Home Novel Cinta Permata hatiku
Permata hatiku
Rayyan
7/1/2018 23:08:37
21,280
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Pag iyang Berlalu dimana Rayyan harus menyiapkan segala tugasnya yang berlambak di pejabat dengan jadual yangpadat pada dirinya.BMW putih menyusuri jalan Highway Johor Bahru menenangkannya dengan suasana yang agak tenang kerana masa tu dah berlalu jalan sesak.

Kelihatan Satu pacuan Empat Roda Ford 3.2 dengan geligat tayar kasarnya mengekori kerata BMW yang dipandu oleh Rayyan.Sambil memecut laju mengekorinya.Rayyan kehairanan sebab sebelum ini tak ada pernah seorang pun yang dia kenal pakai kereta pacuan Empat Roda itu.

Rayyan cuba memerhatikan gerak geri kereta tersebut yang semakin hampir dibelakangnya.Makin Rayyan laju memecut dari laluan laju makin laju dia mengejar.Oleh kerana Cermin kereta Pancuan empat roda tersebut Tinted Hitam tebal mungkin 90 percent tinted hitam menyukarkan Rayyan mengenali siapa yang mengekorinya.

Nasib baik,Rayyan sempat memecut laju meninggalknya di trafic light yang berwarna kuning dan menjadi merah.

“Hello Syuk.Kau tolong siasat no Flat yang berdaftar yang aku sent kat kau tadi.Pacuan Empat roda ford ranger 3.2 baru mengekori aku.Nasib baik aku dapat memecut laju meningalkanya.

“Baik boss,kalau ada berita nanti saya akan beritahu boss”jawab Syuk di talian.

Masih lagi teringat kan pekara yang baru sahaja berlaku Rayyan.Sapa pula yang mengekorinya dan apa motifnya.Tak sabar rasa Rayyan dengan apa yang bakal diatempuh kali ini.kali ini dia terpaksa merahsiakan semua pekara tersebut tanpa pengetahuan Tan Sri dan Datin Elya.

Kalau dia musuh Aku tak mungkin juga.sedangkan Aku selama ini mana ada musuh?.Atau punaku sendiri yang merasa takut dengan kereta yang meluncur laju mengekori aku.Biarlah aku mana ada musuh buat masa ini.Ataupun pesaing Citra holding yangtak berpuas hati dengan kemajuan syarikat ini.

“So,macam mana Syuk ada berapa info yang boleh menjelaskan tentang pekara tadi”Tanya Rayyan dengan penuh rasa tak sabar dengan penjelasanya.

“Apa yang aku dapat no pendaftaran flat kereta yang Rayyan bagi dekat aku ternyata palsu.Aku sendiri dah buat check out nombor pendaftaran ini di JPJ Johor Bahru.Nombor pendaftaran ini di daftarkan atas kereta produa Kancil yang lama sudah tidak wujud dalam senarai pengguna jalan raya.”Ulas Syuk yakin.

“Jadi memang ada motif lah Ford Ranger ini mengekori aku” Tanya Rayyan kerisauan.“Semestinya,Rayyan memang ada motifnya”.

  Mundar-mandir dalam bilik pejabatnya,keadaan sekarang lebih merisaukan dirinya.Siapa pula punya angkara.Ataupun nalurinya sahaja,tapi tak mungkin apa yang terjadi mesti ada kaitan.Dengan no pendaftaranya yang palsu.

  “Kalau macam itu baik aku pasang umpan untuk perangakap dia”omel hatinya.

  Dengan segala tugas harus diselesaikanya,Rayyan agak kelam kabut sedikit di pejabat.Pemikiranya jauh merenung masa yang akan datang,dengan masalah dalam dirinya,dengan Jodoh mamanya Datin Elya,Projek baru dikendalikanya di Gelang Patah Johor dan Nak siasat siapa yang tiba-tiba mengekorinya.

  “Ya Allah kau tabahkan hatiku ini untuk menempuh segala yang di uji,Berilah pertunjuk padaku Ya Allah.Amin YaRabbal Alamin”Doanya dalam hati.

  Syuk yang sibuk mengekori Ford Ranger pancuan empat roda itu cuba memerhatikan jalan yang dilaluinya.Syuk cuba mengekori dua baris dari belakang kereta lain untuk mengelakan kecurigaan pemadu tersebut.

  Perlahan-lahan Ford Ranger tersebut memasuki satu kondominium Taman bukit mewah Johor Bahru.Syuk sengaja melimpasi kondominium tersebut dah lalu meninggalkanya.Agak ketat juga security di hadapan kemasukan kondo tersebut.

  Syuk mula memikirkan macam mana dia hendak memasuki pekarangan kondo tersebut .Baik aku tanya Rayyan dulu nanti fikirkan macam mana aku nak memasuki kondo ini.Bisikan hati Syuk yang dari tadi mengekori gerak-geri Ford Ranger tersebut.

  Memecut laju Syuk meninggalkan lebuhraya menuju ke citra holding untuk menemui Rayyan di tempat kerja.Belum sempat Syuk keluar dari perut kereta Rayyan sudah menunggu di parkir keretanya.

  Mata Syuk hanya terkebil-kebil melihat Rayyan yang seakan hilang pemikiran bak pandangan matanya.Rayyan yang dari tadi kebingunggan menanti keputusan risikan yang Syuk lakukan inginkan jawapan yang secukupnya untuk mengetahui apa yang berlaku.Pelbagai persoalan yang bermain di minda Rayyan.

  “So,ada apa perkembangan takSyuk?”Rayyan cuba menanyakan soalan.

  “Maaf Boss Syuk cuma dapat intai dia diam di Kondo Taman bukit mewah.Disebabkan adanya kawalan ketat security kemasukan kondo tersebut maka terbantulah kerja syuk hendak melihat siapa punya angkara di dalam pacuan empat roda Ford ranger tersebut”Jawab Syuk panjang lebar.takut juga dia akan keselamatan kawan baiknya Rayyan itu.

  “Tak apa,mulai dari esok kaukena follow aku jauh dari belakang lepas tu kau tunggu kemunculanya nanti.Kitaakan berjalan dan beraksi macam biasa”tukas Rayyan memberi tugas pada Syuk.

  “Baik boss”tanpa sebarang bantahan.

  “Jom lah kita lepak kedai kopiSyuk,aku dah penat dengan segala apa yang berlaku.”terus mempelawa Syuk masuk ke dalam perut keretanya.

  “Ok,jom lah”Syuk hanya mengikut arahan.lagipun dia bukan ada buat apa-apa pun dekat rumah nanti.Maklumlah hidup membujang.Balik lambat pun tak menjadi masalh buatdirinya.

  Menapak kaki ke hala tujuan mereka berdua hendak tuju.Rayyan terlebih dahulu menapak kakinya dan melabuhkan punggungnya di kerusi kayu.Kedua-dua terus memesan minuman.

  “Ada satu pekara lagi aku nak minta tolong kau Syuk”soal Rayyan di celah kesunyian mereka menyedut minuman yang dipesan tadi.

  “Ada apa lagi saya boleh tolong uruskan”pantas menjawab soalan Rayyan berikan.Seribu masalah dia tengok Rayyan sejak kebelakangan ini.Dengan kerjanya lagi.Dengan masalah luaranya lagi.Syuk pun jadi padat jadualnya.Nasib baik ada ganjaran apa yang syuk lakukan itu.Kalau tidak dah lama syuk bla.Tapi kalau dah namanya kawan kena tolong jugakan Omel hati Syuk.

  “Minah mana yang sesuai untuk aku jadikan isteri,sebagai calon menantu Datin dengan Tan Sri nie”sambil mengaru kepala yang tidak gatal itu.

  “Aku rasa baik kau kahwin dengan orang sebelah rumah aku tu”jwab Syuk pantas.

  “Betul juga kata kau”terus memikirkan jalan pendek.Soal hati macam mana,hisy kau nie Syuk.omelnya dalamhati.Tapi dia tak pernah tengok siapa yang syuk maksudkan itu.

  “Ha.ha.ha.ha senang lagi kerjaaku”kata syuk sambil mengusik Rayyan.Syuk yang menjawab ketawa terbahak-bahak.

  “Nenek tua sebelah rumah kaut u kau maksudkan!”Rayyan terus melolong tinggi.kena oleh Syuk kali ini.Tergelak bersama.Gelak sakit hati ada juga si Rayyan.Tak pasal pasal aku kena kahwin dengan nenek tua oleh Syuk.

  “Kan dah kena!”terus Syuk menyambung ketawanya terbahak-bahak.Tanpa menghiraukan orang di sekelilinya.

  “Syuk,tunggu giliran kau minta tolongkan aku cari calon,aku carikan kau dengan minah rempit baru kau tahu.Kena spit up moto minah tu,Asyik main moto je”kata geram Rayyan pada syuk.

 

  Pagi yang indah berlalu melihatkan Rayyan membuat rutinya seperti biasa.Sibuk memanjang dengan projek barunya.Agaknya dah belajan seperti biasa Projek di Gelang patah Johor.

  Menampak ganggang telepone pejabat Rayyan lalu terus mehubungi Ms Murni PA nya yang sedia menunggu tugasnya serta meyatakankan segala tugas yang akan Rayyan buat pada harit ersebut.

  “Murni,masuk bilik saya sekarang”berdengang ditelinga Murni.

  “Baik lah Encik Rayyan”Jawab Murni lekas meletakan pangilan.Senyumanya tidak pernah lekang di bibirnya.

  “Apa jadual saya hari ini Murni”soal Rayyan ringkas.

  “Encik Rayyan kena Bertemu dengan Client Syarikat di di luar,pada sebelah petang Encik Rayyan tak adaapa-apa pun temu janji”Jelas Murni sambil menutup buku nota kemasnya yang dijadikan rujukan untuk mencatat segala rancangan Jadula Rayyan.

  Tanpa berlengah,Rayyan tidak banyak membuang masa dan hanya mengejar masa yang selalu berlalu pergibaginya.Apa yang dikejar haruslah dikejar sebaik mungkin.Masakan kalau terlambat sedikit akan merugikan bagi dirinya sendiri.Sejak di Amanahkan untuk mengendalikan Projek di Gelang patah Johor dia agak tidak menghiraukan segalaorang di sekelilingnya termasuk lah soal jodoh yang dikehendaki oleh Datin terhadapnya.

  “Syuk kau teman aku untuk berjumpa dengan client syarikat”tegas mengarahkan Syuk penyiasat peribadinya.Handhone terus disimpan kedalam poket seluarnya sebelum menapak masuk kedalam perutkereta miliknya.

  “Baik Boss,saya on the way”

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rayyan