahaja.

            “Okay, jom.” Tangan Khaliesya dipimpinmasuk ke dalam dan terus ke meja kosong.

            “Esyanak makan apa?” Ishraf duduk di sisi Khaliesya, manakala Sarah mengambil tempatdi depan Khaliesya. Takut untuk duduk bertentangan dengan Ishraf.

            “Esyanak roti tu.” Khaliesya mengangkat tangannya, menu di dinding ditunjukkankepada Ishraf.

            “Okay, awak nak makan apa?” Kini Ishrafmenoleh ke arah Sarah pula, menunggu Sarah memberi jawapan.

            “Hmm….tak naklah.” Anak mata sentiasa dikawal, kini dia bercakap dengan memandang kearah Khaliesya di depannya.

            “Minum?”

            “CafféLatte.” Sarah masih memandang ke arah Khaliesya, sikit pun matanya tidak berganjak.

            “Okay.” Ishraf bangun semula, kauntermula dihampiri.

            Sarahmelepaskan keluhan lega buat seketika, mata aku ni dah kenapa asyik pandang diaje, mesti dia fikir yang bukan-bukan, aduh, buat malu betul.

            “Kenapamama?” Khaliesya bertanya manja, wajah Sarah yang berkerut diperhati lagi.

            “Hah,takda apa-apa.” Sarah senyum, pipi comel Khaliesya dicubit geram.

            Ishrafmenatang dulang ke mejanya tadi, dengan berhati-hati makanan diletakkan dimeja, kopi dihulurkan kepada Sarah.

            “Thanks.” Caffe Latte yang dihulurkandisambut lalu diletakkan didepannya.

            “Terimakasih uncle.” Khaliesya senyum manis,Sosej Roll dan Pretzel Cheese bersama air milo yang sudah ada didepannya muladijamah satu persatu.

            “Welcome my dear.” Ishraf duduk dikerusinya, minumannya dicapai lalu diminum perlahan.

            Sarahtunduk seakan tidak mahu lagi memandang ke arah Ishraf, welcome my dear? Dia cakap dekat aku or dekat Khaliesya? Sarah, sabar, ini semua peluang untuk kausiasat, ya tujuan kau sekarang nak siasat, tidak payah nak perasan malu sangatla.

            Wajahnyadiangkat, kopinya dihirup perlahan. Dia mula memandang ke arah Ishraf yangsedang memandang ke arah Khaliesya. Tag nama yang tertera di dada Ishrafmenarik perhatiannya, Khalil, nama yang membuatkan dia sentiasa memikirkan lelakidi depannya itu, kerana nama itu dia cuba menjejaki lelaki yang sudah adadidepan matanya sekarang.

            “Sarah.”Ishraf memanggil perlahan.

            “Hah…hmm ya.” Sarah mula kalut, sempat lagi aku berangan.

            “Are you okay?”

            “Okay, cuma tag nama awak tu.” Sarahmeneruskan soalannya, buat apa lagi dia membuang masa.

            Ishraftunduk sedikit, tag nama yang sentiasa dipakai ketika bertugas itu direnunghairan, kenapa? Aku pakai tag nama terbalik ke? Tapi okay je ni.

            “Maksudsaya, nama awak Khalil?” Sarah menyambung lagi apabila Ishraf seakan tidakfaham dengan maksudnya tadi.

            “Kenapa?Khalil is part of my name.” Ishrafmenjawab perlahan.

            “TapiKhalil tu nama panggilan dekat tempat kerja je, orang yang rapat dengan sayapanggil Ishraf je.” Dia menyambung lagi tanpa diminta.

            “Your full name isKhalil Ishraf?” Sarah bertanyaberani, ingin mendapatkan kepastian.

            “Yap.”

            Sarahangguk dengan senyuman, yes, aku dahagak memang tepat tekaan aku, dia orang berdua memang ada kaitan, dan sekarangaku tahu yang mereka adik-beradik, memang sah, aku pasti aku tidak salah lagi.

            “Kenapani?” Ishraf tersenyum memandang Sarah.

            “Kenapa?”

            “Your reaction, macam baru dapat jawabteka silang kata je.” Ishraf masih memandang ke arah Sarah.

            Sarahgigit bibir, senyuman malu cuba disembunyikan, nampak sangat ke?

