Home Novel Cinta Permata hatiku
Permata hatiku
Rayyan
7/1/2018 23:08:37
21,289
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

Terkaku di kerusi Restaurant dimana bermulanya rezeki Rayyan mula menempuh segala onak duri kehidupan,pahit manis masamnya kehidupanya.Bermulalah hari gelapnya yang baru sahaja ditukarkan dari siang selama ini.Apa yang berlaku baru sahaja menguji dirinya untuk belajar menjalani kehidupan sebagai manusia normal yang tak lari dari segala masalah dunia.

  “Rayyan,jauh termenung,Aku tengok kau dua tiga hari ini asyik mengalamun sahaja.”Tegur Syuk yang sama kerjanya.

  “Tak ada apa lah Syuk Aku okje”ucap Rayyan dengan nada yang sayu.

  “Aku kenal kawan Aku lah orangnya periang,Tak pernah termenung macam nie.Rayyan kalau kau Ada masalah kau beritahu aku lah.Mana tahu aku boleh tolong kau Rayyan”terus menepuk bahu Rayyan yang duduk di meja makan dari tadi menatap Ayam Goreng spicy yang tak disentuh dari tadi.Sejuknya Coleslaw dan panasnya Whippotato bertukar panas dan sejukjadinya.

  “Kau tahu Syuk betapa sayangnya Aku dengan Irene Natasha”Berlinang air mata Rayyan di mataSyuk.Kelakian Rayyan dah hilang di mata Syuk.Itulah tanda seorang lelaki yangbetul-btul sayang akan Seorang perempuan .Linangan airmatanya membuatkanya terfikir sejenak mengenang apa yang berlaku.

  Ternyata Jodoh yang ditakdirTuhan padanya sedang belari jauh meningalkanya dia belakang.Rayyan cuma berserah pada Yang Maha Kuasa untuk semuanya.Terkenang kembali saat indahnya bersama Irene Natasha di saat mereka bersama memamng tak dapat dilupakanya.

  “Nas belum berpunya lagikan,apa kata kau contact dia sekarang.”Terang Syuk pada Rayyan bagi menyakinkan lagi semangat Rayyan dengan kehidupanya sendiri.

  “Dah banyak kali Aku callWhatsApp dia semunya tak terbalas Syuk”Menahan sebak dadnya dimata Syuk.Nampak kesedihanya pada riak mukanya.

  “Cuba Kau Check Facebook,IGdia mana tahu dia Online boleh contact kat sana.Kalau tak boleh contact pun kau contact je kawan baik dia”Jelas Syuk lagi pada Rayyan.

  “Aku dah Contact Ema tadi kawan baik Dia,Ema kata dia dah tak sama Kerja dengan Nas lagi,FB Aku pun diadah Block Syuk.Apatah lagi IG?”Merah menerang muka Rayyan pada pandangan mataSyuk.

  Kerana sayang Rayyan pada Nas Rayyan sanggup bekorban masa dan tenaga bagi menunggu Nas mengejar cita-citanya untuk kehidupnya sendiri.Tenyata selepas Nas dah berjaya dalam hidup Nas terus melupakan segala pengorbananya.

  “Assalamualaikum Rayyan,Nas disini.Nas nak minta maaf banyak pada Rayyan tentang apa yang berlaku dahulu.Lupakan segala kenangan lalu kita.Bina lah kehidupan baru Rayyan dengan orang lain.Nas dah Ada pilihan kelurga Nas sendiri.Nas harap Rayyan boleh terima kenyataan ini.Sebab Nas dah lupakan segala kisah kita selama ini.Nas dah ada pilihan Nas sendiri,Sebab Nas nak hidup bahagia disamping orang yang lebih bekerjaya lagi dari Rayyan yang hanya makan gaji bulan kerja swasta yang taktentu hala tuju hidupnya.” WhatsApp Nas.

