Home Novel Cinta Permata hatiku
Permata hatiku
Rayyan
7/1/2018 23:08:37
21,281
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

  Pekara yang dah berlalu diminda Rayyan masih lagi menyelubunginya dirinya.Suatu ketika dulu sebelum dia bekerja di Syarikat Citra Holding,belum wujudnya Citra Holding pada ketika ini.

  (Imbas kembali 5Tahun lalu)

  Rayyan seorang pekerja disebuah restaurant terkemuka di Dunia.Mengenali seorang gadis yang bernama Irenen natasha yang sama bekerja denganya.Berputik lah Cinta Ambang bunga mereka bakApi yang sedang membara.

  “Rayyan,Nas sangat sayang padaRayyan”jelas Nas pada Rayyan.

  “Rayyan pun sayangkan nas” Rayyan sangat cintakan Nas(Irene natasha) sehingga dia sanggup berkorban masa dan tenaga dengan segala pelancaran hidup Nas.Pada ketika itu Nas baru sahaja dilanda kesusahan Bapanya dilanggar lari masa menjual Sayur Borong pada waktu pagi jual beli harga borong.

  Bapa Nas seorang Pencen Askar yang menyara keluarganya yang bertungkus lumus mencari rezeki menyara keluarga.Selama bapa Nas terlantar di hospital Nas lah yang terpaksa mencari rezeki kerja untuk menampung keperluan keluragnya.

  Nas yang baru lepasanTingkatan Enam mencari rezeki.Rayyan yang menjadi tulang belakang kepada Nasuntuk membawa Nas ke kampung halaman serta ke tempat kerja Rayyan untuk menguruskan segala hal.

  “Rayyan apa pun jadi Nas taknak kamu tinggalkan Nas nanti ok.”suara lembut Nas pada Rayyan yang agak sibuk dengan kerjanya masa itu.Sebab dia tahu Nas lah Jodohnya masa itu.Nas lah segalanya.Membuatkanya bekerja keras mengejar cita-cita nak jadikan dirinya sebagai Seorang Pengurus di Syarikat Restaurant tersebut.

  “Rayyan Janji tak akan tinggalkan Nas.kalau kita dah ada budget kita buat nikah la kadar je ok sayang Nas”sambil memadang anak mata Nas yang menjadi pujaan hatinya.Rayyan tak pernah jemu dengan kasih sayangnya pada Nas.

  “Nas janji,lepas bapa Nas sembuh dari koma kita akan bertemu dengan bapa Nas k.”janji yang masih Rayyan ingat sampai bila-bila nanti.Rayyan buat apa sahaja yang membuatkan Nas berasa bahagia di sisinya.Sehingga dia sanggup mengenepikan perasaanya pada orang lain yang terlintas suka akan dirinya.

  Bapa Nas,di sahkan Doktor mengalami hentakan dibahagian kepala yang menyebabkanya koma terlantar dihospital.Rayyan lah yang jadi transport pada Nas untuk ulang alik dari hospital ke tempat kerja serta ke kampung halaman Nas.Dengan motosikal legenda lama 110 Rayyan pada ketika itu.

  Sampai Satu tahap Nas dapatoffer dari pihak kerajaan untuk melanjutkan pelajarannya di dalam bidang kejururawatan.Nas membuat keputusan untuk meneruskan pelajaranya.

  Ternyata Rayyan sedikit kagum dengan apa yang bakal Rayyan terima tentang pergorbananya selama ini.Nas begitu gembira dengan berita semua itu.Nas sangat bersyukur pada Allah kerana terlepas dari semua ujianya.kebetulan pada itu bapa Nas baru sahaja sedar dari koma sehingga disahkan doktor sihat sepenuhnya.

  “Rayyan,Nas harap Rayyan tak akan tinggalkan Nas semasa Nas tak ada di sisi Rayyan nanti.Nas akan sambung sekolah di Sarawak.”Lirik kata Nas yang masih segar dalam ingatan Rayyan.

  “Rayyan dah berjanji Tak akan tingglkan Nas kan”Sambil memberi muka senyum pada Nas.

  Pernah satu masa Rayyan menghantar Nas menggunakan motoikal Cabuknya itu ke perhentian Bas dengan linangan Air hujan yang lebat sehingga membasahkan dirinya.Pengorbananya itu masih lekat dalam ingatan Rayyan untuk satu masa dulu.

  Pernah juga motosikal Rayyan pancit usai menghantar Nas pulang dari kampung.Banyak pengorbanan yang Rayyan berikan pada Nas.Sehingga Keluarga Rayyan sendiri tahu tentang semua itu.

  “Rayyan,selama Nas sambung belajar,Nas harap Rayyan tak akan berubah hati”terang Nas pada Rayyan.

  Sampai satu tahap Nas nakkeluar dari pelajaranya,bapa kepada Nas meminta Nas memutuskan hubungannya dengan Rayyan.Kerana beranggap Rayyan tak akan mampu tanggung Nas untuk masadepan yang lebih cerah.

  Disebabkan Atas dasar lupadiri Nas betekad untuk memutuskan hubunganya dengan Rayyan.Selama sebulan Nastak ada hantar berita mahupun WhatsApp Ataupun wechat .Ternyata membuatkan Rayyan merasa risau.

  “Nas,Jawab lah kol or WhatsApp Rayyan nie,Please sayang”kata sendirian ke hulu ke hilir memegang serta mendail phone contact Nas.selalunya Nas kan awal pagi akan say good morning dear pada Rayyan nie dah kira sebulan Nas tak menghubungi Rayyan.

  Sehari-hari Rayyan kol pada Nas,tak juga diangkat oleh Nas.Teringat dengan janji Nas pada Rayyan membuatkan Rayyan sebak memikirkanya.Pada ketika itu Nas yang praktikal di sarawak bahagian Serian.Hospital besar Serian.

  Nas sibuk melayan seorang kenalanya di facebook yang diakatakan Nas sendiri sama taraf dengan dirinya.Bekerja sebagai Engineer di Sarawak Energy.Lupa akan segala janji yang diungkapkanya sendiri pada Rayyan.Membuatkan Rayyan terduduk terkaku hilang segala kudrat untuk meneruskan apa yang dirancangnya suatu ketika dulu.

  Nas sibuk dengan prepairation untuk kemasukan dirinya di sebuah klinik kerajaan Di Klinik Tanah putih Padungan Kuching sarawak.Buat sementara waktu sementara menungu berpindah bertugas di Johor Bahru.

  Hampir setiap Hari Rayyan menghubungi Nas,siap dengan WhatsApp panjang lebar lagi.Satu pun Nas takterbalas.

  Assalamualaikum Rayyan,Nas disini.Nas nak minta maaf banyak pada Rayyan tentang apa yang berlaku selama ini,Nas terlalu sibuk dengan praktikal Nas yang terpaksa mengejar masa untuk menyiapkan segala tugasan Nas.Nas nak minta Maaf untuk segalanya.Nas nak beritahu Rayyan satu pekara,Nas sekarang dah bekerja Di Johor Bahru di sebuah Klinik kerajaan disini.Nas tak nak bagitu pun yang Nas dah balik sini.Sebab Nastak nak bersemuka dengan Rayyan lagi. WhatsApp Nas pada Rayyan Panjang lebar membuatkan Hati Rayyan Runtuh pada dirinya.Rayyan terpaksa meminta Cuti emergency untuk menyelesaikan segala masalah yang Rayyan sendiri hadapi.

  Waalaikumussalam,Nas sayang Rayyan.Tak pa Rayyan Faham dengan Tugas Nas,tapi kenapa dah tak wish morning dari sayang Rayyan yang Rayyan puja selama ini.Balas Rayyan pada WhatsAppNas.

  Satu pekara lagi nak beritahu Rayyan yang dady Nas nak bertemu dengan Rayyan hujung minggu ini lepas Sembahyang Jumaat.(Nas)nanti Nas share location.Bye.

