Home Novel Cinta Permata hatiku
Permata hatiku
Rayyan
7/1/2018 23:08:37
21,309
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23

    Keadaan memaksa Tan Sri perlu campur tangan dalamsebegini.Bagi Tan Sri dia harus menyelamatkan Anaknya daripada mangsa kejam dalam bidang perniagaan milik Citra Holding.segala tenaga dah dikerahnya untuk menyiasat siapa dalang dalam kes kebakaran projek baru dikendalikan oleh Rayyan yang berada Gelang Patah Johor .

    “Rayyan Papa nak kamu selesaikan masalah kos yang perlu kita tanggung di projek Gelang Patah Johor.Kaji semula kos dan penyelanggaranya”terang Tan Sri pada Rayyan

    “Saya sudah sediakan satu Fail tentang kos penyelanggaranya pa.”terus memberikan satu fail kos penyelanggaran semula projek di Gelang Patah Johor.

    Apa yang bakal diminta oleh Tan Sri sudah pun disediakan oleh Rayyan sendiri.Dengan bantuan P.A Miss Murni yang begitu cliver lagi mengatur kerja.Ternyata kerja yang dilakukan Rayyan amatlah membanggakan dirinya ketika ini.Dia sangat kagum dengan semangat Anak muda itu,walaupun masih ada bekas berbalut luka di tangan masih juga nak bekeras kerja untuk memulihkan projeknya yang berada di Gelang Patah Johor.

   “Taniah Rayyan,Papa bangga dengan kamu.Dengan keadaan sebegini kamu masih lagi nak pergi kerja”terus berdiri memeluk erat anaknya itu.Dia tidak sesekali walaupun sesiapa pun menyakiti anaknya itu.

   “Ini kan Amanah Papa berikan pada Rayyan,dan Rayyan sendiri perlu laksanakanya dengan penuh tanggungjawab.Walaupun Rayyan kena bertongkat bagai hendaknya.”Cuba mengusik kesedihan suasana kedua-duanya.

   “Ya Papa tahu.Tapi jangan sampai sebegini rupa dengan tangan berbalut bagai”jelas Tan Sri Imran pada Rayyan cuba membalas usikan Anaknya tadi,sambil tersenyum panjang ke ruang telinga.

   “Habis tu kena buka lah tangan berbalut nie Papa?”soal Rayyan dengan penuh senyum dengan coloteh manja Papanya.

  “Tak gentleman lansung berbalut macam nie.”terus ketawa kedua-duanya.

   “Papa nie kan Anak Papa...”terus melabuhkan punggungnya di sofa pejabat Tan Sri.Rayyan tahu Tan Sri Imran sangat sayang akan dirinya sebagai anak.Apa yang perlu Rayyan lakukan adalah buat yang terbaik untuk keluarganya ketika ini.

   Rayyan sendiri tahu akan keadaan Tan Sri yang perlu berehat awal dari dunia perniaagan yang diciptanya sendiri satu ketika dahulu.Dengan liku-liku onak duri kesedihan,kepayahan serta membanting tulang untuk berada di tahap ketika ini Citra Holding gah maju setanding dengan syarikat lain di malaysia.

    “Rayyan,Papa dah tua...Papa nak Rayyan berusaha lebih sedikit belajar apa yang patut dengan semua orang dalam syarikat kita.Kita kena ingat,walaupun kita pemilik Citra Holding kita harus juga belajar dari staff-staffyang dah lama berpengalaman dari kita bekerja bertahun-tahun untuk menimba ilmu yang berguna untuk kita membina Citra Holding supaya gah lagi di Malaysia.Taksemua yang kita lakukan akan betul seratus peratus di alam dunia perniagaan hartanah.Sebaikanya kita juga harus bertanyakan pendapat orang lain juga.Tapi ingat buat keputusan tepat! Dan terima akan segala keputusan selepas itu.”Tunjuk ajar Tan Sri pada Rayyan.Amatlah merendah diri di kalangan keluragaTan sri ini.Selama ini Tan Sri tak pernah sesekali pun untuk mengendahkan segala Idea dari pekerjanya.Citra Holding maju atas jasa semua pekerjanya yang bertungkus lumus membangunkannya.

   “Baik Pa,Rayyan akan ingat pesan Papa”terus menundukan kepalanya kebawah.Rayyan sendiri sedar akan kemampuannya tak setanding Tan Sri Imran merangkap Papanya.Banyak idea serta Tips perniagaan Tan Sri sudah bagi kepadanya sejak dia menerajui projek di Gelang patah Johor.Seharusnya dia memanfaatkanya dengan penuh bagi mengendalikan projek tersebut.