  Sebak hati Rayyan.Terjatuh Handphone yang dipegangnya,tak dapat ditahan lagi airmatanya membasahi pipinya.Hilangnya Nilai seorang lelaki pada seorang wanita yang disanjung tinggi oleh dirinya selama ini.Mana hilangnya Kasih sayang yang Rayyan bina selama empat tahun dahulu.Cinta yang mekar kini dah diracuni Nas sendiri.

  Sekali lagi deringan bunyi handphone Rayyan ternyata nombor tak dikenali dirinya.Dia sangkakan Nas yang akan telephone.

  “Rayyan,Bapa Nas nie.Kau boleh tak jangan ganggu anak aku lagi!!! Dia dah ada orang lain yang lebih baik dari kamu.Kami dah Jodohkan Dia dengan Guru Agama.Kau faham tak!.kalau kau masih nak berdegil ganggu Nas lagi,kau akan mati aku kerjakan”

  “Ba..ba.ik Pak cik”Itulah yang meruntuhkan hati Rayyan.Mengapa masih aku menunggu apa yang dah tampak ditelinga ku ini.Sampai hatimu mengkhianati cinta ku ini.kau khianati cintaini.mengapa masih aku menunggu sedangkan kau dah melupakan ku ini.Sebaknya hatiku ini.

 

   Pekara yang lepas masih terbayang-bayang dimata Rayyan.Ternyata pahit untuknya telan selama ini.Sebab Itu dia takut apa yang berlaku dahulu berulang lagi.Selepas Nas sekerluarga meninggalkan perngorbananya Rayyan terus berusaha keras menolong papanya mengusahakan bisnes keluarga sehingga lah Mendirikan sebuah syarikat yang dikenali ramai.

  Tan Sri Imran dalam diaberjaya banyak juga menyumbangkan serta bantuan pada orang yang memerlukan.Lebih-lebih lagi pada Anak Yatim piatu.Orang gelandangan serta rumahOrang-orang kebajikan.Dia telah menetapkan dua puluh persen dari saham syarikat Citra Holding pada yang memerlukan.

  Kehidupan sederhana keluargaTan Sri pada semua orang,amatlah dikagumi.Sehingga ada yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan Kelurga Tan Sri.Sampai Kawan seperjuangan Tan Sri cemburi akan kejayaanya.banyak dugaan yang Tan Sri hadapi sebelum mendapat gelaran Tan Sri Dari Duli Yang maha Mulia Sultan Johor.Dia tak minta pungelaran itu.Akan tetapi sumbangannya pada seluruh orang miskin serta menyumbang segala pendapatan dalaman Negeri Johor membuatkannya mendapat gelaran tersebut.pada mulanya dia tak mahu menerima tapi atas dasar desakan pihak yang berkaitan dia terpaksa menerimanya.Sebab dia lah yang layak menerima gelaranitu.

   Rayyan sendiri tak menyangka kehidupannya berubah maju kehadapan selepas ditinggalkan oleh Nas sekeluarga.Dari Rayyan bekerja di Restaurant hingga menjadi CEO syarikat Citra holding macam yang sekarang ini.

  Jatuh air mata Rayyan bila mengingatkan masa lalunya pada Nas.Ternyata masa lalunya belum terubat lagidalam dirinya.

  “Rayyan,ada clain yang Rayyan kena jumpa petang nanti di sebuah restaurant jam 2.00 petang”ulas Murni mengingatkan Bossnya itu yang asyik termenung jauh dari tadi.

  “Erm,ya..Murni Thank u ingatkan saya lagi.Hampir terlupa aku.Itu berkenaan projek kita di Gelang patahJohor kan” sambil berdiri membetulkan tali lehernya yang diekat erat menjadi longgar oleh dirinya sendiri.

  “Yup”Murni hanya mengangguk tanda betul.