            “Takdelah.”Minuman dicapai lagi, dihirup perlahan untuk menghilangkan rasa malu.

            Telefonyang berdering nyaring di dalam beg galasnya dicapai, skrin dipandang sekilasdan terus dijawab.

            “Hello.”Diamenyapa perlahan pemanggil yang dikenalinya itu.

            “HelloSarah, kau dah sampai airport kan?”

            “Dah.”Dia menjawab sepatah.

            “Okay good, kau tunggu aku, kejap lagiaku sampai.”

            “Nakdatang sini buat apa, aku pun dah nak balik ni.” Sarah mula gugup.

            “Ambilkau, buat apa lagi.”

            “Takpayah la, aku balik naik teksi je.” Sarah mengawal nada suaranya, kini tangankiri dibawa ke mulut dan badannya dipusing membelakangi Ishraf, tidak mahupercakapannya didengari.

            “Janganla, aku dah sampai tempat parking ni,kau tunggu je aku datang tempat kau, kau dekat mana sekarang?”

            Sarahtelan liur, aduh, Ariana nak datang sini, matilah kali ni.

            “Akudekat… dekat…” dia mula gagap.

            “Dekatmana?”

            “DekatAuntie Anne’s.” Sarah menjawab perlahan, sudah tidak nampak jalan untukberselindung lagi.

            “Okay, tunggu dekat situ, jangan pergimana-mana.”

            Taliandiputuskan tanpa ucapan darinya, dia perlu cepat, dia perlu meminta diri untukpulang dengan segera, sebelum Ariana sampai.

            Diamemandang ke arah Khaliesya semula, si comel masih dengan makanannya, aduh,cepat la makan Esya.

            “Siapacall?” Ishraf bertanya dengan nadapelik, macam rahsia benar gayanya bercakap tadi. Suami yang call ke? Alamak, suami? Bermakna akuberkawan dengan isteri orang, ya aku masih tidak tahu status perempuan itusebenarnya, isteri orang atau sudah bercerai.

            “Hmm…”Sarah garu kepala yang ditutupi selendang.

            “Your husband?” Ishraf meneka berani.

            “Suami?Bukan la.” Sarah gelak kecil.

            “I just want to know, where’s your husband?Saya bukan nak ambil tahu hal awak, cuma saya takut kalau saya berkawan denganisteri orang.” Ishraf  menyoal panjang.

            “Sayatakde suami.” Sarah menjawab selamba, tetapi macam tidak kena je jawapan aku itu,sepatutnya aku jawab saya belum bersuami, baru sesuai.

            “O…”Ishraf angguk, malas untuk bertanya lagi, jawapan itu sudah cukup baginya. Tidakkisahlah kenapa perempuan itu kehilangan suami, mungkin bercerai atau mungkinsuaminya sudah meninggal, hanya ada dua kemungkinan.

            Sarahmerenung jam tangannya, kejap lagi Ariana mungkin akan sampai dan kalau diatidak bertindak cepat, mungkin dia akan tertangkap.

            “Saya…”Belum sempat dia meminta diri, telefon Ishraf berbunyi nyaring minta diangkat,ayatnya terhenti di situ.

            Ishrafmencapai Iphonenya, telefon dijawab, sudah tahu siapa gerangan yang menelefonnyasaat itu.

            “Hello.”

            “Ishraf,kau still dekat airport kan?” Yusof menegur ceria.

            “Yap,kenapa?”

            “Akudah on the way nak pergi tempat favourite kau, kau tunggu aku datang.”Yusof meneruskan langkah kakinya.

            “No, aku bukan dekat sana.”

            Yusofmemberhentikan langkahnya serta-merta, tindakan refleks apabila Ishrafmemberikan jawapan sebegitu.

            “Aduh,sakit la.”

            Yusofberpaling, bahunya telah dilanggar dari belakang, tetapi salahnya juga, siapasuruh dia berhenti mengejut.

            “Sorry.” Yusof bersuara kalut.

            “It’s okay.” Bahu yang sakit dipeganglagi.

            “Hello.”Ishraf menegur dihujung talian, dah kenapa dengan kawannya itu tiba-tiba diam.

            “Hello,ya, kau cakap apa tadi?” Yusof memandang perempuan yang melanggarnya tadi yangsudah melangkah pergi.

            “Akubukan dekat kafe tu.” Ishraf mengulangi lagi ayatnya.

            “Habiskau dekat mana ni?”

            “Kenapa?”Ishraf bertanya musykil, macam kalut semacam je kawannya hari ini.

            “Akuada benda nak minta tolong kau, tell mewhere are you?”

            “AuntieAnne’s.” Ishraf menjawab selamba, minumannya dicapai lagi.

            “Okay, kau tunggu aku datang tau.”

            “Okay.” Talian diputuskan, Iphonenyadiletakkan semula di tempatnya tadi.

            “Siapauncle?” Khaliesya bertanya manja.

            “Kawan uncle, yang Esya jumpa hari tu, ingattak?”

            “Yangmana?” Khaliesya bertanya lagi, masih tidak dapat mengingati wajah yang disebutoleh Ishraf tadi.

            “Esya,dah siap makan kan, jom kita balik, dah lewat ni.” Sarah memintas laju.

            “Dah.”Khaliesya mula mencapai airnya, bakinya disedut perlahan.

            “Hai.”

Sarah yang sudahbersedia untuk bangun mula kaku kembali, wajah yang dikenali itu dipandanglama.

            “Kauorang buat apa ni?” Yusof menarik kerusi lalu duduk di sebelah Ishraf tanpadipelawa, reaksinya masih dengan wajah tertanya-tanya.

            “Maksudaku kau orang buat apa dekat sini?” Yusof mengulangi soalannya, soalannya yangtadi macam sengal la pula, mesti la dia orang tengah makan, buat apa lagi, tetapisoalan keduanya itu pun macam sama je maksudnya, cuma ayat sahaja yang berbeza.

            “Kitaorang tengah minum la, buat apa lagi.” Ishraf menjawab selamba, faham benar maksudsoalan kawannya itu tetapi saja buat-buat tidak faham.

            “Yalah,maksud aku macam mana kau orang boleh lepak minum sama-sama dekat sini?” Yusof berterus-terangdengan pertanyaannya, malas nak putar belit soalan, tak kisah la Ishraf nakcakap dia menyibuk pun.

            “Sarah,pening aku cari tempat ni, dah berkali aku pusing baru jumpa.” Ariana menegur,Sarah yang duduk di meja dihampiri.

            Arianaberhenti di sisi Sarah, baru perasan yang kawannya itu bukan hanya berduadengan Khaliesya, tetapi ada dua lagi jejaka yang dia tidak kenal di situ.

            “Esyajom balik.” Sarah bangun, beg galasnya disangkut di bahu kanan, Khaliesya turutbangun, seperti yang diarahkan.

            “Thanks Ishraf, saya balik dulu.” Tangan Khaliesyamula dicapai, bersiap-sedia untuk melangkah.

            “Terimakasih uncle, nanti kita jumpa lagi.”Khaliesya bersuara manja seperti selalu.

            “Sarah,can I have your number?” Ishraf turutbangun.

            Sarahkaku, kini wajahnya direnung oleh empat pasang mata, termasuklah mata Khaliesyayang sedang menunggunya memulakan langkah.

            “Nantiboleh saya jumpa Khaliesya lagi, itupun kalau awak tak kisah.” Ishrafmenyambung apabila Sarah kaku tanpa jawapan.

            Sarahmasih diam tanpa reaksi, memberi atau mendiamkan diri? Mana satu dia pilih, tetapitak kan nak diam je, tetapi takkan tak nak bagi? Ini semua satu advantage, aku boleh mengenali Khalil melaluiIshraf.

            Telefonyang dihulurkan oleh Ishraf disambut, nombor telefonnya ditekan dan disimpan.Dia menghulurkan semula telefon itu kepada Ishraf.

            “Sayabalik dulu.” Sarah senyum lalu melangkah pergi, tidak menoleh lagi.

            “Fuyoo,well done my friend, sekarang dah adanumber, so kejap lagi dating laek.” Yusof senyum, nampaknya kawan baiknya itu sudah berteman.

            Ishrafduduk kembali, nomboryang disimpan oleh Sarah direnung seketika sebelum telefonnyadiletakkan di meja.

            “Kauperasan tak, Esya time dia senyumsebijik macam kau.” Yusof menyandar di kerusi, menunggu reaksi Ishraf.

