Home Novel Cinta Permata hatiku
Permata hatiku
Rayyan
7/1/2018 23:08:37
21,278
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

             Rayyan menjadikelam kabut dengan apa yang berlaku di gelang patah johor sangat mengemparkan dirinya dan Tan Sri.Tapak pembinaan tiba-tiba terbakar pada hari bukan bekerja.Entah apa puncanya pun Rayyan sendiri tidak tahu.Senang hatinya bercutidi Indonesia makan angin buang segala stress di fikiranya.

 

Tanpa melengahkan masa dia menyuruh Syuk booking tiket flight emergency terus ke Johor.Syuk yang menjadi pembantu peribadinya yang sentiasa mengikutinya kemana saja dia pergi.

 

  Tiba di Johor Bahru dia terus menaiki pemandu upahanya terus ke Tapak Projek Gelang patah Johor.tanpa menghiraukan tentang keselamatan dirinya dia menyuruh pemandunya memandu laju terus ke tapak projek.

 

Malang tidak berbau kereta yang di pandu pemandu peribadinya terbabas melanggar penghadang Jalan bersebelahan dengan sebuah perkampungan yang tidak berapa jauh dari kawasan projek gelang patah.Kereta BMW mereka hilang kawalan secara tiba-tiba.Macam dirancang satu-persatu yang menimpa dirinya.

 

Kereta BMW terus memesong laju jatuh ke dalam parit.Selepas berpusing beberapa kali sebelum jatuh kedalam parit.Orang kampung yang berada di situ sibuk mengeluarkan mereka.

 

“Papa ini uncle Rayyan”terdesak-desak Balqis menangismelihat kelibat mangsa kemalangan adalah orang kenalanya.Pak Abu hanya mampuberdiam diri.Dia segera menolong mengeluarkan mangsa dari bawah kereta.Dengansekeras dan semampu yang mungkin Pak Abu dan orang-orang kampungya mengeluarkanmereka bertiga di dalam perut kereta.

 

“Leman kau tolong keluarkan pemandu ini”Tunjuk pak Abuke arah pemandu Rayyan.

 

“Syakir kau keluarkan yang di belakang”tegas pak Abu lagi.Bederai air mata pak Abu melihat kejadian tersebut.Tak sangka pula apayang dilihatnya sekarang ini akan mengundang kesunyian anaknya nanti.

 

    Selama ini Rayyan lah jadi penghibur kepada Balqis.Rayyanlah yang banyak menolong keluarganya.Dia sangat takut akan kehilangan Rayyan dalam diri mereka sekeluarga.Nasib menyebelahi mereka bertiga,selepas mereka semua di keluarkan kereta terus meletup dengan kuatnya.

 

“Syukur Alhamdulillah”tanda syukur Mak Cik Lia.

 

   Kelihatan Ambulans baru saja kelihatan datang membawa mereka bertiga ke hospital.Sempat juga Rayyan mengucapkan terima kasih pada semua yang dah menyelamatka mereka.

Rayyan yang luka di pergelangan tangan kirinya dan kakinya yang luka dan luka di bahagian kepalanya terkena serpihan kaca.Nasib menyebelahi mereka.Pemandunya kelihatan teruk sekali parah agaknya.Syuk yang kelihatan tenang tapi ada juga luka di bahagian bahunya yang berdarah.lebam bahagian sebelah matanya.

 

  Mereka terpaksa dikerjarkan ke hospital.Pak Abu sekeluarga terus membuntuti kereta Ambulans menuju ke hospital Columbia Asia(Private hospital).segala urusan di counter pendaftaran di uruskan oleh PakAbu.Tiba masanya Pak Abu sekeluarga membalas jasa baik Rayyan pada mereka.

 

Segala yang diuruskan oleh pak Abu dengan duit simpananya yang ada sejak dia bekerja dengan Rayyan.Dia cuba menghubungi keluarga Rayyan yang tidak tahu akan berita tersebut.Dengan pertolongan pihak nurse yang bertugas Pak Abu berjaya menghubungi Tan Sri Imran dan Datin.

 

“Assalamualaikum Tan Sri Imran ke?”ucap Pak Abu perlahan.kerana dia sendiri tidak mahu kejutkan berita yang amat mengejutkanitu.

 

“Walaikumussallam,ya saya nie.Nie Sapa ye?”Jawab TanSri perlahan.

 

“Pak Abu pekerja ..Ra..Ry..Rayyan”tersekat-sekat nak berkata lagi Pak Abu.

 

“Kenapa dengan Anak Saya”tanya Tan Sri lagi.

 

 Gementar rasa Pak Abu nak beterus terang dengan TanSri.Tapi dia harus beritahu juga apa yang sedang berlaku sekarang.Diaseakan-akan hilang kudrat nak memberitahu semuanya.Dengan dasar tanggungjawab sesama manusia dia harus berithu juga.

 

“Rayyan kemalangan di Gelang patah Johor semenjak mendengar berita kebakaran projek kamu orang yang berada di gelang Patah dia menyuruh pemandunya laju menuju ke tapak projek tapi malangnya kereta mereka terbabas di hadapan kampung kami Tuan”jelas Pak Abu dengan air mata yang berlinangan.Kemana arah lagi dia bergantung untuk bekerja kalau Rayyan tidak menolongnya lagi.

 

“Ataqhfirullahalazim,kenapa semua benda jadi sekaligus”kata kecil Tan Sri menyambut kata Pak Abu.

 

“Tan Sri,Rayyan dan dua orang lagi pembantunya telah kami daftarkan di hospital Colombia Asia private hospital.”Pak Abu menambahkata lagi.

 

“Baiklah nanti kami kesana”Tan Sri terus pergi berlalu menapak ke arah kereta.Nasib masa tu driver peribadinya masih di rumahnya.Dia begegas meminta drivernya menghantarnya ke hospital tersebut.

 

  Tak ada khabar pun dari P.A syarikat Citra Holding tentang kebakaran projek yang berada di Gelang Patah Johor.Kesedihan hati TanSri sudah mula dirasainya ketika itu.Raut wajahnya di usap dengan kedua-dua tapak tangannya untuk menenangkan fikiranya.

 

Tan Sri sengaja memberi sepenuhnya kendalian Projek tersebut sebab dia nak uii kebolehwibawaan anaknya untuk mengendalikan projek.Tambahan pula dia sendiri nak besara awal dari dunia perniagaan.Ternyata apa yang diharapkanya tergntung buat ketika ini.Siap lagi dia cuba memikirkan pekara yang dua sekali gus terjadi dalam satu masa.

 

  memang ada yang telah dirancang buat masa ini.Deria hatinya mula menghidu bau dari pekara yang berlaku.Tak semudah itu dia memikirkan benda yang memburukan orang lain.Tapi firasat hatinya mula mengatakan sesuatu di luar dugaanya selama ini.

 

Tan Sri terus menghubungi seseorang dan mengatakan sesuatu yang tidak jelas di telinga Datin buat ketika itu.Tan Sri cuba mengeluarkan riak muka senyum memandang muka Isterinya yang duduk di kerusi belakang.Isteriya yang dari tadi menangis tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.

 

“Awak sabar ya,dengan dugaan yang mendatang”buka kataTan Sri pada Datin yang duduk diam di belakang.

 

“kenapa lah terjadi pada kita ketika kita tengah mengecap kebahagian Abang”Jawab Datin kembali menatap raut wajah Tan Sri yang  kebingungan.

 

“Tuhan nak uji kemampuan kita Sayang.Apa yang berlakuhari ini mungkin ada hikmahnya nanti.”cuba menenangkan fikiran isterinya yangkusut.

 

“Tuan kita dah Sampai hospital”Tegur Pak Mokta rmenyuruh kedua-duanya turun menapak kaki ke kaunter pertanyaan.

 

Resah hati kedua-duanya menuju ke arah kaunter pertanyaa,hati Datin bagaikan diuji sekali ini.Rapuh hatinya dengan berita kemalangan anaknya itu.kuat hatinya hendak melangkah tapak kakinya.

 

“Boleh saya tanya di mana letaknya wad orang kemalangan..yang bernama Rayyan,saya bapanya.Nama Anak saya Rayyan”tak terhentikata Datin terus menanya penjaga kaunter pertanyaan hospital tersebut.

 

Mendengar kata nama Rayyan Pak Abu terus angkat daritempat duduknya dan menghampiri Tan Sri dan Datin.Dia cuba mengenalkandirinya.

 

“Saya Pak abu...Encik Rayyan sedang berada di wad paling hujung sekali Tan Sri ,Datin”terang Pak Abu.

 

“Pak Cik ke Papa Rayyan”mengucup tangan Tan SriImran.Si kecil molek Balqis.

 

“Ya,anak nie sapa” tanya Tan Sri Lembut mengangkat badan kecil balqis ke dakapanya.

 

“Nie anak saya Tan Sri,dialah yang selalu bermain dengan Rayyan selama Rayyan menguruskan projek di Gelang patah”Ulas Pak Abulagi.

 

“Tak payah panggil saya Tan Sri lah Pak Abu.Panggil saja Imran dan nie Elya mama kepada Rayyan.Terima kasih kerana bawa mereka ke hospital dan tolong menyelamatkan mereka dari tersepit dalam kereta.Jasa baikPak Abu dan Kak Lia tak dapat kami balas.”ucap Tan Sri pada Pak Abu.

 

“Pak cik jangan risau tentang Rayyan sebab saya sudah doakan keselamatan dan kesihatan Abang Rayyan semoga cepat sembuh,Tuhan akan dengar apa yang kita doakan sekiranya orang yang kita doakan selalu berbuat baik pada orang lain”celoteh si comel balqis pada Tan Sri.

 

Nampak semua mereka tersenyum mendengar apa yang Balqis katakan,sedikit menyuntik semangat sedih betukar pada suasana sedikitriang di wajah mereka ketika itu.Balqis satu-satunya si kecil comel yang mencuit hati Rayyan ketika Rayyan diundang kesedihan dirinya.

 

“Tu doktor yang merawat mereka Imran”kata Pak Abu menunjukan jarinya pada Doktor yang bertugas.kelihatan doktor sedang menunggu kedatangan mereka yang baru menapak kaki di hospital tersebut.

 

“Doktor macam mana keadaan anak saya”tanya Datin Elya pada doktor yang merawatnya.

 

“Buat masa ini kami memantau kesihatan pesakit,dia mengalami pendarah banyak di pergelangan tanganya.Sehingga menyebabkanya pengsan.Allhamdullilah sekarang keadaan dia dah mula stabil.Tapi buat masa inikamu semua tak dibenarkan masuk kedalam wad buat sementara waktu.tunggu esok pagi baru lah ahli keluarga yang terdekat dibenaran untuk melawat beliau.”JelasDoktor tersebut.

 

Thank u doctor” balas Datin Elya sambil mengesap air matanya yang melimpahi bibirnya sejak tadi.

 

“Syukur Alhamdullilah,semuanya baik sahaja.”serentak mereka berkata.

 

Nampak kegembiraan di sebalik kesedihan mereka tadi selepas mendengar penjelasan daktor.kelihatan keluarga Syuk dan pemandu peribadi Rayyan pun ada disitu .mereka saling berbual antara sendiri.Cuba mengenali antara mereka.Ternyata semuanya kagum dengan sikap merendah diri Tan Sri dan Datin Elya yang tidak mahu di panggil dengan kata Tan Sri danDatin.Bagi mereka kita semua adalah makluk Allah di muka bumi ini yang sama tarafnya.Pangkat dan Darjat itu adalah gelaran manusia di muka bumi ini.

Projek di perhatikan sejenak oleh Murni P.A Rayyan.Macam tidak percaya dia akan keadaan sekeliling yang masih bediri tegak hanya sebahagian sahaja yang hangus dijilat api.Nampak senyum terukir di celah bibirnya tentang pekara itu.Keadaan sebegitu akan memudahkan lagi kerjanya.

 

Nampak gayanya kos pembinaan semula mengambil kira keadaan berkayu sahaja yang harus digantikan.Semua kos dah ditetapkan serta diambil kira olehnya dengan bantuan Amira yang sekali terkejut dengan keadianitu.

 

“Amira kau tak jenguk Rayyan kat Hospital ke?”sapa Murni memecah kesunyian mereka dari tadi yang sibuk dengan kos penyengelangaran.Senyum nipis Murni berikan pada Amira.Nak tengok respon Amira sebenarnya.Sebab dia tahu Rayyan suka akan Amira selama ini.Murni perasan akan  perasaan Bossnya itu sejak terjadinya projek di Gelang Patah Johor itu. 

 

“Kenapa dengan Rayyan?”terus mejawab dengan penuh debaran rasa ingin tahu dalam lubuk hatinya yang sering merindui Si pemiliknama yang dia dengar baru sebentar tadi.

 

“Kau tak tahu kah Rayyan kemalangan semasa nak begegas tengok tapak projek ini yang terbakar tempoh hari”ulas Murni lagi sambil memandang ke arah muka Amira yang sedikit gelisah dik pandangan matanya.

 

“sekarang Rayyan macam mana?Apa yang jadi?Hospitalmana tempat dia Murni?”bertalu-talu soalan yang ditanyakan oleh Amira pada Murni.gelisah nampaknya Amira akan kesihatan Rayyan.

 

Gelagat Amira diperhatikan Murni dengan teliti  sekali.Airmata Amira berubah risau serta-merta sehinggakan dia menghubungi papanya untuk sama-sama melawat Rayyan yang terlantar di hospital.

 

“Pergi lah Hospital Colombia Asia Private hospital yang tidak berapa jauh dari sini”jawab Murni dengan memandang raut Ayu wajah si pemilik hati Rayyan itu.

 

Thank u beb,”terus bergegas laju menuju kearah perut keretanya.sekelip mata dah berjalan kereta dipandu oleh Amira pada pandangan mata Murni.

 

Mundar-mandir Datuk ikram mengenangkan apa yangterjadi mengikut rancanganya.Semuanya tepat pada waktunya.Apa yang dijangkanya menjadi semuanya.Patah lah sayap sebelah Citra Holding katanya selepas mendengar berita daripada Mohd razi akan kebakaran Projek Di Gelang  Patah Johor.Serta berita kemalangan yang menimpa Rayyan dan pembantu peribadinya Syuk.

 

Dia tahu akan siasatan Syuk pada penembak Rayyan tempoh hari sebab itu targetnya menyuruh Syuk dan Rayyan terus terlantar Hospital buat masa ini.Tapi dia lupa kan rancangan Tuhan yang lebih Agung lagi memutarkan segalanya.Terbahak-bahak dia ketawa di ruang pejabatnya dengan rakan seperjuanganya Mohd Razi.

 

“Ada lagi rancangan aku untuk kau Rayyan”katanya didepan Razi yang duduk berdepanan denganya.

 

“Ada lagi ke Datuk,setahu saya dua ini sahaja rancangan Datuk jalankan.”Jelas Razi ingin tahu akan rancangan lain Datuk Ikram

 

Datuk Ikram kecewa akan keputusan Rayyan yang menolak pelawaanya untuk menjadi share partner di projek Gelang Patah.Dia amat kecewa dengan setiap keputusan Citra Holding dengan arahan Rayyan terus berdendam dengan Rayyan mulai dari peristiwa itu.Banyak lagi rancangan jahat dilakukanya pada Rayyan akan Rayyan tempuhi untuk menjatuhkan semangat anak muda itu.

