Home Novel Cinta Permata hatiku
Permata hatiku
Rayyan
7/1/2018 23:08:37
21,313
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1
        

       

Prolog I


“Kau!!! Jangan sesekali ganggu anak aku lagi,kau faham tak!!”desingan teriakan Pak helmi memecah gegendang telingga Rayyan.


“Tapi Pak cik saya sayangkan Natasha lebih dari Nyawa saya sendiri”Rayyan terus melutut merayu,memegang kedua belah kaki orang tua itu kerana keikhlasanya untuk mengahwinan anak perempuannya.


“Kau ingat hidup ini hanya makan pasir untuk bekeluarga?” susuk badan Rayyan yang kurus itu diketiskan kakinya ke tepi dan terus menyepak-nyepak badan Rayyan beberapa kali.Tak terasa bagi Rayyan akan semua itu.


“Papa!!! Jangan pa.tolong pa!”suara Nas kelihatan meleraikan perbuatan Papanya itu.


Selepas pinangan keluarga Rayyan untuk melamar anak Pak Helmi ditolak, Rayyan datang balik untuk merayu supaya pinangannya diterima.Rayyan sangat yakin yang pinangan itu akan diterima.Tapi,selepas kepulangan papa dan Mamanya dengan muka yang sedih sayu menyebabkan Rayyan datang terus untuk merayu pada Pak Helmi supaya pinangan itu diterima.


“Saya janji akan jaga anak Pak Cik,saya janji akan bahagiakan hidup Nas pak Cik.Tolonglah Pak Cik.”Rayuan Rayyan lansung tak diendahkan oleh Pak Cik Helmi dan Mak Cik Nab mama kepada Natasha.


Rayyan yang selama ini Rayyan banyak menolong Nas sekeluarga di alam kesusahan.Bagaikan dipijak-pijak jasanya.Bak kata perpatah seperti kaang lupakan kulit.Sejak kemalangan yang menimpa Pak Cik Helmi sehingga menyebabkan Pak Cik helmi koma selama sebulan di hospital kerana dilanggar semasa pulang dari Kem Askar.Rayyan tak terfikir lansung akan  balas budi keluarga itu,yang penting Keluarga Nas dapat menerimanya sebagai menantu,walaupun Rayyan hanya bekerja sebagai seorang pelanggan sebuah Restaurant.Bagi Rayyan  gajinya tak sebesar manapun dia dapat memberikan kebahagian kepada Natasha.


“Kau berambus,kau tak layak jadi suami kepada Nas,Nas bepelajaran tinggi!.Ada kau faham apa yang aku cakapkan ini.Bodoh!.”sambil menekan-nekan kuat kepala Rayyan dengan telujuk tangan kananya.


“Saya cintakan Nas Pak Cik,”Masih dengan rayuannya.Rayyan.Sambil mengapitkan kedua belah tangannya tanda merayu untuk meraih simpati pak Helmi yang masih bediri tegak dengan muka bengisnya.Tangisan Rayyan tak dihiraukan sama sekali oleh Pak Helmi sekeluarga.Malah Badan Rayyan diketis-ketisnya dengan menggunakan kaki.


“Kau tengok sendiri kerja kau sekarang budak.!Mampukah? Kau nak tampung kehidupan anak aku nanti.”jerit  orang tua itu lagi.


“Saya yakin kerja saya sekarang dapat juga menjamin kehidupan kami berdua nanti.Insyallah ada rezeki saya akan carikan kerja yang lebih menjamin lagi kerana saya amat mencintai Nas pak Cik.”terang Rayyan lagi tanpa menghiraukan pandangan orang lain terhadapnya.Baginya itulah perngorbanannya untuk meraih kasih serta cintanya.


“Kau dengar sekarang budak tak sedar diri.!.Nas betulkah kau cinta akan lelaki ini?”teriaknya pada Nas yang sedang bediri sebelah Rayyan.


“Tidak Pa,dulu memang saya cintakanya untuk sementara saja.Lepas Nas tahu Rayyan bukan ada kerjaya yang bagus dan menjamin masa depan Nas,Nas mula berfikir untuk melepaskannya.”terang Natasha dari mulutnya sendiri.Dek kerana takut dimarahi Papanya sendiri.


Terduduk Rayyan memdengar kata-kata Nas itu.Tak sangka yang Nas mempergunakannya untuk kepentingan Nas sendiri masa ini.Dulu masa keluarga ini susah untuk melalui kehidupan mereka Rayyan lah yang banyak membantu mereka sekeluarga. Pak Helmi memang pemilih orangnya dalam soal menantu yang ingin masuk ke dalam ahli keluarga itu.Ingat lagi Rayyan, yang Nas pernah bercerita tentang Jodoh kakaknya yang ditentukan Papanya sendiri dengan orang pilihannya yang lebih bekerjaya.kalau setakat kerja biasa tak akan dapat restu darinya.


“Kenapa kau sakitkan hati Rayyan Nas,kenapa kau bohong segalanya pada Rayyan?,apa salah Rayyan Nas.Bagitahu Rayyan.”suara sayu lembut Rayyan menyoal gadis cintaannya itu.Runtuh hati Rayyan mendengar penjelasan Nas.


“Dulu Nas ingat Rayyan akan cari kerja yang lebih bagus lagi untuk kehidupan Nas.Sekurang-kurangnya Rayyan perlu kerja tetap seperti kerja dalam bidang kerajaan barulah Nas akan terima Rayyan.”Senangnya jawapan nas untuk Rayyan.


Itulah balasan perngorbanan Rayyan pada keluarga ini yang dibalas dengan penuh onak pahitnya untuk semua apa yang telah dilakukan oleh Rayyan.Terdiam tak terkata lagi Rayyan.Patutlah pinangan keluarga Rayyan ditolak mentah-mentah oleh keluarga Nas.


“Baik lah Pak Cik,Mak Cik,Nas.Rayyan akur dengan jawapan Nas ini.Rayyan nak minta maaf atas apa yang dah berlaku ini.Anggap saja pinangan saya ini sebagai mimpi ngeri bagi diri Rayyan yang paling menyedihkan dalam hidup Rayyan.”Rayyan mendirikan tubuhnya yang kurus kering itu dengan perlahan-lahan kerana masih sakit akan sepakan kuat dari Pak cik helmi sebentar tadi.Maklum lah seorang Askar.


“Lepas ini kau jangan sesekali ganngu anak saya lagi.kalau kau ganggu lagi Nas,kau akan aku bunuh!.Jerit orang tua itu.Nas dah ada pilihannya sendiri sekarang ini.Seorang Guru Agama.Sekarang kau berambus”Jerit Pak Helmi lagi.


Sebelum kedatangan Rayyan untuk merayu supaya lamarannya diterima Papa dan mama Rayyan Imran dan mamanya Elya teruk lagi diusir keluarga Nastasha.Dengan kemiskinan yang mereka miliki ketika ini jadi penyebab utama Lamaran itu ditolak mentah-mentah.Bukan itu sahaja Imran dan Elya diperkotak-katikan maruahnya oleh keluarga Nastasha.


Mulai dari peristiwa itu Rayyan sekeluarga bertekad untuk merubah kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.Dengan adanya Tanah yang luas ditinggalkan Arwah datuk Rayyan untuk mereka usahakan.


“Rayyan berjanji tidak akan kacau anak Pak Cik lagi.Rayyan akan padamkan cinta murni Rayyan terhadap Nas,dan akan pendamkan dalam diri Rayyan.Walaupun perit Rayyan lalui.Rayyan akan buang nama Nas yang terukir luas dalam hati Rayyan.Nas,Rayyan tak mampu nak penuhi semua permintaan Nas selama ini.”Jelas Rayyan.Linangan airamata seoarang lelaki yang iklhas mencintai wanita kecintaannya itu telah diputuskan sendiri dengan rela hatinya.


“Kau carilah perempuan yang sama setaraf dengan kau budak!”Tambah Pak Helmi lagi.


“Baik lah Pak Cik,kalau ini permintaan Pak Cik sekeluarga.Halalkan makan minum Rayyan selama Rayyan pernah hadir dalam keluarga ini. Rayyan Janji akan elakan diri dari terus berjumpa dengan orang yang melukakan hati Rayyan.Terima kasih untuk segalanya Nas.Kalau Allah takdirkan kita untuk bertemu suatu hari nanti,Rayyan dah pun berubah seperti yang kamu semua nak kan ketika ini.”Terang Rayyan dengan nada yang sayu.Linangan airmatanya menemaninya.


Rayyan yang masih muda untuk bernikah awal telah mendapat tentangan daripada Papa dan Mamanya.Tapi Rayyan juga berdegil untuk memperisterikan Nas.Nas juga pada masa tersebut baru lepasan tingkatan enam.Memandangkan kedua mereka masih muda Nas sendiri membuat keputusan memutuskan hubungan mereka dengan menolakan pinangannya.


“Kau tak layak untuk aku Rayyan.Kau tak layak nak hadiri dalam hidup aku.Dan kau tak mampu untuk menyara kehidupan aku.Kalau Kerja kau setakat pelayan kedai tak payah lah kau nak jadikan aku sebagai calon isteri kau.”Jelas Nas menikam tajam pada pendengaran telinga Rayyan.


“Insyallah Nas,Rayyan Akan cari orang yang sama setaraf dengan Rayyan nanti.Rayyan nak minta maaf sekali lagi sebab tak mampu nak tunaikan kemewahan pada Nas masa ini.Rayyan tak mampu,sebab Rayyan bukan datang dari keluarga yang berada macam orang lain.”Akhirnya titisan air mata menghujani pipinya sekali lagi.


Rayyan bertekad tak akan berjumpa dengan Nas lagi walaupun secara sengaja atau tak sengaja.Itulah lah Manusia bila dah berjaya tak akan pandang pun orang yang pernah seiringan denganya di dalam kesusahan.


           

            (Sepuluh tahun selapas peristiwa ini)




 

                Bab 1

          

     

       Pejabat Citra Holding agak sunyi,hanya yang kedengaran bunyi detik jam di depan dinding pejabat.Kelihatan kelibat Tan Sri Imran melangkah masuk pejabat.Seorang majikan yang sangat tegas dalam kerjayanya dan sangat mengambil berat akan kebajikan pekerjanya.Tanpa pilih kasih,juga sangat-sangat menghargai setiap hasil kerja yang cemerlang oleh  pekerjanya.Kebiasanya akan mendapat hasil atas kerja yang cemerlang.

    "Rayyan masuk pejabat saya sekarang" kata Tan Sri.

Rayyan satu-satunya Staff harapan Tan Sri Imran.Tanpa bercakap banyak Rayyan terus melangkah masuk ke bilik Tan Sri.

    "Rayyan..Saya nak kamu uruskan projek kita yang berada di Johor,nanti disana kamu akan dibantu oleh PA Datuk Hisyam."ulas Tan Sri Imran lagi.Dalam hal kerja memang teramat dipadang serius bagi Tan Sri.

   Sambil menelaah fail yang Rayyan bagi untuk  ditangani. Tan sri mebelek-belek kertas kerja Rayyan yang begitu teliti,dan tersusun rapi mengikut urutan.Tersenyum lebar Tan Sri melihat setiap hasil kerja yang Rayyan berikan pada syarikatnya.Dia sangat kagum dengan Rayyan dalam syarikat.layak juga mengetuai sesuatu projek.Anak Papa mana tidaknya usik hati kecil Tan Sri imran.

   " Ok Rayyan Saya serahkan segala tugas tentang projek di Johor kepada kamu,apa-apa masalah kamu beritahu saya saja"tegas Tan sri lagi.

    "Baik Tan Sri" Rayyan lalu mengambil fail dari meja Tan Sri.Segala urusan yang diperlukan sudah siap di sign oleh Tan Sri  untuk persiapan projek di Johor Gelang Patah.Projek terbesar Citra Holding baru dikendalikan oleh Rayyan sendiri. 

   "flight Rayyan pukul 3.30 petang.Jangan lupa ye.Takut terlambat."Jelas Tan Sri Imran sambil tersenyum sengih dengan kelibat anaknya meninggalkan bilik pejabatnya.
   
    Jam dah pukul 12.00 tengahari.Kenapa lah Papa last minute about this job to do.Bagus aku direct je pergi airport lepas lunch nanti.Ulas hati kecil Rayyan.Kelam kabut gerak-gerinya untuk meninggalkan pejabat Citra holding.

    Tiba di Johor,Rayyan terpinga-pinga mencari satu kelibat orang yang ditugaskan untuk menjemputnya di Airport .Alangkah malangnya, PA Datuk Hisyam tak sempat nak jemput Rayyan.Entah sapa pulak yang jemput aku nie nanti.Omel hatinya sambil ligat meliarkan matanya untuk mencari sesuatu untuk dijadikan rujukan.

   Aduh!macam nie.Aku nak call Papa dulu.Siapa boleh tolong nie.Ke hulu dan kehilir laluan kakinya melangkah.
  
       Zap! Ada satu bunyi suara memanggil namanya.


    "Encik Rayyan.."satu suara ayu membelai telinga Rayyan.Nurul Sharifah Amira Anak kepada Datuk Hisyam.memandangkan PA Datuk Hisyam tak sempat nak jemput Rayyan Jadi anaknya ditugaskan untuk menjemput Rayyan di Airport Senai Johor.

    "Ya..sa..sa.ya Rayyan"lafaz Rayyan agak terketar -ketar selepas melihat anak Datuk Hisyam.pertama kali dia melihat Wanita begitu anggun  dengan pangilan nama yang lebih sinonim sebagai Amira.

    "kata dimulakan dengan ABC angka dimulakan dengan 123,lagu dimulakan dengan Do Re Me ,cinta dimulakan Aku dan Kamu". bisik hati Rayyan.mengelamun sekejap Rayyan.Dia sendiri tidak tahu hala tuju nak berkata apa,seolah-olah hilang arah tuju.ke kanan tak jadi ke kiri pun tak jadi.Dia lagi gementar berhadapan dengan seorang bidadari yang muncul saat dia perlukan cinta.


    Amira terus mempelawa Rayyan masuk ke dalam kereta BMW yang debekalkan dengan driver syarikat Datuk Hisyam.sepanjang perjalanan Rayyan sepatah kata pun tak terkeluar,agaknya malu dengan Amira.


    "Encik Rayyan Dah makan" tiba-tiba Amira berkata,.Rayyan terpinga-pinga membuat muka malu.sambil mengaru belakang kepala yang tidak gatal itu dengan tunjuk jari kananya.


    "Ha..sebenarnya saya dah makan tadi,,,di..di rumah tadi"kata Rayyan tersekat sekat.Amira tersenyum panjang melihat sikap Rayyan yang tak keruan dari tadi.Sejak memandangnya.
   "Encik Rayyan,itu kat rumah Awak lah dah berjam yang lalu,mesti Awak lapar kan" soal Amira lagi.

   "Tapi CIk..Cik sapa tadi,"tak ingat pula Rayyan nama si gadis cantik tadi.Apalah engkau nie Rayyan desus hatinya.Seperti seseorang yang hilang Kudrat untuk bersuara.
  
    "Cik Amira," kata Amira pantas dengan keraguan Rayyan.

    "Owh Amira..Cik Amira"keluar pantas suara Rayyan.Rayyan serba salah kerana dia sendiri tahu Amira tahu dia segan untuk bertutur kata dengan Amira,apatah lagi makan bersama.Jauh sekali Tak lah.
    "Encik Rayyan nak makan kat mana ye..." lembut merdu membuai telinga Rayyan.

   Rayyan terdiam sekejap.sebab dia sedang memikirkan apa yang perlu Dia jawab untuk kali ini.Dia seolah olah-olah dibuai mimpi indah.mengelamun dengan naluri cintanya.Entah datang dari mana.Dia sendiri tidah tahu akan wujudnya naluri itu,keliru Rayyan dibuai kata Amira.


    "Tak payah ber..Encik dengan Saya Cik Amira,panggil saja Rayyan dah cukup" mula berani untuk berkata-kata Rayyan dengan Amira.Dia sendiri perlu yakin akan diri sendiri.

    "Tengok awak sendiri yang ber Cik...dengan saya"balas Amira seolah-olah mengusik hati Rayyan.
    "panggil saja Amira,dah cukup untuk saya,Rayyan"

   Lidah Rayyan terkedu tak tahu nak cakap apa.Rayyan tersenyum panjang melihat tepi pintu kereta sambil memandang permandangan indah sepanjang perjalanan ke hotel tempat dia menginap.


    "Rayyan tak apa mungkin awak tak sudi makan dengan saya"kata Amira lagi untuk mengusik hati Rayyan.

     "Awak jangan kata macam tu tak baik tau..seorang gadis ajak seorang jejaka makan,tapi jejaka tu tiba-tiba kata tak nak...kalau macam tu awak bawa saya makan kat tempat yang paling top sekali kat Johor nie,tapi saya tak nak yang dekat hotel tau,saya nak yang di gerai-gerai popular"usar Rayyan Panjang.

     "Ok...kan bagus macam tu awak"jawab Amira ringkas.Driver hanya tersenyum lebar melihat gelagat dua anak muda yang sedang di alam pekerjaanya.

     "Amira kita nak pergi mana nie" soal pak Hassan driver Datuk Hisyam.

     "Pak cik kita bawa tetamu istemewa kita ini pergi makan kat...mana ya,hotel Dia tak nak,hmm,kalau macam tu kita bawa dia pergi restoran malay villagelah Pak cik.Rayyan ok tak?"buai manja Amira pada Rayyan.Amira satu-satunya anak Datuk yang paling manja dengan semua orang.Manjanya ada batasnya juga.Tapi dalam tugas dia memang tegas.

     "Saya ikut je."ringkas kata Rayyan,dalam hati memang dia nak terus bersama Amira.Dah lah comel,manja lagi tu.Adui hai bisik hati geramnya.

     "Betul ke nie" kata Amira mencelah kata Rayyan.Amira nie ada-ada je jawapanya dan soalnya pada Rayyan.Dia sengaja menguji segala pertuturan Rayyan sebab dia sendiri ingin tahu orang yang bekerjasama dengan Syarikat Datuk Hisyam menjalankan kerja penuh tulus dan Amanah bagi menggelakan tiada sebarang unsur penipuan pada kedua-dua pihak.


    Ternyata Rayyan orangnya sangat ikhlas dalam kerjayanya.Tak perlu di uji pun Rayyan sememangnya yang terbaik dari Citra Holding.sebab tu Tan Sri Imran meletakanya sebagai ketua projek di Johor.
  
    "Ya lah, betul lah nie cik Adik comel “ kata hati kecil Rayyan.sambil senyum kambing.

    "Ok Abang comel,awak panggil cik Adik ,saya panggil awak Cik Abang.Jangan marah ye.."Amira membetulkan tudung sedikit longgar.sambil tersenyum manis kelihatan lesung pipinya di depan cermin kereta.Memandangkan dia duduk di depan dengan Pak Hassan,Rayyan semestinya di belakang dapat memerhatikanya pada cermin sisi kereta pandang kiri.

Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rayyan