Home Novel Cinta MR. Kimchi Imamku
MR. Kimchi Imamku
17/11/2014 15:19:07
34,280
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4
Matanya yang lemah itu dibuka perlahan-lahan. Sinar cahaya putih itu menyilaukan matanya. Badannya yang masih sakit digagahi juga untuk bangun. Cahaya yang kuat itu menyebabkan dia tidak nampak apa-apa.

Dimanakah aku? Jerit hatinya.

Matanya digagah lagi mahu melihat cahaya putih yang semakin kuat itu dan akhirnya silauan cahaya itu semakin menghilang. Tiba-tiba silauan cahaya putih itu menjadi bebola api yang besar. Bebola api itu menerpa ke arahnya dan membakar seluruh badannya. Dia menjerit dengan kuat kerana api tersebut menyebabkan kesakitan yang teramat.

“Anak....” Suara sayup-sayup itu didengar di telinganya. Dia mahu meminta tolong namun suaranya tersekat di kerongkong.

“Anak... Bangun nak.” Panggilan iu bersama dengan goncangan badannya menyebabkan dia tersentak dan akhirnya terjaga dari mimpi yang ngeri. Nafasnya tercungap-cungap.

Dia melihat sekelilingnya. Tempat itu begitu asing baginya. Tempat tersebut dikelilingi papan-papan usang. Sebiji lampu kecil menerangi bilik tersebut. Di sebelahnya dia dapat lihat seorang lelaki tua bersama dua orang lelaki yang kiraannya berumur 16 atau 17 tahun.

“Anak tak ada apa-apa?” Orang tua itu memulakan bicara melihat lelaki asing itu terpinga-pinga. Dia merenung orang tua itu. Kemudian matanya melihat kepada dua budak lelaki tersebut.

Dia memegang tubuhnya. Memegang tempat pembaringannya yang merupakan sebuah katil kayu yang dilapik dengan tilam yang sudah lusuh dan berbau aneh. Dia kemudian memandang lelaki itu semula. Berkerut-kerut dahinya ingin mengingat sesuatu. Memorinya diminta bekerja keras. Dia mengimbas memorinya dalam dan dalam. Akhirnya dia teringatkan sesuatu.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh