Home Novel Cinta MR. Kimchi Imamku
MR. Kimchi Imamku
17/11/2014 15:19:07
34,209
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2

2

Badannya yang lesu dihempasnya ke katil yang empuk. Suasana bilik yang tenang itu masih belum merawat hatinya yang benar-benar tidak keruan. Rindunya dia pada sang kekasih hati. Masing-masing asyik sibuk dengan kerjaya masing-masing. Semalam, dia baru menghabiskan konsert jelajahnya di Hong Kong. Konsert Jelajah Asia Wax_2 bakal berlangsung selama dua bulan. Hong Kong merupakan negara ketiga selepas Jepun dan Taiwan.

“Ah, lupakan tentang konsert!” Dia menghambat jauh bayangan kerja yang belum selesai.

Dia bingkas bangun. Tangannya pantas menggapai handphone yang berada di atas meja lantas mendail nombor. Kedengaran bunyi namun tidak berangkat. Dia mendail sekali lagi. Tiada jawapan. Dia menarik nafas panjang sebelum mencuba buat kali ketiga.

Hello.” Kedengaran suara letih di talian itu. Dia lega dapat mendengar suara yang ditunggunya itu. Senyuman terukir di bibirnya. Dia menghenyakkan badan ke katil yang empuk.

Hello, sayang. Buat apa?” Suaranya lembut bertanya.

“Baru bangun tidur. Maaf terlambat.” Suara itu masih lemah. Kang Hae Jin tahu, Soonie pasti sibuk dengan jadual lakonannya yang padat. Pasti tidak cukup tidur kerana tugasnya itu.

Mereka bersembang dan bersembang sehingga Kang Hae Jin tidak perasan pagi bakal menjelma. Dia meletakkan talian selepas Soonie mengucapkan kata sayang. Pastinya kata-kata itu bakal menguatkan semangat dan azamnya yang sudah semakin rendah.

Lima tahun mengenali gadis itu pasti dia masih ingat betapa susahnya mahu mendapatkan cinta darinya. Mereka yang pada awalnya sekadar berteman akhirnya mengikat kata cinta. Sudah tiga tahun menyulam asmara, kasih sayangnya pada kekasihnya yang kedua itu makin membara. Walaupun kadang-kadang kerjaya lakonan kekasihnya itu yang terlalu bebas sering menjadi punca pertengkaran mereka dan seterusnya bakal menghancurkan hubungan mereka, dia tetap berdiri teguh, mahu mempertahankan hubungan tersebut. Kenangan-kenangan yang menjengah ingatannya itu akhirnya berubah menjadi mimpi yang indah dalam khayalannya.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh