Home Novel Cinta Permata hatiku
Permata hatiku
Rayyan
7/1/2018 23:08:37
21,316
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

       Kehadiran  client yang yang ditunggu oleh Amira dinanti kelibatnya.Anak matanya meliar mencari satu wajah yang sering bermain di mindanya.Apakah orang yang digambarkanya akan muncul depan matanya nanti.Kenapa banyak-banyak client yang aku jumpa dia nie yang mendebarkan aku pula.

  “Cik Amira”sapa satu suara garau dari belakangnya.suara itu bukan asing lagi baginya.

“Ya saya”terus Amira angkat punggungnya menoleh ke arah belakang.Ternyata apa yang dianggapnya tepat orangnya.

“Assalamulaikum”kata Rayyan lagi.

“Walaikummusalam”Jawab Amira sedikit tertelan air liur ditekaknya.Agak kaku juga kedua-duanya untuk berbicara.Keadaan sekeliling sunyi buat seketika,Masing-masing sibuk mengeluarkan laptop  untuk dijadikan sebagai bahan rujukan tentang projek Citra Holding.

“Tadi!”serentak kata kedua-duanya.Rayyan terus menatah tangan syarat mengatakan Amira bercakap dahulu.

“Tadi,Awak dah makan ke belum”sapa Mira dengan sopan.Amira mengeluarkan pandangan senyuman manisnya pada wajah si pemilik suara garau itu.kali ini agak kekok Amira untuk bersuara.

“Belum”Jawab Rayyan dengan pantas tanpa memandang pada wajah Amira.Diaberpura-pura menghadap laptop yang sudah lama terbuka.Tanganya seolah menekan butang laptop.

“Saya order untuk awak lah Encik Rayyan”Amira menambah kata lagi.masih memandang tepat ke arah Rayyan.Tapi yang jadi sedihnya buat Amira ,Rayyan seakan-akan tidak menghiraukan pandanganya.Dah kenapa dia nie macam tak suka saja aku berurusan dengan dia.

   “Tak apa,nanti saya pandai order sendiri”Jawab Rayyan senyum nipis.

Kau tak payah nak berlakon baik dengan aku soal hati Rayyan meronta tanpa kata.Kalau lah aku tahu kau berpunya tak akan aku beri walaupun secebis isi hatiku ini.Tengok sekarang ini hati yang aku dah beri pada engkau,belum dapat kau pulangkan pada aku.

  “Tak apa,Awak cakap je apa awak nak makan nanti saya order.”bantahAmira lagi.Matanya meliar mencari mana tawa senyum di riak muka Rayyan yang hidup selama ini.Tak kan berubah 360 darjah orang nie kat aku.Aku tak tahu apa salah aku.

  “Saya bukan budak kecik lagi awak nak tolong orderkan.Saya boleh order sendiri lah”tegas Rayyan lagi.Dia ingat aku kekasih dia ke nak bermanja dengan aku.Kalau tidak kerana soal kerja aku tak akan Jumpa kau Cik Amira.Harap muka je lawa tapi  playgirl.Sini dia nak kebas sana dia nak kebas.desis hati Rayyan tak tentu arah

Rayyan tidak tahu kenapa sejak dia melihat Amira dengan lelaki lain di pusat membeli belah tempoh hari.hatinya selalu memberontak memarahi Amira tanpa keluar kata.Amira lah cinta permata hatinya dahulu yang pernah hadir tanpa sengaja dengan pandangan pertamanya .Tapi sekarang dah lain jadinya.

“Kenapa nie Awak macam panas semacam je aku tengok”ucap Amira lembut menyoal Rayyan yang pada pandangan matanya bad mood.Hadap saja Amira kerenahnya,kau yang hendakanya kan.kalau kau tak hadap dia sekarang macam manakamu nak kenal dia nanti.

“Aku ok je,boleh tak jangan cakap pasal perasaan buat masa nie,kita fokus pada kerjaya dulu.Tentang projek kita di Gelang patah Johor.”tegas Rayyan terus menghadap laptop.

Amira yang terpinga-pinga dengan penjelasan Rayyan,Seoalh-olah mati akal untuk berkata lagi.Dia terus membuka Dokumen yang hendak dibincangkanya  dengan Rayyan.Setelah bincang mereka terus beredar tanpa kata.

Rayyan terus membawa angin tak bagusnya ke pejabat.Stress memanjang diwajahnya.Dulu tak juga macam nie kedaanya.Tapi bila mengenangkan kisah lamanya dia jadi tak tentu arah.Agaknya dia sendiri fobia dengan cinta.Sebab itu diaharus berhati-hati bila memilih cinta.

Bila Rayyan mula mengenal akan Cinta,muncul juga orang ketiga di mata Rayyan.Memang membuatkan rasa tak tentu arah.Alangkah indahnya bila dia bertemu dengn cinta takada orang yang berkongsikanya.Itulah cabaran cinta di dunia.kalau tak ada dugaan serta cabaran tak baguslah episod cintanya.

Rayyan menapak masuk kedalam perut keretanya diruang parking dan  teringat akan Syuk yang sudah lama menunggunya di ruang parkir kereta.

Syuk sejak peristiwa hari itu,sentiasa mengekorinya kemana saja diapergi.Bagi mengelakan pekara yang lepas tak akan berulang lagi baginya.Agak gelisah juga Rayyan bila teringat akan bunyi tembakan peluru musuhnya tempoh hari.

Syuk dah lama rancang sesuatu diluar jangkaan Rayyan.Syuk bertindak mengupah orang untuk menyiasat pemandu Ford Ranger tempoh hari.Sebagai kawanSyuk harus bertindak lebih draktik lagi untuk keselamatan kawan baiknya Rayyanyang banyak menolongnya dari dulu lagi.

Sekarang tiba masanya Syuk pula membalas segala jasa budi baik Rayyan itu dan juga merangkap kawan baiknya.Syuk tak kisah pasal upah sekarang yang penting keselamatan kawanya di jaga dengan penuh tanggungawab.

Deringan bunyi handphone Syuk mengamit suasana dalam kereta tritonnya yang menyusuri jalan highway mengekori kereta BMW Rayyan.Syuk segera mengenakan Handfree pada telinganya.

“Syuk,Aiman nie”kata orang upahan Syuk yang setia memberi laporan siasatan pada Syuk.

“Ya Aiman,ada apa perkembangan”terus memfokuskan telinganya pada penerangan Aiman.

“Kereta itu sekarang sedang menuju ke lebuh raya yang Boss Rayyan selalu lalui.”jelas Aiman lagi.Terus Aiman mengekori gelagat kereta Ford Ranger tersebut.Aiman seolah-olah tahu siapa punya kereta tersebut.Sebab sebelum niedia pernah berurusan dengan pemilik kereta ini.Tapi yang menjadi tanda tanya nombor flat keretanya berlainan.

Setahu Aiman dia pernah berurusan dengan pemilik kereta ini pasal pemilikan hal sewa beli rumah kos rendah berapa bulan yang lalu.Kalau tak silap pemilik kereta tersebut adalah seorang peguam syarikat yang berkaitan.

“kalau macam itu kamu terus saja ikut dia”tambah Syuk lagi.

“Syuk,saya rasa tahu lah siapa pemilik kereta itu”Jawab Aiman lagi.

Syuk sedikit terkejut dengan penjelasan yang diberikan Aiman ketikaitu.Seolah-olah dia memang jangkakan pekara sebegitu akan terjadi sebab mengikut apa yang diterangkan oleh Aiman padanya dia tahu sikap penjahat tersebut.Yang sengaja menyerang Rayyan dengan niat hendak membunuh Rayyan.Sekarang tinggal fokus untuk memikirkan bagaimana cara untuk membalas balik permainan penjahat tersebut.

“Tapi Aiman kena pastikan yang pemilik kereta tersebut orang yang kamu maksudkan.kalau benarlah dia yang perlaku pada semua yang dah berlaku.Senang kita nak umpan dia nanti supaya dia akan terperangkap ke arah jeratnya sendiri”Jelas panjang Syuk pada Aiman.

“Baik Syuk”

Syuk dari tadi mengekori kereta Rayyan dengan penuh tanda tanya.Apakahyang dijelas Aiman itu benar akan berlaku.Dia sedang berhadapan dengan halangan yang penuh liku-liku bahaya termasuk Rayyan sekali.Maksudnya Syuk kena minta bantuan yang lebih pakar lagi dalam bidang penyiasatan ini.

Kalau dia nak melibatkan Polis dalam hal ini,Rayyan tidak suka sebab dia tidak mahu kedudukan Syarikat Citra Holding menjadi tumpuan Media nanti.Sekarang Syuk harus selalu di belakang Rayyan untuk melindungi gerak gerinya.