“Rayyan,Papa nak kamu teruskan menerajui Citra Holding,Papa nak besara awal.”sambil tersenyum lebar.

  Rayyan terus rasa sebak dengan tingkah laku Tan Sri buat ketika ini.”Papa bagi Rayyan masa untuk semuanya.Papa jangan risau Rayyan akan suruh Papa rehat dari dunia hartanah jaga Cucu papa nanti”.

  Perasaan sedih serta terharu kedua anak-beranak ini didatangi perasaan yang berkobar-kobar dalam diri Rayyan.Salah satu tanggungjawab Rayyan untuk menyempurnakan satu tanggungjawab sebagai anak kepada Papanya.

  “Macam mana nak jaga cucu Atuk nie?Rayyan belum lagi kahwin,Calon pun belum ada.”terang Tan Sri Imran pada anaknya lagi.

  “Nanti ada juga Pa,”jawab Rayyan dengan nada rendah.

  “Nanti bila tu Rayyan,kamu nak tengok Mama kamu kecoh lagi kalau soal jodoh kamu nie.Rayyan bukan tak tahu yang mama kamu tu sibuk memanjang memikirkan Jodoh kamu.Tu ada anak Datuk Hisyam ha..Bagus juga Papa tengok.”leter Tan Sri memanjang.

  “Pa,kan tak tahu Rayyan nie,kalau orang dah berpunya buat apa Rayyan nak kacau”terlepas dari mulut Rayyan dapat didengar jelas kenapa Rayyan layan Amira semacam endah tak endah selama ini.Pada hal selama ini Tan Sri dan Datuk Hisyam menyangka Rayyan tak berkenan dengan Amira.Itu adalah satu sebab kenapa Rayyan tak pedulikan Amira lagi.Kebijaksanaan Tan Sri mencari jalan untuk mencari Soalan yang Tersirat dalam hati Rayyan sudah terjawab.

 “Itu belum sah lagi,kalau setakat kekasih orang belum dikira milik orang tahu tak.”jelas Tan Sri Imran lagi mengusik Anaknya Rayyan.

 “Tak nak lah Pa”bekerut manja dahi Rayyan.

 “Okey Papa tak nak masuk campur dalam urusan pasangan hidup Rayyan,apa saja keputusan Rayyan siapa pun perempuan yang menjadi teman hidup Rayyan Papa terima seadanya sebagai menantu Papa”Jelas memahami kehendak Anaknya itu.

Thanks dad”terus tersenyum lebar Rayyan dibuatnya.

 Alangkah indahnya kalau sekiranya dulu Amira belum mejadi milik orang lain.kalaulah Rayyan tahu dari awal akan status Amira sudah menjadi kekasih orang lain sudah lama dia pendamkan perasaan itu.Menghela nafas panjang Rayyan teringat akan semua itu.

 Digapainya perlahan Handpone di atas meja pejabat melihat satu pesanan ringkas whatsApp nombor yang tertera tidak dikenalinya.Dibukanya perlahan security pin handphone untuk membukanya dengan perlahan.Ternyata terkejutnya Rayyan.

 Assallamulaikum Rayyan,Amira nie.Amira nak minta maaf banyak pada Rayyan kerana menyibuk untuk menghantar WhatsApp di waktubegini.Cuma Amira tertanya-tanya kenapa Rayyan sekarang dah lain tak macamAmira yang kenal dulu?Maaf cuma nak tanya.Walaikumussalam.Amira.

 

 Tersenyum lebar Rayyan membaca WhatsApp dari Amira.Masih juga dia ingat akan aku.Bukan salah aku pun nak cuba jauhkan diri daripdanya.kau kan dah ada orang lain yang lebih bertahta di hati.kenapa nak salahkan aku untuk jauhkan diri.Tapi apa harus aku jawab dengan WhatsApp dianie.

 

Sambil bertongkat dagu memikirkan perkataan yang sesuai untuk dia jadikan jawapan membalas WhatsApp Amira tersebut.Rayyan serbasalah dengan dirinya sendiri.Sedangkan papanya suka akan Amira untuk jadi calon menantu.

 

Walaikumussalam Amira,Rayyan tak nak campur urusan kerja kita dengan hal peribadi.Anggaplah kita berjumpa sebagai seorang rakan niaga yang sebenar.Soal perasaan dan hati kita ketepikan dahulu ok.

 

 Ringkas dan padat apa yang diterangkan oleh Rayyanpada Amira.Dia tak suka untuk beterus-terang dengan apa yang berlaku dalam dirinya yang ketara sekali perubahanya.Rayyan sendiri tahu akan semua pekaraitu.