            “Yake?”

            “Kauperasan tak kalau dia senyum ada lesung pipit macam kau?” Yusof menyambunglagi, melengkapkan kajiannya tentang persamaan antara Khaliesya dan Ishraf.

            Ishrafangkat bahu, tanda tidak tahu.

            “Kauperasan tak kawan Sarah tadi, cantik kan?” Yusof senyum, kini mula beralihtopik.

            “Tadikau cakap nak minta tolong kan, kau nak minta tolong apa?” Ishraf menghabiskanbaki minumannya, dia mula bangun. Malas nak melayan kata-kata Yusof yang sudahbertukar topik, mula la tu nak menggatal.

            “Akunak tumpang kau balik, kereta aku dekat workshop,rosak.” Yusof  juga turut bangun,berjalan menyaingi langkah Ishraf.

            “Okay, no problem.”

            Yusofsenyum, bukan tidak biasa menumpang kereta Ishraf, lagipun jalan mereka sehalasahaja.

            “Macammana kau boleh jumpa Sarah?” Yusof mula menyoal, hari tu dekat kafe macam jualmahal je, sikit pun tak nak berbual dengan Sarah.

            “Terserempak.”Ishraf menjawab selamba, jawapan selamat. Lagipun itulah jawapan terbaik, kalaudiceritakan yang dia sudah berjanji untuk menunggu Sarah tadi, makin panjang lasoalan kawannya itu.

 

Ariana menyiku lengan Sarah, masihmenanti kawannya itu membuka mulut. Sudah tidak sabar untuk mendengar ulasanlanjut daripadaSarah. Pemanduannya diteruskan dengan senyuman sambil menjelingke arah Sarah dari tadi.

            “Kauni, bawa kereta itu elok-elok la.” Sarah bersuara apabila lengannya menjadimangsa lagi.

            “Kautak nak cerita ke, aku ni dah tak sabar nak dengar ni.” Ariana senyum lagi,makin teruja.

            “Ceritaapa?”

            “Ceritala macam mana kau boleh duduk semeja dengan lelaki itu.” Ariana menjawab laju,geram apabila Sarah buat-buat tidak faham.

            “Taditu… terserempak.” Sarah gigit bibir, alasan yang paling logik.

            “Terserempak?”

            “Yalah,terserempak la, so dia ajak minumdulu kejap.” Sarah menyambung lagi.

            “O…Tapi macam mana kau boleh terserempak dengan dia, bangunan KLIA2 tu punyalahbesar, dengan dia juga kau nak terserempak kan.” Ariana bereaksi seperti tidakpercaya.

            “Betulla, kenapa kau tak percaya pula.”

            “Bukantak percaya, tapi macam pelik, takpe nanti aku tanya Khaliesya.” Ariana sengih,cermin pandang belakang ditoleh, mencari kelibat Khaliesya yang duduk dibelakang.

            “Cinta,macam mana boleh jumpa dengan uncle Ishraftadi?” Ariana bertanya laju.

            Sarahtelan liur, aduh, mesti kantoi punya.

            “Mamadah janji nak jumpa.” Khaliesya menjawab pendek.

            “Mamajanji? Bila mama janji?” Ariana makin hairan.

            “Petangsemalam, masa jumpa uncle.”

            “Jumpa uncledekat mana?” Ariana pelik, bukanke semalam Sarah dan Khaliesya dekat Kelantan, berhari raya dekat sana, macammana boleh jumpa?

            “Dekatairport la, masa tengok kapalterbang.”

            “Dekat airport? Sarah, baik kau cerita dekataku, baik kau terus-terang.” Ariana mula pening dengan penerangan daripadaKhaliesya. Kini Sarah menjadi tempatnya menyoal siasat.

            “Nantilahaku cerita, sampai dekat rumah aku cerita, sekarang baik kau bawa keretaelok-elok, asyik membebel je dari tadi, cuba fokus sikit.” Sarah cuba mengelaklagi.

            “Okay, kalau dekat rumah nanti kau takcerita siap kau.” Ariana mengugut tidak puas hati bila Sarah masih berahsiadengannya. Keretanya dipandu sederhana laju, masih dalam kawalan walaupunmulutnya asyik bertanya soalan dari tadi.

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AYUMA UMAIRAH