Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
26,615
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab BAB 11

Part 11

Acah acah cinta.

"Nak tahu kenapa saya berubah?"

Naurah memandang pelik suaminya yang sedang memandu di sebelah.

"Kenapa?"

"Kejap lagi saya tunjuk"

Masing masing diam semula. Naurah menanti penuh debaran. Kereta yang dipandu Ash Firdaus masuk ke perkarangan parkir. Kerutan di muka Naurah makin jelas terpancar.

"Ash, awak sakit ke?"

Soal Naurah sayu. Ash berpusing melihat isterinya.

"Kalau ditakdirkan saya sakit, awak akan tinggalkan saya?"

Pantas Naurah memaut lengan suaminya. Jantungnya mula berdegup kencang. Perasaan takut untuk kehilangan suaminya. Ash meleraikan pelukan isterinya.

"Tak delah. Saya nak tengok kawan saya sakit."

"Kawan? Tak pernah cerita pun."

"Ni nak cerita lah ni. Kawan saya ni sakit masa dia nak nikah."

"So? Dia tak jadi nikah?"

Bersemangat Naurah ingin tahu. Ash mula keluar dari kereta dan memimpin isterinya masuk ke lobi hospital

"Dia tak jadi nikah, tapi dia berikan calon isteri dia pada orang lain sebab dia tak nak tengok gadis tu kecewa dan menderita"

"Hah? Biar betul. Dia tu gila ke apa? Lagi kecewa kut kalau perempuan tu tahu benda ni?"

Ash terdiam. Nafas ditarik perlahan. Langkah diteruskan. Naurah sedari tadi tidak berpuas hati dengan cerita suaminya.

"Kalau betul dia sakit pun, dia tak boleh lah buat macam ni. Yang perempuan tu pun bodoh pergi nikah je kenapa?"

"Sebab perempuan tu tak tahu."

"Hah? Tak tahu? Penat lah dengar cerita awak ni. Perempuan tu tak tahu dia nikah dengan orang lain?"

Kelihatan Puan kirana menjengah keluar dari wad. Langkah Ash Firdaus dan Naurah termati.

"Mama?"

Naurah terkejut. Ash berpusing menghadap isterinya. Perasaan sudah bercampur baur. Sebak di dada semakin berat. Puan Kirana mula menghampiri merek berdua.

"Ash yang awak kenal sayangkan awak, dia tak sanggup awak nikah dengan orang lain jadi dia gantikan Ash yang dekat depan awak ni"

"Hah? Apa semua ni? Saya tak faham."

"Sebenarnya saya terpaksa acah acah untuk menyintai awak. Tapi orang yang betul betul sayangkan awak ada dekat dalam tu"

Naurah terkedu. Puan kirana hanya senyap mendengar. Sebak.

"Sekejap. Apa yang cuba awak nak explain sekarang ni? Ash? Dulu dan sekarang saya hanya kenal insan yang bernama Ash Firdaus. Dan saya nikah dengan orang yang sama.!"

Naurah ditarik dalam pelukan.

"Debaran hati ini yang lain. Saya kembar Ash Firdaus yang awak kenal. Sekaramg ni orang yang ikhlas cintakan awak tengah berperang dengan maut. Dia ada dalam bilik tu"

Cepat sahaja Ash meleraikan pelukan dan melarikan pandangan. Airmata yang jatuh dikesat. Naurah masih tidak berpuas hati. Melihat puan kirana yang turut nengalirkan air mata membuatkan Naurah merempuh masuk ke dalam wad.

Kaki mula menggigil saat masuk ke dalam. Bantuan pernafasan masih melekat di tubuh Am Firdaus. Denyutan jantung barunya masih dikawal menggunkan mesin. Naurah mula menghampiri. Mulutnya ditekup. Airmata mula merembes keluar.

"Allah......Allah......"

Rintih Naurah. Puan Kirana memapah tubuh menantunya.

"Maafkan mama.... saat Am nak bagitahu nama dia yang sebenar dia pengsan dan dia disahkan sakit jantung. Bila Am sedar, dia terus sebut nama Naurah. Katanya kalau dia tak nikah dengan Naurah, Naurah akan dinikahkan oleh pakcik dia dengan duda. Am merayu sangat dengan Mama supaya Ash dapat gantikan tempat dia. Mama tak dapat fikir panjang. Kesihatan dia makin teruk. Ash buat semua ni pun sebab Am."

Esakan mula kedengaran. Tangan yang ingin mengusap umbun umbun ditahan. Aku isteri orang lain. Bisik Naurah dalam hatinya.

Ash memandang disebalik pintu. Airmata yang mengalir dikesat lagi. Isterinya bukan lagi miliknya. Perlahan dia mengatur langkah keluar dari hospital.

Previous: Bab BAB 10
Next: Bab BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.