 

“Encik Rayyan,sapa satu suara yang amat Rayyan kenali.Awak ok kah?”PA Citra holding membangunkan lamunannya.

 

“Ya,Murni ada apa boleh saya bantu”sapa Rayyan gelisah.

 

“Kan tadi Rayyan yang panggil saya untuk masuk kedalam pejabat?”membawa fail projek Gelang Patah.

 

“Ya..tapi saya lupa kot.Apa yang kita bincang.sorrysaya lupa apa yang saya fikrkan.Rayyan sendiri tidak tahu.”Jawab Rayyantersekat -sekat.

 

“Yalah Rayyan,hari tu Amira melawat ke hospital,Rayyan tak nak melayan.Jual mahal dengan Amira,bukan kah dah rugi jadinya.Bila dahjauh macam nie mengelamun pula Rayyan padanya.”Usik Murni panjang jela.

 

“Hisy...kesitu pula kau nie”cebik muka Rayyan dengan penerangan Murni melibatkan nama Amira di ruang telinganya.

 

“Fail yang Rayyan suruh saya siapkan untuk memulihkan Projek kita di Gelang patah Johor dah saya siapkan.Tinggal tandantangan Rayyan saya perlu tunggu lagi.kalau dah siap segalanya barulah Projek akan berjalan seperti biasa hendaknya”Terang Murni.Layak Jadi P.A  Citra Holding.

 

“Terima kasih Murni,tugas yang sangat mengagumi pihak Citra Holding”puji Rayyan pada Murni.

 

“Memang dah tanggungjawab saya Rayyan”senyum panjang dan terus beredar dari pandangan mata Rayyan.Kelibat Murni dah tidak kelihatan di padangan matanya membuatkan mengelamun sekali lagi mengingatkan apa yang dikatakan mamanya semalam supaya cepat mencari Calon menantunya.

 

Rayyan harus menyiasat sendiri latar belakang lelak iyang menjadi kekasih Amira di padangan matanya.Selama Dia berkawan dengan Amiratak pernah pun Rayyan tengok Amira sibuk dengan telepone menghbungi sesiapa.tapi kenapa Amira juga masih mencarinya buat ketika sedangkan bukan urusan kerja.malah soal hati dan perasaan yang Amira bincangkan dengan Rayyan.Pekara sebegini membuatkan Rayyan ingin tahu sebab dan kenapa Amira begitu Yakin dengan perasaan yang dimilikinya sekarang.Rayyan cuba menghubungi Syuk untuk pekara ini tetapi gagal dihubungi.

 

Ke hulu-ke hilir langkah Tan Sri Imran di dalam pejabatnya.Kelihatan ada sesuatu yang tengah fikirakan.Lalu dia mencapai hanphone menghubungi seseorang yang dipercayainya.

 

“Assalamulaikum,macam mana dengan semua maklumat yang saya minta?”tegas Tan Sri pada seseorang di dalam talian.

 

“Walaikumussalam Tan Sri,Saya dapati memang ada unsu rsabotaj di projek Gelang Patah Johor.Antara yang mungkin Terlibat adalah kawan lama Tan Sri dahulu.kami sedang mengumpul bukti yang kukuh untuk semua ini.Buat masa sekarang kami dapat maklumat dari orang awam tentang makluma tini.Berdasarkan bukti di tempat-tempat kejadian bukti dapat mempengaruhi segalanya.”Jelasnya panjang lebar.

 

“Terima kasih Encik.Walaikumussalam”.terus dimatikanya talian.

 

Hatinya mula lega dengan penjelasan tersebut.Apa yang difikrakan selama ini memang tepat dengan segala kejadian yang menimpa anaknya tempoh hari.nasib baik tidak melibatkan Nyawa.

 

“Rayyan,Awak masuk bilik papa sekejap.Ada hal papa nak bincang dengan kamu.”

 

“Baik Pa” sekilas Rayyan Menjawab.Terus menuju Jalanke ruangan pejabat Papanya

 

“Rayyan,Papa nak kamu berada di Johor minggu depan.Papa dah siapkan satu Rumah untuk kamu diam bagi memudahkan kamu mengendalikan projek kamu yang berada di Gelang patah Johor.”

 

“Tapi pa,kalau rumah jauh dari projek susah juga Rayyan hendak berulang alik melawat projek.”soal Rayyan.

 

“Papa dah siapkan kelengkapan,di rumah adanya satu pejabat.Dan segala urusan mestilah di situ.kemudahan security sudah diletakan di situ lagi.”Tambah Tan Sri Lagi.

 

wow Intresting pa,tapi kenapa sampai begini sekali papa”Rayyan kehairanan.kenapa Papanya sanggup untuk buat semua itu bagi mempermudahkan lagi Projek Gelang Patah Johor disiapkan dengan lebih laju lagi.Menjadi persoalan di minda Rayyan buat ketika itu.Tak sanggup rasanya Tansri melihat Rayyan kena serang lagi semasa proses projek sedang dijalankan.

 

“Rayyan kena janji dengan Papa yang Rayyan tak akan membantah walaupun Rayyan akan tahu diaman Rayyan akan berada.Dan satu lagi lokasi rumah berdekatan dengan orang yang Rayyan amat kenal.Malah rumah yang Papa sediakan itu berhadapan dengan orang yang berkenaan.Ini semua kerana bagi memudahkan proses perjalanan Projek Citra Holding di Gelah Patah Johor berjalan dengan lancar.Faham Rayyan”tegas Tan Sri dengan penuh makna yang Tersirat.

 

 Jawapan Rayyan hanyalah dengan angukan tanda setuju.Banyak yang bermain di minda Rayyan ketika ini.Tan Sri buat semua ini sebab dia nak keselamatan anaknya dijaga seratus peratus.

 

Jari-jemarinya ligat mencari nama yang tertera Syuk diskrin handphone yang dipegang erat dari tadi.kelihatan nama Syuk terpampang terus didail syarat memangil.

“Hello Syuk macam mana dengan perkembangan setakat ini?”tanya Rayyan dengan penuh Teliti.

 

“Rayyan harap kau bersabar ya..orang yang menyerang kita tempoh hari ada berkait rapat dengan pembuangan staff di Citra Holding bulan Lalu.Ini bermakna ada unsur ketidakpuastian antara mereka dengan pihak syarikat”jelas Syuk.

 

“Tapi kenapa dia menyerang kita secara peribadi?”tanyaRayyan.

 

“Menurut sumber yang aku perolehi dari pihak yang mengenali perlaku tersebut.ada dalang sebalik kedua dua kejadian ini.Dimana Pihak ketiga telah merancang untuk memusnah di tapak pembinaan.manakala pihak selainnya adalah memsabotaj kenderaan yang kita pakai.Dari kaji selidik berkenaan keaadaan kereta yang kita pakai break kawalan telah di putuskan sebahagian bagi memudahkan lagi kemalangan berlaku”penjelasan Syuk tak dapat dijangka oleh Rayyan siapa perlaku.

 

“Bukan kah kereta yang kita pakai tak pernah pun kita tinggal di luar ruamh”Soal Rayyan lagi.

 

“Ya,memang driver syarikat Rayyan tidak meninggalkankereta di luar.Tapi atas dasar urusan kerja sesekali dia kan parkir di tempat awan.Di situlah orang yang berkenaan mengambil kesempatan.Sebab sebelum driver syarikat menjemput kita berdua di airport Johor dia pernah bocor tayar diperjalanan.Masa di perjalannan ada dua orang suspek yang mungkin salah satu dalang pada semua ini mengunakan kesempatan untuk memutusakn sistem break kereta ini di bengkel berkenaan.Tayar bocor telah dijadikan alasan suspek untuk menolong driver kereta ke bengkel untuk tindakan lanjut mereka.”

 

“Memang tidak dinafikan rancangan mereka begitu telitisekali.Sekarang kita harus buat report polis berkenaan dengan semua ini.Insyaallah suspek akan dapat dibu oleh pihak polis”keadaan muka Rayyan mulaberubah panas.Kelihatan merah mukanya yang putih.

 

Rayyan sendiri tak sangka jenayah sebegitu amat terancang sekali.Rayyan sendiri tidak tahu siapa munsuh yang beriya-iya sangat nak melenyapkannya dari muka bumi ini.

 

“Tak apa yang penting sekarang nie kita siasat dulu siapa yang menembak bulan lalu.kalau kita dapat tangkap perlaku disitu kita akan dapat tahu jawapannya.”jelas Rayyan sekali lagi.

 

“Baik Rayyan,so sekarang kau nak jumpa aku ke?” Syuk bertanya lagi.

 

“Tak,kau pergi rumah aku bawa pakaian kau kesini.Akunak kau bersama aku kat Johor minggu depan.sebab Tan Sri suruh aku diam disana sampaikan Projek di gelang patah siap sepenuhnya barulah aku boleh balik kesini lagi.”terus berpalig pada kalender di atas meja menyemak kembali jadualnya tentang Projek.

 

           

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rayyan