Home Novel Cinta Permata hatiku
Permata hatiku
Rayyan
7/1/2018 23:08:37
21,318
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

 

  Penyelewengan Duit syarikat yang disah pelakunya menjadi topik hangat Citra holding.Bahang kehangatan yamasih terasa bak bara Api yang baru dipadam.Kelihatan Tan Sri Imran baru saja pulang dari percutianya di Korea musim bunga,bersama dengan  Datin Alya.

  Membelek-belek Fail syarikat mana yang patut dibincangkan serta di follow up oleh Tan Sri.Sekali dia terpandang fail bagi projek Gelang Patah Johor anak matanya yang kecil mula terbuka luas memandang Akaun yang diselewengkan.

  “Rayyan Explain for meAbout this Account” Ringkas serta padat pertanyaan Tan Sri Imran.Sambil memandang serius pada Anak muda itu.

  Seperti yang sedia maklum memang Rayyan sudah sediakan satu jawapan untuk semua itu serta penjelasannya.Sebab itu, dari awal lagi dia menyiasat serta mengumpul segala bukti untuk dikemukakan kepada Tan Sri.

  “Ini buktinya Tan Sri”memindahkan Fail yang dipegang eratnya dari tadi kepada Tan Sri.Keadaan Rayyan sedikit mengeluh tanda kesilapanya mengundang padah.Sebab terlalu leka dengan Mamanya sendiri yang sibuk mencari Jodoh untuk dijadikan menantunya.

  “I trust u Rayyan,But nexttime don’t do mistake About your signature,Remember that?.learn from yourmistake”.Amaran keras Tan Sri pada Anaknya Rayyan.

  “Baik Tan sri” Jawab Rayyanringkas.

  “So macam mana dengan sang pelaku?”Ulas TanSri lagi.

  “Saya dah buat polis report,mengikut proses  prosedure Syarikat seperti yang termaktub dalam polisi Syarikat Citra holding.Tapi,” tersekat disitu kata Rayyan.

  “Tapi apa Rayyan” Tan Srikehairanan.

  “Saya tak masukanya ke dalam lokap,sebab Tak nak menjejaskan nama Syarikat” jelas Rayyan lagi.Rayyan yang dari tadi berdiri tercengak di hadapan Tan Sri melabuhkan punggung di sofa pejabat Tan sri.Perasaan Rayyan mulai lega dengan reaksi Tan Sri yang positif tentang semua keputusan yang dibuatnya.

  “Remember Rayyan u must becarefultentang pelaku” bidas Tan Sri.Dia mengingatkan Rayyan tentang Pelaku yang menyelewengkan Duit syarikat tersebut.Tan Sri sememangnya dari awal lagi tahu akan sikap si penyeleweng duit syarikat tersebut.Cuma dia tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menangkapnya.Sebab itu Tan Sri cuba mengalihkan tugas pada projek baru,supaya senang Rayyan untuk memerangkapnya.Sebab Tan Sri tahu Rayyan mempunyai kepakaran dari segi pengurusan kewangan Syarikat.Ternyata apa yang dirancang Tan Sri menjadi.

 

  Terpampang di scren handphone Rayyan pangilan dari Syukri kawan baiknya sejak kecillagi.Tanganya terus menyentuh latar scren.

  “Hello Syuk,”suara Rayyan pada gegendang telinga Syukri.

  “Kalau ya pun nak angkat Phonetu bagi lah salam dulu.Nie tak.” tegur Syukri ringkas di alam suara speakerhandpone Rayyan.

  “Assalamulaikum” satu patah kata lagi dari mulut Rayyan.Dia sedikit geram pada kawanya Syukri.

  “Kan tenang telinga saya mendengarnya,walaikumussalam” jawab Syukri ringkas.Syukri terlalu rapat sangat dengan Rayyan dari dulu lagi.Walaupun bukan sama taraf serta bekedudukan.Tetapi Syukri lah banyak menolong Rayyan dalam segala hal.Lebih lagi dalam soal kehidupan Rayyan.Syukri banyak memberi semangat pada Diri Rayyan pada kisah Cinta pandang pertamanya yang terdahulu lagi.

  Kalau diikutkan dahulu Rayyan memang dah pergi meningalkan keluargnya yang berada di malaysia.Kerana kecewa dengan seorang gadis yang bernama Irene natasya .Tapi sempat dihalang Syukri sendiri sebagai seorang kawan.

  Syukri lah yang menjadi tulang pemberi semangat untuk Rayyan Move On.Rayyan terhutang budi pada kawanya itu.Sehinggalah Rayyan memberikan satu kerja khas buat syukri untuk menjadi penyiasat tentang segala tugas serta hal-hal yang dilakukan oleh Rayyan.

  “Ada apa yang kau nak sampaikan telepone aku nie Syuk” tanya Rayyan.Rayyan seakan tahu apa yang hendak disampaikan oleh kawan baiknya itu.

  “Saya tak boleh nak ceritakan dekat sini Rayyan,kita jumpa dekat tempat biasa saja.Nanti senang aku nak cerita kat kau”

  “Orait Syuk”terus mematikan perbualanya dengan Syukri.Dia terus bergegas untuk turun berjumpa dengan kawan baiknya itu.