Tiba di Citra Holding Rayyan berasa lega seoalah-olah tak ada yang mengekorinya pada masa tu.Sebab dia sendiri yang tahu di sekelilingnya banyak musuh yang sedang merapatinya.Kemungkinan yang sedang memerhatikan gerak gerinya mengekorinya.Tapi memandangkan kawalan Syuk padanya amat ketat jadi batas untuk orang hendak bertindak terhadapnya terbatas.

Deringan handphone Syuk mengamit suasana parkir di Citra Holding.Kelihatan Rayyan sudah memasuki ruang Lobby pejabat Citra Holding,Syuk terus menyentuh skrin menjawab pada handphonenya.Dia dah tahu dari awal yangAiman akan telephone.

“Segalanya Jelas Syuk,perlaku adalah orang yang aku maksud kantadi.Sekarang Saya tengah perhatikan gerak gerinya.Kelihatan ada seorang lagiyang mungkin konco-konconya Syuk.”Kedengaran bunyi riuh rendah di kedai makan ditelinga Syuk.Aiman terus berlalu pergi meninggalkan tempat itu.Kemudian dia menapak masuk kedalam perut kereta Proton Preeve yang di parkirnya di belakang kedai makan tersebut.

“Aiman,kau tunggu saja dia disana sebab nak tengok apakah lagi rancangan dia yang seterusnya.”Tambah Rayyan lagi.

“Baik Syuk”Aiman terus mematikan handphonenya.

Baru saja dia nak keluar dari parkir kelihatan seorang pemuda linkungan umur Syuk dan Rayyan mengatakan sesuatu pada Mohd Razi bekas peguam syarikat Citra Holding pemilik kereta Ford Ranger pacuan empat roda .Pemuda itu seolahdia kenal nampak gayanya makin rumit apa yang sedang dia bakal siasat lagi.

Baik Aku beritahu Syuk pekara ini.sebab ianya melibatkan orang atas satu lagi.Aku tak kenal pun seorang itu.Nampak gayanya dia seorang yang berpengaruh.Kelihatan kereta yang memjemputnya dibekalkan bodyguard dua orang dan mempunyai seorang pemandu peribadi.

Kalau nak hadapi seorang diri memang agak bahaya juga konco-konco Mohd Rafi nie.Kelihatan orang yang berada di sekelilingnya mempunyai Pistol.Tapi bagaimana agaknya sewenang-wenangnya mereka mengunakan barangan terlarang ini di Malaysia.Kalau lah Polis tahu memang kecoh satu malaysia.

Apa yang dirancang oleh Datuk Ikram amatlah sulit bagi dirinya.Tentang projek di Citra holding yang baru menapak di Gelang Patah Johor dia nak masuk Share Partner 20% dari pelaburan projek.Memandangkan Rayyan yang Handle projek Rayyantak siapa pun jad share partner di situ kecuali Datuk Hisyam ayah kepada Amira.

Apa yang diputuskan Rayyan muktamad pada keputusnya yang menjadi ketua Projek tersebut.Tan Sri Imran terpaksa akur sebab semua yang diputuskan anaknya adalah untuk kebaikan syarikat Citra Holding Juga.

“Tan Sri,pujuk lah anak awak Rayyan tu...sebab my company nak melabur 20% dalam projek di Gelang patah Johor tu.”pujuk rayu Datuk ikram dalam handphone Tan Sri.

“Sorry Datuk,cause Project at Gelang patah Johor not me Handle”balasTan Sri Imran lagi terus melabuhkan punggungnya di kerusi pejabat Citra Holding.

“But u still have power on this project Tan Sri”balas Datuk Ikram lagi.sambil menumbuk keras kearahmeja pejabatnya sebab apa yang dimahukannya tidak dapat ditunaikan oleh Tan Sri Imran kawan lamanya sendiri.

 

Kenyataan itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga sampai ke hari ini.menyebabkanya bertindak Drastik sebegini hingga ke hariini.Penguam syarikat Citra Holding Mohd Razi sekarang sudah bekerja di bawah syarikatnya.Niat hatinya memang mahu memusnahkan kehidupan Rayyan dan Tan sri keluarga.Serta orang yang berada di sekelilingnya.

 

Dia tak akan mudah mengalah walaupun seinci selepas pekara pertama dia nak pikatkan hati si Anaknya Leha dengan Rayyan, tapi sedikitpun Rayyan tak pandang akan semua itu.Marah dalam dirinya memuak lagi.Seperti api yang semakin marak lagi.

 

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rayyan