Selepas minum bergelas-gelas arak, badannya
terhuyung-hayang sambil kakinya yang lemah melangkah keluar dari bilik tidur.
Dia meninggalkan sekeping nota buat sahabat baiknya Hyun. Dia mahu pergi dari
dunia ini. Itu tekadnya. Buat apa dia tinggal di sini jika kekasih yang di
cintainya dengan sepenuh hati itu rupanya mencintai lelaki lain. Maaf yang
sering diberikan kepada buah hatinya itu ternyata memakan diri. Kepercayaan
terakhir yang diberikan selama ini hancur berkecai apabila dia melihat
kekasihnya itu curang dengan kekasih lamanya. Air matanya merembes keluar
mengenang peristiwa malam itu.
Gembira bukan kepalang apabila pengurusnya memberitahu
dia boleh pulang ke Korea sebentar sebelum konsert jelajah terakhir di
Malaysia. Tiada apa lagi mahu dilakukan selain bertemu kekasihnya untuk
melepaskan rindu selepas hampir dua bulan memendam rasa. Selepas tiba di
lapangan terbang, dia terus memecut keretanya menuju ke apartment kekasihnya
itu. Dalam perjalanan dia singgah di kedai bunga untuk dihadiahkan kepada
Soomie.
Sesampainya di depan pintu, password pintu itu ditekannya cepat-cepat kerana ketidaksabarannya
mahu bertemu buah hati. Namun, dia tersentak apabila kakinya melangkah ke bilik
utama itu.
“Kau cintakan aku?” Suara lelaki yang dikenalinya itu
menyebabkan jantungnya berdebar kencang. Dia berdiri di tepi pintu bilik
tersebut. Bunga yang dipegang terjatuh ke lantai.
“Pastilah aku cintakan kau.” Suara manis dan manja Soonie
menjawab menyebabkan dia semakin berdebar. Perasaannya kini semakin berbaur.
Marah, sedih, cinta, sayang, rindu, takut bermain-main dalam perasaannya.
“Ah, kau tipu aku. Kau telefon aku bila kau perlukan aku.
Bila Hae Jin balik, kau sambung cintakan dia.” Suara lelaki itu seakan-akan
marah. Dia membatu di situ, ingin tahu jawapan yang keluar dari mulut Soonie. Kedengaran
suara Soonie tertawa kecil.
“Hae Jin? Aku tak cintakan dia. Dia hanyalah sekadar business cinta buat aku. Bila aku
jalinkan cinta dengan dia seperti yang di inginkan peminat, nama aku menjulang
naik. Berapa banyak tawaran kerja yang aku dapat selepas itu. Itulah makna
cinta aku buat dia. Tapi cinta aku buat kau, adalah cinta sepenuh hati aku,
selama-lamanya.” Kata-kata Soonie itu menyebabkan seluruh jantung dan badannya
lemah longlai.
Cinta suci sangkaannya yang disemai sejak sekian lama
rupanya hanya pura-pura. Sakit hatinya bukan kepalang mendengar ucapan daripada
mulut Soonie. Tangannya yang lemah digagahi membuka pintu yang sedikit terbuka.
Dan tenyata tekaannya tepat, lelaki itu memang dia kenal. Kekasih lama Soonie,
Kim Jun.
Dua orang yang sedang bersama itu terkejut melihat
kehadiran Kang Hae Jin. Kang Hae Jin tanpa banyak soal meluru kepada lelaki
yang dipanggil abang itu. Tidak henti-henti tangannya membelasah lelaki itu. Mereka
bergaduh dan bergaduh dan akhirnya Kang Hae Jin longlai. Dia pengsan. Selepas
itu, dia tidak sedar apa yang terjadi kepada dirinya lagi.