 

“Boss,macam mana kalau Rayyan tahu akan rancangan kitaini,masak kita Boss”kata Razi pada Datuk ikram yang begitu gembira dengan perangkap jeratnya kali ini.

 

“Dia tidak akan tahu punya,sebab dia mana ada siasat sapa yang buat semuanya.lagipun masa tu dia tengah bercuti di Indonesia.Sibuk nak makan angin kononya.Sekarang rasalah makan angin kamu Rayyan di hospital Columbia”jelasnya lagi smabil ketawa memandang muka Razi yang kebingunggan.Kemenangan berpihak kepadanya ketika ini.Nampak kegembiraanya pada raut wajah yang bengis itu.

 

Datuk Ikram hanya memberitahu dua rancangan yang menjadikan Rayyan dan rakannya Syuk masuk hospital.Tapi ada lagi rancangan peribadinya ketika ini tidak dapat diketahui oleh Mohd Razi.Ini semua rancangan yang begitu teliti dari dulu lagi.Susah juga Datuk Ikram nak kongsikan padayang lain.Dia harus berhati-hati dengan segala langkahnya supaya semua yang berlaku seakan-akan tidak melibatkan dirinya.

 

“Itulah kau anak muda yang baru setahun jagung dalamdunia perniagaan hartanah dan projek Hartanah nak berlagak dan nak jual mahal berkongsi dengan aku”keluar dari mulut Datuk Ikram meluahkan perasaan Geram serta lega dengan rancanganya itu.

 

Congrat boss” kata Mohd Razi yang dari tadi memerhatikan gelagat Gila Datuk Ikram.Dia sendiri juga tidak tahu akan rancangan seterusnya yang dirancang sendiri oleh Datuk Ikram.

 

“Dia belum tahu siapa aku lagi,nak sangat bermain apikan,nak tunjuk pandai buat bisnes dengan aku.Tunjuk lagak!!!”sambil terbahak-bahak ketawa dengan penuh perasaan puas hati dalam dirinya.

 

“Tapi boss,bukankah kita sekarang tengah disiasat oleh penyiasat peribadinya?”soal Razi lagi pada Datuk Ikram.

“Kau bertenang,dia tak akan dapat satu bukti pun yangkita lakukan semua itu” jelas Datuk Ikram penuh angkuh.

 

“Kalau dia orang tahu macam mana Datuk?”soal Razilagi.Penuh tanda tanya Razi pada Datuk Ikram.

 

“Apa yang kau takutkan sangat Razi,aku dah rancang segalanya yang Rayyan tak akan tahu rancangan jahat aku yang buat.Nanti  pandailah aku buat persimpangan cerita aku seolah-Olah dalam lakonan dramaTv.Aku ini akan mula buat muka sedih melawatnya di hospital supaya dia tidak kecam aku yang buat.”ke hulu-hilir langkahnya menerangkan pada Razi.

 

“Bijak juga Datuk ini,”puji Razi pada Datuk Ikram.

 

“Kalau aku tak bijak,tak akan aku jadi D.A.T.U.K”diejanya satu persatu perkataan itu pada Razi.

 

“Ya tak Ya juga Datuk,awak memang pandai dalam segala rancangan.Habis tu apa lagi rancangan kita sekarang Datu?”Razi ingin melihat jawapan Datuk Ikram.

 

“Buat masa ini kita tak payah berjumpa dulu,bagi mengelakan kita dikecam.Tambahan pula awak bekas pengkhianat CitraHolding.Nanti kalau Tan Sri nampak kau tak pasal banyak lagi persepsi yang adadalam pemikiran Tan Sri dan Rayyan.Faham!!!”terang Datuk ikram

 

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rayyan