  Anak matanya meliar mencari seseorang yang bakal dia jumpa.Kelihatan tangan yang terangkat lurus melambai pada anak matanya.Ternyata Syukri lama sudah sampai di tempat yang dijanjikan.Menapak terus ke arah tempat dimana Syukri sedang menunggunya.

  “Apakhabar Syuk”memulakan kata sejak punggungnya mula dilabuhan di kerusi meja makan tersebut.

  “Baik saja Rayyan” Syukriterus menghulurkan salam pada Rayyan bejabat tangan tanda lama tak jumpa.

  Memesan minuman kepada pelayan kopi.Terus bersemuka dengan Syuk,tanganya diletakan di permukaan kening kepalanya yang seakan stress dengan segala masalah kerja.

  “Kenapa nie Rayyan,nampak macam serabut je aku tengok?”penuh tanda soalan Syuk pada Rayyan.Sambil mencari bahagian dalam setiap detik masalah yang dihadapi oleh Rayyan.

  Rayyan cuma terdiam sekejap memerhatikan muka Syuk yang dari tadi asyik menyedut minuman ice lemon tea seakan menamatkan segala kehausan baginya.Rayyan tengah memikirkan sesuatu untuk diluahkan pada Rayyan.

  Air mata Rayyan diselindungi pelbagai cabaran serta dugaan yang dihadapinya kini.Sejak menguruskan projek diGelang patah Johor dia seakan-akan hilang arah tujuan untuk maju kehadapan.Nasib baik kerja di bawah syarikat bapanya sendiri.

  “Kau tahu Mohd Razi peguam syarikat kita?”muka Rayyan terus berubah merah .Hanya mulutnya saja tak dapat sambungkan apa yang dia nak sampaikan tadi.Sambil menyedut minuman tadi,yang masih penuh di gelas kaca.

  “Tahu,tapi kenapa dengan Mohd Razi Rayyan?” rasa ingin tahu Syuk daripada Rayyan melambung bagai.Tak sabar rasa hati Syuk pada cerita Rayyan sekali nie.Yang dia tahu dia pernah berurusan dengan Mohd Razi dalam satu Bisnes yang melibatkan peguam bela.Ternyata Mohd Razi seorang yang sangat berlagak dan sombong pada semua orang yang berurusan dengannya.

  “Dia dah seleweng duit Syarikat dibawah projek yang Aku kendalikan sekarang nie.Projek yang berada diGelang Patah Johor.”Rayyan terus memberhentikan katanya pada Syuk.Sedikit tertekan keadaan Rayyan pada masa itu.

  Rayyan terpaksa membawa berita tersebut pada Syuk untuk dijadikan sumber mklumat pada Syuk untuk menyiasat siapa yang berurusan dengan peguam syarikat Citra Holding sepanjang Mohd Razi bekerja di situ.Sebab Rayyan nak tahu dalang yang selalu menghalang segala projek yang terlepas dari CitraHolding.

  Citra Holding bersih dari Intergriti selama ini.Tetapi decemari oleh peguamnya sendiri yang tamak dengan Kewangan sehingga memerangkap dirinya sendiri untuk dibuang kerja oleh Rayyan.

  “Biar betul apa yang akudengar nie Rayyan” Sambil tersenyum lebar tanda puas hati tentang berita tersebut.Syuk seakan-akan mahukan Peguam itu keluar dari syarikat Citra Holding.Kalau boleh dia tak nak ada orang yang berlagak dengan pangkat serta kedudukan yang tinggi dalam kerjaya berlagak dia sahaja yang punya dunia.

  Syuk sendiri tidak mahu dengan sikap Mohd Razi yang kagum dengan diri sendiri atas nama Peguam di Sijil pelajaranya sendiri.Sehingga sanggup memperlekehkan kedudukan yang tidak seilmu denganya.

  “Dah kenapa engkau senyum pula Syuk”.Rayyan yang dari tadi kehairan melihat gelagat kawan baiknya gembira medengar berita tersebut.Rayyan diselubungi tanda tanya.Dah kenapa Syuk nampakgembira mendengar berita tersebut.

  “Kau nak tahu kenapa Aku senyum Rayyan”Jawab Syuk dengan muka penuh semangat meremang semangatnya tandadia bersyukur dengan apa yang dia nak tahu selama ini.Setakat mana ego yang berlagak sombong itu akan jatuh ke bawah juga.Ternyata Allah Dah tunjukan Syuk berada di atas masa ini.

  “Apa kena-mengena kau dengan si Razi ini?”bertambah hairan Rayyan pada Syuk.

  “Dialah Peguam yang berlagak nak mapus!!! Yang aku pernah ceritakan kat engkau suatu masa dulu.Aku malas nak cerita kat kau masa tu.sebab masa tu Aku baru tahu Peguam yang aku maksudkan kerja di bawah syarikat Citra Holding.Tapi sekarang!Aku kena ceritakan.”Jelas Syuk Yakin.

  “Patutlah kau nampak gembira,habis tu kenapa kau tak ceritakan lebih awal pada aku”jelas Rayyanlagi.

  “Aku nak ceritakan bagaimana,sebab dulu kau selalu puji kerja Peguam tu depan Aku”.Ulas Syuk lagipada Rayyan.Ternyata Rayyan baru sedar selama ini dia ditipu dengan kelakuan Mohd Razi yang berlagak baik pada Citra Holding.

  

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rayyan