  Lama Rayyan menunggu kemunculan seorang yang dia ingin temui di KFC tersebut ternyata banyak kenangan yang di imbaunya kembali di matanya.Disitu lah terciptanya kenangan manis yang dahulunya pernah tercipta oleh dirinya.Dengan pengorbananya yang ditinggal dengan penuh rasa pahit peritnya dalam hidupnya.

  “Assalamualaikum,Encik Rayyankan,”kelihatan seorang wanita bertuduh labuh menyapanya dari depan dia duduk.

  “waalaikumussalam,ya saya Rayyan silakan duduk.Awak.”termati kata kata Rayyan melihat gelagat muka Ayu si Nurul syarifah Amira pada kelopak matanya.Yang tadi mengencil menjadi besar terbuka.

  “Tak sangka jumpa lagi kanEncik Rayyan”ketawa kecil Nurul syarifah Amira pada pandangan mata Rayyan.

  “Hehehe,Awak wakil dari projek itu lagi.Bukan orang lain kah yang sepatutnya jumpa dengan Saya”Ulas Rayyan lagi seakan-akan tak nak Nurul Syarifah Amira bertemu denganya lagi

  “Awak,macam tak suka sahaja saya jadi client awak nie”Jawab Amira.

  “Bukan tu maksud Saya lah Awak”sambung Rayyan lagi.

  “Kalau macam tu,saya pulang saja lah Awak” kata Amira lagi seakan mengusik telinga Rayyan pada Client tegarnya itu.

  “Kalau Awak nak balik boleh..tapi,” tersenyum lebar riak muka Rayyan.Matanya terkebil-kebil melihat reaksi Amira tentang kenyataannya itu.

  “Tapi apa lah Awak” Serius Muka Amira menjawab.Ternyata Bertambah Cantik dipandang oleh Rayyan.

  “Balik lah dalam hati saya supaya tak kemana-mana”Terkena pickup line Rayyan pada Amira sekali ini.

  Tersipu malu Amira pada Rayyan kali ini.Mereka terus membincangkan segala projek yang berada di Gelang Patah Johor lancar sehingga lah siap nanti.Datuk Hisyam sendiri yang mengaturkan pertemuaan mereka tersebut untuk sama-sama menguruskan segal projek tersebut.Datuk Hisyam terlebih dahulu berbincang dengan Tan Sri Imran untuk meletakan anak mereka kedua orang muda itu untuk melatih diri menjadi ketua projek.Sebab bagi mereka diarong lah yang mengantikan mereka bila tiba harituanya nanti.

  “Saya nak balik dulu Awak lagipun perbincangan kita dah siap”buka kata Amira pada Rayyan.

  “Nak saya tolong hantarkan?”bidas Rayyan pada kata Amira.

  “Saya Ada Driver lah Awak.takpayah lah.terima kasih sebab jauh kalau Awak nak hantarkan saya”Jawab Muka senyum lebar manis Amira.sambil mengatur Tudung yang agak sikit senget baginya.

  “Betul nie?”tanya Rayyan lagi.

  “Salah”Amira lantas menjawab.

  “Dah kenapa pula salah” tanya Rayyan kehairanan.

  “Salah sebab awak dah curihati saya dan tak pulangkanya balik”.kali ini merah muka Rayyan terkena Pickup Line Amira.

  Amira berlalu pergi meninggalkan Rayyan yang masih kalah dengan permainan pickup linenya dari dululagi.Ada hati dia nak berterus terang untuk memikat Si Amira untuk dijadikan jodohnya akan tetapi Dirinya tak mampu nak meluahkan .Tambahan pula Di masihTrauma dengan kisah lalunya.Akan tetapi bila dia mengingatkan kata-kata Datin Elya dia jadi berani untuk mendekati Nurul syarifah Amira.

  Biarkan saja perasaan kau tu Rayyan nanti kalau apa yang berlaku lima tahun yang berlalu alamatnya kau sendiri yang akan menyesal.Bisikan hati kecilnya.

                             

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rayyan