  Masih dirundum perasaan kecewa Rayyan pada Nas.Tak tahu apa yang bakal berlaku pada dirinya pada masa itu.Rayyan seolah-olah hilang Kudrat untuk melangkah pulang dari tempat kerja.

  Orang yang dicarinya kelihatan Melambai tangan pada Rayyan perasaan sedikit gembira pada riak muka Rayyan padaNas.Kerinduanya kini dah terhajat untuk berjumpa kekasih hatinya.

  “Hai,Rayyan Apakhabar ?”riakmuka Nas seakan berlakon gembira pada Rayyan.Kelihatan Nas sedang berlakon didepan matanya.

  “Hai sayang”jawab Rayyan Ringkas.Dengan hatinya yang masih bedebar.Anak matanya meliar mencari kedua orang tua Nas yang ingin Rayyan temui.Bagi menamatkan segala persepsi negatifnya selama ini.Sama ada apa yang dia jangkan akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya.

  “Assalamualaikum,Pak Cik MakCik sambil memberi senyuman pada kedua orang tua Nas”duduk di meja makan merekaberempat.

  “Waalaikumussalam”Jawab mereka serentak.

  “Rayyan pakai apa pergi kesini tadi”terus bertanya Bapa Nas.

  “Tu..Pak Cik”sambil menunjukan moto cabuknya Legenda lama 110 yang dibelinya 4 tahun yang lepas yang menjadi tulang belakang kepada rezekinya.

  “Oww..orang Zaman sekarang dah tak pakai moto cabuk itu”Jawab Pak Cik Helmi bapa kepada Nas.Bukan main sombong lagi apa yang dikatakan oleh Bapa Nas.Nas dan Rayyan saling berpandangan.

  “Itu saja yang saya ada PakCik”Jawab Rayyan ringkas dengan muka malu.Nampak merah riak muka Rayyan di mataNas.Ternyata Pak Cik Helmi memilih harta juga untuk dijadikan menantunya.

  “Sekarang kamu kerja kat mana?” soal Pak Cik Helmi lagi.

  “Sa..saya kerja di sebuah Restaurant Pak, C.Ik”terketar-ketar suara Rayyan.Dalam fikiran Rayyan memang Rayyan nak saja terus balik pada masa itu juga.

  “Kau nak tahu,kawan aku yang berumur 20 an macam engkau nie dah ada pangkat Area manager ,Engineer,gaji kalau engkau nak tahu Enam hinnga ka tujuh Ribu,Umur masih muda”Melambung derai bederai hati Rayyan mendengarnya.

  Rayyan hanya Terdiam sambil merenung muka pada pak Helmi.Rayyan seakan tahu segala penerangan serta jawapan Pak Cik Helmi tentang dirinya.Mak Nab yang diam dari tadi melihat perubahan muka Rayyan pada penjelasan pak Cik Helmi yang mahukan kemewahan.

  Sepatah kata pun Rayyan Takberani untuk keluarkan.hanya mulut sahaja yang terbuka terkatup mendengar kenyataan tinggi melambung dari orang tua Irene natasha yang tak pernah kenal budi baiknya dahulu.Itulah lumrah kehidupan dunia.

  Sekali lagi kesabaran Rayyan teruji pada masa itu.Ternyata pengorbananya selama ini yang membantu keluarga ini tak dikenang lansung.Tenang lah wahai hati yang teguris ini bagai disusuk sembilu.

  “Ya Allah yang maha penguji dan Yang Maha pengasih,Aku beserah padaMU Ya Allah kau tabahkan Hatiku Ini untuk menempuh segala Ujian Darimu,Kau bagilah Aku kekuatan untuk menempuh UjianMu Ini Ya Allah.”

  Mengusap mukanya yang berlinangan air mata yang mengalir keluar .Ternyata apa yang Allah sedang uji sekarang nie baru menguji segala kesabaran dan ketabahan dirinya yang diselubungi penuh rasa merendah diri dengan apa yang sedang berlaku.Allah lebih mengetahui hatinya untuk lebih bersabar dengan dugaan yang mendatang.

 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rayyan